Evil Kai

Don't Go | 가지마

"D.O.-ya, hyung rasa nak makan pau hari ni," Xiumin menyuarakan hasratnya kepada D.O. yang sedang membaca buku masakan.

"Hyung kena tolong saya buat. Boleh?" tanya D.O. membuatkan Xiumin tersenyum senang. Xiumin segera mengangguk laju dengan mata yang bersinar. D.O. ketawa sebelum mereka berdua bergerak ke dapur.

"Saya nak satu!" Chanyeol memesan pau untuk dirinya.

"Saya pun!" Baekhyun pula bersuara.

"Saya.."

"Ya, ya. Saya akan buatkan untuk semua orang," D.O. memotong kata-kata Chen. Ketiga-tiga mereka bersorak gembira.

Kai menggelengkan kepala melihat gelagat Beagle-line itu. Dengan tidak berbaju, Kai berjalan masuk ke dalam bilik Sehun.

Sehun pada masa itu sedang bercakap di telefon. Dia terkejut dengan kehadiran Kai, lalu dia segera mengakhiri perbualannya.

Kai berdiri di sebelah katil Sehun. Sehun yang berada di atas katil dipandang dengan pandangan yang mencurigakan. Sehun hairan melihat sikap Kai.

"Yah Sehun-ah," panggil Kai dengan suara yang lembut. Sehun menjadi berdebar-debar pula. Ditambah pula dengan keadaan Kai yang tidak berbaju.

Tiba-tiba Kai melompat ke atas katil Sehun. Dia memegang tangan Sehun dengan kemas. Sehun terkejut dengan tindakan Kai. Kai menyelimuti mereka berdua dengan selimut. Mereka berdua duduk bersila di atas katil di bawah selimut.

"APA NI????" Sehun cuba keluar daripada selimut namun dihalang oleh Kai. Kai memegang tangannya.

"Sekejap! Aku nak tunjukkan something," ujar Kai. Sehun menjadi semakin berdebar. Pelbagai andaian bermain di fikirannya pada masa itu.

Kai mengeluarkan sesuatu daripada poket seluar pendeknya. Benda itu menyala di dalam gelap. Sehun memerhatikan betul-betul benda yang berada di tangan Kai itu. Kemudian, dia mengetuk kepala Kai.

"YAHH! KAU NAK TUNJUK BENDA NI JE KE???!!!!" Akhirnya kemarahan Sehun meletup juga. Dia membuka selimut.

Kai memegang kepalanya yang sakit akibat diketuk oleh Sehun. "Memang benda nilah yang aku nak tunjuk. Kenapa marah sangat? Apa yang kau fikir?"

Sehun menghadiahkan satu jelingan kepada Kai. "Memang menyakitkan hati!"

"Aku cuma nak tunjuk gelang yang boleh menyala di dalam gelap ini sahaja. Ia hadiah daripada peminat," ujar Kai.

"Apa-apa sajalah. Dah, keluar daripada bilik aku, KIM JONGIN!" Sehun masih marahkan Kai. Kai ketawa melihat wajah bengang Sehun. Kai bangun dan mahu keluar.

"Chankanman!" Sehun menghentikan langkah Kai. Kai berpaling.

"Apa?"

"Taruhan kita masih berjalan. Kau kalah," ujar Sehun. Dia mengangkat keningnya tinggi. Kai menepuk dahinya. Dia hampir terlupa dengan taruhan yang mereka berdua buat.

"Yelah. Aku kalah. Jadi, apa yang aku kena buat?" Kai membuat muka kesian di hadapan Sehun namun tidak dilayan.

"Aku nak, kau cari yeoja chingu dalam masa sebulan lebih sebelum kita comeback. Jika kau tidak dapat mencarinya, kau akan dihukum dengan lebih teruk lagi," Sehun cuba menakutkan Kai.

"APA NI??? Dalam masa sebulan lebih?? Kau dah gila ke?" Kai membantah.

"Kau tidak boleh membantah. Ini adalah arahan daripada aku dan kau sudah berjanji akan menurutinya," ujar Sehun. Akhirnya Kai terpaksa  relakan hatinya untuk menerima hukuman yang sangat susah dan gila itu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chibishiro
#1
hi, sorry if i may appear rude and all (u can delete my comment after reading it) but I think the correct term would be kajima ( 가지 마) not kajimanha (가지많아)... manha (많아) means a lot. :) i want to pm u to inform but i do not know how to since im still quite new to this aff thingy.