Yakin

Don't Go | 가지마

Ketukan di pintu bilik menyedarkan Kai daripada lamunan panjangnya. Kai memandang ke arah pintu.

"Yah Kai, jom makan. D.O. hyung panggil. Semua dah ada kat meja," ajak Sehun. Dia menjengukkan kepala ke dalam bilik Kai.

Kai bangun dan menyarung kembali t-shirtnya.

"Teringat kat Ga In lah tu. Berangan aje kerja kau," usik Sehun.

"Yah!!" Kai membaling bantal ke arah Sehun. Namun macam biasa, lelaki itu memang terror bab melarikan diri. Mencicit dia lari ke arah meja makan.

Kai tersengih malu. Han Ga In. Nama itu terus mekar di dalam hatinya.

Rasanya aku dah tak salah memilih orang.

Minggu ini, EXO agak sibuk membuat persiapan. Maklumlah comeback mereka makin dekat. Semua orang bertungkus-lumus berlatih dan terus berlatih. Mereka perlu memberikan yang terbaik untuk pentas comeback nanti.

Selepas 5 jam berlatih bermula dari pukul 7 pagi lagi, mereka diberikan rehat selama sejam setengah. Masih panjang masa untuk mereka habiskan latihan pada hari itu. Mungkin mereka akan pulang lewat malam seperti hari-hari sebelumnya.

Semua ahli membuat hal masing-masing. Xiumin, Chen, Baekhyun dan Chanyeol sudah terlentang di tengah-tengah bilik tarian itu.

Suho sedang berbincang sesuatu dengan pengurus mereka.

Lay dan D.O. menonton sesuatu di telefon.

Chanyeol seperti biasa. Dia akan mengambil selfie dengan muka acah-acah cute dan upload kat Instagramnya ataupun Weibo.

Dia membuka aplikasi EXO-L di telefonnya. Chanyeol memuat naik satu gambarnya dengan caption 'Annyeong yeorobun. Chanyeol who is cute than Suho, funnier than Baekhyun, ier than Kai and more handsome than Sehun is here.'

Ting! Semua telefon berbunyi menandakan ada pesanan. Post dari Chanyeol di EXO-L.

Ting! Post dari Baekhyun. Suho membukanya.

@bbaekhyunee_
'I woke up this morning and Kai get into my room. He look so shock. Why? Because he had seen the most beautiful creature in my room and i was alone at that time. I'm so shy. 🙈'

Suho menaip sesuatu di telefonnya. Sebentar kemudian, ting!

@kimsuho_joonmyeonee
'Annyeong yeorobun. I want to apologize to you guys because of my son's attitude. I will teach them better or.. I think i need D.O.'shelp. D.O. start to sharp his knife now 😏'

Baekhyun yang ternampak post dari si ketua itu terus memukul bahu Suho.

@bbaekhyunee_
'Yeorobun, jebal! Pray for our leader. We have done with D.O.. It's his turn now.'

Kai pula masuk.

@kimjongin
'Sorry but i think baekhyun eat my Monggu's food this morning. Bye.'

Xiumin juga tidak ketinggalan untuk menyertai mereka.

@kimminseok
'I'll try harder to lead them to be a normal person'

Kai dan Sehun duduk bersandar di dinding. Mereka berdua memerhatikan ahli lain.

"Sehun-ah," panggil Kai. Sehun menyahut.

"Aku rasa aku dah tahu," jawab Kai.

"Tahu apa?" tanya Sehun.

"Aku dah ada calon untuk taruhan kita tu," jawab Kai membuatkan Sehun terus membetulkan duduknya dan beralih menghadap Kai. Mereka duduk agak jauh daripada ahli lain. Jadi, perbualan mereka tidak didengari oleh yang lain.

"Dan aku yakin aku akan berjaya. Aku yakin aku akan dapat pikat hati dia. Hati siapa yang tak akan terpikat dengan aku yang kacak ni," ujar Kai bersemangat. Sehun berasa give up dengan hidupnya bila dia dengar ayat terakhir daripada budak hitam tu.

"Siapa orang tu? Aku kenal ke?" tanya Sehun.

"Ga In," jawab Kai selamba. Dia tersengih-sengih membayangkan Ga In berada di sampingnya. Sekali pandang, Kai seperti orang angau bercinta.

Satu nama itu membuatkan Sehun terpana. Kai nak pikat Ga In? Tapi kenapa mesti Ga In? Pada waktu itu, satu sahaja yang Sehun harapkan. Kai cuma bergurau!

"Aku tak bergurau. Aku yakin dengan pilihan aku ni. Kau tengoklah nanti."

Suara Kai mematikan lamunan Sehun. Sehun menelan air liurnya. Pahit. Kenapa aku rasa tak yakin? Harap-harap semuanya berjalan lancar sebab aku sebenarnya rasa tak sedap hati dengan rancangan taruhan ni.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chibishiro
#1
hi, sorry if i may appear rude and all (u can delete my comment after reading it) but I think the correct term would be kajima ( 가지 마) not kajimanha (가지많아)... manha (많아) means a lot. :) i want to pm u to inform but i do not know how to since im still quite new to this aff thingy.