Chapter 28

CRUSH ON YOU
Please Subscribe to read the full chapter

Sejak sebulan selepas dia keluar dari hospital. Dia lebih banyak menghabiskan masa dengan bermacam-macam projek. Mingyu selalu menelefon dan ada juga abangnya datang Korea melawat keadaan dia. Memang dari segi fizikal dia nampak elok tapi dalam tiada siapa yang tahu. Dia kena  handle semua ini dengan baik. Semua ini berpunca dari dia sendiri tiada sesiapa yang perlu dipersalahkan.

 

Hari demi hari dia makin pulih dan melupakan apa yang perlu. Dia ada kehidupan yang perlu diteruskan, dia perlu hidup normal seperti orang lain. Dia selalu mengingati pesan dari abangnya dan termasuk orang-orang disekeliling yang memahami dan tahu situasinya itu.

 

“Nana mesti ingat walau sesukar mana hidup pasti ada kebahagiaan akhirnya.”

 

“ Jika kita penat selalu dikecewakan dalam percintaan lebih baik kita berundur atau menunggu seseorang yang benar-benar cinta pada diri kita.”

 

“Adakalanya CINTA itu tidak perlu memiliki cukuplah sekadar kita melihat dia bahagia.”

 

“Jika seseorang tidak menghargai cinta itu, mungkin ada seseorang yang betul-betul layak menerima dan menghargai cinta yang kita curahkan.”

 

“Kadangkala Tuhan itu sengaja menduga cinta seseorang walaupun pada mula Insan yang dicinta itu mencintai orang lain tapi akhirnya dia memilih kita juga.”

 

Sebelum ini dia pernah diduga dengan perkara yang lebih besar tapi akhirnya dia mampu berdiri dan meneruskan hidup disebabkan semangat serta dorongan yang tidak pernah putus dari mereka semua. Dia merasakan hidupnya bertuah kerana dikelilingi oleh insan yang sangat menyayangi dirinya.

 

Sempat lagi dia mengelamun ketika itu sementara menunggu orang yang ditunggu tiba. Minggu lepas Lovelyz ada mengajaknya keluar makan bersama-sama tapi dia sibuk waktu itu. Ada masa terluang ini dia pun bersetuju bila semalam Baby Soul mengajak dia sekali lagi. Dia juga meminta kebenaran jika boleh mengajak kawan menemani dia. Orang yang diajak itu tidak asing dikalangan mereka pun. Dia mengajak Woohyun, L dan Sungyeol.

 

“Annyeong Nana!!” Woohyun menjerit kecil dalam restoran itu. Nasib dia baik waktu itu lengang kalau tidak pasti jejaka tersebut malu dengan perbuatannya. Mereka bertiga menegurnya lalu Sungyeol  duduk disebelahnya dan  L & Woohyun duduk dihadapannya.

 

“Annyeong haseyo oppa!” Nana tergelak kecil dengan kelakuan Woohyun itu.

 

“Dah lama sampai ke?” Sungyeol bertanya.

 

“urmm lebih kurang 10 min jugak.” Nana cuba mengingati berapa lama dia ada disitu.

 

“Lebih kurang sajalah dengan kita orang sebab tadi cari parking itu yang lama.” L pula bersuara mengatakan bahawa mereka lewat masuk disebabkan mencari parking.

 

Belum sempat dia hendak bersuara mereka ditegur dengan suara yang lain.

 

“Annyeonghaseyo!! Mianhaeyo!! Lambat sebab jalan sesak tadi” kata mereka serentak.

 

Akhirnya mereka semua ada disitu. Tujuan mereka disitu sebenarnya ingin meraikan kemenangan pertama untuk kemunculan terbaru Lovelyz. Sedang semua menunggu makanan tiba dan berborak mengenai aktiviti masing-masing.

 

“Eh, itu bukan Sunggyu oppa dengan EunAh unnie ke?” ujar Sejung yang sememang suka melihat orang lalu lalang diluar mahu pun dalam restoran itu akibat bosan menunggu makanan tiba.

 

“Haah la itu memang mereka.” Kali ini Yein mengiakan pertanyaan Sejung itu. Mereka semua memandang kearah yang mereka berdua lihat. Kelihatan Sunggyu dan EunAh sedang berurusan dikaunter samaada ingin membayar atau pun memesan makanan.

 

“Jom ajak dorang duduk dengan kita lagi pun kita nak celebrate kan. Ramai orang lagi meriah suasana.” Baby Soul mengutarakan pendangannya. Mereka semua bersetuju dengan cadangan itu. Nana hanya mampu tersenyum, baginya tiada masalah sebab dia juga tetamu. Dia patut hormat keputusan Lovelyz  yang menjemput.

Sungyeol memandang dia memberi isyarat mulut. “Nana okay tak?” Nana membalas dengan anggukkan kecil dan tersenyum.

 

“Sunggyu oppa!!” Kei menjerit kecil memanggil nama Sunggyu memberi isyarat tangan menyuruh mereka berdua datang meja yang mereka semua duduk ketika ini.

 

“Annyeonghaseyo semua!” Sunggyu tunduk hormat diikuti dengan EunAh yang berdiri disebelahnya.

 

“Oppa dengan unnie duduk dengan kita orang semua lagi pun kami nak celebrate kemenangan pertama untuk album baru.” Kata Jiae.

 

“Boleh ke join ini?” Sunggyu memandang EunAh bila mendengar ajakan Lovelyz itu.

 

“Oppa ini, kami dah ajak mestilah boleh.” Mijoo menarik tangan EunAh duduk disebelahnya.

 

Nana memberikan senyuman dan hormat pada mereka berdua begitu juga dengan ahli infinite yang bertiga itu.

 

“Korang pun ada sekali?” tanya Sunggyu pada mereka berempat.

 

“Sudah semestinya ada, bila sudah diajak mesti datang. Hehehe.” Woohyun menyahut pertanyaan dari Sunggyu.

 

“Wahhhh... cantik yeoja chingu oppa ini. EunAh unnie cantiklah patut Sunggyu oppa pilih unnie.” Puji Sejung termasuk ahli lovelyz yang lain.

 

EunAh tersenyum malu dengan usikan dan pujian dari Lovelyz. “Mana ada unnie biasa saja. Terima kasih. Kamu semua pun comel dan cantik juga.”

 

“aishh korang ini bab mengusik nombor satu, segan EunAh unnie korang.” Tegur Sunggyu pada Lovelyz.

“Eleh hyung. Noona yang segan atau hyung yang segan?” Woohyun attack Sunggyu pula. Sunggyu hanya mampu tersenyum kecil. Mereka semua tergelak sambil menunggu makanan yang tidak kunjung tiba.

 

Tapi ada seseorang yang tidak berpuas hati iaitu Sungyeol. Aku faham mungkin Sungyeol oppa geram sebab dia takut aku terasa hati dengan apa yang diperkatakan mereka. Aku segera mengenggam tangan Sunggyeol bila melihat riak wajah seperti h

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
butterfly_kiss
Chapter 32 update!! Mohon baca ye dan tinggalkan comment.

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 26: //Sambut bunga// a/n,saya taknak suho!!!nak sehun....anyway,betul ke rumour tu?sian nana.tapi betul ker?saya masih x caye.ermm yiyi tu wu yifan ek?ke zhang yixing?bila nak dedah kan yiyi gege?
misz_dina #2
Chapter 23: Saya rasa sye dh tau sape crush nana...citer ni meeeeeemang jjang..semakin panjang chap nye
izyana #3
Chapter 21: Author update cepat.nk thu crush nana sape?