Lunch

Don't Go | 가지마

Ye Seul meletakkan telefon Ga In di atas meja dan keluar daripada bilik. Dia menuju ke dapur untuk mencari Ga In.

"Yah! Macam mana kau boleh kenal dengan Kai oppa?" tanya Ye Seul dengan hairan. Dia memandang Ga In dengan pandangan yang curiga.

"Kau kenal dia ke?" soal Ga In kembali. Ye Seul mengeluh kerana soalannya dibalas dengan soalan.

"Kai oppa tu sunbae aku semasa di sekolah dulu. Dia satu tahun lebih tua daripada kita," terang Ye Seul kepada sahabatnya yang sedang terlopong melihatnya. Ga In mengangguk tanda faham.

"Tadi dia ada call kau tapi aku yang jawab. Dia suruh kau call dia balik," ujar Ye Seul membuatkan Ga In terkejut.

"Hah?? Dia telefon aku?? Dan kau jawab???" Ga In terus berlari ke biliknya. Ye Seul ketawa melihat Ga In yang cemas itu.

Kai mencampakkan telefonnya. Keluhan dilepaskan.

"Kai, jom lawan game?" Chen menyerbu masuk ke dalam bilik Kai. Dia duduk di tepi katil Kai. Kai memandang Chen.

"Malaslah. Hyung ajaklah Baekhyun hyung ke, Chanyeol hyung ke. Saya penat," Kai menolak. Chen mencebik.

"Alaa.. Main dengan Baekhyun tak best. Tak mencabar. Asyik hyung je yang menang. Chanyeol tak boleh. Dia tengah main gitar dengan Lay hyung," Chen membuat muka kesian dengan harapan Kai mahu bermain dengannya.

"Mian hyung. Saya betul-betul malas malam ni. Nanti kita main lain kali ya," Kai memaut lengan Chen. Dia menggeselkan kepalanya pada lengan Chen. Berpura-pura manja dengan hyungnya itu.

Chen tersenyum. Dia mengangguk. Itulah kelebihan Kai. Dia pandai memujuk dan menjaga hati ahli lain. Chen keluar daripada bilik itu.

Kai mengeluh buat kesekian kalinya. Mana Ga In ni. Tak call lagi ni. Jangan-jangan Ye Seul tak bagitahu dia.

Lagu Growl dari telefonnya mematikan lamunannya. Senyuman Kai melebar bila dia melihat nama Ga In tertera di skrin sebagai pemanggil. Butang angkat ditekan.

"Yoboseyo, oppa," Ga In memulakan perbualan.

"Ne, Ga In-ah," sahut Kai. Dia bangun dan duduk di birai katil.

"Kenapa oppa telefon?" Ga In terus kepada tujuan dia menghubungi lelaki itu. Ada nada geram di hujung ayatnya.

"Habis kenapa kamu tak balas DM oppa?"

Pertanyaan Ga In dibalas dengan soalan. Ga In mengeluh.

"Malulah saya dengan kawan saya tu. Dia dah fikir yang bukan-bukan tau," Ga In berjalan ke arah katilnya dan duduk di birai katil.

"Kalau macam tu, oppa lagi malu kot," balas Kai.

"Wae?"

"Yelah. Malulah bila call nak cakap dengan orang lain, tapi junior sendiri yang angkat. Nasib baik oppa tak cakap yang bukan-bukan tadi. Kalau tak, mesti dia dah fikir yang bukan-bukan tentang sunbaenya ni," ujar Kai.

"Merepek aje," Ga In mencebik.

"Jadi kamu nak temankan oppa esok? Bolehlah, Ga In. Jebal. Oppa nak sangat kamu temankan oppa. Jeongmal!!!" Kai bersungguh-sungguh meyakinkan Ga In supaya menemaninya.

Akhirnya Ga In kalah dengan rayuan Kai. Dia bersetuju untuk menemani lelaki itu makan tengah hari. Selepas Ga In bersetuju untuk menemaninya, Kai terus mencari Sehun. Dia memberitahu Sehun bahawa dia mahu keluar bertemu gadis berbaju putih yang dia jumpa di McDonald tempoh hari. Kai mengajak Sehun menyertainya tapi sayang dia sudah ada temu janji dengan seseorang untuk makan tengah hari walaupun dia nak sangat jumpa dengan gadis misteri itu.

Kai memberitahu dia mahu sangat Sehun ada bersamanya semasa makan tengah hari itu membuatkan Sehun berasa serba salah.

Akhirnya dia kalah. Kalah dengan Kai. Kalah dengan manja Kai. Bunyi telefon Sehun mengejutkan mereka berdua. Selepas melihat nama pemanggil, Sehun segera mengusir Kai keluar dari biliknya. Telefon diangkat.

"Yoboseyo, Ga In.."

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chibishiro
#1
hi, sorry if i may appear rude and all (u can delete my comment after reading it) but I think the correct term would be kajima ( 가지 마) not kajimanha (가지많아)... manha (많아) means a lot. :) i want to pm u to inform but i do not know how to since im still quite new to this aff thingy.