Truth Or Dare

Don't Go | 가지마

"Makanan dah sampai!" Suara tinggi Chen bergema di setiap pelosok dorm. Baekhyun berada di dapur sedang menyediakan pinggan untuk mereka bertiga makan. Dia keluar membawa pinggan dan menuju ke arah meja makan. Chen dan Sehun membantu Baekhyun menyiapkan meja makan.

"Kami dah pulang," D.O. dan Kai bersuara sebaik sahaja mereka masuk. Mata Kai bersinar-sinar melihat banyak makanan terhidang di atas meja. Memang rezekinya hari ini kerana dia belum makan sebelum pulang tadi kerana D.O. tergesa-gesa.

"Oh, Kai, D.O. jom makan sekali," Chen mengajak D.O. dan Kai. Kai segera duduk di meja makan. D.O. pula sudah menghilang ke dalam biliknya. Mungkin mahu berehat kerana malam nanti dia ada perjumpaan untuk drama barunya.

Selepas mereka selesai makan, Baekhyun perlahan-lahan bangun dan mengambil telefonnya. Chen dan Suho memandangnya dengan curiga. "Yah! Nak ke mana tu?"

"Yah! Siapa nak kemas semua ni? Jangan nak lari!" Sehun pula bersuara. Kai tidak menghiraukan perbalahan di antara mereka bertiga. Dia tidak berminat untuk masuk campur. Lebih baik dia diam sahaja sebelum dirinya terjebak sekali dalam pergaduhan yang berisiko itu. Silap-silap dia yang kena kemas semua tu.

"Ahhh.. Korang berdua la yang kena kemas. Korang yang beli tadi kan," Baekhyun mengelak.

"Jangan nak mengarut! Kami dah penat keluar beli semua ni tadi. Kaulah yang kena kemas. Lagipun kau yang makan paling banyak tadi," marah Chen. Sehun mengangguk laju.

"Aishhh! Yelah aku kemas," akhirnya Baekhyun mengalah. Dia mengutip semua pinggan dan membawanya ke dapur.

Sementara itu, mereka bertiga mencari permainan yang seronok untuk dimainkan.

"Jom main Truth or Dare!" cadang Chen.

"Okey, jom!" Kai terus bersetuju. Dia pergi ke dapur untuk mencari sesuatu. Beberapa minit kemudian, dia keluar dengan botol kosong di tangannya.

Sehun memulakan permainan memandangkan mereka bermain mengikut susunan umur. Botol dipusing dan berhenti tepat di hadapan Kai. Sehun bersorak gembira.

"Truth or Dare?" tanya Sehun.

"Truth," jawab Kai sambil tersenyum.

"Siapa perempuan dengan dress putih yang kau jumpa hari tu?" tanya Sehun dengan yakin. Kai mengeluh. Chen bingung kerana dia tidak tahu apa-apa.

"Ahhh! Apa nii? Soalan apa ni?" marah Kai. Dia menyandarkan belakangnya ke kerusi. Sehun ketawakannya.

"Aku tak kenal dia," jawab Kai namun Sehun seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu.

"Jawab jujur," tegas Sehun.

"Yah! Aku memang tak kenal dia! Kami jumpa secara tak sengaja," Kai mula bengang dengan Sehun. Sehun cepat-cepat mengangguk tanda faham sebelum Kai memarahinya lebih teruk lagi.

Selepas Kai, giliran Chen yang memusingkan botol. Sehun menjerit sebaik sahaja botol berhenti di hadapannya. Chen sudah bersedia untuk bertanyakan soalan. Dia memberikan senyuman jahat kepada Sehun. Sehun berasa tidak sedap hati.

"Yah Sehun-ah," panggil Chen.

"Ne hyung," jawab Sehun dengan sopan. Dia mula risau.

"Siapa gadis yang kamu jumpa dekat restoran tadi? Yeoja chingu kamu ke?" tanya Chen. Dia ketawa terbahak-bahak selepas melihat muka bengang Sehun. Sehun menggosok rambutnya. Dia tidak menjawab. Kai memandangnya.

"Yah! Jawablah! Kenapa kau diam?" Kai pula memarahi Sehun. Tadi bukan main lagi Sehun mengenakan dia. Sekarang gilirannya pula mahu membalas dendam.

"Kau dah ada yeoja chingu ke? Kenapa tak bagitahu aku pun? Kau sorokkannya? Yah, jawablah," Kai terus mendesak Sehun.

"Ahhh! Meolla!" Sehun mendengus marah. Chen mentertawakannya. Sehun, kamu sangat comel bila marah.

"Baik kau cerita perkara sebenar sebelum aku beritahu rahsia kau kepada semua orang," ugut Kai.

"Ah, yelah, yelah. Aku akan beritahu. Aku tak kenal dia langsung. Kami jumpa secara tak sengaja di restoran itu. Dah. Puas hati?"

"Apa ni? Kenapa dua-dua jawab benda yang sama? Kenapa dua-dua jawab tak kenal?" Chen pula yang tidak berpuas hati dengan jawapan mereka berdua.

"Memang kami tak kenallah!" Kai dan Sehun menjawab serentak. Selepas itu mereka ketawa.

"Tak kisahlah korang kenal ke tak kenal. Yang penting malam nanti korang berdua kena masak," Baekhyun yang baru keluar dari dapur menyampuk perbualan mereka. Kai dan Sehu menjawab serentak. "Ya!"

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chibishiro
#1
hi, sorry if i may appear rude and all (u can delete my comment after reading it) but I think the correct term would be kajima ( 가지 마) not kajimanha (가지많아)... manha (많아) means a lot. :) i want to pm u to inform but i do not know how to since im still quite new to this aff thingy.