Chapter 29

CRUSH ON YOU
Please Subscribe to read the full chapter

"Yeollie-ah~" Dongwoo menegur Sungyeol yang sedang khusyuk main permainan di kaca televisyen.

 

"Owh! Hyung" Sungyeol menegur Dongwoo kembali, dia hanya memandang sekilas meneruskan tumpuannya pada permainan itu.

 

Sungyeol merasakan dirinya diperhatikan oleh Dongwoo tapi dia tidak ambil peduli menganggap Dongwoo turut leka melihat permainan itu.

 

Dongwoo bukan sahaja melihat Sungyeol bermain tapi turut memerhatikan kawan-kawannya yang lain. Mereka sedang diberi rehat selepas penat siri konsert jelajah, album baru, lakonan dan aktiviti lain.

 

Mereka ada di dalam Woollim waktu itu kerana Pengarah nak jumpa dengan mereka semua sebelum mereka berehat seketika. "Hyung, nak main tak?" Sungyeol bertanya setelah melihat Dongwoo yang sedang duduk termenung.

 

"Takpe la Yeol, hyung penat lain kali aje la." Tolak Dongwoo. "Ahhh, apa kata kau ajak Sungjong ke? Myungsoo ke?" Kebetulan pada waktu itu Sungjong dan Myungsoo datang duduk di meja yang sama.

 

Sungyeol menghulur kawalan jauh pada mereka berdua "Malas la hyung, takde mood" Sungjong juga menolak ajakan itu. Myungsoo memberikan gelengan dia juga tidak mahu bermain. Sungyeol duduk setelah ajakannya ditolak oleh mereka.

 

Woohyun dan Sunggyu datang duduk bersama mereka disitu. Dongwoo mencuit bahu Sungyeol, muka Sungyeol bertanya kenapa. Dongwoo menghirup air lalu bertanya "Sudah lama kita tak lepak dengan Nana ye?"

 

"Owh, dia sibuk dengan projek terbaru. Jangan haraplah dia akan hang out dengan sesiapa pun. Macam tak kenal Nana itu kalau bab kerja serius sangat." Sungyeol menggeleng bila terfikir Nana yang makin sibuk dari kebiasaan.

 

✪SKIP✪


 

Mereka semua yang hadir pada malam itu berehat selepas selesai menyambut meraikan hari jadi Ji Eun sebentar tadi. Ramai tetamu sudah beransur pulang ke rumah masing-masing cuma ada segelintir yang masih berada disitu memandangkan masih awal untuk balik.

 

Nana menguap dia masih berfikir untuk mendapatkan ilham untuk projek. Dia agak penat sebab melayan tetamu semasa majlis adiknya tadi. Dia melangkah turun ke ruang tamu manalah tahu waktu-waktu sebegini boleh dapat ilham. Otaknya masih ligat menyusun ayat.

 

Sedang berjalan tangannya ditarik oleh seseorang. Dia bertambah bingung bila ditarik sedemikian rupa. Dia disuruh duduk di meja bulat yang sudah dipenuhi ramai orang dan badan ditolak dikerusi yang satu-satunya kosong disitu.

 

Dia melihat gerangan yang menarik dirinya tadi. Chanyeol hanya memberikan dia senyuman bila dia memandang dengan muka yang masih bingung itu. Baekhyun yang turut ada disitu mengajak chanyeol berbual. Nana beralih pada smartphone ditangan dengan tidak mengendahkan sesiapa pun tangan menaip huruf tapi tidak pasti mahu menaip perkataan apa.

 

Sewaktu tangan ditarik tadi mata dia sempat memandang siapakah yang duduk semeja dengan dia. Meja bulat yang itu boleh memuatkan seramai 8 orang iaitu Woohyun, Myungsoo, Kyuhyun, Ryeowook, Baekhyun, Chanyeol, Sehun dan yang terakhir diri dia.

 

Otaknya masih berfikir mencari idea tapi matanya memandang sekeliling dengan melihat mereka yang ada disitu sibuk bersembang. Dia juga ada ternampak BTS duduk dimeja sebelah. Mereka belum balik lagi sebabnya biasalah jika menunggu merpati sejoli menghabiskan masa bersama setelah berbulan tidak berjumpa.

 

Lebih lagi majlis hari ini merupakan buah hati memang cari peluang keemasan. Nana tersenyum melihat gelagat pasangan iaitu  adik dia dan V yang tersenyum dan ketawa bila diusik ahli BTS.

 

Ada yang menarik perhatian dia ketika itu.

 

“Laaaa, jangan tarik! Ishh budak ini..” Xiumin menepis tangan Chen asyik merampas earphone yang berada ditelinga Xiumin.

 

“Alaaa asyik hyung je yang guna.”terdengar rungutan dari mulut Chen.

 

Pergaduhan kecil itu menarik perhatian Nana. Dia tergelak kecil melihat gelagat dua orang namja itu.

 

“Ishhh, kau ini hyung tengah syok dengar layan lagu best ini. Ada aje yang nak menganggu.” Terkeluar bebelan dari Xiumin yang jarang bercakap itu.

 

“Meh sini bagi Chen dengar, best sangat ke lagu itu? Dari tadi aku tengok hyung putar lagu yang sama je.” Chen ingin tahu apa yang seronok sangat dengan lagu yang Xiumin dengar dari tadi sampaikan tidak boleh diganggu.

 

“Nah amik la.” Xiumin menyumbatkan earphone sebelah kirinya pada Chen.

 

“Woah!!! Ini bukan ke suara Butterfly?” Chen menjerit dengan tiba-tiba sebaik sahaja mendengar lagu itu. Ia menarik perhatian semua orang yang ada disitu.

Chen tergelak kecil dan malu kerana kini semua memandang kearah dia. Dia menunduk beberapa kali tanda memohon maaf atas kejadian yang dia sendiri tidak sangka berlaku akibat seronok dan teruja.

 

“Oitt, duduk la ada yang tercabut sebelah earphone ni. Kalau iya pun kau excited janganlah rosakan harta hyung ni.” Xiumin geram dengan perangai Chen.

 

“Lagu Butterfly itu lagu baru atau lama?” tegur Kyungsoo. Dia dari tadi tengok pergaduhan mereka berdua menyampuk dengan tiba-tiba.

 

“Tajuk dia I Will Forget You by Park Shinhye tapi Butterfly cover balik lagu ini.” Xiumin bercakap sambil tangan sibuk merampas earphonenya dari Chen. Chen buat-buat nak cekik Xiumin yang duduk tidak memandang dia.

 

“Haaa, pelik kenapa hyung tak perasan yang Butterly ada cover lagu ini? Dia keluarkan lagu ini 2 hari lepas kot? – Ouchh!! ” Kai bersuara pada Chen dan Kyungsoo. Kai menjerit akibat kepala dihempuk botol oleh Sehun. Kyungsoo yang ada di sebelah mengosok kepala Kai.

 

“Kau pun satu dah kenapa? Ke buat-buat lupa? Dorang sibuk kot mana ada masa nak ambil tahu semua itu.” Dari tadi Sehun nak melepak dengan mereka semua tapi dia terdengar benda merepek pulak keluar dari Kai.

 

Meletus jugak gelak Nana sebab tengok ahli EXO bertekak dan bergaduh sebab perkara kecil macam itu. “Noona dah kenapa gelak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
butterfly_kiss
Chapter 32 update!! Mohon baca ye dan tinggalkan comment.

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 26: //Sambut bunga// a/n,saya taknak suho!!!nak sehun....anyway,betul ke rumour tu?sian nana.tapi betul ker?saya masih x caye.ermm yiyi tu wu yifan ek?ke zhang yixing?bila nak dedah kan yiyi gege?
misz_dina #2
Chapter 23: Saya rasa sye dh tau sape crush nana...citer ni meeeeeemang jjang..semakin panjang chap nye
izyana #3
Chapter 21: Author update cepat.nk thu crush nana sape?