Han..

Don't Go | 가지마

"Yah, ambil nasi ni dan letak kat atas meja. Lepas tu panggil semua datang makan," Kai menghulurkan mangkuk yang telah diisi nasi kepada Sehun. Sehun mengambilnya dan menyusun di atas meja. Dia mengira bilangan mangkuk nasi yang ada ..7, 8, 9. Okey cukup.

Sehun menggosok kepalanya dengan lembut. "Tahniah, Sehun. Kamu dah berjaya siapkan makan malam."

"Yah, cepatlah. Jangan nak bercakap sorang-sorang," Kai menjenguk dari dapur selepas dia mendengar Sehun bercakap seorang diri.

Chen dan Suho datang dari arah bilik mereka. Suho tersenyum melihat banyak makanan sudah terhidang di atas meja. "Terima kasih anak-anak. Kamu buat hyung bangga," puji Suho. Dia menggosok kepala Sehun sebelum ke dapur.

"Sama-sama, omma! Saranghae," jawab Sehun mengundang ketawa Chen. Chen mengambil tempat di meja makan.

Sehun bergerak ke semua bilik untuk memanggil ahli lain makan bersama. Semua ahli cepat-cepat mengerumuni meja makan. Sayangnya kerusi cuma ada lapan. Kai mengambil mangkuk nasinya dan mengajak Sehun makan di hadapan tv.

"Sehun, jom makan depan tv," ajaknya. Sehun terus bersetuju.

"Yah, aku nak tengok Got To Dance!" marah Kai kepada Sehun selepas lelaki itu menukar saluran tv. Dia mahu menonton rancangan tarian kegemarannya namun diganggu pula.

"Rancangan tu tak best. Aku nak tengok Running Man," Sehun berkeras mahu menonton Running Man. Dia menyorokkan alat kawalan di dalam bajunya.

Mereka terus bergaduh kerana berebut alat kawalan tersebut. Sementara itu, meja makan kecoh dengan suara Baekhyun, Chanyeol dan Chen.

"Korang bertiga ni bisinglah!" Lay memarahi mereka. Suho ketawa. Kalau Lay sudah memarahi mereka, bermakna mereka memang bising kerana Lay tidak pernah marah.

"Mana ada. Kai dengan Sehun lagi bising. Berebut apa saya pun tak tahu," Baekhyun cuba mempertahankan dirinya.

"Sama sahaja. Korang semua bising," Suho mempertahankan Lay. Baekhyun dan Chanyeol mencebik.

"Nak tahu tak siapa perempuan yang aku jumpa dekat restoran tadi?" Sehun cuba memancing perhatian Kai. Kai terus mengentikan suapannya. Dia memandang Sehun dengan pandangan ingin tahu.

"Nugul?" tanya Kai.

"Aku pun tak tahu.." jawab Sehun mengundang kemarahan Kai.

"Yah!!"

"Aku belum habis cakap lagi. Sabarlah. Aku memang tak kenal dia sebelum ni. Itu kali pertama aku nampak dia. Dia cantik sangat. Mukanya manis. Cara dia bercakap lembut, bla.. bla.. bla..," Sehun bercerita dengan teruja sekali.

Kai tersenyum sinis. Kau dah jatuh cinta ke Sehun.

"Nama dia pun cantik. Han..."

Belum sempat Sehun menghabiskan ayatnya, suara Chanyeol bergema. "Kai-ya! Datang ke sini sekejap! Cepat!"

"Ne! Saya datang sekarang!" Kai cepat-cepat bangun dan meninggalkan Sehun di situ dengan ayatnya yang masih tergantung. Sehun mengeluh sebelum dia menghabiskan makanannya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chibishiro
#1
hi, sorry if i may appear rude and all (u can delete my comment after reading it) but I think the correct term would be kajima ( 가지 마) not kajimanha (가지많아)... manha (많아) means a lot. :) i want to pm u to inform but i do not know how to since im still quite new to this aff thingy.