Direct Message

Don't Go | 가지마

Selepas diusir oleh Sehun, Kai keluar daripada bilik itu dan masuk ke dalam biliknya. Dia tidak tahu hendak buat apa kerana dia berseorangan. Dia membuka telefonnya dengan muka yang bosan. Instagram dibuka. Dia scroll news feed dengan malas.

Tiba-tiba matanya tertangkap satu gambar yang menarik perhatiannya. Ye Seul memuat naik satu gambar dia dan  kawannya di Menara Namsan. Lama Kai perhatikan gambar tersebut.

"Ga In.."

Kai membuka profil Instagram Ga In. Dia tersenyum melihat gambar-gambar yang dimuat naik oleh gadis itu. Dia terfikir kenapa dia tidak tahu sebelum ini Ye Seul ada kawan secantik itu.

Kai menekan butang 'follow'. Dia menunggu Ga In mengesahkan permintaannya. Sambil-sambil itu, dia melihat satu-persatu gambar Ga In. Bibirnya tidak lekang daripada senyuman.

Ga In membuka Instagramnya dan melihat ada orang menhantarnya permintaan untuk menjadi 'follower'nya. Nama akaun tersebut ialah KimJongKai. Tanpa mengesyaki apa-apa, dia terus approve.

Kai sangat gembira apabila Ga In approve permintaannya. Dia terus menghantar pesanan kepada Ga In melalui 'Direct Message'.

'Annyeonghaseyo'

'Oh, annyeonghaseyo'

'Saya Kai. Yang tolong awak hari tu.'

Ga In sangat terkejut apabila mengetahui pemilik akaun itu ialah Kai.

'Oh. Ne. Kamsahamnida.'

Mereka berborak panjang dan mula bertukar-tukar nombor telefon masing-masing. Kai teringin mengajak Ga In makan tengah hari bersamanya.

'Ga In-ssi, hari tu oppa dah tolong kamu. Jadi boleh tak kamu pula tolong oppa?'

Ga In terkejut. Apa yang Kai mahu minta daripada dia. Dia jadi berdebar pula.

'Ne. Oppa nak saya buat apa?'

'Kamu free tak esok? Temankan oppa makan tengah hari, boleh?'

Ga In menjadi serba salah kerana dia sudah berjanji dengan seseorang untuk makan tengah hari namun dia tidak sampai hati untuk menolak permintaan Kai kerana lelaki itu sudah menolongnya tempoh hari.

Akhirnya dia membiarkan pesanan itu tidak berbalas. Ga In berasa lapar lalu dia ke dapur dan memasak ramen.

Kai hairan kerana Ga In hanya membaca tetapi tidak membalas pesanannya. Setelah setengah jam menunggu, dia membuat keputusan untuk menelefon Ga In.

Ye Seul kebetulan pada masa itu masuk ke bilik Ga In untuk meminjam charger telefon Ga In.

Dia melihat ada panggilan di telefon Ga In dan menjawabnya. Dalam hatinya terdetik, "Macam kenal nombor ni."

Ye Seul menjawab panggilan itu. "Yoboseyo."

"Yoboseyo. Ga In ?"

"Kai oppa?" Ye Seul hairan. Dia cam suara Kai dan dia sangat yakin Kai yang sedang bercakap dengannya.

"Nugul?" Kai hairan. Dia seperti pernah dengar suara itu sebelum ini.

"Kai oppa! Ini Ye Seul. Kenapa oppa telefon kawan saya?" ujar Ye Seul. Pelbagai tanda tanya bermain di fikirannya.

"Oh Ye Seul-ah, mana Ga In?" tanya Kai. Dia mahu bercakap dengan Ga In.

"Oppa, macam mana oppa kenal dengan Ga In?" Ye Seul hairan. Macam mana Kai boleh kenal dengan kawannya itu dan kenapa Ga In tidak pernah beritahu dia kenal Kai.

"Nanti ajelah oppa ceritakan, boleh kamu pesan kepada Ga In suruh dia hubungi oppa nanti?" tanya Kai. Ye Seul mengangguk.

"Han Ye Seul?" Kai bersuara selepas tiada respon daripada Ye Seul.

"Oh, ne, ne. Saya akan beritahu dia nanti," Ye Seul tersengih malu walaupun Kai sememangnya tidak dapat melihatnya.

"Okey. Bye," Kai mematikan talian. Dia merebahkan badannya di atas katil. Matanya dipejamkan. Wajah Ga In terbayang di fikirannya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chibishiro
#1
hi, sorry if i may appear rude and all (u can delete my comment after reading it) but I think the correct term would be kajima ( 가지 마) not kajimanha (가지많아)... manha (많아) means a lot. :) i want to pm u to inform but i do not know how to since im still quite new to this aff thingy.