Gadis Berbaju Putih

Don't Go | 가지마

Seminggu selepas Kai pulang daripada London, dia dan Sehun keluar makan di McDonald. Sehun beratur untuk memesan makanan manakala Kai mencari meja kosong. Nasib baik tidak ramai orang pada masa itu.

Di suatu tempat yang lain, seorang gadis muda sedang berjalan sambil bercakap dengan seseorang di telefonnya. Dia kelihatan bengang.

"Yah, Ye Seul-ah. Kau kata kau nak datang. Kenapa tiba-tiba batalkannya?" marahnya.

"Mianhae Ga In-ah. Aku ada hal. Tak dapat nak temankan kau makan hari ini. Maaf sekali lagi," Ye Seul meraih simpati daripada kawan baiknya itu. Dia membuat muka kesian walaupun dia tahu Ga In tidak dapat melihatnya.

"Kau ni memang menyakitkan hati betul. Aku dah nak sampai di McDonald ni. Tak apalah kalau macam tu. Aku pergi dulu. Bye," Ga In mematikan telefonnya. Dia masuk ke dalam McDonald dan beratur.

Dari jauh, Kai ternampak seorang gadis sedang beratur. Gadis itu menarik perhatiannya. Kai terus memerhatikannya.

Beberapa minit kemudian, Sehun datang dengan makanan yang dipesan. Dia meletakkan makanan di atas meja dan terus bergegas ke tandas. Kai tidak menghiraukannya. Dia terus makan kerana perutnya sangat lapar.

Selepas selesai memesan makanan, Ga In membawa makanannya sambil mencari meja kosong. Dia melintasi Kai dan Kai memandangnya. Ga In ternampak satu meja kosong yang menarik perhatiannya. Dia segera menuju ke meja tersebut. Semasa dia melalui satu meja, lelaki yang duduk di meja tersebut tiba-tiba bangun dan terlanggar Ga In. Air dan burgernya jatuh ke lantai. Kai terus memandang Ga In dari jauh.

Lelaki itu bengang dengan Ga In. "Yah, kamu buta ke? Tak nampak saya?"

Ga In berkali-kali meminta maaf kepada lelaki itu. Namun lelaki itu seperti tiada tanda-tanda mahu mengalah. Semua orang yang berada di situ seperti takut kepada lelaki itu dan tiada siapa yang berani bersuara. Lelaki itu mengangkat tangan dan mahu menampar Ga In. Ga In memejamkan matanya sekuat mungkin dalam keadaan takut.

Beberapa saat berlalu namun dia tidak berasa apa-apa. Perlahan-lahan dia buka matanya. Dia sangat terkejut melihat seorang jejaka sedang menahan tangan lelaki itu daripada menamparnya. Lelaki itu menatap ke dalam matanya. Ga In menjadi kaku.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chibishiro
#1
hi, sorry if i may appear rude and all (u can delete my comment after reading it) but I think the correct term would be kajima ( 가지 마) not kajimanha (가지많아)... manha (많아) means a lot. :) i want to pm u to inform but i do not know how to since im still quite new to this aff thingy.