Sehun Rindu Dia

Don't Go | 가지마

Pagi itu, semua bangun awal kerana mereka ada penggambaran iklan untuk satu produk makanan.

Semasa sarapan, Suho duduk di hadapan Sehun. Dia memandang maknae mereka itu dengan pandangan yang curiga. Sehun perasan Suho asyik memandangnya namun dia buat tidak tahu kerana dia sedang tumpukan perhatiannya kepada makanan di hadapannya.

"Sehun," panggil Suho. Semua memandang Sehun dan Suho. D.O. yang berada di sebelah Suho, hendak tersenyum namun dia menahannya. Kai perasan kelakuan D.O. namun dia tidak mengerti apa-apa.

"Ne," Sehun memandang Suho. Dia merasakan ada benda yang tidak baik akan berlaku.

"Kamu pulang pukul berapa malam tadi?" tanya Suho serius. Sehun menelan air liurnya.

"Err.. pukul 12," jawabnya jujur. D.O. melihat reaksi wajah Suho.

"Kamu pergi ke mana? Bukan ke saya dah pesan jangan merayau. Kita kena fokus dengan comeback kita. Tinggal sebulan lebih sahaja lagi kita akan buat comeback dan kamu seronok merayau dan pulang lewat," Suho memarahi Sehun. Namun lebih kepada membebel.

Chen berasa tidak sedap hati apabila melihat reaksi wajah Sehun. Biasanya Sehun buat tidak tahu sahaja jika Suho memarahinya ataupun sekurang-kurangnya dia memandang Suho dengan pandangan yang menjengkelkan. Namun kali ini dia cuma menunduk memandang mangkuk makanannya.

Sehun menggenggam penyepitnya. Chen menendang kaki Baekhyun. Tersentak sahabatnya yang sedang enak makan itu. "APA?"

Baekhyun memandang Chen. Chen memberi isyarat mata kepada Baekhyun dan Chanyeol supaya memandang Suho. Semua yang berada di meja makan dapat merasakan suasana tegang antara Sehun dan Suho namun tiada seorang pun berani bersuara. Akhirnya Chanyeol membuka mulut.

"Ya! Pagi-pagi macam ni.."

Pakk! Belum sempat Chanyeol menghabiskan ayatnya, tiba-tiba Sehun meletakkan penyepitnya dengan kasar di atas meja dan segera meninggalkan meja makan. Semua terkejut dengan tindakan Sehun termasuklah Suho. Salah aku ke, Suho berkata di dalam hati.

"Gwaenchana. Mungkin dia ada masalah. Saya akan cuba pujuk dia nanti. Jangan risau," D.O. menggosok belakang Suho untuk menenangkan ketuanya itu. Dia seperti dapat memahami apa yang Suho rasakan pada waktu itu.

Selepas meninggalkan meja makan, Sehun terus keluar dan masuk ke dalam van kerana pengurus mereka sudah menunggu. Kai orang kedua masuk ke dalam van dan mengambil tempat di sebelah Sehun. Entah kenapa, tiba-tiba dia berasa janggal tinggal berdua di dalam van itu. Masing-masing senyap melayan perasaan.

Beberapa minit kemudian, kesemua mereka keluar dan memasuki van. Van bergerak laju menuju ke tempat yang dituju. Penggambaran iklan pada hari itu berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua ahli. Namun, ketujuh-tujuh mereka dapat merasai situasi dingin antara Suho dan Sehun.

Selepas pulang ke dorm, masing-masing berehat kerana mereka perlu bergerak ke lokasi untuk penggambaran muzik video mereka pada jam 4 pagi. Pukul 9 lagi, masing-masing sudah masuk ke dalam bilik kerana kepenatan.

Suho berehat-rehat di atas katilnya sambil bermain telefonnya. Peristiwa di meja makan pagi tadi terimbas di fikirannya? Kenapa Sehun nampak marah sangat? Keterlaluan sangatkah aku marah dia tadi? Kenapa dia tak melawan balik seperti perangai biasa dia?

Pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Dia hairan. Apa yang telah terjadi kepada Sehun?

Jam menunjukkan pukul 10 malam. Suho masih tidak dapat melelapkan mata. Dia juga tidak tahu kenapa. Banyak perkara yang dia fikirkan sejak kebelakangan ini. Dia agak gementar untuk membuat muzik video untuk lagu baru mereka. Ditambah lagi masalah Sehun. Kepalanya terasa sakit.

Suho perasan sejak mereka pulang tadi sehinggalah sekarang, Sehun masih belum masuk ke dalam bilik. Dia tertanya-tanya, di mana maknae itu tidur. Takkanlah dia belum tidur lagi.

Tiba-tiba sahaja dia risaukan Sehun. Suho bangun dan keluar daripada bilik. Dia mencari Sehun di dapur dan ruang tamu namun tiada. Dia cuba memeriksa setiap bilik. Mana tahu, Sehun tidur di salah satu bilik ahli lain. Bilik D.O. dan Kai dibuka. Tiada. Bilik Baekhyun dan Chanyeol, tiada. Bilik Chen, Xiumin dan Lay juga tiada. Suho hairan. Di mana Sehun?

Suho melintasi satu bilik. Tiba-tiba dia berhenti di bilik tersebut. Dadanya berdebar. Sudah dua tahun bilik tersebut tidak digunakan. Perlahan-lahan Suho memulas tombol pintu. Keadaan bilik gelap. Dia membuka lampu.

Sebaik sahaja lampu terbuka, Suho terkejut melihat susuk tubuh seseorang sedang tidur di atas katil milik Luhan itu. Suho mendekati orang tersebut. Sehun?

Sehun tidur dengan memeluk patung rusa hadiah daripada Luhan. Di sebelahnya ada satu bingkai gambar. Suho mengambilnya. Kelihatan gambar Luhan dan Sehun semasa sambutan hari lahir Luhan dua tahun lalu. Namun, apa yang menarik perhatian Suho ialah kalendar di atas meja di tepi katil. Tarikh pada hari itu dibulatkan. Tertulis di situ 'Saengil Chukahae Lulu'.

Suho terpana. Hari itu 20 April. Hari lahir Luhan. Patutlah mood Sehun kurang baik pada hari itu. Suho teringatkan kata-katanya kepada Sehun semasa di meja makan. Dia meraup kesal wajahnya. Dia tidak patut marahkan Sehun.

Suho duduk di birai katil. Dia memerhatikan Sehun yang sedang tidur. Lama dia perhatikan Sehun. Tiba-tiba ada air mata mengalir di pipi Sehun. Suho terkejut. Tiba-tiba dia terasa sebak. Dengan berhati-hati, dia menyapu air mata di pipi Sehun.

Sehun bergerak membuatkan Suho cemas. Dia berkira-kira hendak bangun. Namun langkahnya terhenti bila dia mendengar Sehun memanggil nama Luhan.

"Luhan hyung~" Sehun bercakap di dalam tidurnya. Suho kembali duduk di tepi Sehun. Dia menggosok bahu Sehun. Tangan Sehun digenggam dan dia menggosok kepala Sehun.

"Tidurlah Hunnie. Hyung ada kat sini dengan kamu.." Suho menahan air matanya daripada jatuh. Walaupun sudah dua tahun berlalu, pasti sukar untuk Sehun lalui semua ini kerana Luhan ibarat separuh daripada jiwanya. Akhirnya Suho terlelap di sebelah Sehun.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chibishiro
#1
hi, sorry if i may appear rude and all (u can delete my comment after reading it) but I think the correct term would be kajima ( 가지 마) not kajimanha (가지많아)... manha (많아) means a lot. :) i want to pm u to inform but i do not know how to since im still quite new to this aff thingy.