14.

Antara Subuh dan Senja

 

“Hospital???!” suara Doohyun meninggi.

Chanbin mengangguk sambil menggosok belakang lehernya. “Apa mereka buat di hospital?” soalnya, memandang Doohyun yang bangkit berdiri dari meja kerjanya.

“Mana aku tahu!” Doohyun membalas kasar. Fikirannya mula ligat memikirkan kemungkinan sebab untuk Sungwoon ke sana. “Hosptal mana dia pergi?” soalnya kembali.

“Yangji” ringkas jawab Chanbin, dalam masa sama, turut memikirkan jalan penyelesaian untuk menangkap Sungwoon dan Jisung.

Doohyun diam seketika, memaksa keringat otaknya untuk mencari kata kunci yang sepadan dengan hospital tersebut.

“Jangan-jangan…..”

“Kenapa?” soal Chanbin, melihat riak pucat Doohyun.

“Dia nak dapatkan rekod perubatan aku? nak periksa DNA aku?”

Chanbin menggeleng. “Kau kan dah tukar rekod perubatan kau, sama macam Lee Doohyun yang sebenar”

“Bukan Lee Doohyun, tapi Kigyeol. Rekod perubatan aku yang sebenar”

Hujung bibir Chanbin terangkat, memandang sinis rakan subahatnya itu. “Kigyeol dah mati. Dia tiada rekod perubatan. Kau sekarang adalah Lee Doohyun. Dah tujuh tahun berlalu, takkan masih tak biasa?”

Doohyun memicit kepalanya. “Ahhhh pening kepala aku dengan Sungwoon ni. Apa rancangan dia sebenarnya? Macam mana kalau dia dedahkan identiti aku?”

Chanbin menggeleng. “Dia tiada bukti. Lee Doohyun yang sebenar dah mati dan tiada siapa jumpa mayat dia”

“Mayat….” Sesuatu terlintas di fikiran Doohyun.

“Yah Chanbin, kau ingat tak mayat yang ditemui oleh nelayan tujuh tahun lepas dekat dengan perkampungan kita?”

“Maksud kau?” dahi Chanbin berkerut.

“Ada mayat mati lemas pernah ditemui beberapa bulan lepas Sungwoon masuk penjara dulu….”

“Tapi itu bukan mayat Doohyun yang sebenar kan? kita dah periksa rekod dengan doktor masa tu” celah Chanbin.

Doohyun kembali diam, memikirkan kebenaran apa yang dikatakan oleh rakannya. “Aku tetap rasa tidak sedap hati. Kita kena tangkap juga Sungwoon dan Jisung”

Chanbin melepaskan satu keluhan berat “Aku akan bawa orang ke hospital Yangji untuk tangkap mereka berdua”

………………………………………………………..

Jantungnya berdegup laju. Perkataan yang disebut oleh Jihoon masih bermain dalam fikirannya. Sukar untuk Daehwi menerima dan mempercayainya.

“Mati”

Daehwi menelefon seseorang namun panggilan tersebut tidak diangkat. Jarinya mengulang dail nombor yang sama, terus menelefon beberapa kali.

“Ma~” rungut Daehwi, berasa geram kerana panggilannya ditolak. Daehwi keresahan.

“Yah” Daehwi menoleh pandang Jihoon yang masih berada di atas katil. “Kau tak tipu aku kan?”

Jihoon melepaskan satu keluhan kecil. “Berapa kali harus aku cakap, aku tak dapat apa-apa kalau menipu pun”

Riak Daehwi tidak berubah, masih resah. Ibunya pula tidak mengangkat panggilan. Daehwi tidak tahu siapa lagi yang boleh memberi kesahihan terhadap kata-kata Jihoon.

“Kalau tuan muda nak tahu tentang apa yang berlaku tujuh tahun. saya rasa orang yang paling sesuai tuan muda tanya ialah Pekebun Ma”

Daehwi menguak rambutnya, memberi dahinya ruang untuk bernafas. Kata-kata Hoseok lalu lalu di fikirannya. Daehwi menggigit bibir.

“Ya, mungkin pakcik tu boleh beritahu perkara yang sebenarnya”

Monolog Daehwi sendirian. Separuh dari dalam dirinya ingin menafikan apa yang didengari oleh Jihoon, enggan menerima kenyataan bahawa abangya, Lee Doohyun sudah mati. Namun separuh lagi perasaannya mempunyai konflik kerana Daehwi juga merasakan kebenaran kata-kata Jihoon, abangnya Doohyun seperti bukan abangnya yang sebenar dan Daehwi sedar perkara tersebut beberapa tahun yang lalu. Setiap kali Doohyun mendekati Daehwi, aura asing melingkari Daehwi, dan Daehwi berasa kekok dan tidak dapat menerima semua tindakan Doohyun yang kelihatan lakonan semata-mata.

“Daehwi” Guanlin melambai panggil. Daehwi mendekati Guanlin yang masih menatap komputer riba di depannya. “He’s in the hospital right now. Wonder what he’s doing there?”

“Who? Ha Sungwoon?” soal Daehwi. Keliru sebentar kerana fikirannya dipenuhi oleh abangnya.

Jihoon menoleh pandang apabila mendengar nama abangnya disebut. “Kenapa dengan abang aku?” Jihoon memberanikan diri bertanya, sambil mencabut buang wayar air yang bersambung cucuk di lengannya.

“Abang kau berada di hospital sekarang. Apa dia buat di sana?” soal Daehwi sambil Jihoon berjalan mendekatinya.

“Hospital?” Jihoon menunduk pandang komputer riba milik Guanlin yang kelihatan canggih. Di skrin komputer kelihatan sebuah peta skala digital dengan sebuah titik merah kecil yang berkelip-kelip. Jihoon pana tidak memahami teknologi tersebut.

“He’s in Yangji Hospital” ujar Guanlin, membaca riak kosong Jihoon.

Daehwi menyilang tangan di dada. “Apa rancangan abang kau sehingga dia ke hospital?”

Jihoon menggeleng. Dia tidak mendengar Daniel menyebut tentang mana-mana hospital sebelum ini, dan sejujurnya dia juga ingin tahu kenapa Sungwoon ke sana.

“Ni lokasi abang aku?” Jihoon menuding tunjuk jarinya pada skrin komputer tersebut. “Macam mana kau tahu dia ada di sana?”

Guanlin menoleh pandang Daehwi, mengharapkan rakannya boleh membantu beri penjelasan. “Kami letak penjejak dalam kasut yang Ha Sungwoon pakai” jawab Daehwi.

Jihoon memandang Daehwi dan Guanlin bergilir-gilir. Dia hairan melihat dua orang itu yang sanggup meletakkan penjejak pada abangnya.

“What?” Guanlin merasa tidak senang dengan renungan Jihoon.

“Aku nak pergi sana”

Belum sempat Jihoon meluru keluar, sebuah besi sejuk menyentuh dahinya. Jihoon tergamam, mengundur langkah sehingga jatuh terduduk atas katil. Cadar katil dikerenyuk genggam.

“Where’re you think you goin?” Guanlin mengacukan pistolnya tepat pada dahi Jihoon, sehingga anak muda itu terduduk atas katil.

“Kau rasa kenapa abang kau ke hospital?” Daehwi bertanya sambil menekan papan kekunci komputer riba milik Guanlin, skrin berubah-ubah sehingga muncul gambar sebuah bangunan yang mempunyai papan nama Hospital Yangji.

“Aku tak tahu” Jihoon mengerling pandang Daehwi sambil tangannya cuba mengalih senjata di depan muka.

Hujung bibir Guanlin terangkat sambil memutarkan poket kelonsong peluru yang masih penuh. Jihoon menjadi takut mendengar bunyi senjata itu dan menghitung sekiranya dia mengambil langkah salah, kepalanya akan berlubang ditembak.

“Guanlin, don’t” ujar Daehwi, mengingatkan rakannya itu agar tidak bertindak di luar arahan.

“Apa lagi kau nak? Aku dah beritahu apa yang aku tahu. Lepaskan aku, aku nak jumpa dan tolong abang aku” rayu Jihoon, enggan memandang Guanlin yang berada di depannya, masih dengan pistolnya yang diacu pada dahi Jihoon. “Lepaskan aku”

Daehwi menggeleng. “Apa aku dapat kalau aku lepaskan kau? Apa jaminan yang kau tak akan lapor pada polis yang aku upah mafia luar negara untuk culik kau dan ekori abang kau?”

Jihoon menggeleng juga. “Aku janji aku tak akan beritahu sesiapa” balasnya. Dirinya mulai risau, sambil melihat gambar bangunan hospital Yangji yang terpapar di skrin komputer di hadapan Daehwi. Mimpinya diimbas semula dan Jihoon takut andai mimpi tersebut menjadi realiti. “Aku bimbangkan abang aku dan Daniel”

“Maaf Hoon. Jaga diri kamu sendiri. Kamu dah besar dan abang sentiasa bangga dengan kamu”

Senyuman Guanlin mati melihat anak mata Jihoon. Mata yang gelap itu berair dan pandangannya bukan sekadar ketakutan tapi ada perasaan resah dan risau.

“Guanlin, guard him. I want to meet with someone” ujar Daehwi bangkit berdiri, mencapai begnya sebelum beredar keluar. “… and don’t kill him”

“With who?” Guanlin menjerit tanya namun Daehwi sudah beredar, tidak mendengar soalannya.

“Please, let… me… go.. out…” rayu Jihoon sambil merapatkan kedua telapak tangannya. “Im beg”

Guanlin menurunkan tangannya dan memegang dagu Jihoon. Anak muda itu mendongak pandang Guanlin.

“You heard him right?”

Jihoon mengangguk lemah. Don’t kill him. Walaupun Jihoon lemah dalam bahasa tersebut, namun ayat tersebut amat mudah difahami.

“Are you scared? Don’t worry. I won’t kill you. Im not a killer. Well, not anymore”

Jihoon menelan air liur. “Can…. You… help me?”

Guanlin menyengetkan kepala. “Help you? What is it?”

“I want to…call… a friend… call… phone.. now… help”

………………………………………

Sungwoon, Daniel dan Jisung berjalan rapat, laju melangkah masuk ke dalam bangunan hospital. Mereka sendiri tidak tahu arah tujuan mereka tapi matlamat mereka ialah mencari doktor yang dinyatakan oleh Taehyun. Dr Shin. Sungwoon sendiri tidak mengenali doktor tersebut mahupun melihat wajahnya. Berdasarkan perasaan dan naluri, Sungwoon hanya melangkah masuk, melilau sekeliling.

Ruang lobi hospital agak sibuk memandangkan waktu tersebut adalah waktu melawat. Ruang duduk di kawasan lobi dipenuhi orang dan kelihatan jururawat di bahagian kaunter sibuk melayan kerenah keluarga pesakit yang mengajukan pelbagai soalan.

“Hyung” Daniel memanggil sambil mereka berjalan ke sebuah papan organisasi doktor dan mata mereka melilau mencari doktor yang mempunyai nama keluarga Shin.

“Mungkin ini”

Jisung menuding tunjuk jarinya pada gambar seorang doktor lelaki yang memakai cermin mata bulat.

‘Doktor Shin Donghee’

Nama yang tertera di bawah gambar tersebut berserta jawatannya sebagai doktor genetik.

“Saya pembantu Dr Shin” seseorang menyapa mereka. Jururawat lelaki yang memegang sebuah fail keras. “Saya dimaklumkan oleh Dr Shin untuk bawa encik bertiga ke pejabatnya. Sila ikut saya”

Daniel dan Jisung saling berpandangan. Muncul keraguan namun diendahkan apabila melihat Sungwoon menurut langkah jururawat tersebut.

Jururawat itu membawa mereka bertiga ke bahagian direktori pengurusan hospital di tingkat 15.

“Sila masuk” jururawat itu sempat mengetuk pintu sebaik mereka berhenti di salah satu pintu antara lorong pejabat perubatan lalu membuka kuak pintu.

Daniel mengerling nama yang tertera di pintu yang sama dengan nama dilihat di kawasan lobi hospital tadi.

Seorang lelaki memakai gaun doktor separa lutut, berbadan berisi dan memakai cermin mata bulat kelihatan tersenyum apabila melihat tetamunya. Jururawat tadi sempat menutup pintu meninggalkan Sungwoon, Jisung, Daniel bersama doktor tersebut.

“Taehyun beritahu saya mengenai maklumat yang saya boleh dapatkan daripada doktor” Sungwoon bersuara tanpa banyak dalih.

“Saya tahu. Saya memang ada sesuatu untuk membantu encik Ha” Dr Shin menarik laci di bahagian kiri meja kerjanya sebelum mengeluarkan sebuah fail.

“Rekod mayat yang ditemui tujuh tahun lepas. Tiga bulan selepas Encik Ha dipenjarakan”

Fail yang dihulurkan oleh doktor itu disambut laju oleh Daniel. Anak muda itu tergesa-gesa membuka dan melihat kandungan dalam fail itu. Jisung merapati Daniel, juga ingin melihat apa yang terdapat dalam fail tersebut.

“Ini…”

Dr Shin mengangguk. “Laporan bedah mayat Lee Doohyun”

Jisung memandang Sungwoon dengan wajah yang keliru. “Mayat?” soalnya pana.

“Mayatnya ditemui?” soal Daniel pula, berasa terkejut dengan kenyataan doktor tersebut.

Dr Shin mengangguk. “Saya yang menjalankan bedah siasat terhadap mayat tujuh tahun lepas. Saya yang menyiasat mengenai punca kematian mangsa dan saya…..”

“Kenapa doktor tak laporkan kepada polis? Kenapa doktor tak serahkan laporan bedah siasat ni kepada polis?” Sungwoon bertanya lemah. Nadanya mula sebak. Dadanya terasa sesak mendengar pernyataan doktor tersebut. Terkejut dan sedih dalam masa yang sama. Nama itu akhirnya kembali kepada orang yang betul, namun dengan berita yang buruk. “Kenapa?”

“Saya hampir buat laporan polis, namun mereka jumpa saya. Saya tahu kalau saya dedahkan perkara sebenar, mesti ada perkara buruk berlaku. Saya terpaksa menipu dan beritahu pada lelaki itu yang mayat ditemui bukan mayat Lee Doohyun dan berikan laporan bedah siasat palsu. Dia percayainya dan saya simpan laporan yang betul selama tujuh tahun sehingga saya nampak berita encik Ha di media. Saya yakin Encik Ha tidak bersalah dan menjadi mangsa. Saya tahu saya lambat tapi saya harap laporan ini dapat membetulkan keadaan” jelas Dr Shin, memaparkan wajah yang bersalah.

Daniel mengundur langkah, memberikan Jisung memegang fail tersebut sebelum menarik nafas dalam. “Hyung, bukti ini kuat, cukup untuk bersihkan nama hyung. Kita mesti serahkan fail ini kepada polis”

“Kenapa doktor tak serahkan sendiri kepada polis?” Jisung bertanya langsung.

“Saya pernah terfikir nak serahkannya sebelum ni, tapi masa tu encik Ha masih dalam tahanan dan kes tu ditutup. Tiada sesiapa yang ambil peduli kes tu. Sekarang, ia dah berubah. Perhatian semua dah beralih ke kes tersebut selepas kejadian letupan keretapi tempoh hari dan saya rasa ia adalah masa yang sesuai. Saya tak nak fail ini jatuh ke tangan orang yang salah, jadi saya nak berikan sendiri kepada Encik Ha” tambah Dr Shin lagi.

Sungwoon turun mencangkung sambil meraup pekup mukanya sendiri. “Bagaimana keadaan dia masa ditemui?” soalnya dalam nada lemah. Daniel dan Jisung diam, tahu bahawa Sungwoon sedang menangis.

“Dia mati lemas. Ada banyak kesan lebam pada wajahnya” jawab DrShin jujur berdasarkan laporan bedah siasat yang masih diingati.

Jisung menunduk pandang Sungwoon yang masih cuba menyembunyikan tangisannya. Kenapa dia menangis? Kenapa Sungwoon berasa sedih? Bukankah dia patut rasa gembira kerana kini Sungwoon mempunyai bukti yang kuat untuk membersihkan namanya. Jisung menelan hadam soalan itu, menantikan masa yang sesuai untuk bertanya. Esakan Sungwoon yang perlahan masih dapat didengari.

“Dr Shin”

Pintu bilik dibuka kuak dari luar secara tiba-tiba.

“Mereka datang. Mereka cari Ha Sungwoon”

Sungwoon mendongakkan sambil mengelap wajahnya yang basah menggunakan lengan baju lalu bangkit berdiri. “Siapa?” soalnya.

…………………………………………….

Kunci kereta yang dilempar oleh Donghae disambut tepat oleh Minhyun.

“Blok C sayap kiri hospital Yangji” Donghae memberitahu sambil menyarung laju jaket kalis peluru sebelum meluru keluar mendapatkan kenderaannya. Minhyun, Seongwoo, Youngmin dan Sewoon sempat menjawab ‘roger’ sambil berbuat yang sama.

“Apa mereka buat di hospital?” soal Minhyun masuk ke dalam perut kereta bersama Seongwoo yang memandu. Donghae, Heechul, Youngmin dan Sewoon menaiki kereta lain.

“Tak tahu, tapi menurut kenyataan saksi, suspek Ha Sungwoon bersama dengan Yoon Jisung dengan seorang lagi lelaki. Mungkin Kang Daniel atau Park Jihooon”

Minhyun menarik dan memakai tali pinggang keselamatan sambil berfikir, kenapa hanya mereka bertiga, ke mana salah seorang lagi?

“Lagi satu nampaknya, Ha Sungwoon bukan sahaja target kita, tapi juga menjadi sasaran seseorang”

“Ada orang lain yang cuba nak tangkap suspek?”

Seongwoo mengangguk. “Menurut laporan, beberapa orang lelaki seperti samseng, kelihatan mencari suspek Ha Sungwoon di beberapa aras hospital”

“Siapa?” soal Minhyun.

Kali ini Seongwoo menggeleng. “Siapa pun mereka, target kita sama, jadi kita kena dapatkan suspek Ha Sungwoon sebelum mereka”

Minhyun mengeluarkan pistol glock19 daripada poket baju jaketnya dan memerika peluru dalam senjata tersebut.

“Aku rasa kes ini berkait rapat dengan kes tujuh tahun lepas. Mungkin lepas dibebaskan dari penjara, ada orang nak balas dendam terhadap suspek. Mungkin kes keretapi tu bukan dari suspek, tapi angkara orang lain yang cuba nak bunuh suspek”

“Tapi kenapa suspek melarikan diri? Kenapa tak minta tolong polis?”

Minhyun tak dapat menjawab soalan Seongwoo itu.

……………………………………

Pisau lipat yang dalam poket seluar ditepuk beberapa kali sambil kakinya melangkah berjalan di koridor.

“Mana kau pergi Sungwoon ah?” bisik Chanbin sambil matanya meliar memandang sekeliling, mencari lelaki yang dahulunya merupakan rakan sekelasnya.

Sungwoon, Jisung dan Daniel keluar dari bilik Dr.Shin sebaik mendapatkan fail bukti. Di koridor, Sungwoon dapat mengecam beberapa wajah yang kelihatan datang bukan untuk melawat pesakit di hospital. Seoarang lelaki berdiri di koridor dengan riak wajah mencari sesuatu singgah di benak pandangan Sungwoon. Dia kenal lelaki itu. Kim Chanbin.

“Jisung, nanti dulu” Sungwoon menahan Jisung yang cuba untuk melajukan langkah. “Doohyun dah hantar orangnya ke sini. Kita perlu berhati-hati”

“Kita ikut tangga kecemasan” Daniel memberikan cadangan. Sungwoon dan Jisung mengangguk setuju.

……………………………………………

Chanbin mengerling sekeliling dan dapat merasakan sesuatu yang aneh. Para pesakit kelihatan tergesa-gesa kembali ke bilik wad masing-masing.

“Chanbin hyung” salah seorang samseng upahan Chanbin mendekati lelaki itu. “Polis ada di kawasan ni” lapor samseng tersebut.

“Polis datang sini?” riak Chanbin terkejut. “Macam mana boleh polis datang sini? Mereka tahu Sungwoon ada di sini?”

Samseng itu menggeleng, tidak mempunyai jawapan untuk soalan Chanbin.

“Kita tak boleh lama sini. Pihak polis akan curiga dengan kita kalau tahu kita mencari orang yang sama dengan mereka. Berpecah”

Seketika kemudian, kedengaran bunyi siren semakin dekat. Chanbin mendekat diri dengan dinding koridor dan memandang kawasan lobi di bawah. Beberapa pegawai polis siap memakai jaket kalis peluru berpecah dan dua orang dari mereka menunggu berdekatan pintu utama. Jururawat yang bertugas juga sibuk mengiringi pesakit kembali ke wad masing-masing.

Chanbin mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket seluar dan mendail telefon seseorang.

“Yah, kau beritahu polis mengenai rancangan Sungwoon ke hospital Yangji?”

“Tak. Saya tak beritahu sesiapa lagi kecuali Tuan Lee Doohyun” kedengaran suara lelaki menjawab panggilan Chanbin.

“Sial, habis tu kenapa polis ada di hospital sekarang ni?” Chanbin melepaskan marah. Suaranya masih ditahan agar tidak terlalu tinggi, bimbang menarik perhatian orang lain.

“Saya…. Saya… tak tahu” lelaki di hujung talian tersebut kedengaran takut dengan Chanbin.

“Kau ni kan. Bila aku beritahu kau supaya kongsi maklumat yang kau ada, maknanya kau hanya boleh kongsi dengan aku je, tak boleh beritahu orang lain. Faham tak?!”

“Fa.. faham”

Chanbin menggigit bibir seraya mematikan talian. “Celaka”

 


well, hope korang dapat klu dalam bab ni. Hehe. nantikan beberapa hero muncul dalam bab seterusnya. Hero dalam diam, dan hero yang tak dihargai. nantikan~ 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Cameo star kali ni Im Youngmin dan Jung Sewoon! Hooray for Chamdeep moments. Anyway, harap pembaca boleh terima scene fight antara Guanlin dan Sungwoon, saya fikirkan part bahu tu sbb Guanlin lagi tinggi dri Sungwoon. Haha. oppps

Comments

You must be logged in to comment
vionilatte #1
Chapter 20: Chapter 20: Best bab ni. Satu cerita best sebenarnya, dah byk kali sy ulang baca...hehehe....Fighting, authornim!!! Harap authornim masih up cerita ni. Rindu sgt2 cerita ni...curious jugak apa yg jadi lepas ni....Yep, ....So, fighting!!!(lagi...hehe). I will wait for your update.^_^
TheYellowDandelion
#2
Chapter 19: Fighting for the next chap! ^^
vionilatte #3
Chapter 18: Hmm...rasanya tulisan macam sama je. Authornim salah tekan font yg lagi kecik kot. X pun rasa je macam kecik tapi sama je. Curious pulak pasal jihoon. Haaaa...lepastu, Daniel boleh pulak tidur siap berdengkur lagi,tapi yelah, sebab bukti dah ada senang hati tu. Harap2 oklah lepas ni. Tq sebab update. And good luck next update. Hehe..... fighting!!!
MJ_Black
#4
Chapter 15: Guanlin noooooo! ㅠㅠ
MJ_Black
#5
Chapter 14: Keep it up authornim ?
TheYellowDandelion
#6
Chapter 14: I love this! Thanks for the update
vionilatte #7
Chapter 13: aaaaaaa.....kenapa sedih sangat bab ni....jihoon,nasib baik mimpi, harap tak jadi betul2. Pastu Doohyun pulak..... hmmm lagilah tak sabar nak tunggu. Pandai authornim susun ayat, sampai rasa macam nak nangis je bila baca. 2 thumbs up!!! . Keep it up, i will wait for your update. Fighting!!
TheYellowDandelion
#8
Chapter 9: Saya mengaku ni kali pertama saya baca malay fanfic eventho I've been member here since 2014.. Tapi seriously jalan cerita awak ni sngt menarik and saya rasa tertarik.. Fighting for the next chapter!
vionilatte #9
Chapter 9: Ok....jihoon bawak kereta...tapi serious,cite ni memang best. Tak sabar nak baca sampai habis. Btw, authornim fighting!!!!
TheYellowDandelion
#10
Chapter 8: This is nice.. Really! I'm anticipating the next chapter ^_^