Kena Marah

Don't Go | 가지마

D.O. memandang satu-persatu manusia yang berada di hadapannya. Suho berdiri di sebelah D.O. dengan lagak seorang inspektor yang sedang menyiasat kes yang besar.

Baekhyun, Chen, dan Kai hanya menundukkan kepala. Mereka bertiga langsung tidak mengangkat muka masing-masing. Suasana di dapur senyap.

"Apa nak jadi dengan kamu bertiga ni?" Suho memandang Baekhyun yang berada paling tepi.

"Kenapa tengok saya macam tu?" Baekhyun bertanya membuatkan Suho semakin bengang. Dia mengepal penumbuknya. D.O. cepat-cepat menggosok belakang Suho untuk meredakan marah ketuanya itu.

"Baekhyun, tolong jelaskan kenapa dapur boleh jadi macam ni?" ujar Suho.

D.O. memang sekeliling. Tepung memutih memenuhi lantai. Telur pula pecah dan memenuhi lantai dan meja. Keadaan dapur seperti terkena gempa bumi. Chen bertentang mata dengan Suho sebelum dia tunduk memandang kakinya.

"Err.. tadi Baekhyun hyung tertumpahkan tepung. Saya bawa telur dan terpijak tepung kat lantai. Licin. Sebab tu saya jatuh dan semua telur tu pecah." Kai memberikan penjelasan. Baekhyun mengangguk laju.

"Takkanlah tumpah satu dapur????" Suho masih lagi menggunakan nada suara yang tinggi. Pendek ni nak lawan highnote aku ke? Chen memarahi Suho di dalam hati.

"Saya terpijak telur tu dan terjatuh. Semua tepung yang saya dah tuang dalam mangkuk tumpah. Sebab tu jadi macam ni," Chen menjawab.

"Wuuuu.. Kena marah. Hahahahahah," Chanyeol yang muncul entah dari mana, mengejek mereka bertiga semasa di melintasi dapur. Chen menjeling. Sibuk je tiang ni. Aku panah dengan petir baru tau erti penyesalan.

"Kau silaukan mata dia. Pastu aku panah dia dengan petir," Chen berbisik kepada Baekhyun. Kai yang mendengar mula membayangkan bagaimana rupa Chanyeol yang hangus dipanah petir. Dia menahan ketawa.

Suho menghadiahkan satu pandangan yang tajam kepada Chanyeol. Chanyeol mula cuak. Dia tersengih-sengih kemudian terus berlalu. Tau pun takut..

"Saya nak keluar, mungkin balik lambat malam ni. Tolong kemaskan dapur ni kembali kepada keadaan asal. Sebagai denda, kamu bertiga kena masak untuk malam ni dan... SEHUNNN!!!" Suho menjerit memanggil maknae.

Dengan sepantas kilat, Sehun sampai di dapur. Sebenarnya dia sedang membuat rancangan dengan Chanyeol untuk mencuri snek Lay's kepunyaan Lay.

Separuh sudah diangkut masuk ke dalam bilik Sehun dan disorokkan di bawah katil. Separuh lagi masih dalam perancangan. -_-

"Hyung nak kamu perhatikan mereka bertiga.. Kejap! Ermm kamu ni tak membantu pun sebenarnya.. Tak apalah. Saya suruh D.O. ajelah. Dah, dah keluar," halau Suho. Sehun hanya buat muka -..- sambil berlalu pergi. Huh, dasar pendek ni.

"D.O. perhatikan kerja mereka. Pastikan semuanya kemas sebelum saya balik nanti," ujar Suho. D.O. hanya mengangguk.

Suho masuk ke biliknya untuk bersiap. Selepas menukar pakaian, Suho hendak keluar. Namun dia terpandangkan sesuatu di bawah katil Sehun. Benda itu ditutup dengan kain.

Suho menghampiri katil maknae itu dan menjenguk ke bawahnya. Dia menyelak kain tersebut. Beberapa saat kemudian, suaranya bergema satu dorm.

"SEHUNNNNNNNNNNN!!!!!"

Sehun dan Chanyeol pada masa itu baru sahaja hendak masuk ke dalam bilik Lay, segera lari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri.

Manager mereka berada di luar dorm. Dia datang untuk mengambil Suho. Selepas mendengar jeritan ala-ala Chen dari Suho, pengurus itu mengurut perlahan dadanya. Dia menggelengkan kepala. Sampai bila lah aku boleh tahan dengan budak-budak ni. Ingatkan bila dah berkurang ni, makin eloklah. Ini tidak, makin teruk. Nasib baiklah diorang dapat manager yang hati murni macam aku ni. Kalau tak, dah lama kena lempang dengan KYM 🙄 tu.

Panjang pula pengurus itu berdiskusi. Apa-apa jelah.

Selepas Suho keluar, mereka bertiga mula mengemas di bawah pantauan Si Mata Besar Kyungsoo. Setengah jam mengemas, keadaan dapur kembali normal.

"Macam ni ajelah. Saya kesian tengok kamu bertiga dah penat mengemas. Jadi, makan malam biar saya aje yang masak. Hyungdeul dan Kai pergilah berehat," kata-kata D.O. membuatkan tiga orang manusia itu melonjak kegembiraan. Terus D.O. dipeluk dengan erat. Mereka terus berlari masuk ke dalam bilik masing-masing. D.O. menggelengkan kepala. Risau pulak aku kalau ada orang keracunan makanan malam ni.

Baekhyun dan Chen sudah diulit mimpi selepas lima minit berbaring di atas katil masing-masing. Kai, dia cuma membuka bajunya dan hanya memakai seluar pendek, dia berbaring di atas katilnya dan memandang siling biliknya. Peristiwa di restoran tengah hari tadi kembali muncul di matanya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chibishiro
#1
hi, sorry if i may appear rude and all (u can delete my comment after reading it) but I think the correct term would be kajima ( 가지 마) not kajimanha (가지많아)... manha (많아) means a lot. :) i want to pm u to inform but i do not know how to since im still quite new to this aff thingy.