Pertemuan Kedua

Don't Go | 가지마

"KimKai, jom temankan aku minum Bubble Tea," ajak Sehun. Kai sedang asyik bermain dengan permainan video dengan Chen.

"Aku sibuk ni," Kai menjawab tanpa memandang Sehun. Dia sangat fokus dengan permainannya itu. Sehun menjongketkan bahunya sambil mencebikkan bibir. Nampaknya petang itu, dia terpaksa keluar seorang diri.

Semasa dia sampai, kafe agak lenggang. Namun bila malam tiba, pengunjung makin ramai. Mungkin mereka mahu menonton perlawanan bola sepak malam itu.

Sehun tertarik dengan seorang gadis yang sedang bersorak antara lelaki di situ. Selesai perlawanan, gadis itu bangun dan berpaling. Sehun sangat terkejut kerana gadis yang sedari tadi dia perhatikan itu rupanya Ga In.

Sehun segera menghampiri Ga In dan menegurnya. Ga In sangat terkejut bila disapa oleh Sehun. Dia mengajak Ga In berbual namun gadis itu menolak kerana mahu pulang. Tetapi Ga In memberikan nombor telefonnya kepada Sehun untuk dihubungi jika lelaki itu memerlukan pertolongan.

Sehun tiba di dorm tepat jam 12 malam. Kelihatan D.O. sedang menonton tv di ruang tamu. Dia memandang sekeliling mencari kelibat Suho. Harap-harap Suho hyung dah tidur.

"Kamu cari siapa?" tanya D.O. hairan melihat gerak-geri Sehun.

"Suho hyung," jawab Sehun perlahan. Dia masih memerhati sekeliling. D.O. tersenyum.

"Suho hyung dah tidur," jawapan D.O. melegakan hati Sehun. Sehun menarik nafas lega. Dia berjalan dengan senang hati menuju ke biliknya. Walaupun Suho sudah tidur, dia sangat berhati-hati kerana tidak mahu mengejutkan ketuanya itu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chibishiro
#1
hi, sorry if i may appear rude and all (u can delete my comment after reading it) but I think the correct term would be kajima ( 가지 마) not kajimanha (가지많아)... manha (많아) means a lot. :) i want to pm u to inform but i do not know how to since im still quite new to this aff thingy.