Chapter 27

CRUSH ON YOU
Please Subscribe to read the full chapter

 

NANA POV

Nana menarik nafas sedalam yang mungkin membina kekuatan diri untuk memberikan senyuman. Dia sedang berdiri dihadapan pintu utama melihat cuaca diluar mendung tapi masih lagi tidak seperti ingin menitiskan air untuk membasahi dan menyejukkan bumi yang sebelum ini terik dan membahang. Kelihatan keadaan itu seperti dirinya kini yang menahan menyembunyikan luka yang ada menyeka air mata turun membasahi pipi.

 

Nana merebahkan punggung duduk disofa yang empuk tetapi tidak untuk waktu itu. Nana merasakan dia duduk diatas lantai yang kosong berpasir tidak beralaskan apa-apa mahupun sehelai surat khabar. Dia perasan yang penghawa dingin tidak dipasang itu bermaksud Sun tiada dirumah dan masih lagi bekerja.

 

Mata tersorot memandang smartphone yang dicampakkan diatas meja tadi. Telinganya mendengar bunyi text masuk bertalu-talu tapi tidak diendahkan. Dia boleh mengagak sesiapa yang mengetahui hal itu termasuk adik beradiknya menghantar text itu. Mereka pasti tahu yang dirinya sudah mengetahui mengenai berita hangat yang telah tersebar luas itu.

 

Kaki melangkah longlai menapak untuk bangun naik keatas menuju masuk ke biliknya. Dia ingin menghabiskan masa secukupnya diatas katil berselimut dan menagis semahu yang mungkin melegakan kesakitan dihati walaupun ia perkara sukar melupakan serta membuang perasaannya terhadap insan dicintai dalam diam itu.

END OF POV

 

-SKIP-

 

Dia terjaga dari tidur setelah penat menitiskan air mata, dia duduk memandang lantai yang dihiasi permaidani. Bermacam-macam yang sedang bermain difikirannya. Bagaimana dia hendak berdepan dengan Sunggyu selepas ini. Jika dia mengelak nampak pelik bagi orang sekelilingnya.

 

Lamunan terhenti bila dia dikejutkan dengan deringan text masuk dari smartphonenya. Hatinya tergerak untuk membuka dan melihat text itu.

 

From Kyungha

Yeonhye! Jangan lupa ulangkaji esok kita ada exam. Jumpa esok. Hwaiting!!

 

To Kyungha

Nae! Gomawoyo chingu ah~ Hwaiting!! Okay jumpa esok.

 

Pesanan ringkas itu dibaca dan dibalas. Otak makin berserabut bila mendapat pesanan dari rakan sekelas iaitu Kyungha. Dia lupa ada exam keesokan hari disebabkan terlalu melayan perasaan. Dia bersyukur ada kawannya itu.

 

Nana termenung seketika dimana dia harus mengulangkaji dan melupakan keadaan sekelilingnya yang sedang bertambah serabut itu. Dia melihat hari sudah menginjak ke waktu malam, mata dialih memandang kearah jam yang terhias indah di dinding menunjukan pukul 9.30 malam.

 

Selesai menyegarkan diri dia mengambil keputusan untuk memberikan tumpuan pada pelajarannya. Jika itu semua boleh membantu menghilangkan kesunyian, kesedihan dan kesakitan yang ada.

 

Tuk! Tuk! Tuk! Kedengaran pintu biliknya diketuk. “Nana, boleh aku masuk?” tanya Sun meminta kebenaran untuk masuk. Melihat dari gaya rambut yang basah pasti baru selesai mandi.

 

“Boleh, masuklah!” Nana menjawab ringkas. Nana yang duduk di meja belajar sudah pun mula mengulangkaji ketika itu.

Sun menjengukkan kepalanya sedikit dipintu yang separu dibuka itu. “Kau sibuk ke waktu ini? tanya Sun apa bila melihat Nana sedang membaca dan memegang pen ditangan.

 

“Haah sibuk sikit sebab esok ada exam tapi takpe kalau kau ada something nak bagitahu. Aku boleh je dengar.” balas Nana pada Sun yang kelihatan ingin bertanya atau bercerita dengannya.

 

“Aku nak tanya kau dah makan atau belum? Kalau belum, jom makan dulu lepas itu kau sambung belajar balik. Tak elok masa mengulangkaji tak makan.” Sun mangajak Nana makan bersamanya.

 

“Jangan risau aku dah makan sebelum balik rumah tadi. Tapi maaf tak dapat temankan kau makan.” Nana memberikan senyuman sambil mengurut bahu Sun memujuk kawannya itu kerana takut Sun berkecil hati dengannya.

 

“It’s okay, aku faham kau dah makan dan perlu ulangkaji. Kalau kau tak buat apa-apa mesti aku paksa kau turun makan dengan aku kat bawah itu.” Sun mengusik sahabatnya itu.

 

“hahahaha..” gelak Nana dengan usikan Sun. Dia mahu menyembunyikan perasaan sedihnya dihadapan Sun. Dia tidak mahu Sun risau akan dirinya lagi. Bagi Nana dia sudah banyak  menyusahkan orang sekeliling terutama Sun.

 

“Okay belajar elok-elok, tidur jangan lewat. Kalau ada apa-apa pertolongan panggil aku.” Pesan Sun.

 

“Ye sayangku Sun Sun. Hehehe” gelak Nana bila menyebut panggilan manja Sun.

 

-SKIP-

 

Sesudah mandi Sun keluar dari bilik dan menuju ke bilik Nana. Melihat dari luar bilik lampu terpasang itu bermaksud dia belum tidur. Sun berhasrat untuk melihat keadaannya ketika itu setelah ramai yang berkata dia sudah mengetahui berita yang tersebar mengatakan Sunggyu sudah dimiliki.

 

Sun menarik nafas sedalam yang mungkin kemudian mengetuk pintu itu. Sun meminta kebenaran sebelum masuk. Dia menjengukkan sedikit kepala melihat Nana sedang duduk dimeja sibuk membaca dan memegang pen mengulangkaji.

 

Sun mengajaknya makan tapi Nana sudah makan sebentar tadi. Soalan yang sepatutnya Sun tanya disimpan biarlah Nana meneruskan mengulangkaji dan berehat. Nana kelihatan bersahaja tidak nampak seperti seorang yang kecewa.

 

Mungkinkah Nana tidak tahu mengenai hal ini atau menyembunyikan kekecewaan itu. Sun pergi dari situ dan memberikan pesanan supaya dia tidak tidur lewat dan sebagainya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
butterfly_kiss
Chapter 32 update!! Mohon baca ye dan tinggalkan comment.

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 26: //Sambut bunga// a/n,saya taknak suho!!!nak sehun....anyway,betul ke rumour tu?sian nana.tapi betul ker?saya masih x caye.ermm yiyi tu wu yifan ek?ke zhang yixing?bila nak dedah kan yiyi gege?
misz_dina #2
Chapter 23: Saya rasa sye dh tau sape crush nana...citer ni meeeeeemang jjang..semakin panjang chap nye
izyana #3
Chapter 21: Author update cepat.nk thu crush nana sape?