Pengakuan

Don't Go | 가지마

"So Lucky to be your love.. I am.. Hmm~" Han Ga In sedang leka memasak di dapur sambil menyanyikan lagu Lucky dari kumpulan EXO.

Ye Seul masuk ke dapur setelah mendengar suara sumbang rakannya itu.

"Suara dah la sumbang," ujar Ye Seul. Dia duduk dan menjamah sekeping roti.

"Ni aku nak tanya kau ni, sejak bila kau dengar lagu EXO ni. Selama ni tak pernah pulak aku dengar kau nyanyi lagu-lagu ni semua. Bukan nak kata nyanyi, lagu dorang pun kau tak tau. Sejak bila ni? Cuba bagitau aku. Kau ada minat dekat mana-mana member diorang ke?" ujar Ye Seul.

Ga In mencebik. Dia mencedok nasi goreng kimchi dan diletakkan di dalam mangkuk. Dia membawanya ke meja tempat Ye Seul duduk. Kerusi ditarik.

"Suka hati akulah nak dengar lagu apa pun. Untuk pengetahuan kau, aku bukannya dengar lagu EXO aje tau. Lagu grup lain pun aku dengar jugak. Dah kebetulan hari ni aku rasa macam nak nyanyi lagu Lucky nak buat macam mana," tersenget-senget mulut Ga In memberi penjelasan untuk membela dirinya.

"Yelah tu. Cakap ajelah kau dah minat kat member diorang. Bagitau aku siapa dia. Baekhyun oppa, Chen oppa, atau Sehun oppa? Jangan-jangan Kai oppa!" Teka Ye Seul. Ga In nampak gelabah semacam. Sedaya upaya dia mengawal riak wajahnya.

"Mengarut ajelah kau ni. Dahlah makan. Aku ada kerja sikit nak buat kat depan," Ga In segera bangun dan berlalu ke ruang tamu. Risau rahsianya akan terbongkar kalau lagi lama dia duduk dengan Ye Seul. Bukannya dia tidak tahu, gadis itu memang pandai membaca hatinya.

"Eleh.. Nak mengelak la tu. Macam aku tak boleh baca hati dia. Dari cara pandangan pun aku tahulah kau suka Kai oppa, Ga In-ah," Ye Seul bercakap seorang diri di dapur.

Nah, kan betul apa yang Ga In cakap tadi. Eh, kejap. Ga In suka Kai?? Hmm 🤔

Sementara itu di dorm EXO..

"Chen, tolong panggil Kai dengan Sehun kejap," arah Suho. Dia sedang membuat sesuatu di laptopnya. Gayanya nampak serius sahaja. Sekejap dia memeriksa telefonnya. Sekejap dia melihat laptopnya. Sekali pandang macam ada projek besar.

Chen yang sedang bermain video game dengan Baekhyun, tidak menghiraukan arahan daripada Suho. Dia hanya fokus untuk menang. Suho menyuruhnya sekali lagi namun dia masih tidak menghiraukan kata-kata Suho. Suho melihat ada remote aircond di atas meja. Dia mengambilnya dan memastikan sasarannya ke arah kepala besar Chen dan membalingnya. Malangnya pada masa itu Lay kebetulan lalu di situ.

'Bukkk'

Remote aircond itu kena tepat di kepalanya. Dia mengaduh sakit. Terus Suho dipandang dengan pandangan membunuh. Suho sudah gelabah. "Salah Chen!" Cepat aje dia bela dirinya. Ish..ish..ish.. Ini ke sifat seorang ketua. Salahkan orang lain..

"Suho hyung, tak elok letakkan kesalahan kat orang lain. Siapa ajar?" satu suara menegur Suho.

Siapa lagi kalau bukan pakar motivasi nombor satu EXO, Do Kyungsoo. Bukan setakat tu je, dia juga bertindak selaku tukang masak, tukang kemas, tukang bebel, tukang dobi dan macam-macam tukang lagilah. Yang penting tukang yang baik lah. Kalau yang buruk macam tukang sepah dan tukang bising, sifat-sifat tu ada pada ahli selain Suho, Lay, Xiumin dan D.O. Paham-paham jelah..

"Kau diamlah. Aku tengah berurusan dengan unta ni. CHENNNN!! Panggilkan Kai dengan Sehun! Kau dengar tak!" Jerit Suho. Terkejut Lay dibuatnya. Dia segera keluar daripada dorm.

"Nak apa hyung? Kacau ajelah," Kai bersuara. Dari dalam biliknya dia dapat dengar suara Suho membebel macam mak nenek. Bosan betul.

"Panggil Sehun!" Suho masih menggunakan suara tingginya.

"Kejap! Dia kat mana?" Suho menyambung. Langkah Kai terhenti. Dia mengarahkan jari telunjuknya ke arah bilik Suho. Suho mengarahkan Kai mengikutnya masuk ke dalam biliknya. Ada seperti ada sesuatu yang penting.

Kai dan Sehun risau melihat muka serius Suho. Suho membuka telefonnya. Suara CEO SM kedengaran.

'Suho, tolong bagitahu saya apa semua ni?? Dah berapa banyak gambar yang fan tangkap. Tak mustahil kamu tak tahu mengenai perkara ini???!! Saya tak kira! Saya nak kamu selesaikan perkara ini sebelum saya sendiri yang akan ambil tindakan.'

Suho menutup kembali telefonnya. Kai dan Sehun dipandang dengan tajam.

"Apa tu hyung? Kami tak faham," si maknae cuba memberanikan diri untuk bersuara.

"Apa hubungan kamu berdua dengan Ga In??!" tanya Suho dengan nada yang masih dikawal. Kai dan Sehun memandang satu sama lain.

"Kami kawan aje lah. Wae?" Jawab Kai. Sehun mengangguk.

"Kawan? Habis fan tangkap gambar korang pergi makan, jalan-jalan sekali tu apa? Bukan sekali. Tapi banyak kali. Mula-mula gambar Kai dengan Ga In tersebar. Lepas tu gambar Sehun dengan Ga In pula. Orang yang sama! Kamu tu jadi tumpuan orang! Jangan buat hal boleh tak! Saya tak nak libatkan Ga In dalam masalah EXO!" marah Suho. Nada suaranya sudah berubah.

"Hyung.. Kami cuma kawan. Saya keluar dengan Ga In sebagai kawan. Sama jugak dengan Sehun. Kan Sehun?" Kai memandang Sehun. Sehun mengangguk setuju.

Suho meraup wajahnya. Dia tidak dapat nak kata apa-apa. Masalah apa lagi yang menimpa ni. Suho mundar-mandir di dalam bilik itu. Dia memikirkan ayat yang sesuai.

"Apa masalahnya kalau nak keluar makan? Salah ke? Lagipun saya tak terikat dengan sesiapa pun! Salah ke? Semuanya tak kena!" Kali ini Kai pula yang mula bengang.

Suho memandang Kai dengan tajam. Sehun segera memegang Kai. Dia tidak mahu lelaki itu bertindak di luar kawalan.

"Macam ni lah. Hyung, comeback kita dah nak dekat. Saya tak nak lah benda-benda remeh macam ni mengganggu kumpulan kita. Apa kata.."

"Tahu pun benda ni akan ganggu EXO. Tapi buat jugak kan?" Suho memotong kata-kata Sehun.

"Tapi hyung.."

"Tak ada tapi-tapi. Macam ni lah. Hyung nak tanya. Kamu jawab jujur, Sehun. Kamu sukakan Ga In, kan?" soal Suho membuatkan Sehun dan Kai terkejut. Suho memandang tepat ke arah mata Sehun. Sehun melarikan pandangannya.

"Mana ada. Bila masa pulak saya suka dia," Sehun menjawab. Suho dapat rasa Sehun menipu.

"Yeke? Habis kamu keluar dengan dia tu sebab apa kalau bukan sebab kamu suka dia?Macam mana kamu boleh berkawan dengan dia?" Suho cuba memerangkap Sehun. Sehun masih mengawal riak wajahnya.

"Kami keluar sebagai kawan. Saya berkawan dengan dia sebab dia memang ditakdirkan untuk jadi kawan saya," ujar Sehun puas hati. Dia sudah tidak tahu hendak jawab apa kalau Suho masih mendesaknya.

Pandangan Suho beralih kepada Kai. Kai memberanikan diri membalas pandangan ketuanya.

"Kai, kamu sukakan Ga In, kan?" ujar Suho mahu menguji sejauh mana Kai mahu menipu dirinya seperti Sehun.

"Ne. Saya sukakan dia, Suho hyung," jawab Kai tiba-tiba. Sehun segera memandang Kai dengan pandangan yang sangat terkejut. Permainan apa yang kau nak main ni, Kai.

"Mwo?!!"

"Saya cakap saya sukakan Han Ga In. Atau hyung nak saya ulang sekali lagi?" tanya Kai. Pandangannya tidak berkelip merenung Suho. Suho membalas renungan mata Kai. Dia menikam ke dalam anak mata Kai. Dia cuba mencari kesalahan Kai, namun apa yang dia nampak hanyalah kejujuran dan keikhlasan. Biar betul?

"Baiklah, kalau macam tu, kamu berdua boleh keluar," ujar Suho. Sehun sepertinya hendak berkata sesuatu namun Suho terlebih dahulu mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi daripada Sehun mahupun Kai. Akhirnya mereka berdua keluar dari bilik.

"Lari! Lari! Lari!"

Chanyeol, Baekhyun dan Chen lari lintang-pukang apabila mendengar bunyi tombol pintu dipulas. -__- Apa benda yang korang buat ni, Beagle-line..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chibishiro
#1
hi, sorry if i may appear rude and all (u can delete my comment after reading it) but I think the correct term would be kajima ( 가지 마) not kajimanha (가지많아)... manha (많아) means a lot. :) i want to pm u to inform but i do not know how to since im still quite new to this aff thingy.