Chapter 11

Hello, Mr Ji-Chu !
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

"Mawar merah bermaksud, saya cinta awak.”

 

 

11

 

Ke hadapan Taehyung,

Aku tak tahu sama ada kau masih ingat dekat aku atau tak. Tapi bagi aku, kau sentiasa ada dalam ingatan. Tahniah sebab dah berjaya kejar cita-cita kau untuk jadi artis terkenal. Sekarang, aku boleh dengar semua orang sebut-sebut nama kau dan puji kau. Aku tumpang bangga.

Walaupun kau dah sibuk sekarang, aku harap kau tak lupa untuk jaga diri kau. Jangan selalu biarkan diri kau kehujanan sebab kau cepat demam kalau kena hujan, jangan lupa jaga makan minum kau sebab kau pernah ada gastrik dan yang paling penting, jaga kesihatan kau. Kau kena selalu sihat untuk buat semua peminat kau gembira termasuk aku.

Aku akan sentiasa sokong kau. Sebagai seorang peminat dan juga sebagai sahabat kau.

Ikhlas,

Lee Jina.

 

Surat yang sudah hampir lusuh itu dibaca untuk entah yang ke berapa kali. Entah kenapa, dia tak jemu untuk terus menatap isi surat yang ditulis oleh Jina itu. Memori beberapa tahun lalu menjengah di minda.

 

“Jina, kau rasa aku boleh capai cita-cita aku jadi artis tak?”

“Mestilah boleh. Kau kan berbakat.”

“Thanks. Aku janji dengan kau, aku akan buat kau bangga sebab jadi kawan aku.”

“Kau tak jadi artis pun dah buat aku bangga jadi kawan kau, Tae.”

“Ye ke?”

“Ye la. Cuma kau sorang je yang selalu ada dan tolong aku waktu aku susah. Terima kasih.”

“Kasih diterima.”

"Hihi"

“Jina, walaupun aku dah berjaya jadi artis nanti, aku takkan lupakan kau. Aku akan sentiasa ada di sisi kau dan tolong kau. Aku janji, aku takkan biarkan kau hidup susah lagi. Aku akan gembirakan kau.”

 

“Tch, aku tak guna ! Aku dah mungkiri janji aku. Maafkan aku, Jina.”

 

“Wei Tae, kau buat apa kat situ? Cepat la. Manager hyung dah tunggu.” lamunan jauh Taehyung mati serta-merta tatkala suara Rap Monster kedengaran. Dia bercekak pinggang tak jauh dari tempat duduk Taehyung dan merenung ahli kumpulannya itu dengan pandangan tajam. Puas dia cari merata, rupanya duduk berkurung di dalam bilik latihan.

“Oh, kejap !”

Surat dilipat ala kadar lantas dimasukkan ke dalam kocek sweater yang dipakai. Taehyung bergegas mendekati leader nya dan mengekori setiap langkah Rap Monster dari belakang. Tanpa sedar, dia mengeluh berat. Fikirannya masih lagi tak berhenti dari mengenang Jina.

 

 

 

“Jeonghan dah sedar.”

Jina memanggung kepalanya dan memandang wajah Jisoo yang teruja sambil tersenyum lebar.

“Betul ke? Baguslah.”

“Kan? Saya gembira sangat. Dia dengan isteri dia pun dah berbaik.” Jisoo bercerita senang hati. Melihat Jisoo yang ceria membuatkan Jina tumpang gembira. Dari tadi mereka berdua lawan sengih depan kaunter Emerald Floral itu.

 

Yuna dan Nana yang kebetulan berada tak jauh dari mereka sekadar memandang dan bergosip sesama sendiri.

 

“Siapa tu? Kacaknya.” Nana menyoal Yuna yang sedang memandang Jisoo dan Jina di kaunter.

“Jina cakap itu kawan dia. Tapi bila tengok diorang nampak mesra, rasanya lebih dari kawan. Wah, tak sangka Jina dah maju. Kekasih dia kacak pulak tu.” Yuna menjawab sambil mencuri pandang ke arah wajah kacak Jisoo.

“Betul tu. Kacak dan smart orangnya. Muka pun macam familiar. Macam orang-orang ternama.” komen Nana membuatkan Yuna mengangguk setuju.

“Tak sangka betul, dalam diam-diam Jina ni boleh tahan hebat.” keluh Yuna.

“Cemburunya.” serentak mereka berdua berkata sambil mata terus memerhati Jina dan Jisoo yang rancak berbual di kaunter. Kebetulan, kedai masih lengang memandangkan mereka baru saja buka selepas waktu rehat tadi.

 

Berbalik kepada Jina dan Jisoo,

 

“So, bunga apa yang sesuai untuk bawa ziarah orang sakit, Miss Florist?”

Jina diam seketika bagi memikirkan soalan yang ditujahkan oleh Jisoo tadi. Matanya meliar mencari kuntuman bunga yang sesuai. Kuntuman bunga berwarna-warni yang ada tak jauh darinya dicapai dengan senyum yang melebar.

“Bunga Peony.”

“Peony?”

Jina mengangguk.

Kuntuman bunga peony yang ada disusun satu persatu sambil dia rancak bercerita tentang bunga tersebut. Jisoo hanya mendengar dan memerhati tingkah Jina.

“Bunga ni sesuai untuk orang sakit sebab dia bagi mood ceria dekat seseorang. Tengok warna dia, nampak terang dan ceria kan?” soal Jina seraya menayangkan bunga-bunga peony di tangannya ke arah Jisoo.

Jisoo mengangguk mengiyakan kata-kata gadis itu. Bunga peony berwarna merah dan ungu itu nampak cantik baginya namun entah kenapa, dia lebih tertarik dengan orang yang memegang bunga tersebut. Sama cantik. Sama ceria. Haha !

“Bunga peony ni lambang penyembuhan tau tak? Jadi, kalau kita hadiahkan bunga ni untuk seseorang yang sakit, ia bermakna yang kita mengharapkan kesembuhan orang tu. Sesuai la kan untuk bawa menziarah nanti.”

Jisoo mengangguk lagi . Dalam diam, dia kagum dengan pengetahuan Jina yang banyak tentang bunga. Mungkin sebab dia dah lama bekerja di kedai bunga, dia jadi arif bab-bab bunga ni kan?

 

“Boleh tak bunga peony ni Encik Jisoo?”

“Boleh. Awak siapkan la ye. Petang ni sebelum melawat Jeonghan, saya ambil.”

 

Jina mengangguk.

 

“Err…Jina, awak cakap yang peony ni lambang penyembuhan kan? Kalau bunga lambang cinta pulak, bunga apa?” Jisoo menyoal teragak-agak.

Jina terkedu mendengar kata-kata Jisoo itu.

“Kenapa? Encik nak bagi pada siapa?” nada suara Jina kedengaran agak cemburu namun Jisoo masih dengan muka bersungguh menagih jawapan. Jina tanpa sedar menarik muncung sedepa namun segera dia kawal riak wajahnya.

“Saya nak tau bunga yang sesuai untuk confess perasaan cinta kita dekat seseorang.” soalan Jina tak dijawab.

Hati Jina makin berapi. Entah pada siapa Jisoo nak bagi bunga tu. Siap nak confess lagi ! Namun, untuk tak menampakkan dia yang sedang cemburu, Jina berpura-pura biasa dan menjawab soalan Jisoo acuh tak acuh.

“Bunga mawar merah. Bunga ni melambangkan cinta. Mawar merah bermaksud, saya cinta awak. Itu apa yang saya tahu la.”

Jisoo mengangguk-angguk mendengar penerangan Jina. Dia seakan cuba mengingat sesuatu sebelum akhirnya tersengih. Jina masih dengan muka pura-pura- tak ada apa yang menyakitkan- itu.

 

“Ok la. Saya saja tanya.”

“Tanya saja buat apa. Beli je la. Tadi beria-ia sangat.” omel Jina.

“Biar la saya. Nanti kalau saya nak beli, saya beli la. Bukan sejambak je. Seratus jambak pun saya  boleh beli.” balas Jisoo sambil tayang muka riak. Siap flip rambut lagi.

“Dia mula dah perangai riak dia tu.” sungut Jina seraya dibalas sengih tak bersalah dari Jisoo. Tak habis-habis senyum. Nasib baik senyum comel. Cair sikit hati Jina yang membara tadi.

“Ok la. Saya dah lambat. Lepas ni ada meeting. Petang ni, saya ambil bunga peony tu tau? Gubah cantik-cantik.”

“Baiklah.”

“Lagi satu, saya bukan nak ambil bunga je, tukang gubah bunga pun saya nak ambil sekali. Awak free kan petang ni? Jom, ikut saya jenguk Jeonghan dekat hospital. Dia cakap dia nak sangat tengok ‘kekasih’ saya.”

Jina berfikir sejenak untuk mempertimbangkan ajakan Jisoo itu. Jisoo menunggu dengan muka yang teruja. Oh, tolonglah setuju ! Dia sebenarnya ada plan lain nak dibuat dengan Jina.

“Ok la.” Jina mengangguk membuatkan Jisoo tersenyum lebar.

“Good girl. Lepas ke hospital…err… kita tengok wayang nak? Saya ada tiket lebih ni. Sayang pulak kalau tak digunakan. Nak ajak Youngjae hyung, dia cakap dia ada date dengan kekasih dia pulak.” nama Youngjae, si pembantu peribadi dipetik.

Tiket lebih konon. Padahal, dia beratur hampir setengah jam semata-mata nak beli tiket wayang tu untuk dia dan Jina. Memang dah dirancang awal tapi mulut tu berat sangat nak mengaku.

Jina pandang Jisoo seakan tak percaya. Matanya terkebil-kebil.

“Nak tak tengok wayang dengan saya? Kalau tak nak, saya tengok sorang. Saya ok je tengok sorang-sorang. Dah biasa dah.” ayat pasrah dikeluarkan untuk memancing Jina yang masih blur.

“O…Okay.” Jina mengangguk perlahan. Makin lebar senyum Jisoo dibuatnya.

“Jangan lupa tau.” sempat dia berpesan sebelum menapak keluar dari Emerald Floral. Jina mengangkat ibu jarinya tanda membalas pesanan Jisoo. Lelaki yang sudah keluar dan berjalan menuju ke keretanya itu dipandang dari jauh. Tanpa sedar, satu senyum manis terukir di wajah.

“Alahai, Mr. Ji-Chu.”

 

 

“Hai Encik Jeonghan. Saya Aster.”

Jina masih dengan penyamarannya sebagai Aster. Jambangan bunga peony yang digubah dihulurkan kepada Jeonghan yang duduk bersila di atas katil. Isterinya yang sedang sibuk mengemas pakaian dan barang-barangnya memerhati sambil tersenyum manis.

“Bunga tu dari aku dan Aster. Cantik kan?” Jisoo menyoal sambil menjeling ke arah Jina dan bunga peony di tangan Jeonghan silih berganti.

Jeonghan tersenyum seraya mengangguk laju.

“Hai Cik Aster. Tak sangka saya boleh jumpa dengan awak.” Jeonghan menyapa Jina yang berdiri bersebelahan dengan Jisoo. Hatinya terharu melihat Jisoo bersama dengan seseorang yang istimewa. Lega bila dia dapat tahu yang Jisoo juga sudah tak seperti dulu.

“Korang berbual la dulu. Saya nak turun beli minuman.” Aileen menyampuk sebelum bangkit dari kerusi dan mencapai beg tangannya.

“Saya nak ikut. Biar saya tolong.” Jina menawarkan diri untuk mengikut Aileen. Isteri Jeonghan itu mengangguk dan menggamit Jina agar mendekatinya. Sempat Jina memberikan isyarat mata kepada Jisoo. Sengaja dia buat begitu untuk memberikan ruang kepada Jisoo dan Jeonghan berbual. Dia yakin, mereka berdua pasti ada sesuatu yang nak dibicarakan.

 

Kini, hanya tinggal Jeonghan dan Jisoo berdua di wad. Mereka saling berpandangan dan tertawa.

“Comel la girlfriend kau. Betul cakap Aileen, korang berdua nampak kontra. Kau nampak cool dan dia pulak jenis yang lincah.”

“Well, sebab tu kami saling tertarik kot. Macam magnet.” balas Jisoo diselangi dengan tawa nya. Jeonghan ikut ketawa sambil menggeleng kepala. Magnet la sangat. Sejak bila Hong Jisoo pandai bermadah ni?

“Anyway, Jisoo. Aku ucapkan terima kasih banyak. Untuk semuanya…kalau bukan sebab kau, aku rasa aku mungkin tak dapat diselamatkan. Kalau bukan sebab kau, Aileen pun takkan terima aku semula. For everything, terima kasih yang tak terhingga.” ucap Jeonghan ikhlas tulus dari hatinya.

“Eh, kau ni. Dah banyak kali kau ucap terima kasih. Sudah la. Aku ok. Asalkan semuanya dah selesai.” balas Jisoo tenang.

Jeonghan menghela nafas perlahan seraya mengangguk.

“Thanks, kawan. Jasa kau memang takkan terbalas. Lepas ni, kalau kau ada apa-apa masalah, aku akan ada untuk kau.” tutur Jeonghan.

“You’re welcome, kawan.” Jisoo menjawab.

 

 

“Dah lama ke awak dengan Tuan Jisoo bercinta?”

Jina menoleh saat Aileen mengutarakan soalan itu.

“Lama. Masa belajar di California sampai sekarang.” tipu Jina. Jawapan yang memang sudah ditetapkan oleh Jisoo sekiranya dia ditujahkan dengan soalan seperti itu. Jina ta

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
The best part dalam menulis fanfics adalah bila kita dapat tanda tick dekat kotak 'mark as complete'. xD
Thanks kepada semua yang setia dengan HMJ. Saya sangat hargai anda semua^^

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
This is the best fanfic yg sy pernah baca.Dh la cpt update and ohsem.cuwit jgn citer lh bersemut skin.Btw,fighting author nim !!!! Chaiyok!!!!
Aida_Rusdi
#2
Chapter 15: Best sangat sangat sangat! Langsung x menyesal baca. Kan best klu dpt lelaki mcm Jisoo. Huhu, sedih masa part Jisoo menghilang. Paling best, happy ending dan masa Youngjae baling batu. Tapi kan Jae kawen dgn sape? //GFriend's Summer Rain keeps playing non-stop masa baca//
Shadow_warriorangel #3
Chapter 15: Alooooo dh kawen pulak xD xpe ar.. Not available blek ar xD akhirnye.. Xde ape lah sy nk tunggu lepas ni.. Sy hrp aauthornim dpt truskn semua ff yg trgendala xD bye authornim :3
Shadow_warriorangel #4
Chapter 14: Sy dlm hutan.. Dngn line satu bar sy dpt noti xD bahagia.. Part surat tu sumpah sweet authornim.. Mcm masa jisoo tnye jina psl surat utk taehyung xD btw.. Pesan kt youngjae.. Sy single and not available.. Tp blh available utk de.. ( • ̀ω•́ )✧ xD
lilylunalove
#5
Chapter 15: Huwaaaa cerita ni dah complete! T.T Saya happy tapi dalam masa yang sama saya sedih jugak! Saya akan rindukan Jisoo dan Jina! :') Ohhh tak lupa jugak Seokmin, bakal husband saya *perasannya saya lol* XP
Ahhhh cerita awak tak pernah kecewakan saya! Walaupun part klimaks cerita ni sedih gila gila sampai menangis tarik hingus saya dibuatnya, oh yeahh akhirnya happy ending pun >.<
Ohhhh siap dapat baby boy Jiwoo yang kacak lagi tu! XD
Saya harap anak Jisoo, Jiwoo dengan anak Jeonghan, Ahri berjodoh hehe ;p
Kalau rajin, awak buat la sequel eh? Pretty please ~ Lambat pun takpe saya sanggup tunggu selamanyaaaaa :D
aquariusxpisces
#6
Chapter 15: AwwwwwXD dah complete! Nasib baik Youngjae dengan Jina jumpa Jisoo! And dah ada anak punXD tapi kenapa Jeonghan layan dia macam hambar, hahaahaha.. Tak kisahlah, Jisoo sekarang dah ada Jina yeayyy
TKeyAlex
#7
Chapter 15: Awwww... everything from the precious chapter semua sweet! Suka smgt cara Jina pujuk Jisoo. Jeles lak sbb saya ni x pandai pujuk org. Lawak jugak Youngjae (honeymoon huh? promote cb dorng la tu hahahaha anyway lagu dorng best gila! saya suka! saya suka!)

Chapter last ni pun smuanya comel2.. Mcm kesinambungan cite Jeonghan lakk. Dua2 pasangan dh ada anak hwehwe geramnyaaaa pikir muka anak dorng. Mesti comel2 gila. I like how you ended it nicely. Takde satu benda yg sedih pun. Like Taehyung pun still jdi kawan and time dia nyanyi for their wedding is funny! Seok pulak jdi anak ksyangan keluarga Hong jugak. And everyone is happy..

Walaupun sedih fic ni dah habis, I've enjoyed every one of it. It's simple yet senang nak difaham. Ayat2 yang digunakan semua cantik and gramatis (weh dh lama x guna perktaan tu). Thanks for the letter too *heart sign* FIGHTING AUTHORNIM! May authornim berjaya dlm pembelajaran hwehwehwe. ♡♡♡♡♡
Seasony
#8
Chapter 15: Whoaaaaa!! I cry I laugh at the same time!!!!
The ending is soooo sweet!! I'm soo happy.
Its okay Taehyung, i ada kekee XD
Tahniah awakk! Actually, this is my first fanfic yg saya baca tanpa tunggu dia complete dulu. Hahaha. I always waiting for your update!
All the best!! I love you!!
NoonaYoung
#9
Annyoung, pembaca baru di sini ^^
Sy tertarik gan description & foreword, meskipun sy xbaca lg crte lain drpd authornim, tp thumbs up dulu diberikan ya!
Tq gak sbb tulis crte ni =)