Risau

Don't Go | 가지마

Kai baru tamat latihan tariannya. Dia keluar dari bilik tarian. Jam di telefonnya menunjukkan pukul 2 pagi. Kai menghubungi Suho.

"Kai, kamu belum balik lagi ke? Neo eodiseyo?" Suho bertanya. Keselamatan anak buahnya berada di bawah tanggungjawabnya. Dia tidak mahu dicop sebagai ketua yang teruk kerana mengabaikan anak buah.

"Hyung jangan risau. Saya kat SM lagi ni. Saya dah habis practice. Cuma rasa nak keluar ambil angin sekejap. Saya tak pergi jauh pun. Sekitar Sungai Han aje," ujar Kai jujur.

Entahlah, dia rasa banyak perkara yang mengganggu dirinya kebelakangan ini. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan latihan dan persiapan, sehinggakan dia mengabaikan masa untuk dirinya sendiri. Sebab itulah dia mahu mengambil masa untuk menenangkan diri.

"Baiklah. Nasib baik manager kata esok tiada latihan. Jadi hyung benarkan. Tapi jangan balik lewat. Kamu tu sorang-sorang. Dahlah waktu macam ni," nasihat Suho. Dia risaukan Kai sebenarnya. Bimbang sesuatu berlaku.

"Ne. Arasso. Janganlah risau. Pandailah saya jaga diri. Annyeong. Jaljjayo," ujar Kai seraya mematikan talian.

Kai menghubungi teksi. Kemudian, dia menuju ke Sungai Han. Kai duduk di tepi sungai itu. Pemandangan di hadapannya dipandang. Tenang rasa dirinya apabila mendengar bunyi air.

Kai duduk dengan memeluk lututnya. Peristiwa petang tadi terlayar kembali.

Selepas semua ahli pulang ke dorm kerana latihan sudah tamat, Kai masih berada di bilik latihan. Jam menunjukkan pukul 7 malam. Bosannya sorang-sorang.

Kai mendail nombor telefon seseorang.

"Yoboseyo, oppa." Suara perempuan menjawab.

"Ga In-ah," ujar Kai.

"Ne. Ada apa oppa telefon ni?" Ga In bertanya. Pasti ada sesuatu yang Kai mahu beritahu kepadanya kerana jarang lelaki ini menelefonnya jika tiada apa-apa.

"Saja je. Oppa rindu kamu," jawab Kai lurus. Ga In memandang telefonnya kemudian dia melekapkan kembali ke telinga dan bertanya.

"Oppa ni dah kenapa? Demam ke?"

"Ne," jawab Kai sepatah membuatkan Ga In cemas.

"Hah?? Oppa demam ke? Dah pergi klinik ke belum?? Oppa kat mana ni? Ada orang jaga atau tak?" soal Ga In bertubi-tubi. Terdengar Kai sedang ketawakannya. Boleh pulak dia ketawa. Hishh...

"Relakslah. Memang oppa demam. Tapi demam rindu. Rindukan Ga In," jawab Kai membuatkan bulu roma Ga In meremang. Biar betul si Kai ni. Tiba-tiba aje rindu aku. Seramnya. Hei, baik aku letak ajelah.

"Oppa.."

"Ga In-ah, kamu tak rindu oppa ke?" Kai memotong kata-kata Ga In.

"Apa yang oppa merepek ni? Kenapa saya nak kena rindu oppa pulak?" tanya Ga In. Dia sudah mula seram dengan lelaki ini.

"Yelah. Manalah tahu kalau-kalau kamu rindukan oppa," ujar Kai. Nada suaranya sudah bertukar manja. Geli pula telinga Ga In mendengarnya.

"Tak ada maknanya. Oppa mian, saya ada kerja nak disiapkan. Annyeong," Tanpa menunggu jawapan daripada Kai, Ga In terus mematikan talian. Kai tergelak kuat sambil memandang telefonnya. Dia tahu Ga In cuba untuk mengelak.

Dia merebahkan dirinya di bilik latihan itu. Matanya dipejamkan.

Tanpa dia sedari, ada sepasang mata sedang memerhatikan dirinya. Sehun memandang Kai dengan wajah yang kecewa. Dia kebetulan lalu di situ untuk mengambil power bank yang tertinggal di bilik sebelah. Kebetulan pintu bilik itu tidak tertutup rapat, langkah Sehun terhenti apabila nama Ga In disebut. 

Selepas Kai mematikan talian, Sehun bersandar di luar bilik itu. Dia meraup wajahnya. Apa aku dah buat ni. Comeback makin dekat. Sehun berlalu dari situ.

Bunyi guruh mematikan lamunan Kai. Kai segera beredar dari situ sebelum hujan turun.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chibishiro
#1
hi, sorry if i may appear rude and all (u can delete my comment after reading it) but I think the correct term would be kajima ( 가지 마) not kajimanha (가지많아)... manha (많아) means a lot. :) i want to pm u to inform but i do not know how to since im still quite new to this aff thingy.