Senja

Antara Subuh dan Senja

Setelah tujuh tahun badannya tidak baring atas tilam yang empuk dalam keadaan yang selesa, Sungwoon berasa agak janggal namun masih mampu tidur lena. Kedinginan penjara besi ditukar ganti dengan kehangatan sup rumpai laut yang dimasak oleh Daniel malam tadi. Kesejukan lantai simen penjara yang mencucuk kaki bertukar kepada kehangatan pakaian baru yang diberikan oleh Daniel.

Usai bangun, Sungwoon keluar dari biliknya, ingin menyapa matahari yang dirindui dari dalam penjara.

“Yah, kau dah siap kerja yang….”

Sungwoon terkejut apabila disapa oleh seorang lelaki muda yang duduk menunggu di ruang tamu. Sekali imbas melihat pakaiannya, Sungwoon dapat mengagak lelaki itu merupakan pelajar sekolah menengah tinggi.

“Siapa….?” Soal anak muda itu, juga hairan melihat Sungwoon yang baru keluar dari bilik. Dia juga mengerling pandang Sungwoon dari atas sampai bawah namun dia tidak dapat mencari memori bila dia pernah berjumpa dengan Sungwoon namun wajah Sungwoon seperti dikenali.

“Woojin ah, jom pergi” Jihoon lalu keluar dari biliknya dengan tergesa-gesa. Laju dia menyarung pakai beg galasnya dan menyambar tangan rakannya yang menunggu dari tadi.

“Eh siapa tu?”

‘Ahhh, kawan jihoon rupanya’ ujar Sungwoon dalam hati, sebelum tangannya secara tidak sedar mengangkat lambai. “Belajar elok-elok” suaranya ditinggikan.

Jihoon laju menyarung kasut tanpa menoleh belakang mahupun membalas ucapan Sungwoon. Woojin sempat memberi tunduk hormat kepada lelaki tersebut walaupun tidak mengenalinya. “Kami pergi dulu” ucap Woojin sebelum Jihoon menutup pintu dengan kasar.

“Yaa Jihoon. Siapa tu? Terkejut aku tadi” soal Woojin sambil mereka berjalan ke perhentian bas berdekatan.

“Tiada sesiapa” balas Jihoon ringkas, langsung tidak menoleh pandang Woojin walhal mereka jalan bersebelahan. Nadanya mendatar.

“Apa pula tiada sesiapa? Jadi siapa yang aku nampak tadi? Hantu ke?!” Woojin berhenti melangkah, menuntut penjelasan dari kawan baiknya itu. Namun Jihoon tidak mengendahkannya dan terus jalan ke depan.

“Yah Park Jihoon!” Woojin menjerit panggil.

“Cepat sikit sebelum kita tertinggal bas” Jihoon menoleh belakang dengan wajah yang kelat.

“Apa dia ni, pagi-pagi dah muka masam” Woojin akhirnya mengalah, dan meneruskan langkahnya, berlari mengejar Jihoon yang sudah agak jauh darinya. “Tunggulah!”

……………………………..

Di ruang makan, Lee Daehwi dan Lee Doohyun duduk saling bertentangan di meja makan. Di hujung meja pula, ayah mereka Lee Donghwan juga sedang menikmati sarapan mereka. Senyap. Hanya bunyi ketingan sudu garpu bertemu pinggan yang kedengaran. Barisan pembantu rumah juga senyap tertunduk menunggu tiga tuan rumah itu makan dengan tenang, berdiri agak jauh dari meja makan.

“Bila kamu sampai?”

Satu soalan membuatkan kedua-dua Daehwi dan Doohyun berhenti makan. Mereka memandang satu sama lain sebelum Daehwi menjawab “tengah malam tadi”

“Daehwi sampai agak lewat jadi saya tak mahu kejutkan ayah malam tadi” celah Doohyun pula.

Daehwi hanya mengerling pandang lelaki yang tua daripadanya itu. Dia akui Doohyun memang bijak mencelah dan mengambil peluang dalam setiap tindakannya.

“Ayah apa khabar? Sihat? Perniagaan ayah berjalan lancar?” Daehwi memulakan perbualan mesra dengan ayahnya yang sudah lama tidak berjumpa.

“Ayah macam yang kamu lihat, masih mempunyai kaki dan tangan untuk bergerak juga masih boleh makan dengan sendiri” balas Lee Donghwan, memandang anak lelaki bongsunya. “Mak kamu? Dia tak larang kamu pulang ke Korea?” soalnya pula sambil mencapai kain lembut di atas meja dan mengelap bibirnya.

Daehwi mengangguk kecil. “Mama masih sama macam dahulu. Dia sentiasa aktif. Dia tak boleh kawal hidup saya selamanya, saya dah besar ayah”

Lee Donghwan tersenyum kecil. “Ayah tak nampak bahagian mana yang kamu katakan besar. Kamu masih kelihatan seperti anak kecil”

“Apa yang ayah cakapkan ni” Doohyun mencelah seraya ketawa. “Daehwi dah besar dan boleh buat apa yang dia suka. Badan dia mungkin nampak kecil tapi pemikirannya mesti dah matang”

“Mungkin betul. Daehwi sama seperti ibunya, berbadan kecil tapi pandai. Jadi Daehwi, apa perancangan kamu di sini, kamu nak tamatkan persekolahan di sini?”

Daehwi sekali lagi mengangguk. “Permohonan saya di sebuah sekolah swasta antarabangsa diterima. Saya teringin rasa pengalaman jadi pelajar sekolah menengah tinggi di Korea. Sama seperti rakan sebaya yang lain”

“Ahhh, kamu dah pilih sekolah kamu sendiri? Hyung baru terfikir nak tolong kamu carikan sebuah sekolah yang baik” Doohyun mengukirkan senyuman.

Daehwi diam memandang senyuman Doohyun. Dia tidak akan terpedaya dengan senyuman tersebut. Senyuman licik.

“Ayah tak kisah apa rancangan kamu di sini asalkan kamu gembira tinggal di sini”

Daehwi berasa lega mendengar kata-kata tersebut. Jauh dalam sudut hatinya, Daehwi tahu ayahnya seorang yang baik. Seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab. Seorang lelaki yang pegang pada kata-kata sehinggalah kebahagiaan mereka musnah dalam satu hari.

………………………………………..

Keseorangan, Sungwoon berjalan dalam setiap sudut rumah, memerhatikan setiap barang yang ada. Televisyen dibiarkan terbuka pasang, memaparkan drama pagi yang ditayangkan setiap hari. Sungwoon melangkah masuk ke dalam sebuah bilik. Bilik sederhana kecil itu memuatkan sebuah katil ‘single’, sebuah almari kecil, sebuah meja belajar dan satu rak kecil di tepi katil.

Sungwoon tunduk melihat dua gambar yang berbingkai diletakkan atas rak tersebut. Daniel dan Jihoon kelihatan tersenyum memandang kamera dalam gambar tersebut. Gambar lagi satu pula, melihatkan Jihoon berpaut bahu antara dua orang anak muda yang lebih tinggi darinya. Sungwoon mengecam wajah salah seorang dari dua orang itu sebagai kawan Jihoon yang datang pagi tadi.

“Ni mesti kawan-kawan dia” Sungwoon mengangkat pegang gambar tersebut, melihat senyuman Jihoon. Dia turut tersenyum kecil.

Sungwoon beralih pula kepada almari baju dan ketawa kecil melihat pakaian Jihoon yang bergantungan.

“Citarasa dia masih sama” komennya sambil membelek pakaian tersebut dalam pelbagai warna. Kemudian Sungwoon melabuhkan punggung di atas katil, meraba pegang bantal Jihoon.

“Hoon ah~ setiap hari hyung rindukan kamu” ujarnya perlahan. Secara tiba-tiba Sungwoon teringat kisah lama, dan membuatkan dirinya tersenyum.

“Hoon ah~ cepat siap! Nanti kamu terlambat ke sekolah!” jerit Sungwoon sebelum membuka pintu bilik Jihoon. Bimbang andai budak tersebut masih tidur.

“Kenapa ni?” soal Sungwoon hairan melihat Jihoon yang sudah bangun dan berdiri tegak di sebelah katil. Jihoon melirik tunjuk akan katilnya.

“Kamu kencing atas tilam lagi?!” Suara Sungwoon meninggi, terkejut.

Jihoon yang berumur 7 tahun itu mengangguk laju.

“Hoon ah~ kamu dah tujuh tahun, kenapa masih kencing atas tilam? Kan banyak kali hyung pesan, sebelum tidur pastikan kamu pergi kencing dahulu. Bilik air hanya di sebelah ni” Sungwoon bercekak pinggang, menjeling pandang Jihoon yang masih berdiri di tempat yang sama.

“Maaf hyung” Jihoon mencebik, menunduk.

“Hyung tak kira. Kamu mesti bersihkan sendiri. Hyung nak ke sekolah ni, tiada masa nak bersihkan tilam kamu”

“Hyung~” Jihoon mencebik, mendongak pandang abangnya yang berdiri di muka pintu, sudah lengkap memakai pakaian seragam sekolah menengah.

“Sungwoon hyung~” kedengaran suara Daniel memanggil dari luar.

“Niel ah~ kau pergi dulu. Aku mungkin lambat hari ni” balas Sungwoon sebelum melihat Daniel di muka pintu.

“Kenapa?”soal Niel, menanggalkan kasut sebelum melangkah masuk. Sama seperti Sungwoon, Daniel juga sudah lengkap memakai pakaian seragam sekolahnya. Seragam yang warna dengan Sungwoon.

“Niel hyung~” Jihoon berlari mendapatkan Daniel di ruang tamu.

“Yah yah jangan berlari. Kamu tu kotor” Sungwoon menahan pegang baju Jihoon. Anak kecil itu mencebik sebelum menangis.

“Hyung~” air mata Jihoon tumpah berjurai.

“Yah kenapa menangis?” Daniel tunduk paras Jihoon, masih sempat ketawa kecil.

“Kamu kencing atas tilam lagi?Tak mengapa. Tapi lain kali kamu tak boleh buat lagi. Jangan susahkan abang kamu lagi” Daniel mengusap rambut Jihoon sebelum beralih pandang Sungwoon. “Nanti aku akan cakap dengan nenek, dia akan tolong cucikan”

“Haish, jangan macam tu. Aku tak nak susahkan nenek kau” balas Sungwoon. Wajahnya kelihatan malu dan bersalah dengan Daniel.

“Dia bukan buat apa pun di rumah. Dia selalu merungut dia bosan. Lagipun dia dah anggap hyung dan Jihoon macam cucu dia sendiri”

“Mujur ada Daniel yang jagakan kamu” ujar Sungwoon sambil memandang gambar Daniel dan Jihoon.

……………………………………….

Woojin, Jihoon dan Jinyoung berjalan ke arah sebuah meja kosong sambil memegang dulang makanan masing-masing. Woojin dan Jinyoung duduk bersebelahan dan berhadapan dengan Jihoon. Usai duduk, Woojin mencapai penyepitnya dan memberikan Jihoon sekeping potongan sosejnya. Kedua-dua Jihoon dan Jinyoung kehairanan.

“Apa ni?” soal Jihoon memandang sosej tersebut yang diletakkan dalam dulang makanannya.

“Beritahulah, siapa lelaki pagi tadi?” Woojin tersenyum sinis sambil mejilat hujung penyepitnya.

Jihoon mengeluh kecil dan sempat mengerling wajah Jinyoung langsung tidak mengetahui apa yang Woojin cakapkan. “Tiada apa-apa. Tidak penting”

“Apa yang tidak penting? Dia ada dalam rumah kau. Aku tak pernah tengok orang lain dalam rumah kau kecuali kau dan Daniel hyung. Dia mesti orang yang kau kenal kan?” nada Woojin agak mendesak, pandangannya tetap pada Jihoon.

“Berbaloi ke untuk aku bagi sosej aku?” umpan Jinyoung pula, juga ingin tahu apa yang sedang berlaku antara Woojin dan Jihoon.

“Oh-Oh” Woojin mengangguk laju sebelum mencapai sepit sekeping sosej dari dulang Jinyoung dipindahkan ke dulang milik Jihoon.

“Korang ni kan….” Jihoon mengeluh lagi.

“Beritahulah, aku pun nak tahu. Siapa lelaki yang korang cakapkan ni?” Jinyoung kedepankan badannya sikit, rapat dengan meja makan.

“Pagi tadi masa aku ke rumah Jihoon, ada seorang lelaki yang keluar dari bilik Daniel hyung. Dia…”

“Nanti aku beritahu” Jihoon mencelah sebelum Woojin meluah cerita yang dibimbangi ditokok tambah kepada Jinyoung. “Bukan sekarang, nanti kita ke atas bumbung dan aku akan beritahu korang” tambahnya lagi.

Woojin dan Jinyoung tersenyum puas hati. “Kan aku dah cakap, sekeping sosej dah berbaloi untuk Jihoon buka mulut” bisik Woojin perlahan kepada Jinyoung.

………………………………………..

“Aishummm!!!”

Ong Seongwoo tidak menyedari bunyi bersinnya menarik perhatian rakan polisnya yang lain. Tangannya mengosok-gosok hidung sehingga kemerahan. Matanya terasa kuyu memandang skrin komputer di atas meja. Beberapa fail masih tersusun tinggi di hadapannya.

“Detektif Ong, jangan lupa makan ubat. Cuti awak bulan ni dah habis, saya tak nak terima surat cuti sakit lagi” kedengaran seorang lelaki bersuara melewati meja kerjanya.

Seongwoo sempat bangkit dan memberi tunduk hormat. “Jangan risau Ketua Lee, saya akan jaga kesihatan saya” balasnya lalu kembali duduk.

“Nah~” hulur rakan sekerja yang berada di sebelah. Seongwoo memandang huluran tersebut sebelum mencapai ambilnya.

“Terima kasih minhyun” ucapnya sambil mengelap hembus hidungnya dengan tisu lembut yang diberikan oleh Hwang Minhyun.

“Kena hujan semalam?” soal Minhyun. Seongwoo hanya mengangguk.

“Pastikan kau makan ubat dan siapkan laporan tu hari ni sebelum Ketua Lee marah lagi” tambah Minhyun lagi, memandang kasihan rakannya itu.

“Takkan kau nak membebel juga? Tahulah aku. Rehat nanti aku akan ke farmasi cari ubat” balas Seongwoo sebelum mencampak tisu yang digunakan tadi ke dalam tong sampah di sudut ruang balai.

…………………………………………………

Hari pertama Lee Daehwi di sekolah barunya berjalan seperti biasa. Walaupun di korea namun mereka menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dan Daehwi merasakan seperti tiada beza di luar negara. Terlintas juga sesalan dalam dirinya kerana mendaftar di sekolah swasta antarabangsa walhal dirinya sebenar ingin bergaul lebih dengan rakan sebayanya yang lain menggunakan bahasa Korea, bersosial dengan cara remaja Korea.

“David, down for lunch?” rakan sekelasnya yang baru dikenali tadi menegurnya. David, nama Inggerisnya yang digunakan sejak di Amerika.

“Nope. Im not in a mood for lunch yet” balas Daehwi seraya menggeleng. Ruang dalam kelas agak lengang kecuali beberapa pelajar yang rajin mengulang kaji pelajaran.

Daehwi melemparkan pandangan ke luar, melihat pelajar bermain bola keranjang di gelanggang terbuka.

Trrrrrrrrrt

Daehwi merasakan getaran telefon pintarnya yang disimpan dalam beg. Laju dia membuka beg dan mengambil pegang telefon tersebut, sebelum melihat satu pesanan diterima masuk. Spontan bibirnya mengukitkan senyuman melihat nama yang tertera sebagai penghantar mesej tersebut.

“Mama”

‘Anakku Daehwi, macam mana di sana? Sudah mulakan persekolahan? Mama harap Daehwi boleh jaga diri di sana. Kalau ada sesiapa ganggu kamu, terus maklumkan pada mama. Jangan masuk campur urusan orang dewasa dan mama harap kamu dilayan dengan baik di sana’

Riak Daehwi kosong sepanjang membaca mesej tersebut. Sesuatu seolah tersirat. Jarinya kemudian laju menaip balas mesej itu.

‘Don’t worry mom. Im fine here, with new school and new friends. Miss you already’

Selesai menghantar balas, Daehwi meletakkan telefonnya di atas meja dan meletakkan kepalanya bersebelahan telefon tersebut. Dia merindui saat ibu bapanya bahagia, saat mereka berempat bahagian. Sebelum abangnya berubah, sebelum abangnya berani memecahbelahkan ibubapanya. Jauh dalam sudut hati Daehwi, dia merindui abangnya, namun dalam masa yang sama, dia membenci lelaki itu.

……………………………………

Jinyoung meneguk minum sekotak susu sebelum beralih pandang pada Jihoon. “Ceritalah, kami bersedia nak dengar”

“Korang kena janji supaya jangan ceritakan pada sesiapa. Ini rahsia kita bertiga” Jihoon menghulurkan jari kelingkingnya.

“Janji” laju Jinyoung mencapai ikat jari tersebut dengan jari kelinkingnya juga.

“Aigoo~” Woojin mengeluh sebelum berbuat perkara yang sama seperti Jinyoung.

Jihoon lalu duduk dan melentangkan kakinya ke hadapan, memandang awan yang kelihatan seperti gula-gula kapas tergantung di langit.

“Dia adalah abang aku” Jihoon memulakan.

Woojin dan Jinyoung masing-masing mengambil tempat di kiri dan kanan Jihoon.

“Abang sebenar kau? atau abang macam Daniel hyung?” soal Jinyoung, masih memegang kotak susu yang tinggal hanya separuh.

“Abang kandung aku. Korang tahu kan, aku dulu tinggal di Busan….”

Jinyoung dan Woojin spotan mengangguk.

“… aku pernah tinggal dengan dia. Selepas ibu bapa kami meninggal dalam kemalangan, dia yang menjaga aku. Daniel hyung dulu adalah jiran kami. Kami bertiga rapat seperti adik beradik sebenar. Aku sayangkan dia sebab hanya dia ahli keluarga aku yang tinggal. Tapi….”

Woojin dan Jinyoung senyap mendengar cerita Jihoon. Masing-masing enggan mencelah.

“…. Suatu hari itu, masa aku balik dari sekolah rendah. Aku nampak orang ramai kerumun depan rumah aku. Ada beberapa buah kereta polis, kemudian aku nampak abang aku keluar dari rumah. Tangannya digari oleh dua orang polis dan dibawa naik kereta polis”

“Jadi maksud kau, dia ditangkap polis?!” Woojin mencelah, agak terkejut dengan apa yang Jihoon ceritakan.

“Diamlah kau, biar Jihoon cerita sampai habis dulu” Jinyoung memukul lengan Woojin dari belakang.

Jihoon mencelah. “Ya. Itulah yang berlaku. Dia masuk penjara dan sejak dari hari itu, aku malu nak akui dia sebagai abang aku. Tujuh tahun dia masuk penjara dan dia tinggalkan aku seorang diri. Daniel hyung yang jaga aku macam adik sendiri dan kami pindah ke Seoul untuk mulakan hidup baru”

Jihoon tertunduk, agak malu dengan keadaan keluarganya.

“Jadi, pagi tadi dia ada di rumah kau, maknanya dia dah keluar dari penjara?” soal Woojin lagi.

Jihoon mengangguk. Tidak mengangkat muka.

“Itu berita baik atau berita buruk?” soal Jinyoung pula, meneguk habis minumannya.

Woojin menggaru raba lehernya sendiri. “Kalau dia dah berubah baik, ia jadi berita baik, tapi kalau…..” Woojin memandang Jihoon.

“Hey~ jangan risau. Kalau dia cuba buat apa-apa pada kau, aku dan Jinyoung ada” Woojin memegang peluk bahu rakannya itu.

“Rasanya kau tak perlukan aku pun. Kau kan kuat, kau boleh lawan dia sendiri. Jangan risau, abang aku kan polis, kita boleh panggil dia bila-bila masa” tambah Jinyoung pula, menarik cubit pipi Jihoon.

“Korang tak malu berkawan dengan aku? adik penjenayah” Jihoon mengangkat muka, memandang kedua-dua Woojin dan Jinyoung.

“Buat apa nak malu. Bukan kau ada buat salah pun” Jinyoung mengusap kepala Jihoon pula.

“Aigoo~ aigoo~ risau sangat kau ni” Woojin turut berbuat yang sama, mengambil kesempatan, menarik lembut rambut Jihoon.

“Macam mana kalau suatu hari nanti, aku jadi macam abang aku? adakah korang akan tetap berkawan dengan aku?”

Woojin tersenyum. “Hey~ aku kenal kau. Park Jihoon, aku bukan nak kata kau ni baik, kau ni kadang jahat juga tapi kalau ada apa-apa terjadi kat kau suatu hari nanti, aku akan percayakan kau”

…………………………………

Satu ketukan di pintu menganggu Lee Doohyun yang sedang fokus dengan kerjanya.

“Masuk” arahnya sebelum seorang lelaki menjengah masuk. Perhatian Doohyun kemudian beralih kepada lelaki yang memakai baju tee dan jaket jeans itu, disertakan dengan seluar yang berlubang di lutut. Sepuntung rokok melekat antara bibirnya.

“Dah dapat maklumat yang aku suruh cari tu?” soal Doohyun, lalu bangkit dari tempat duduknya, bergerak ke sofa tetamu di sudut pejabatnya.

“Semua lengkap” lelaki yang baru masuk itu menyerahkan sebuah fail kepada Doohyun sebelum melabuhkan punggung atas sofa empuk.

“Dia di mana sekarang? Seoul?” Doohyun membelek fail yang diterima. Terdapat beberapa helai kertas profil dan keping gambar dalamnya.

“Ya di Seoul. Dia kembali pada adiknya. Kau tahu kan, dia ada seorang adik lelaki” lelaki itu menghembus asap rokoknya.

Doohyun memandang gambar yang disertakan sekali dalam fail tersebut. Gambar seorang lelaki berjalan dalam hujan dan gambar dua orang pelajar sekolah yang kelihatan tergesa-gesa keluar dari rumah.

“Apa patut aku buat dengannya?” Doohyun mengeluh kecil lalu mengambil tempat, duduk di atas sofa, berhadapan dengan lelaki tadi.

“Kau tanya aku ke?” Lelaki itu menuding tunjuk jarinya pada diri sendiri. “Macam mana kalau libatkan dia dalam geng kita? Dia kenal kau dan aku. Lagipun dia baru keluar penjara, mana dia nak cari duit nak suap adik dia makan? Dia perlukan duit dan kita boleh bagi dia duit”

Doohyun mengenggam fail tersebut, memejam mata rapat sebelum menjeling lelaki tersebut. “Aku bukannya risau dia makan apa, dia nak suap apa, aku risaukan rahsia aku. Dia tahu rahsia aku”

“Yah, tujuh tahun dia dah berlalu dan dia tak mampu buat apa-apa. Dia….”

“Itu kerana dia meringkuk dalam penjara, sebab tu dia tak mampu buat apa-apa. Sekarang? Sekarang dia dah bebas?! Mungkin dia akan balas dendam” Doohyun bangkit berdiri, tidak mampu duduk tenang apabila memikirkan masalah yang akan timbul jika rahsianya terbongkar. Perlahan-lahan dia berjalan ke tingkap besar di pejabatnya, melemparkan pandanganya melihat bangunan konkrit bandar Seoul.

“Perangkap dia”

Doohyun menoleh pandang lelaki tadi. “Apa?”

“Kita perangkap dia dengan sesuatu dan biar dia meringkuk dalam penjara sekali lagi” lelaki itu memberikan cadangan.

“Kau ingat dia akan terpedaya? Sekali lagi?” Doohyun meragui idea tersebut.

“Paksa dia. Ugut dia. Kau ingat Yoon Jisung? Budak pelukis yang hampir menjadi target kita tu? Apa kata kalau kita suruh dia yang culik Jisung”

“Kita perlukan budak pelukis tu. Pelukis utama kita cedera bukan, kenapa nak libatkan dia dalam hal ni?”

“Kita suruh dia culik Jisung dan kita pergunakan Jisung selagi boleh. Kemudian apabila Jisung sudah lagi tidak berguna, kita lepaskan dia dengan syarat dia mesti laporkan pada polis, bahawa penculiknya adalah….” Lelaki itu bangun mendekati Doohyun sebelum menhabiskan ayatnya.

“… Ha Sungwoon” sambung Doohyun, akhirnya dapat menangkap keseluruhan idea rakannya.

“Macam mana idea aku? kalau kau nak tanya, macam mana cara kita nak paksa Sungwoon….” Lelaki itu mencapai fail yang dipegang oleh Doohyun sejak dari tadi dan mengeluarkan sekeping gambar.

“Ini jawapannya” lelaki itu menunjuk tayang gambar Jihoon dan Woojin yang kelihatan keluar dari rumah untuk ke sekolah pagi tadi. Doohyun tersenyum menyukai idea itu lalu merampas pegang gambar tersebut.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Cameo star kali ni Im Youngmin dan Jung Sewoon! Hooray for Chamdeep moments. Anyway, harap pembaca boleh terima scene fight antara Guanlin dan Sungwoon, saya fikirkan part bahu tu sbb Guanlin lagi tinggi dri Sungwoon. Haha. oppps

Comments

You must be logged in to comment
vionilatte #1
Chapter 20: Chapter 20: Best bab ni. Satu cerita best sebenarnya, dah byk kali sy ulang baca...hehehe....Fighting, authornim!!! Harap authornim masih up cerita ni. Rindu sgt2 cerita ni...curious jugak apa yg jadi lepas ni....Yep, ....So, fighting!!!(lagi...hehe). I will wait for your update.^_^
TheYellowDandelion
#2
Chapter 19: Fighting for the next chap! ^^
vionilatte #3
Chapter 18: Hmm...rasanya tulisan macam sama je. Authornim salah tekan font yg lagi kecik kot. X pun rasa je macam kecik tapi sama je. Curious pulak pasal jihoon. Haaaa...lepastu, Daniel boleh pulak tidur siap berdengkur lagi,tapi yelah, sebab bukti dah ada senang hati tu. Harap2 oklah lepas ni. Tq sebab update. And good luck next update. Hehe..... fighting!!!
MJ_Black
#4
Chapter 15: Guanlin noooooo! ㅠㅠ
MJ_Black
#5
Chapter 14: Keep it up authornim ?
TheYellowDandelion
#6
Chapter 14: I love this! Thanks for the update
vionilatte #7
Chapter 13: aaaaaaa.....kenapa sedih sangat bab ni....jihoon,nasib baik mimpi, harap tak jadi betul2. Pastu Doohyun pulak..... hmmm lagilah tak sabar nak tunggu. Pandai authornim susun ayat, sampai rasa macam nak nangis je bila baca. 2 thumbs up!!! . Keep it up, i will wait for your update. Fighting!!
TheYellowDandelion
#8
Chapter 9: Saya mengaku ni kali pertama saya baca malay fanfic eventho I've been member here since 2014.. Tapi seriously jalan cerita awak ni sngt menarik and saya rasa tertarik.. Fighting for the next chapter!
vionilatte #9
Chapter 9: Ok....jihoon bawak kereta...tapi serious,cite ni memang best. Tak sabar nak baca sampai habis. Btw, authornim fighting!!!!
TheYellowDandelion
#10
Chapter 8: This is nice.. Really! I'm anticipating the next chapter ^_^