Isi Hati

Don't Go | 가지마

Hari ini, EXO keluar jalan-jalan kerana mereka tiada latihan. Manager memberikan mereka cuti untuk tenangkan fikiran. EXO keluar bercuti ke Yanggu, daerah Gangwon-do.

Ye Seul dan Ga In pula tiada aktiviti untuk dibuat pada hari tersebut. Sedang Ye Seul bergolek-golek di atas lantai di ruang tamu, telefonnya berbunyi. Ye Seul memeriksa telefonnya. Daripada Kai.

'Ye Seul-ah, free tak? Kami nak pergi jalan-jalan. Nak join?'

Ye Seul mengerutkan dahinya apabila membaca pesanan itu. Kami tu maknanya semua ahli EXO. Tapi takkanlah mereka nak ajak orang luar.

'Tak kisah ke orang luar join?'

Ding! Mesej masuk.

'Orang luar apanya? Kamu tu chingu oppa. Bersiap ya. Ajak Ga In sekali. Datang ke Bangunan SM.'

Ye Seul mencampakkan telefonnya ke atas sofa. Dia bangun dengan bersemangat. Dengan sekuat hati dia menjerit, "GA IN!! EXO AJAK JALAN-JALAN!!! PALLI!! KAJA!!"

Tiba-tiba dia terasa ada orang cuit bahunya. Ga In memandangnya dengan muka 'kau nak mati ke?'

"Aku kat sebelah ni aje. Perlu ke kau jerit sampai satu Seoul dengar?" ujar Ga In.

Heheh.. Ye Seul tersengih. Tapi dia hairan. Eh, kenapa Ga In dah bersiap-siap ni. Dia nak ke mana.

"Kau nak pergi ke mana lawa-lawa ni?"

"Kaja. Tadi kau juga yang bagitahu nak keluar kan?" ujar Ga In. Baru sahaja Ye Seul membuka mulut, Ga In menyambung.

"Tadi Sehun oppa dah call aku. Dia ajak kita join diorang. Kau ni mesti Kai oppa yang ajak kan? Dah cepat. Aku tunggu kat luar," ujar Ga In seraya keluar daripada rumah.

Ye Seul tercengang. Uishhh ganas chingu aku ni. Dah makin rapat dengan EXO ya.

EXO baru sampai di bangunan SM. Beberapa minit kemudian, Ga In dan Ye Seul sampai. Mereka masuk ke dalam kereta. Ga In masuk dalam kereta bersama Xiumin, Lay, Chen, Baekhyun, dan D.O. manakala Ye Seul dengan Kai, Sehun, Suho dan Chanyeol. Mereka rancak berborak sambil berkenalan antara satu sama lain.

Sebaik sahaja kereta bergerak, mulalah Chen dan Baekhyun melalak. Ga In pun tidak kurangnya bising. Dia turut menyanyi. Ahli EXO mula selesa dengan gadis itu.

Sehun dan Kai, cemberut aje muka. Mana taknya, ingatkan Ga In satu kereta dengan mereka. Tapi hampeh.. Si Ye Seul ni pula yang naik kereta itu. Dahlah banyak cakap. Si capang ni pun layan aje. Eloklah, sorang capang, sorang mulut murai.

"Yeorobun, dah sampai." Suho mengejutkan ahli yang tertidur.

Semua ahli turun daripada van dan menggeliat. Sekarang di hadapan mereka terbentang pemandangan gunung-ganang yang luas mata memandang.

"Wahhh.. Cantiknya.. Wahhh..." Chen betul-betul teruja melihat pemandangan di hadapannya itu. Dia berlari-lari menuju ke arah satu pokok yang berdekatan untuk mengambil gambar. Gedik gayanya.

Baekhyun mencebik. Dia pergi ke belakang kereta dan membuka bonet belakang untuk mengambil sesuatu. Dia terkejut melihat ada banyak barang-barang masakan seperti sayur, ikan, alat pemanggang. Baekhyun memandang pengurusnya yang berada di tepi kereta.

"Hyung, nak buat apa semua ni?" tanya Baekhyun.

"Surprise!! Kita akan buat BBQ," jawab pengurusnya membuat mereka yang ada di situ bersorak gembira.

--SKIP--

Selepas penat bermain kejar-kejar dan selfie, mereka mula membantu pengurus mereka menyiapkan tempat untuk BBQ malam nanti kerana hari pun semakin gelap.

Xiumin membahagikan tugas kepada ahli lain. Baekhyun, Chanyeol, Ye Seul dan Ga In tugas menyiapkan meja makan. Suho, Kai, Sehun dan Lay menyalakan api, Chen, D.O. ditugaskan untuk menyiapkan bahan yang akan dibakar nanti. Xiumin menyertai D.O. dan Chen.

Chen menyuruh D.O. mengambil ikan yang baru dikeluarkan daripada plastik itu dan membasuhnya. D.O. menurut arahan. Semasa dia memegang ikan tersebut, peristiwa 3 tahun lalu terlayar di matanya.

"Andwaeee!!" Tao menjerit dan segera berlari dan menyorok di belakang Kris.

"Tao, ambil ikan ini dan pergi basuh," ujar Suho. Dia menghulurkan satu bekas yang mengandungi beberapa ekor ikan kepada Tao.

Chanyeol sudah ketawa sambil terduduk apabila melihat gelagat Tao yang mencuit hati itu.

"Tao sayang.. ambil aje la ikan tu. Bukannya ia hidup pun," Kris bersuara. Dia sedang menghidupkan api untuk membakar nanti.

"Andwae!" Tao masih berkeras untuk tidak menyentuh haiwan yang baginya sangat menggelikan itu. Akhirnya D.O. yang mengambil ikan itu untuk dibasuh.

D.O. tersentak apabila mendengar suara Chen. D.O. segera menyambung tugasnya. Xiumin sedari tadi memerhatikan D.O. yang mengelamun sambil memegang ikan itu. Dia tersenyum. Kyungsoo.. Kyungsoo.. Kamu masih teringatkan peristiwa tu ke?

Selepas selesai makan malam, mereka mengemas tempat. Pada masa itu pukul 8 malam. Pengurus maklumkan mereka akan pulang pada jam 10 malam kerana keesokan harinya, mereka ada latihan jam 6 pagi.

Masing-masing  bersantai di taman lapang itu. Chen, Baekhyun, dan Chanyeol macam biasa. Kerja diorang tak sah kalau tak duduk diam. Ada sahaja idea di kepala mereka untuk buat something. D.O. termenung seorang diri. Ye Seul dan Ga In asyik melihat dance battle yang dibuat oleh dance-line EXO itu.

Xiumin dan Suho duduk agak jauh sedikit dari ahli lain. Mungkin kerana mereka paling tua dalam kalangan EXO, jadi cara mereka agak berbeza. Masa yang terluang diisi dengan perkongsian hati dan masalah. Suho memandang satu-persatu anak buahnya yang leka bermain, dia tersenyum. Entah sampai bila kumpulan mereka dapat bertahan. Akan datang, entah apa lagi cabaran yang bakal mereka lalui.

Suho berasa sebak. Xiumin perasan riak wajah Suho berubah. Dia menggosok perlahan belakang leadernya itu.

"Cepat masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, dah 4 tahun EXO," ujar Xiumin memecah kesunyian.

"Ya. Masa banyak mengajar kita untuk belajar menghargai. Kehilangan mereka dah banyak ubah kumpulan ni,"  ujar sang leader.

"Xiumin, kau kena tolong aku. Berjanji yang kau akan berdiri belakang aku. Kau sambut aku, tiap kali aku jatuh. Dah banyak kali aku tersungkur. Tapi kau, dengan member lain banyak tolong aku bangun. Tapi kali ni, aku betul-betul tak kuat. Aku takut.. bila aku jatuh, aku tak dapat bangun lagi.." sambung Suho Pipinya sudah basah.

Apa yang terbuku di hatinya selama ini diluahkan kepada Xiumin. Itulah kali pertama Suho meluahkan isi hatinya kepada Xiumin. Selama ini, semua rahsia hatinya diluahkan kepada Kris. Sungguh hatinya sedih bila teringatkan semua penderitaan yang perlu dilalui oleh mereka sekumpulan. Satu demi satu masalah datang.

Xiumin mengangguk. Dia memeluk erat Suho. Matanya dipejam. Perlahan-lahan air matanya turun di pipinya. Aku janji Suho, aku janji..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chibishiro
#1
hi, sorry if i may appear rude and all (u can delete my comment after reading it) but I think the correct term would be kajima ( 가지 마) not kajimanha (가지많아)... manha (많아) means a lot. :) i want to pm u to inform but i do not know how to since im still quite new to this aff thingy.