Epilouge

Hello, Mr Ji-Chu !
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

 

 

EPILOUGE

 

 

TUJUH TAHUN KEMUDIAN

 

 

“Cinderella, sudikah kau berkahwin dengan ku?”

 

Jina mengalirkan air mata terharu. Lamaran pasangan yang dia lihat itu sungguh menyentuh jiwa raganya. Telapak tangan melekap ke dada tanda yang dia betul-betul menghayati adegan yang ditonton.

 

“Jiwoo-ya, fighting ! Ibu bangga dengan kamu.” ucap Jina tersedu-sedan.

 

“Yah, Lee Jina. Cuba bawak bertenang. Anak kita cuma berlakon teater sekolah, yang awak beremosi sangat ni kenapa?” Jisoo menyoal seraya menghulurkan tisu kepada isterinya yang menangis teresak-esak di sebelah.

“Anak kita sudah besar. Dia dah melamar seorang gadis. Mestilah saya terharu” getus Jina sambil mengesat air matanya menggunakan tisu. Tak cukup tisu, kemeja suaminya, Jisoo pula dijadikan mangsa.

Jisoo menggeleng dalam diam. Bahu isterinya ditepuk-tepuk perlahan untuk memujuk. Ibu bapa yang turut serta di dalam dewan itu memerhati ke arah mereka sambil tersenyum simpul. Jisoo sekadar membalas dengan sengih janggal yang nampak palsu.

Persembahan teater berakhir dan tirai pentas dilabuhkan. Tepukan gemuruh bergema di seluruh dewan. Para hadirin yang ada berdiri dan bertepuk tangan sebagai tanda penghargaan kepada kanak-kanak Tadika Sunny Star yang membuat persembahan teater comel dan menarik tadi.

Jina dan Jisoo berasa bangga melihat anak lelaki mereka yang baru berusia enam tahun itu berdiri megah di atas pentas dan melakonkan watak Prince Charming. Apatah lagi Jina, dah berminggu-minggu dia menemani dan membantu anak lelakinya itu berlatih sebagai persiapan untuk teater sekolah ini. Rasa bangganya sebagai seorang ibu meluap-luap bila Jiwoo buat persembahan yang baik di atas pentas tadi.

Jiwoo yang perasan kelibat orang tuanya di bawah pentas melambai suka ke arah mereka.  Jisoo membalas lambaian anaknya sambil tersenyum manis. Sama macam Jina, dia juga bangga. Bahu Jina dirangkul dan mereka saling bertukar pandang dan tersenyum. Sama-sama gembira tatkala melihat anak lelaki mereka membesar dengan baik sekarang ini.

 

 

“Mama ! Papa !” suara seorang kanak-kanak perempuan kedengaran setelah orang ramai mula bersurai untuk keluar dari dewan. Kelihatan seorang anak kecil yang masih lengkap bergaun merah jambu Cinderella berlari-lari ke arah ibu bapanya.

“Sini ! Anak papa ni cantiknya ! Bagus betul kamu tadi. Macam Cinderella yang sebenar.” si ayah memuji dan si ibu ketawa suka. Kepala anaknya diusap lembut sambil dia tersenyum lebar.

 

“Jeonghan.”

 

Jeonghan menoleh sebaik saja namanya dipanggil. Kelihatan Jisoo dan Jina berada di belakangnya bersama Jiwoo, anak lelaki mereka.  Jeonghan menarik senyum tatkala pasangan suami isteri itu menyapa pandangan matanya.

 

“Tak sangka betul yang anak kau dengan anak aku boleh berlakon sekali.” Jeonghan ketawa seraya memandang anak perempuannya, Ahri dan anak Jisoo, Jiwoo silih berganti.

“Siap jadi Cinderella dengan Prince Charming pulak tu.” Jisoo ikut ketawa. Masing-masing tak menyangka yang mereka berdua akan sampai ke tahap ini. Kini, mereka berdua sudah membawa haluan masing-masing dan sudah punyai keluarga sendiri. Kisah lalu antara mereka sudah lama dilupakan.

 

Aileen dan Jina juga sudah rancak bersembang sambil Jina mencuit-cuit pipi montel bayi yang didukung oleh Aileen. Bayi perempuan yang berusia dua bulan itu merupakan anak kedua Jeonghan dan Aileen, Jooyi.

“Esok jangan lupa datang rumah Youngjae hyung. Dia ada buat majlis hari jadi anak dia. Dia jemput kau sekali.” Jisoo baru teringat tentang itu. Dah berkali-kali Youngjae mengingatkan dia untuk menjemput Jeonghan sekeluarga sama.

Jeonghan mengangguk. Dia akan cuba cari masa untuk hadir sekiranya tak ada apa-apa halangan.

“Ok weh, gerak dulu. Lepas ni aku nak bawak Jooyi pergi klinik. Tak boleh lambat.” Jeonghan meminta diri.

“Ok. Aku dengan Jina pun kena gerak cepat. Nak pergi ambil Seokmin di airport pulak. Adik Jina tu dah mula bercuti hari ni.” cerita Jisoo kepada Jeonghan.

Seokmin, adik iparnya kini sedang melanjutkan pelajaran di Jepun. Sudah beberapa tahun di sana dan bakal menghabiskan tahun terakhirnya tak lama lagi. Hari ini, dia akan pulang untuk bercuti semester. Pasti Tuan dah Puan Hong akan bertambah suka.

Maklumlah, Seokmin tu mereka dah anggap macam anak sendiri. Lepas Jina dan Jisoo berkahwin, Seokmin diajak untuk tinggal bersama dengan mereka berdua. Katanya, untuk hilangkan rasa sunyi. Ini kerana, Seokmin tu kadang-kadang banyak mulut dan karenah. Kalau dia dengan Jiwoo berjumpa, memang boleh pecah rumah jadinya. Sebab tu lah, Tuan dan Puan Hong jatuh sayang dekat si Seokmin ni.

Jeonghan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
The best part dalam menulis fanfics adalah bila kita dapat tanda tick dekat kotak 'mark as complete'. xD
Thanks kepada semua yang setia dengan HMJ. Saya sangat hargai anda semua^^

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
This is the best fanfic yg sy pernah baca.Dh la cpt update and ohsem.cuwit jgn citer lh bersemut skin.Btw,fighting author nim !!!! Chaiyok!!!!
Aida_Rusdi
#2
Chapter 15: Best sangat sangat sangat! Langsung x menyesal baca. Kan best klu dpt lelaki mcm Jisoo. Huhu, sedih masa part Jisoo menghilang. Paling best, happy ending dan masa Youngjae baling batu. Tapi kan Jae kawen dgn sape? //GFriend's Summer Rain keeps playing non-stop masa baca//
Shadow_warriorangel #3
Chapter 15: Alooooo dh kawen pulak xD xpe ar.. Not available blek ar xD akhirnye.. Xde ape lah sy nk tunggu lepas ni.. Sy hrp aauthornim dpt truskn semua ff yg trgendala xD bye authornim :3
Shadow_warriorangel #4
Chapter 14: Sy dlm hutan.. Dngn line satu bar sy dpt noti xD bahagia.. Part surat tu sumpah sweet authornim.. Mcm masa jisoo tnye jina psl surat utk taehyung xD btw.. Pesan kt youngjae.. Sy single and not available.. Tp blh available utk de.. ( • ̀ω•́ )✧ xD
lilylunalove
#5
Chapter 15: Huwaaaa cerita ni dah complete! T.T Saya happy tapi dalam masa yang sama saya sedih jugak! Saya akan rindukan Jisoo dan Jina! :') Ohhh tak lupa jugak Seokmin, bakal husband saya *perasannya saya lol* XP
Ahhhh cerita awak tak pernah kecewakan saya! Walaupun part klimaks cerita ni sedih gila gila sampai menangis tarik hingus saya dibuatnya, oh yeahh akhirnya happy ending pun >.<
Ohhhh siap dapat baby boy Jiwoo yang kacak lagi tu! XD
Saya harap anak Jisoo, Jiwoo dengan anak Jeonghan, Ahri berjodoh hehe ;p
Kalau rajin, awak buat la sequel eh? Pretty please ~ Lambat pun takpe saya sanggup tunggu selamanyaaaaa :D
aquariusxpisces
#6
Chapter 15: AwwwwwXD dah complete! Nasib baik Youngjae dengan Jina jumpa Jisoo! And dah ada anak punXD tapi kenapa Jeonghan layan dia macam hambar, hahaahaha.. Tak kisahlah, Jisoo sekarang dah ada Jina yeayyy
TKeyAlex
#7
Chapter 15: Awwww... everything from the precious chapter semua sweet! Suka smgt cara Jina pujuk Jisoo. Jeles lak sbb saya ni x pandai pujuk org. Lawak jugak Youngjae (honeymoon huh? promote cb dorng la tu hahahaha anyway lagu dorng best gila! saya suka! saya suka!)

Chapter last ni pun smuanya comel2.. Mcm kesinambungan cite Jeonghan lakk. Dua2 pasangan dh ada anak hwehwe geramnyaaaa pikir muka anak dorng. Mesti comel2 gila. I like how you ended it nicely. Takde satu benda yg sedih pun. Like Taehyung pun still jdi kawan and time dia nyanyi for their wedding is funny! Seok pulak jdi anak ksyangan keluarga Hong jugak. And everyone is happy..

Walaupun sedih fic ni dah habis, I've enjoyed every one of it. It's simple yet senang nak difaham. Ayat2 yang digunakan semua cantik and gramatis (weh dh lama x guna perktaan tu). Thanks for the letter too *heart sign* FIGHTING AUTHORNIM! May authornim berjaya dlm pembelajaran hwehwehwe. ♡♡♡♡♡
Seasony
#8
Chapter 15: Whoaaaaa!! I cry I laugh at the same time!!!!
The ending is soooo sweet!! I'm soo happy.
Its okay Taehyung, i ada kekee XD
Tahniah awakk! Actually, this is my first fanfic yg saya baca tanpa tunggu dia complete dulu. Hahaha. I always waiting for your update!
All the best!! I love you!!
NoonaYoung
#9
Annyoung, pembaca baru di sini ^^
Sy tertarik gan description & foreword, meskipun sy xbaca lg crte lain drpd authornim, tp thumbs up dulu diberikan ya!
Tq gak sbb tulis crte ni =)