Chapter 2

Hello, Mr Ji-Chu !
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

"Makin cuba dilupakan, makin kuat dia datang. Perasaan ni terlalu kuat dan menyakitkan.”

 

2

 

“Mulai hari ni, Papa nak kamu mulakan hidup baru di sini semula. Kamu akan gantikan tempat papa untuk uruskan syarikat kita.” Tuan Hong berkata serius sambil matanya memandang Jisoo di hadapan dengan pandangan tajam.

Jisoo sekadar mengangguk. Langsung tak bersuara.

“Can I trust you, Hong Jisoo?” soal Tuan Hong cuba untuk memancing minat anaknya yang seakan sedang mengelamun jauh. Jisoo memanggung kepala lantas membalas pandangan si ayah.

“Sure. Saya akan buat yang terbaik.” balasnya yakin.

Seketika, suasana di ruang kerja Tuan Hong sunyi sepi. Baik Jisoo mahupun Tuan Hong sendiri hanya diam dan melayan perasaan. Tak lama kemudian, mama Jisoo menjengah masuk membawa minuman buat suami dan anaknya.

Puan Hong mengambil tempat di sebelah Jisoo sebelum mengusap lembut kepala anaknya.

“Jisoo-ya, mama harap kamu akan buat yang terbaik.” tangan anaknya digenggam kemas. Dia sangat-sangat berharap yang anaknya  sudah berubah dan sudah membuang masa lalunya yang gelap itu.

“Mama jangan risau. Jisoo akan cuba.” tutur Jisoo, separuh yakin. Matanya cuba untuk dilarikan dari bertembung dengan mata ibunya. Orang cakap, melalui mata seseorang dapat membaca isi hati kita. Apatah lagi si ibu. Orang yang melahirkan kita. Jisoo sebenarnya masih was-was dengan diri sendiri.

Tuan Hong memerhati Jisoo seketika sebelum bersuara.

“Papa harap kamu dah berubah Jisoo. Cerita bertahun yang lalu, kalau boleh kita lupakan. Walaupun masih ada banyak khabar angin buruk tentang kamu, papa harap ia akan berakhir tak lama lagi.” getus lelaki separuh usia itu. Sejujurnya dia masih risau dengan anaknya. Sesekali, telinga masih dapat menangkap kata-kata tak baik tentang anak lelakinya itu.

Masih ada mulut-mulut sumbang yang bersuara dan menyebarkan khabar angin tentang hubungan terlarang anaknya satu ketika dulu. Orang-orang di syarikat miliknya banyak yang tahu soal Jisoo yang dikatakan sebagai seorang gay. Kawan-kawan dan rakan kongsinya juga ada yang lancang menyoalnya tentang itu. Disebabkan malu, dia dan isteri menghantar Jisoo pergi belajar jauh ke California beberapa tahun yang lalu. Mereka tak mahu dia terus di sini dan menghadap segala cemuhan. Lagipun itu adalah cara terbaik untuk mereka pisahkan dia dengan kekasihnya.

Apabila khabar angin sudah agak reda dan berita itu sudah dilupakan, Jisoo dipanggil balik semula ke Korea. Anaknya itu juga sudah meningkat dewasa sekarang dan dah tiba masanya untuk dia mengemudi syarikat makanan terkemuka yang diwarisi secara turun temurun keluarga Hong itu. Lagipun, Tuan Hong rasa yang dia sudah patut berehat dan menyerahkan jawatannya kepada Jisoo. Umurnya juga sudah meningkat. Kini, dia ambil keputusan untuk meluangkan masa di rumah dengan anak dan isterinya. Itu yang lebih baik.

 

“Papa harap kamu kuat dan terus positif. Jangan hiraukan mulut orang yang mengata. Yang penting kamu tetap kena terus berusaha.”

“Baik Papa. Jisoo tak kisah dah tentang apa yang orang nak cakap. Mungkin itu hukuman atas kesalahan Jisoo yang dulu. Jisoo kena terima.” tutur Jisoo dengan nada yang tenang. Ibu Jisoo memeluk bahu anaknya tanda terharu dengan ucapan yang diluahkan.

“Jangan risau. Semua ni akan berakhir kalau kamu kahwin nanti.” Puan Hong bersuara membuatkan Jisoo mengerutkan dahi. Kahwin?

“Ya. Berita tentang kamu yang gay ni akan lesap dan berakhir bila semua orang tengok kamu kahwin, Jisoo. Kahwin dengan perempuan. Kamu faham kan?”

 

Jisoo terpempan. Dia langsung tak pernah terfikir untuk berkahwin. Terlintas dalam fikiran pun tak pernah.

 

“Betul tu, Jisoo. Kalau kamu kahwin nanti, semua orang akan anggap berita tentang kamu yang gay tu tak betul. Nama kamu akan bersih semula.” Puan Hong menambah. Dia begitu teruja bila berbincang soal ini. Hanya Jisoo yang terpinga-pinga.

“Tapi dengan sapa?”

 

Tuan dan Puan Hong saling berpandangan.

 

“Sebab tu kami nak sangat jumpa kekasih kamu. Mana dia, Jisoo? Kamu dah janji nak bawak dia balik kan?”

Ah sudah ! Kekasih tak wujud itu diungkit semula oleh orang tuanya. Macam mana Jisoo nak menjawab?

“Jisoo, jangan cakap kamu bohong. Papa tak suka.” suara Tuan Hong mula kedengaran tegang. Dia mula mengesyaki sesuatu dari anaknya itu. Riak gelisah Jisoo buat dia curiga.

“Tak papa. Dia ada.” bohong Jisoo serba salah.

“Betul ke? Bila difikirkan balik, papa dengan mama langsung tak pernah tengok gambar kamu berdua. Nama dia pun kamu tak pernah sebut. Are you sure that you are not lying, Hong Jisoo?” Tuan Hong masih belum berpuas hati.

“Yeah sure. Don’t worry Papa. Both of you will meet her soon.”

“Kenapa soon? Kenapa bukan sekarang?” Puan Hong pula yang memberi soalan cepu mas. Jisoo mati akal. Dia cuba mencipta pelbagai alasan supaya dia boleh melepaskan dirinya. Matilah kalau ibu dan ayahnya tahu yang dia cuma berbohong.

Dia sama sekali tak mahu orang tuanya tahu soal ini. Kenyataan yang dia masih belum boleh berubah menjadi seorang lelaki yang straight dan masih belum dapat melupakan kekasih lamanya itu harus disembunyikan dari mereka berdua.

“Sebab…”

“Sebab???”

Jisoo menghela nafas lemah. Belakang telinganya digaru-garu gelisah. Sesuatu muncul dalam mindanya.

“Dia tak dapat ikut Jisoo balik semalam. Ada hal lain yang dia perlu selesaikan dulu di California. Lagi dua tiga hari, baru dia akan fly ke sini.” tipu Jisoo.

“Habis?”

“Habis apa? Itu la sebab dia tak ada sekarang. Err…nanti dia datang.” balas Jisoo sambil matanya meliar memandang ruangan bilik kerja papanya.

“Mama tak puas hati. Bagi mama tengok gambar dia.”

“Mama please. Jisoo nak suprisekan mama dan papa. Sabar ok?” pujuk Jisoo. Tangan ibunya digenggam kemas untuk cuba diyakinkan.

Tuan Hong menghela nafas seketika.

“Fine. Kalau kamu nak suprisekan kami, at least, tell us her name. Supaya kami boleh percayakan kamu, Jisoo.” pinta si ayah membuatkan Jisoo semakin gelabah. Matanya meliar mencari idea. Ah sudah !

Sedang sibuk memerah otak, matanya terpandang pada jambangan bunga yang terletak di tengah meja kopi berhampiran. Kuntuman bunga merah dan ungu itu buat dia teringatkan sesuatu.

“Apa namanya, Jisoo? Bagitau la kami.” si ibu semakin panasaran.

“Makna bunga aster ni adalah keindahan atau kemurnian.”

Entah kenapa, suara itu terngiang-ngiang di kepalanya.

“Jisoo…” suara Tuan Hong buat pemuda itu tersentak. Dia perasan yang mata ibu bapanya sedang merenungnya sambil menunggu satu jawapan yang wajib dijawab. Air liur yang terasa berpasir, Jisoo telan dengan muka yang kelat.

 

“Aster. Namanya Aster.”

 

“You’re dead, Jisoo. Mana kau nak cari ‘Aster’ kau sekarang ni?” getus hati pemuda itu.

 

 

“Pfft !”

Youngjae yang sedang meneguk air mineral serta-merta tersedak.  Kata-kata majikannya itu buat dia betul-betul terkejut. Wajah Jisoo yang sugul  ditenung sebelum dia menggaru-garu dagu seakan sedang memikirkan sesuatu.

“Macam mana ni hyung?” soal Jisoo kepada pembantu peribadi yang hanya tua setahun darinya itu. Muka keliru Youngjae ditatap penuh harapan. Hanya pada Youngjae dia bergantung harap. Sepanjang berkhidmat sebagai pembantu peribadinya, Jisoo harus akui yang Youngjae dah banyak back up dan tolong dia.

Waktu dia ada di California, Youngjae jugak la yang dah tolong dia intip kekasihnya, Jeonghan. Youngjae la orang yang bertanggungjawab menyampaikan segala maklumat tentang Jeonghan kepada Jisoo sepanjang Jisoo berada di luar negara. Tapi itu dulu, sekarang Jisoo dah berhenti mengintip Jeonghan.  Youngjae sendiri pun dah tak tahu apa-apa tentang Jeonghan lagi.

 

“Apasal Tuan muda tipu Tuan dan Puan?” Youngjae mengerutkan dahinya. Pengakuan Jisoo tentang pembohongannya soal kekasih yang dia canang ada di California itu buat Youngjae terkejut. Tak sangka si Jisoo yang baik dan patuh ni sanggup menipu. Nampak sangat dah terdesak. Kalau orang tuanya tahu soal ni, mesti mereka berdua kecewa.

Bukan Youngjae tak tahu, Tuan dan Puan Hong gembira sangat bila dapat tahu yang Jisoo dah ada kekasih baru pengganti Jeonghan di California. Kekasih perempuan pulak tu. Berita tu buat mereka dapat tarik nafas lega dan percaya bahawa anak mereka bukan lagi seorang gay. Dia menjalankan hubungan normal dengan seorang perempuan. Tuan dan Puan Hong sangat-sangat gembira. Youngjae dapat tengok kegembiraan mereka setiap kali bercakap soal tu. Siap rancang nak kahwinkan Jisoo dan kekasihnya segera supaya berita tentang Jisoo yang gay akan lenyap.

 

“Saya terpaksa. Tak nak buat mereka kecewa dengan saya lagi.” jawab Jisoo sambil membuang pandang ke arah permukaan jalan. Segan dengan Youngjae kerana silapnya itu.

Youngjae menghela nafas perlahan.

“Tapi kalau Tuan muda buat macam ni, mereka akan lebih kecewa.”

“I know…”

Diam. Baik Youngjae mahupun Jisoo, masing-masing membisu.

 

“Macam mana? Saya bukan tak cuba. I tried hard, very hard to forget him tapi makin cuba dilupakan, makin kuat dia datang. Perasaan ni terlalu kuat dan menyakitkan.” luah Jisoo.

Youngjae meneguk air liur yang terasa kelat. Melihat reaksi Youngjae buat Jisoo tergelak kecil.

“Kenapa hyung? Hyung rasa geli dengan cerita gay saya ni?”

Youngjae tak menjawab sebaliknya dia sekadar menepuk bahu Jisoo perlahan. Jauh di sudut hatinya, dia berdoa agar Jisoo kembali ke pangkal jalan. Kembali menjadi normal. Sejujurnya, dia tak suka dengan hubungan terlarang Jisoo sejak dulu lagi. Dia sangat-sangat berharap yang Jisoo akan berubah.

 

“Buat sesuatu Tuan muda, supaya Tuan dan Puan Hong tak kecewa lagi. Tuan muda masih ingatkan yang Puan Hong pernah ugut nak bunuh diri sebab Tuan muda dulu? Don’t make it happen again. Okay?” nasihat Youngjae serius.

 

Jisoo mengangguk lemah. Seketika, dia memandang Youngjae dan menarik senyum tawar.

“Hyung, agaknya…saya boleh berubah ke?”

“Mestilah boleh ! Jisoo yang hyung kenal adalah seorang yang bersemangat besar. Dia akan berusaha sebaik mungkin untuk kebaikan semua orang. Betul tak?”

Jisoo tersenyum lagi. Kata-kata Youngjae sedikit sebanyak buat hatinya tersentuh. Mereka diam semula sambil mengelamun jauh. Mencari jalan untuk menyelesaikan masalah antara Jisoo dan kedua orang tuanya yang masih berharap.

 

“Hyung, muka hyung dah cukup jambu untuk jadi perempuan. Apa kata kalau hyung menyamar jadi kekasih saya?” entah dari mana, idea luar alam Jisoo tiba-tiba muncul sehingga membuatkan Youngjae sekali lagi tersedak. Kenapa la Jisoo suka cakap  benda yang di luar jangkaan waktu dia tengah  minum air? Membazir saja air mineral yang dibelinya. Dah hampir suku botol terbuang gara-gara Jisoo.

“Mengarut.” Youngjae menjauhkan sedikit jaraknya dengan Jisoo. Kata-kata Jisoo buat dia meremang. Kalau Jisoo seorang yang normal, ayat tu akan kedengaran lawak tapi masa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
The best part dalam menulis fanfics adalah bila kita dapat tanda tick dekat kotak 'mark as complete'. xD
Thanks kepada semua yang setia dengan HMJ. Saya sangat hargai anda semua^^

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
This is the best fanfic yg sy pernah baca.Dh la cpt update and ohsem.cuwit jgn citer lh bersemut skin.Btw,fighting author nim !!!! Chaiyok!!!!
Aida_Rusdi
#2
Chapter 15: Best sangat sangat sangat! Langsung x menyesal baca. Kan best klu dpt lelaki mcm Jisoo. Huhu, sedih masa part Jisoo menghilang. Paling best, happy ending dan masa Youngjae baling batu. Tapi kan Jae kawen dgn sape? //GFriend's Summer Rain keeps playing non-stop masa baca//
Shadow_warriorangel #3
Chapter 15: Alooooo dh kawen pulak xD xpe ar.. Not available blek ar xD akhirnye.. Xde ape lah sy nk tunggu lepas ni.. Sy hrp aauthornim dpt truskn semua ff yg trgendala xD bye authornim :3
Shadow_warriorangel #4
Chapter 14: Sy dlm hutan.. Dngn line satu bar sy dpt noti xD bahagia.. Part surat tu sumpah sweet authornim.. Mcm masa jisoo tnye jina psl surat utk taehyung xD btw.. Pesan kt youngjae.. Sy single and not available.. Tp blh available utk de.. ( • ̀ω•́ )✧ xD
lilylunalove
#5
Chapter 15: Huwaaaa cerita ni dah complete! T.T Saya happy tapi dalam masa yang sama saya sedih jugak! Saya akan rindukan Jisoo dan Jina! :') Ohhh tak lupa jugak Seokmin, bakal husband saya *perasannya saya lol* XP
Ahhhh cerita awak tak pernah kecewakan saya! Walaupun part klimaks cerita ni sedih gila gila sampai menangis tarik hingus saya dibuatnya, oh yeahh akhirnya happy ending pun >.<
Ohhhh siap dapat baby boy Jiwoo yang kacak lagi tu! XD
Saya harap anak Jisoo, Jiwoo dengan anak Jeonghan, Ahri berjodoh hehe ;p
Kalau rajin, awak buat la sequel eh? Pretty please ~ Lambat pun takpe saya sanggup tunggu selamanyaaaaa :D
aquariusxpisces
#6
Chapter 15: AwwwwwXD dah complete! Nasib baik Youngjae dengan Jina jumpa Jisoo! And dah ada anak punXD tapi kenapa Jeonghan layan dia macam hambar, hahaahaha.. Tak kisahlah, Jisoo sekarang dah ada Jina yeayyy
TKeyAlex
#7
Chapter 15: Awwww... everything from the precious chapter semua sweet! Suka smgt cara Jina pujuk Jisoo. Jeles lak sbb saya ni x pandai pujuk org. Lawak jugak Youngjae (honeymoon huh? promote cb dorng la tu hahahaha anyway lagu dorng best gila! saya suka! saya suka!)

Chapter last ni pun smuanya comel2.. Mcm kesinambungan cite Jeonghan lakk. Dua2 pasangan dh ada anak hwehwe geramnyaaaa pikir muka anak dorng. Mesti comel2 gila. I like how you ended it nicely. Takde satu benda yg sedih pun. Like Taehyung pun still jdi kawan and time dia nyanyi for their wedding is funny! Seok pulak jdi anak ksyangan keluarga Hong jugak. And everyone is happy..

Walaupun sedih fic ni dah habis, I've enjoyed every one of it. It's simple yet senang nak difaham. Ayat2 yang digunakan semua cantik and gramatis (weh dh lama x guna perktaan tu). Thanks for the letter too *heart sign* FIGHTING AUTHORNIM! May authornim berjaya dlm pembelajaran hwehwehwe. ♡♡♡♡♡
Seasony
#8
Chapter 15: Whoaaaaa!! I cry I laugh at the same time!!!!
The ending is soooo sweet!! I'm soo happy.
Its okay Taehyung, i ada kekee XD
Tahniah awakk! Actually, this is my first fanfic yg saya baca tanpa tunggu dia complete dulu. Hahaha. I always waiting for your update!
All the best!! I love you!!
NoonaYoung
#9
Annyoung, pembaca baru di sini ^^
Sy tertarik gan description & foreword, meskipun sy xbaca lg crte lain drpd authornim, tp thumbs up dulu diberikan ya!
Tq gak sbb tulis crte ni =)