KimKai

Don't Go | 가지마

Selepas dua bulan berada di London untuk penggambaran drama barunya, Love Behind You, akhirnya Kai pulang ke Korea untuk persiapan comeback mereka.

"Yah, Sehun-ah, petang nanti temankan hyung ke airport untuk jemput Kai," Suho menegur Sehun yang sedang leka dengan telefonnya. Dia tidak memberi respon kepada ketuanya itu.

"Saya nak ikut!" Baekhyun pula sibuk mahu mengikut ketuanya itu.

"Saya pun nak ikut!" Chanyeol pula bersuara. Dia mengangkat tangannya setinggi yang mungkin dengan harapan Suho akan nampak.

"Yalah," Suho menjawab sepatah membuatkan mereka berdua bersorak kegembiraan.

Di lapangan terbang Incheon..

Kelihatan empat orang jejaka berjalan dengan penuh bergaya memakai penutup mulut dan topi.

"Pergi beli air. Saya nak Bubble Tea macam biasa," Sehun mengarah Baekhyun dan Chanyeol. Suho mengetuk kepala Sehun. Dia memandang maknae mereka itu dengan pandangan yang meluat.

"Jangan nak mengarah orang lain. Hormat Baekhyun dan Chanyeol. Kamu yang patut pergi beli air. Hyung nak Cappucino," Suho memarahi Sehun. Sehun hanya mencebik.

"Yah, jangan nak mengarah kami. Betul kata Suho hyung. Pergi la beli sendiri," marah Baekhyun pula.

"Tak apa Suho hyung. Biar kami pergi beli," Chanyeol bangun dan mengajak Baekhyun ke kaunter pesanan.

"Bagus. Hyung nak Cappucino," pesan Suho sekali lagi kepada Baekhyun dan Chanyeol.

Baekhyun memandang Suho dan Sehun silih berganti sebelum dia menggosok hidungnya dan berkata, "Hyung pergilah beli sendiri. Jangan nak mengarah kami," balas Baekhyun membuatkan Sehun ketawa terbahak-bahak. Akhirnya mereka bertiga memesan air meninggalkan Sehun sendirian.

Sehun asyik dengan telefonnya sehinggakan ada orang duduk di hadapannya dia tidak perasan. Jejaka yang duduk di hadapannya memerhatikan tingkah laku Sehun namun Sehun masih tidak perasan. Dia mula bosan.

Kai menarik telefon Sehun membuatkan Sehun terkejut bercampur bengang. Dia mengangkat wajahnya dengan muka yang marah.

"Yah, apa ni?" marahnya.

Namun tidak lama. Sebaik sahaja dia terpandangkan Kai, senyuman terus terukir di bibirnya. "Yah, KimKai!"

Dia terus bangun dan memeluk Kai. Suho, Baekhyun dan Chanyeol baru selesai membeli air. Mereka segera menghampiri Sehun dan Kai.

"Hyung, bogosyipeyo!" Kai segera memeluk Suho. Suho mengeratkan pelukannya. Chanyeol dan Baekhyun turut memeluk Kai. Mereka seperti sudah berpuluh tahun tidak bertemu. Pelbagai cerita dibuka sebaik sahaja mereka berlima duduk. Namun tidak lama. Suho mengajak mereka pulang kerana dia mahu Kai berehat secukupnya. Dia pasti Kai sangat penat.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chibishiro
#1
hi, sorry if i may appear rude and all (u can delete my comment after reading it) but I think the correct term would be kajima ( 가지 마) not kajimanha (가지많아)... manha (많아) means a lot. :) i want to pm u to inform but i do not know how to since im still quite new to this aff thingy.