Saya Minta Maaf

Don't Go | 가지마

Tepat pukul 3 pagi, alarm di dalam bilik Kai dan D.O. berbunyi. D.O. menggeliat malas sebelum bangun. Dia mematikan penggera di telefonnya itu. D.O. mandi dan dia mengejutkan Kai sebelum dia keluar untuk memeriksa sama ada ahli lain sudah bangun ataupun belum. Kai bangun dan dengan mata yang masih terpejam, dia masuk ke dalam bilik air.

Selepas mengejutkan ahli lain, D.O. menuju ke bilik terakhir iaitu bilik Suho dan Sehun. D.O. mengetuk pintu bilik beberapa kali namun tiada jawapan. Dia memulas tombol pintu dan terkejut kerana ianya tidak berkunci. Biasanya Suho akan mengunci pintu biliknya sebelum tidur. D.O. masuk ke dalam.

"Suho."

D.O. hairan melihat Sehun dan Suho tiada di dalam bilik mereka. D.O. segera memberitahu lepada ahli lain. Ahli lain sudah bersiap. Mereka berkumpul di ruang tamu.

"Suho dan Sehun tak ada?" tanya Xiumin. D.O. mengangguk.

"Mana mereka pergi?" Lay bersuara. Dia baru keluar daripada bilik Suho. Dia memeriksa sendiri untuk kepastian.

"Saya risau kerana mood mereka berdua agak tidak baik sekarang," Chen menyuarakan apa yang dia rasa.

"Cuba telefon mereka," Chanyeol memberi cadangan. Kai segera mengeluarkan telefonnya dan mencari nombor Sehun.

"Tak payah. Telefon mereka ada di dalam bilik," kata Lay. Ahli lain mengeluh. Tiba-tiba Kai seperti teringatkan sesuatu. Dia segera memeriksa kalendar.

"Yah! Yah! Yah! Kamu buat apa tu?" tanya Baekhyun. Semua ahli memandang Kai.

"Hari ni 20 April kan?" tanya Kai mahukan kepastian. Semua ahli mengangguk.

"Sebenarnya dah masuk 21 April," Chanyeol membetulkannya.

"Patutlah."

"Wae?" Chen hairan.

Kai segera menuju ke satu bilik. Ahli lain mengikutnya. Mereka tiba di bilik lama yang Luhan pernah gunakan. Kai perlahan-lahan membuka pintu bilik.

Mereka semua terkejut melihat Suho tidur di atas katil dengan Sehun memeluknya. Kai mengejutkan Suho. "Suho hyung.."

Suho bangun dan hairan melihat semua orang berada di dalam bilik itu dan sedang memandangnya. Dia melihat Sehun tidur di sebelahnya dan segera mengejutkan Sehun.

"Dah pukul berapa ni?" tanya Suho.

"3.30 pagi," jawab D.O..

"Korang keluar dahulu. Saya nak bersiap," Suho memberi arahan. Semua orang keluar daripada bilik meninggalkan dirinya, Sehun dan Kai.

Kai duduk di sebelah Sehun. Sehun masih memeluk patung rusa itu. Dia menggosok belakang Sehun. Suho duduk di sebelah Sehun.

"Sehun-ah, hyung minta maaf sebab marah kamu semalam. Maaf kalau hyung buat kamu sakit hati."

"Ani. Saya yang patut minta maaf sebab tidak hormat hyung. Banyak perkara yang saya fikir kebelakangan ini. Mungkin sebab itu saya kurang masa rehat dan agak stress," Sehun turut meminta maaf. Dia segera memeluk Suho. Suho membalas pelukan maknaenya itu. Kai tersenyum menyaksikan drama sebabak pagi itu.

"D.O-ya! Aku lapar! Cepat masak!" Baekhyun memberi arahan kepada D.O. yang sedang menghafal lagu itu. Chanyeol mengetuk kepala Baekhyun.

"Jangan mengada nak makan. Hafal betul-betul lirik tu," marah Chanyeol. Mereka semua berada di ruang tamu. Masing-masing membuat hal sendiri sementara menunggu Sehun dan Suho bersiap.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chibishiro
#1
hi, sorry if i may appear rude and all (u can delete my comment after reading it) but I think the correct term would be kajima ( 가지 마) not kajimanha (가지많아)... manha (많아) means a lot. :) i want to pm u to inform but i do not know how to since im still quite new to this aff thingy.