Siapa Namanya?

Don't Go | 가지마

Kai menatap ke dalam mata Ga In. Ga In menjadi kaku.

"Apa ni? Kamu berlagak mahu jadi hero, huh? Kamu ni siapa?" tanya lelaki itu. Dia menarik tangannya daripada pegangan Kai. Kai memandangnya dengan wajah yang bengis.

"Ya, saya teman lelaki dia. Apa masalah kamu?" jawab Kai tiba-tiba membuatkan Ga In sangat terkejut. Dia menutup mulutnya dengan tangan kerana tidak percaya.

Lelaki itu segera meminta maaf dan segera keluar. Keadaan kembali reda. Semua orang kembali sambung makan dan tidak menghiraukan Ga In dan Kai.

"Gwaenchana? Mianhae. Saya tak bermaksud nak buat kamu tak selesa. Saya cuma nak selamatkan kamu," Kai segera meminta maaf.

Gan In hanya mengangguk. Dia tidak berani mahu bertentang mata dengan Kai. Mukanya berona merah kerana malu.

Pada masa itu, Sehun baru keluar daripada tandas. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Dari jauh dia ternampak Kai sedang bercakap dengan seseorang. Gadis itu membelakanginya jadi dia tidak dapat melihat siapa gerangan gadis itu.

Baru sahaja dia hendak melangkah, tiba-tiba ada seorang kanak-kanak berlari dan terlanggarnya. Habis air strawberi tumpah terkena baju putihnya.

"Aishhhh!" Sehun kembali ke dalam tandas.

"G..gwae..gwaenchana," jawab Ga In dengan tergagap-gagap. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku.

Kai tersenyum melihat gadis di hadapannya itu. Entah kenapa dia merasakan gadis itu sangat comel bila malu.

"Biar saya gantikan makanan kamu," Kai menawarkan diri.

"Ani. Tak perlu. Saya ada hal. Terima kasih kerana dah tolong saya. Saya pergi dulu," Ga In menunduk hormat dan segera keluar.

Kai hanya tersenyum melihat gelagat gadis itu. Tiba-tiba dia baru teringat sesuatu. Dia meramas topi di kepalanya. Ah, lupa nak tanya siapa nama dia..

Sehun keluar dari tandas. Dia melihat Kai sudah duduk di tempat mereka tadi. Gadis dengan dress putih tadi sudah tidak kelihatan. Dia mengeluh hampa. Kai dihampirinya.

"Siapa gadis tadi?" Sehun terus saja menyoal siasat Kai sebaik sahaja dia duduk.

"Meolla," jawab Kai sepatah membuatkan Sehun bengang.

"Jomlah balik. Aku nak tukar baju!" Nada suaranya berubah. Dia sudah tiada mood. Dia bangun dan keluar. Kai membuat muka innocent. Dia melihat langkah maknaenya itu. Apa salah aku. Aku memang tak tahu siapa dia..

Kai mengambil telefonnya dan bangun. Dia memakai kaca mata hitam dan penutup mulutnya dan berjalan keluar. Beberapa pasang mata memandangnya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chibishiro
#1
hi, sorry if i may appear rude and all (u can delete my comment after reading it) but I think the correct term would be kajima ( 가지 마) not kajimanha (가지많아)... manha (많아) means a lot. :) i want to pm u to inform but i do not know how to since im still quite new to this aff thingy.