Chapter 10

Hello, Mr Ji-Chu !
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Kalau lah saya boleh jadi orang yang membahagiakan Encik…”

 

10

 

Di antara Jisoo dan Aileen, masing-masing senyap tak bersuara meskipun jarak mereka hanya selang beberapa kerusi. Dalam hati masing-masing merangka ayat untuk memulakan perbualan namun entah kenapa, lidah menjadi kelu. Mungkin kerana mereka berdua masih terkejut dengan apa yang telah terjadi.

Beberapa saat berlalu begitu saja sehinggalah Aileen terlebih dulu membuka mulut.

“Terima kasih.”

Jisoo yang mendengar perlahan-lahan menoleh memandang ke arah isteri Jeonghan itu. Muka yang merah dan matanya yang sembap dipandang seketika tanpa beriak.

“Terima kasih sebab sudi dermakan darah untuk Jeonghan.” tambah Aileen lagi. Kemunculan Jisoo sewaktu mereka sekeluarga sedang kalut memikirkan jalan penyelesaian untuk menyelamatkan Jeonghan itu umpama satu anugerah. Lelaki itu adalah penyelamat. Jisoo penyelamat Jeonghan dan Aileen tak boleh nak menafikan kenyataan itu.  Walaupun dia agak ralat kerana dia sendiri tak dapat membantu namun, jasa baik Jisoo sangatlah dihargai.

“Tak apa. Saya memang nak Jeonghan selamat. Saya pun sayangkan dia.”

Kata-kata Jisoo buat Aileen terkedu. Seketika, dia terkenang semula perbualan Jisoo dan Jeonghan yang dia curi dengar seminggu yang lalu. Kerana itulah, perkahwinan mereka mula goyah.

Jisoo dapat menangkap reaksi Aileen yang seakan terkejut bila dia menuturkan ayat itu. Adakah Aileen masih ragu-ragu dengan hubungan mereka berdua?

“Saya sebenarnya tak boleh terima kenyataan yang Tuan Jisoo pernah bercinta dengan suami saya tapi…”

Jisoo diam dan memberikan peluang untuk wanita itu bersuara. Biarlah Aileen meluahkan segala-galanya. Dia ada hak untuk bersuara memandangkan Jeonghan adalah suaminya.

“Tapi saya akan cuba untuk terima kenyataan tu. Cinta tu subjektif kan? Apa hak saya nak halang perasaan orang? Saya cuma nak Jeonghan selamat dan sembuh semula. Itu saja. Saya tak kisah pun kalau kami terpaksa berpisah sebab semua ni. Saya akan terima. Satu saja saya minta, saya nak Jeonghan selamat dan teruskan hidup dia. Tak kisahlah dengan siapa pun…sama ada dengan Tuan ataupun dengan saya ataupun sesiapa saja yang boleh buat dia bahagia.” panjang lebar Aileen berkata. Sesekali, esakannya kedengaran.

Jisoo hanya diam dan memandang Aileen dengan pandangan yang sayu. Dia masih diam untuk memberikan peluang kepada Aileen bercakap.

“Misalnya dia sedar dan dia pilih untuk teruskan cinta dia dengan Tuan, saya ok. Saya terima semuanya sebab Tuan lebih layak dari saya. Tuan boleh bahagia kan dia lebih dari saya. Saya bukan isteri yang baik untuk dia.” sambung gadis itu lagi. Air matanya diseka dengan belakang telapak tangan. Segan bila Jisoo lihat tangisannya.

Jisoo tergamam. Senekad itu Aileen? Nampaknya memang dia dah salah faham.

“Kim Aileen, awak dah lupa sesuatu?” Jisoo bersuara setelah lama berdiam diri.

“Lupa apa?” isteri Jeonghan itu menyoal dengan riak muka yang hairan.

“Lupa yang Jeonghan tu lelaki? Saya pun lelaki. Macam mana kami nak bercinta?” Jisoo berkata sambil tersenyum segaris. Suasana menjadi agak janggal di antara mereka berdua.

“Tapi kan…korang berdua…” Aileen memandang Jisoo dengan muka yang bingung. Kata-kata majikannya itu buat dia keliru.

“Memang kami gay. Tapi itu dulu. Sebelum Jeonghan jumpa cinta sejati dia.” Jisoo membalas.

Aileen terdiam mendengar kata-kata Jisoo itu. Jisoo menghela nafas perlahan sebelum menyambung semula.

 “Jeonghan tu, kalau dia dah sayangkan seseorang, dia akan sayang dengan bersungguh-sungguh. Dia takkan buat orang yang dia sayang tu sedih atau terluka. Dia juga takkan pernah tinggalkan orang yang dia sayang walau apa pun yang terjadi.”

“Maksud Tuan Jisoo?”

Jisoo menghadiahkan senyuman  kepada Aileen sebelum membuka cerita.

“Beberapa tahun yang lalu, saya dipertemukan dengan Jeonghan sewaktu kami belajar di universiti yang sama. Kami mula rapat sejak kami menjadi roommate di situ. Ke mana saja Jeonghan pergi, saya akan ikut. Kami tak boleh berpisah. Saya rasakan cuma Jeonghan yang faham dan betul-betul ikhlas berkawan dengan saya jadi, kami bersahabat baik.”

Aileen memandang Joshua tanda berminat dengan cerita lelaki itu.

“Sampai lah suatu ketika, kami berdua rasakan perasaan yang lain mula wujud antara kami. Kami sayang antara satu sama lain. Kami berdua tak mahu berpisah dan perasaan tu kami salah tafsirkan sebagai cinta. Sejak dari hari tu, kami mula bercinta. Walaupun tahu keburukannya tapi kami tetap degil. Heh, menggelikan tak?” Jisoo berjeda seketika. Aileen direnungnya sambil menarik senyum nipis.

“Suatu hari, ibu bapa kami dapat tahu hal ni. Suasana jadi kecoh. Mama Jeonghan sampai jatuh sakit sebab benda ni dan ibu bapa saya pula mengamuk. Kononnya, malu bila dapat tahu yang anak-anak mereka gay. Ok, mak ayah siapa yang tak malu kalau tahu anak dia songsang kan? Jadi, ibu bapa saya pun merancang banyak benda untuk pisahkan kami. Tuhan saja yang tahu betapa susahnya hubungan cinta terlarang kami dulu. Well, dah nama pun cinta terlarang kan?”

“Jadi? Apa yang berlaku seterusnya?” Aileen semakin berminat.

“Sebab tak nak Jeonghan semakin menderita, saya tinggalkan dia. Saya tinggalkan dia dan pergi ke Amerika untuk sambung belajar ke sana. Itu pun lepas dah puas kena paksa dengan ibu bapa saya. Ibu saya siap ugut nak bunuh diri kalau saya ingkar. Dia betul-betul bersungguh nak pisahkan kami berdua. Sebab tu lah, saya terpaksa pergi. Saya tinggalkan dia tanpa ucap selamat tinggal. Saya tahu, saya buat dia sedih.”

Jisoo mengeluh lagi. Telefon bimbitnya dipandang seketika sebelum kembali bercerita. Beberapa mesej yang dia kirim buat Jina sudah dibalas oleh gadis itu. Katanya, dia sudah hampir sampai di hospital. Segala-galanya sudah diterangkan kepada gadis itu dan rancangan akan dimulakan sebaik saja Jina tiba nanti.

Wajah Aileen yang masih merenungnya dipandang sekilas sebelum telefon bimbit disimpan semula. Dia tahu Aileen masih ingin tahu kisah selanjutnya. Lalu, Jisoo menyambung bicaranya.

“Di Amerika, saya masih cuba untuk berhubung dengan Jeonghan. Dalam diam, saya minta pembantu peribadi saya intip dia. Dia yang banyak laporkan kepada saya tentang Jeonghan. Saya dapat tahu yang Jeonghan alami kemurungan lepas pemergian saya dan ibu dia hantar dia ke doktor psikiatri  untuk sesi kaunseling. Saya tahu, Jeonghan mesti rasa terbeban dengan semua tu. Saya rasa serba salah dan ambil keputusan untuk terus putuskan hubungan dengan dia. Saya dah tak nak susahkan dia lagi. Sebab cinta terlarang ni, kami masing-masing terseksa.”

Kali ini, Aileen pula yang mengeluh. Terlalu banyak masa lalu Jeonghan yang dia masih tak tahu rupanya.

 

“Sampailah beberapa minggu yang lepas, kami jumpa balik dan saya dapat tahu yang Jeonghan dah beristeri. Jeonghan pun datang jumpa saya lepas pertemuan mengejut kami dan dia cakap nak selesaikan segala-galanya dengan saya.” Jisoo bercerita lagi dan Aileen setia mendengar.

“Dia dah ceritakan segala-galanya pada saya. Tentang keadaan dia lepas saya pergi ke Amerika, tentang permintaan mama dia yang nak kahwinkan dia dan juga tentang awak. Bagi Jeonghan, awak adalah keajaiban. Keajaiban dari Tuhan.” Jisoo memandang Aileen serius.

“K..Kenapa pulak?” Aileen mengerutkan dahinya.

“Kehadiran awak bagi sinar untuk dia berubah. Kerana awak, dia berjaya buang semua ingatan dia tentang saya. Kerana awak juga, dia mula tinggalkan kisah lalu dia yang buruk tu dan kerana awak juga dia gembira dan temukan kebahagiaan dia balik.” Jisoo mengulang semula kata-kata Jeonghan saat dia bercerita tentang Aileen tempoh hari. Hatinya terharu. Sungguh besar cinta lelaki itu kepada Aileen. Aileen sangat bertuah.

Dan satu hari nanti, Jisoo juga berharap yang dia juga boleh mencintai seseorang seperti mana Jeonghan mencintai Aileen. Dia juga inginkan seseorang yang boleh membawa dia keluar dari masa silam nya ini.

 

“Jeonghan cakap macam tu kat Tuan?” Aileen terkedu. Rasa sebak mula menghurung jiwanya. Dadanya terasa sebu. Wajah Jisoo dipandang seakan tak percaya.

Jisoo mengangguk seraya tersenyum.

“Dia cintakan awak, Aileen. Bukan saya. Tolonglah bagi Jeonghan peluang kedua.” pinta Jisoo.

Aileen terdiam. Air mata mula bergenang lagi dan akhirnya ia mengalir deras. Tangisan itu sudah tak dapat disembunyikan dari Jisoo lagi. Dia menyesal dengan perbuatannya kepada Jeonghan. Kerana dia yang keras kepala, Jeonghan menjadi mangsa.

 

“Aileen, saya harap awak faham. Niat saya cuma satu, saya nak betulkan balik salah faham awak tentang saya dan Jeonghan. Kami dah tak ada apa-apa. Kisah kami dah lama berlalu dan kami dah tak nak kenang lagi. Jeonghan pun dah ada awak dan dia dah berubah.”

Aileen mengangguk perlahan. Air matanya diseka. Kalaulah dia boleh undurkan waktu, dia nak sangat peluk Jeonghan erat-erat dan lelaki itu takkan dilepaskan. Salah dia ! Dia isteri yang tak guna. Sanggup dia tinggalkan Jeonghan kerana dapat tahu masa lalu Jeonghan yang menjengkelkan. Sepatutnya, dia sebagai isteri bantu Jeonghan. Bukannya mengeji. Hanya Tuhan yang tahu betapa menyesalnya Aileen sekarang ini.

 

“Saya minta maaf, Tuan Jisoo.”

 

“Tak apa. Saya faham. Awak tak salah dengan saya. Cukup sekadar awak tahu benda yang sebenar. Saya cuma nak awak tahu yang saya dengan Jeonghan dah tak ada apa-apa dan itu cuma masa lalu kami.” ujar Jisoo lagi.

Telefon bimbitnya berdering pendek dan segera dia menjenguk skrin telefon itu.

 

Encik Jisoo, saya dah sampai !

 

“Tepat pada masanya, Standee Girl.” bisik hati Jisoo seraya perlahan-lahan menarik senyum lebar. Susuk tubuh Jina samar-samar menyapa pandangan matanya dan semakin lama ia semakin jelas. Entah kenapa, hati Jisoo berbunga melihat kelibat gadis itu.

“Lagipun, saya dah jumpa pengganti Jeonghan. Saya dah jumpa cinta sejati saya. Sama macam Jeonghan dah jumpa awak.”

Jisoo tersenyum lebar sambil memerhatikan seseorang yang bergegas masuk ke dalam ruang hospital sambil memandang ke arah sekeliling. Walaupun kata-katanya cuma satu pembohongan namun jauh di sudut hati Jisoo, dia senang mengucapkannya.

Jina menolak daun pintu dalam keadaan termengah-mengah. Matanya mencari kelibat Jisoo dan Jisoo merenungnya lama.  Cinta sejati? Dia kah?

Mata Jisoo dan Jina saling bertentangan dan Jina menarik nafas lega. Jisoo melambai ke arah gadis itu dan tanpa berlengah, Jina menapak me

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
The best part dalam menulis fanfics adalah bila kita dapat tanda tick dekat kotak 'mark as complete'. xD
Thanks kepada semua yang setia dengan HMJ. Saya sangat hargai anda semua^^

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
This is the best fanfic yg sy pernah baca.Dh la cpt update and ohsem.cuwit jgn citer lh bersemut skin.Btw,fighting author nim !!!! Chaiyok!!!!
Aida_Rusdi
#2
Chapter 15: Best sangat sangat sangat! Langsung x menyesal baca. Kan best klu dpt lelaki mcm Jisoo. Huhu, sedih masa part Jisoo menghilang. Paling best, happy ending dan masa Youngjae baling batu. Tapi kan Jae kawen dgn sape? //GFriend's Summer Rain keeps playing non-stop masa baca//
Shadow_warriorangel #3
Chapter 15: Alooooo dh kawen pulak xD xpe ar.. Not available blek ar xD akhirnye.. Xde ape lah sy nk tunggu lepas ni.. Sy hrp aauthornim dpt truskn semua ff yg trgendala xD bye authornim :3
Shadow_warriorangel #4
Chapter 14: Sy dlm hutan.. Dngn line satu bar sy dpt noti xD bahagia.. Part surat tu sumpah sweet authornim.. Mcm masa jisoo tnye jina psl surat utk taehyung xD btw.. Pesan kt youngjae.. Sy single and not available.. Tp blh available utk de.. ( • ̀ω•́ )✧ xD
lilylunalove
#5
Chapter 15: Huwaaaa cerita ni dah complete! T.T Saya happy tapi dalam masa yang sama saya sedih jugak! Saya akan rindukan Jisoo dan Jina! :') Ohhh tak lupa jugak Seokmin, bakal husband saya *perasannya saya lol* XP
Ahhhh cerita awak tak pernah kecewakan saya! Walaupun part klimaks cerita ni sedih gila gila sampai menangis tarik hingus saya dibuatnya, oh yeahh akhirnya happy ending pun >.<
Ohhhh siap dapat baby boy Jiwoo yang kacak lagi tu! XD
Saya harap anak Jisoo, Jiwoo dengan anak Jeonghan, Ahri berjodoh hehe ;p
Kalau rajin, awak buat la sequel eh? Pretty please ~ Lambat pun takpe saya sanggup tunggu selamanyaaaaa :D
aquariusxpisces
#6
Chapter 15: AwwwwwXD dah complete! Nasib baik Youngjae dengan Jina jumpa Jisoo! And dah ada anak punXD tapi kenapa Jeonghan layan dia macam hambar, hahaahaha.. Tak kisahlah, Jisoo sekarang dah ada Jina yeayyy
TKeyAlex
#7
Chapter 15: Awwww... everything from the precious chapter semua sweet! Suka smgt cara Jina pujuk Jisoo. Jeles lak sbb saya ni x pandai pujuk org. Lawak jugak Youngjae (honeymoon huh? promote cb dorng la tu hahahaha anyway lagu dorng best gila! saya suka! saya suka!)

Chapter last ni pun smuanya comel2.. Mcm kesinambungan cite Jeonghan lakk. Dua2 pasangan dh ada anak hwehwe geramnyaaaa pikir muka anak dorng. Mesti comel2 gila. I like how you ended it nicely. Takde satu benda yg sedih pun. Like Taehyung pun still jdi kawan and time dia nyanyi for their wedding is funny! Seok pulak jdi anak ksyangan keluarga Hong jugak. And everyone is happy..

Walaupun sedih fic ni dah habis, I've enjoyed every one of it. It's simple yet senang nak difaham. Ayat2 yang digunakan semua cantik and gramatis (weh dh lama x guna perktaan tu). Thanks for the letter too *heart sign* FIGHTING AUTHORNIM! May authornim berjaya dlm pembelajaran hwehwehwe. ♡♡♡♡♡
Seasony
#8
Chapter 15: Whoaaaaa!! I cry I laugh at the same time!!!!
The ending is soooo sweet!! I'm soo happy.
Its okay Taehyung, i ada kekee XD
Tahniah awakk! Actually, this is my first fanfic yg saya baca tanpa tunggu dia complete dulu. Hahaha. I always waiting for your update!
All the best!! I love you!!
NoonaYoung
#9
Annyoung, pembaca baru di sini ^^
Sy tertarik gan description & foreword, meskipun sy xbaca lg crte lain drpd authornim, tp thumbs up dulu diberikan ya!
Tq gak sbb tulis crte ni =)