Han Ga In

Don't Go | 가지마

Keesokan harinya, EXO-K keluar berjalan-jalan. EXO-M tidak turut serta kerana mereka berada di China untuk satu program realiti di sana.

"Hey semua, saya rasa saya perlukan kasut baru," ujar Baekhyun tiba-tiba bila mereka melintasi sebuah kedai kasut. Ahli lain buat-buat tak dengar.

"Saya tak dengar apa-apa," Sehun berpura-pura menutup telinganya. Akibatnya kepalanya ditolak oleh Baekhyun.

"Yah!" Sehun kembali membalasnya.

"Berapa pasang kasut kau nak beli dalam masa satu bulan?" tanya Chanyeol.

"Aku perlukan kasut baru untuk pentas comeback kita nanti," jawab Baekhyun. Kai hanya tersengih mendengar jawapan Baekhyun.

Suho tidak memberi apa-apa respon. Dia hanya senyap. Tapi tiba-tiba dia menarik tangan Baekhyun membuatkan lelaki itu hairan.

"Jom," ujar Suho.

"Odiga?" Baekhyun hairan. Semua ahli mengikuti Suho dan Baekhyun.

"Kamu kata kamu nak kasut baru tadi," ujar Suho selamba membuatkan Baekhyun melompat kegembiraan. Dia segera mencium dahi Suho membuatkan Suho terkejut. Ahli lain juga terkejut.

Mereka masuk ke dalam kedai kasut. Chanyeol menghampiri Suho perlahan-lahan dan memeluknya daripada belakang. "Suho hyung, hari ni saya rasa hyung paling kacak dan comel antara kita semua."

Suho hanya tergelak. Sehun yang berada tidak jauh daripada situ melihat Chanyeol dengan pandangan yang meluat.

"Mwoya?? Dia ni menjengkelkan betul. Tak malu ke?" marah Sehun dengan bahasa yang tidak formal. Seperti biasa. Dia tidak kisah dengan siapa dia bercakap.

"Yah! Kau diamlah!" marah Chanyeol kepada Sehun. Sehun terus meninggalkan Chanyeol dan beredar dari situ.

Kai bosan berada di dalam kedai kasut itu kerana dia tidak mahu membeli apa-apa. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Nama Taemin tertera di skrin. Dia tersenyum.

Kai berjalan keluar daripada kedai sambil bercakap dengan Taemin. Selepas mematikan talian, dia berpaling dan mahu masuk ke dalam kedai namun dia terlanggar seseorang.

"Auchhh!" Ga In mengaduh. Akibat tergesa-gesa mahu bertemu dengan Ye Seul, dia terlanggar seseorang.

"Mianhae. Gwaenchana?" Kai menunduk dan memandang gadis yang dia langgar. Dia menghulurkan tangannya.

Ga In mendongakkan kepalanya memandang lelaki yang menghulurkan tangan kepadanya itu. Mata Kai terbuka luas kerana terkejut. "Kamu?"

Ga In tidak menyambut huluran tangan Kai tetapi dia bangun sendiri. Dia memandang Kai.

"Gwaenchana," jawabnya sepatah. Dia berkira-kira hendak pergi.

"Tunggu! Saya belum tahu nama kamu," Kai bersuara mematikan langkah Ga In. Ga In  menoleh.

"Han Ga In."

Dia segera meninggalkan Kai. Mukanya berona merah.

"Ga In-ssi," Kai tersenyum manis sambil menghantar langkah Ga In sehingga gadis itu menghilang daripada pandangannya. Dari jauh, D.O. sedang memerhatikan dirinya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chibishiro
#1
hi, sorry if i may appear rude and all (u can delete my comment after reading it) but I think the correct term would be kajima ( 가지 마) not kajimanha (가지많아)... manha (많아) means a lot. :) i want to pm u to inform but i do not know how to since im still quite new to this aff thingy.