Chapter 20

CRUSH ON YOU
Please Subscribe to read the full chapter

Mereka baru sahaja selesai buat persembahan lagu terbaru untuk salah satu rancangan musik iaitu K-Chart MBC..“Huarghhhhhh… penat!!! Tapi seronok je tengok Inspirit menjerit nama kita tadi..” kata Woohyun yang sedang mengeliatkan badannya selepas beraksi atas pentas tadi.. Dia berasa penat tapi berbaloi sebab melihat Inspirit sentiasa ada memberi sokongan kepada mereka semua..

 

“Haaa kan penatnya..!!! tapi tak kesah la.. asalkan nampak peminat tu bersorak rasa bahagia je..” kata Dongwoo pula..

 

“Eh cakap pasal penat.. perut aku dah mula berbunyi ni.. apa kata kita pergi makan!!!” Sunggyu memberi idea kepada bandmate dia..

 

“Ye itu la ayat yang aku nak dengar dari hyung sebenarnya dari tadi aku tunggu.. hehehe..  perut aku dah mula menyanyi bila jejak je kaki kat belakang pentas..” Sungyeol mencelah.. “Ouchhhh… hyung sakit la..” kepala Sungyeol diketuk Sunggyu.. “Kau ni tahu makan je la..” Sunggyu membebel..

 

Yang lain hanya jadi pemerhati sahaja dari tadi melihat gelagat anak beranak itu bergaduh.. Malas nak masuk campur lebih baik layan penat dari melibatkan diri.. Kalau dilayan mesti bertambah penat.. Suasana kembali reda bila mereka berdua sudah berhenti bertekak dan keadaan menjadi sunyi.. Mereka bertujuh berjalan diruang koridor itu..

 

“Weh.. dah alang-alang kita ada kat luar ni.. apa kata kita singgah dulu jenguk sunbienim Super Junior sekejap..” Hoya memecahkan suasana sunyi dan mengajak mereka yang lain untuk berjumpa dengan sunbienim mereka..

 

“Owh haah kan.. tadi nak tegur tak sempat pulak.. dah kita nak lalu depan bilik mereka, baik kita bertegur sapa sekejap..” Woohyun bersetuju dengan cadangan dari Hoya.. “Okay.. Joomm!!” yang lain juga bersetuju dengan cadangan itu..

 

Baru saja mereka nak buka pintu terdengar perbualan.. “Hahahahaha… Nana tu kelakar la.. ada ke dia call aku semalam.. Dia cakap.. (Oppaaa!!!! Tolong Nana!!..) buat aku terkejut je la.. Aku ingatkan ada terjadi apa-apa kat dia.. alih-alih alahhh cuma benda kecik je..” Heechul membebel sambil meneguk air ditangan..

 

Mereka bertujuh tak jadi masuk tapi yang berenam ini ambil keputusan untuk memasang telinga saja.. Sungyeol jadi pemerhati dan hanya mampu mengeleng melihat mereka semua, malas nak masuk campur.. “Benda apa yang dia minta tolong tu??” Leeteuk bertanya..

 

“Owhh.. Hahahaha.. ada ke dia cakap tak sanggup nak jumpa crush dia tu.. Dia cakap bila jumpa je macam nak gugur jantung dia.. dia tak sanggup tapi terpaksa kalau tak mesti ahli kumpulan tu pelik kenapa tak nak jumpa mereka sedangkan Nana okay je dengan mereka sebelum ni..Macam mana supaya dia dapat mengelak dari jumpa dengan dia tanpa berlaku apa-apa salah faham..” Heechul hanya mampu ketawa dengan gelagat Nana.. Dia cuba membayangkan macam mana Nana kawal semuanya..

 

"Haha macam itu pun ada ke?? Nak mengelak macam mana?? Nanti mengelak orang boleh perasan la.. Ishh dia tu.." Kyuhyun mengeleng memikirkan apa yang disampaikan Heechul tadi..

 

“Tapi aku tabik la dengan Nana boleh bertahan macam tu sekali sampai takde sesiapa dalam kumpulan tu yang perasan Nana sukakan ahli dorang..” Yesung memuji Nana..

 

“Hahaha Nana tu boleh la jadi pelakon sebab boleh berlagak tenang je bila jumpa dengan crush dia..” Ryeowook pula menambah..

 

" Ye la nampak macam tenang sangat hakikatnya lepas tu mengadu kat kita ni hah.. nasib baik masa crush dia tu takde sebelum ni okay lagi.. Ini dah ada depan mata tak tentu arah.." bising Kangin dengan perangai Nana itu..

 

“Kalau dia ada sekarang ni memang dah kena usik je dari tadi.. nasib baik takde..” Eunhyuk pula berkata..

 

“Tapi kesian la dengan dia, sampai bila la nak jadi macam tu.. Kita dah buat macam-macam kot bagi semangat dan kekuatan nak dia bercakap dekat crush dia tu.. tapi takde hasil pun..” ujar Donghae yang kelihatan risau dengan keadaan Nana itu..

 

“Okay dah la tu mari kita cepat.. nak gerak balik dah ni..” Leeteuk menghentikan perbualan mereka semua.. Infinite pun segera pergi dari situ sebelum Suju keluar dan perasan yang mereka bertujuh mencuri dengar perbualan tadi.. Mereka bertujuh terus melarikan diri ke bilik yang disediakan untuk mereka..

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
butterfly_kiss
Chapter 32 update!! Mohon baca ye dan tinggalkan comment.

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 26: //Sambut bunga// a/n,saya taknak suho!!!nak sehun....anyway,betul ke rumour tu?sian nana.tapi betul ker?saya masih x caye.ermm yiyi tu wu yifan ek?ke zhang yixing?bila nak dedah kan yiyi gege?
misz_dina #2
Chapter 23: Saya rasa sye dh tau sape crush nana...citer ni meeeeeemang jjang..semakin panjang chap nye
izyana #3
Chapter 21: Author update cepat.nk thu crush nana sape?