Dah Kenal

Don't Go | 가지마

Kai tiba di restoran sebelum Sehun. Kenapa mereka tak datang sekali, sebenarnya mereka memang datang sekali. Tapi dalam perjalanan tadi, Sehun menyuruh pengurus mereka berhenti di satu kedai. Dia menyuruh Kai pergi dahulu dan tidak perlu menunggu dirinya. Dia akan pergi sendiri. Kai hanya mengikut sahaja.

Kai bermain dengan telefonnya sementara menunggu ketibaan Ga In dan Sehun.

Seketika kemudian, Ga In sampai. Dia mengambi tempat di sebelah kanan Kai.

"Mian oppa, saya lambat," ucap Ga In sekadar berbahasa. Dia mengerling jam di tangannya. Tak adalah lambat mana pun.

"Tak adalah. Oppa yang datang awal. Ni Ga In, oppa nak bagitahu ni. Sebenarnya oppa ada ajak chingu oppa join kita. Kamu tak kisah kan?" Kai menaikkan keningnya. Ga In hanya buat muka selamba.

"Tak kisah pun," jawabnya. Padahal dalam hati, hishh boleh pulak dia ajak chingu dia. Entah siapa-siapa je chingu dia tu. Aku nak jumpa dia ni pun malu. Inikan nak kena hadap sorang lagi.

Sedang asyik Kai dan Ga In berborak-borak kosong, Sehun masuk ke dalam restoran dan terus menuju ke arah meja Kai. Dia nampak seorang gadis berada di sebelah kanan Kai. Semakin hampir dengan meja, Sehun semakin berdebar.

Sampai sahaja di meja, Sehun terlebih dahulu menegur Kai. "Maaf lambat."

Ga In pada masa itu sedang menunduk bermain telefonnya, dia terkejut apabila mendengar suara yang sangat dia kenali itu. Hati Ga In berdebar-debar. Jangan-jangan..

Sehun menarik kerusi di sebelah kiri Kai atau lebih tepat lagi di hadapan Ga In. Dia duduk dan memandang gadis di hadapannya. Sebaik sahaja pandangannya bertembung dengan Ga In, masing-masing melopong.

"Ga In?" tanya Sehun.

"Sehun oppa?" Ga In pula bertanya.

"Mwo? Korang berdua dah kenal ke sebelum ni?" Kai hairan. Sehun memandang Kai.

"Yah Kai, siapa dia?" tanya Sehun.

"Inilah yeoja yang aku jumpa kat McDonald hari tu. Dialah yang aku tolong hari tu," ujar Kai membuatkan Sehun tercengang. Dia menepuk dahinya. Kai pula yang bingung.

"Macam tu ke? Kalau kau nak tahu inilah yeoja yang Chen hyung usik aku masa kita main Truth Or Dare hari tu," ujar Sehun. Dia menyandar di kerusinya. Apa semua ni?

"Jadi inilah yeoja yang kau cakap kau jumpa dekat restoran Cina hari tu?? Han Ga In??" Kai tidak percaya.

Ga In sedari tadi hanya menjadi pemerhati dua orang lelaki di hadapan dan di sebelahnya yang seperti baru sahaja bertemu dengan ahli keluarga yang dah 40 tahun terpisah. Jejak kasih katakan. Bersamamu uolls.. -_-

"Yelah. Aku nak bagitahu kau hari tu nama dia. Tapi baru je aku sebut Han kau dah pergi," kata Sehun.

Kai hanya mampu ketawa tidak percaya. Selama ini mereka kenal orang yang sama. Macam tak masuk akal pula. Orang yang mereka berdua hendak kenal sangat selama ini rupanya orang yang sama.

"Ermm.. Sampai bila kita nak buat sesi ramah mesra ni? Kalau tak keberatan boleh kita order? Sebab muka waiter ni nampak redha je tengok korang berdua berdiskusi kat sini," sampuk Ga In selamba. Pelayan itu hanya tersenyum. Akhirnya mereka membuat pesanan.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chibishiro
#1
hi, sorry if i may appear rude and all (u can delete my comment after reading it) but I think the correct term would be kajima ( 가지 마) not kajimanha (가지많아)... manha (많아) means a lot. :) i want to pm u to inform but i do not know how to since im still quite new to this aff thingy.