Chapter 12

Hello, Mr Ji-Chu !
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

"Terima kasih untuk segala-galanya, Lee Jina."

 

 

12

 

Malam semalam merupakan satu malam yang panjang bagi Jisoo. Dia tak boleh melelapkan mata sehinggalah subuh menjelma. Akibatnya, dia datang ke pejabat pagi ini dengan muka yang sugul dan mata yang agak bengkak. Sangat-sangat teruk.

Tapi, ia tak seteruk perasaannya. Satu-satunya punca kenapa dia tak boleh tidur adalah kerana seorang gadis bernama Lee Jina. Perasaannya menjadi tak tentu arah kerana gadis itu. Malangnya, hanya dia seorang yang rasa dan Jisoo yakin, Jina takkan tahu soal ini. Pasti malam semalam merupakan satu malam yang indah bagi gadis itu.

Impiannya untuk bersama dengan Taehyung sudah tercapai bahkan lebih dari itu. Taehyung siap meluahkan perasaannya kepada Jina. Sudah pasti gadis itu berasa sangat-sangat bahagia kan?

 

TING !

 

Pintu lif yang dinaiki terbuka luas lantas dengan langkah yang longlai, Jisoo melangkah keluar. Suasana pejabat yang masih sunyi menyapa pandangan matanya. Pejabat yang sunyi atau sebenarnya dia yang rasa sunyi? Entahlah… apa yang penting, dia tak ada mood hari ini.

 

“Hei.”

Tiba-tiba, tangannya dicengkam oleh seseorang dari belakang. Jisoo tersentak lantas menoleh.

“Siapa?”

Di hadapannya, seorang lelaki yang berpakaian serba hitam, mengenakan topeng muka dan bercermin mata gelap sedang merenung tajam.

“Ikut kejap. Ada sesuatu yang nak dibincangkan.” rendah saja suara itu berkata dan Jisoo tanpa banyak bicara mengangguk. Dia mengikuti gerak langkah lelaki misteri itu sehingga mereka tiba di satu kawasan sunyi yang terletak di hujung sudut ruang pejabat.

 

“Ok, straight to the point. Siapa kau? Nak apa?” Jisoo tak mahu membuang masanya. Lelaki misteri itu sedikit sebanyak buat dia gusar. Mana la tahu dia ada niat jahat. Jisoo tak ada apa-apa persediaan untuk melawan.

“Mula-mula sekali, aku nak kita bercakap antara lelaki dengan lelaki. Lupakan jawatan kau dalam perbualan ni dan aku akan lupakan status aku.”

“Apa maksud kau?”

 

Topeng muka diturunkan sehingga wajahnya jelas kelihatan. Mata Jisoo membulat. Di depannya sekarang adalah Kim Taehyung, idol terkenal dari kumpulan BTS yang digilai ramai termasuk Jina. Satu nafas dihela. Taehyung yang berdiri sangat rapat dengannya ditolak perlahan. Tak selesa.

“As you wish.” Jisoo mengangguk akur dan cuba untuk bersikap tenang. Dia memandang Taehyung dan menunggu lelaki itu untuk bersuara. Pasti ada benda yang penting sampai dia sanggup ke sini pagi-pagi begini. Tapi, tentang apa?

 

“Aku tak tahu apa hubungan kau dengan Jina tapi aku harap lepas ni kau jangan ganggu dia lagi.” seperti apa yang Jisoo mahukan, Taehyung straight to the point tanpa bermukadimah. Hasilnya? Muka Jisoo berkerut tanpa dapat di tahan. Nak sangat straight to the point kan? Dia juga yang terkejut beruk.

Kelat muka Jisoo saat Taehyung berkata sedemikian.

“Aku tak suka kau rapat dengan Jina. Kau bukannya lelaki yang normal. Semua orang tahu tentang kau dan aku tak nak kau buat Jina terluka.”

Jisoo terdiam. Kata-kata Taehyung membuatkan dia terpukul. Nafasnya dihela lagi. Pandangan Taehyung yang tajam cuba dilawan namun entah kenapa dia terasa kerdil. Rasa kalah dengan lelaki itu.

“Lagipun, kau sendiri tahu yang Jina sukakan aku. Kalau tak, takkan kau berusaha nak sampaikan surat dia kat aku dulu kan?” Taehyung tersenyum sinis.

Jisoo mengangguk.

“Jadi kau ke sini cuma untuk cakap benda tu? Kalau kau yakin Jina sukakan kau, kenapa kau kena datang sini dan bagi amaran macam ni dekat aku? Ke kau rasa tergugat.” balas Jisoo bengang. Sedikit sebanyak, Taehyung telah mencabar kesabarannya.

Taehyung masih tersenyum sinis. 

“Tuan Hong Jisoo, please la. Aku cuma nak jauhkan Jina dari kau. Bukan sebab aku tergugat. Kau tahu kan Jina tu orangnya macam mana? Dia tu lurus, mudah percayakan orang dan kadang-kadang boleh jadi bodoh. Aku tak nak kau ambil kesempatan dekat dia dan aku tak nak dia dekat dengan orang macam kau. Come on, dalam banyak-banyak perempuan kenapa kau nak rapat dengan dia? Aku dapat rasakan macam ada yang tak kena. Ada sesuatu yang kau cuba nak buat? Hah? Sebab kau ingat dia tu lurus jadi kau boleh main-mainkan dia?” bentak Taehyung.

 

Jisoo terpempan. Sama sekali tak terlintas di minda untuk buat begitu pada Jina tapi tunggu sekejap ! Bukan kah Jina memang dia gunakan untuk menutup kisah silamnya? Dia memang gunakan Jina supaya dia boleh membersihkan namanya di depan keluarga dan kawan-kawan dia? Dia gunakan Jina untuk buat semua orang fikir yang dia dah berubah jadi ya ! Ya. Dia memang gunakan Jina dan Taehyung cakap benda yang betul. Jisoo bersalah !

 

“Aku tak tahu macam mana korang berdua boleh kenal dan kenapa korang boleh jadi rapat tapi apa yang aku nak tahu sekarang adalah, kau tak boleh dekati Jina lagi. Dia aku punya. Kami dah rasmi jadi pasangan kekasih jadi aku harap kau jaga batas kau.”

 

Kata-kata Taehyung umpama petir yang menghentam hati dan perasaan Jisoo. Dia kalah. Lidah tajam lelaki itu buat lututnya terasa lemah. Jisoo tergamam di situ.

 

“Mereka dah rasmi bercinta.” jiwa Jisoo meruntun.

 

Taehyung tersenyum menang tatkala melihat reaksi lelaki itu. Dia puas hati. Sangat-sangat berpuas hati. Kakinya menapak mendekati Jisoo dan dia membisikkan sesuatu ke telinga lelaki itu. Saja ! Biar dia tambah sakit hati.

 

“Jina cintakan aku, Tuan Hong Jisoo. Aku harap kau sedar diri. Dia tak mungkin akan sukakan lelaki gay macam kau.”

 

Anak mata Jisoo bergetar. Taehyung dari tadi berjaya menikam hati Jisoo dengan kata-kata pedih yang keluar dari mulutnya. Ikutkan hati, Jisoo ingin membalas namun entah kenapa, lidahnya kelu. Lemahnya dia ! Jisoo tahu itu.

Ketawa sinis Taehyung kedengaran lagi. Dia menepuk bahu Jisoo berkali-kali seakan cuba menyindir sebelum menutup semula separuh wajahnya dengan topeng muka yang dipakai.

“Ingat tu, Tuan Jisoo. Jauhi Jina. Dia aku punya. Kami dah berjanji untuk hidup bahagia bersama. Selamanya.”

Sempat lagi dia menitip pesan terakhir sebelum melangkah pergi meninggalkan Jisoo di situ. Langkah laju Taehyung susun sambil pandang ke arah sekeliling. Bimbang kalau ada mata-mata yang mengintip. Sejak dia jadi idol, kadang-kadang dia insecure dengan keadaan sekelilingnya.

 

Jisoo yang masih berdiri situ seakan kaku. Bermacam-macam benda yang bermain di benak fikirannya. Dia tersandar lemah di dinding berhampiran dan mula berperang dengan perasaan sendiri.

 

 

Taehyung menghela nafas berat setelah dia keluar dari bangunan pejabat tersebut. Riak muka Jisoo tadi masih terbayang di matanya. Puas hati ! Dia sangat-sangat berpuas hati dengan apa yang dia dah lakukan.

Peristiwa malam semalam tanpa sengaja menjengah di minda Taehyung.

 

“Jina, aku cintakan kau.”

Dakapan Jina serta-merta longgar saat Taehyung menuturkan ayat itu. Dia merenung ke arah wajah serius Taehyung dan perlahan-lahan menolak tangan lelaki itu yang melingkar di pinggangnya.

Taehyung cemas. Reaksi Jina tak seperti apa yang dia jangkakan.

“Jina, kau dengar tak ni? Aku cintakan kau. Aku tau kau pun sama. Kita dah lama kenal dan tolong, jangan nafikan perasaan kau tu.” rayu Taehyung. Kali ini, tangan Jina pula diraih dan digenggam erat.

Jina menghela nafas lemah. Sejujurnya, dia dah tak rasa apa-apa lagi dengan Taehyung. Jarak waktu yang terlalu lama memisahkan mereka dan ditambah pula dengan Taehyung yang seakan cuba melupakan dia terlebih dulu membuatkan hati gad

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
The best part dalam menulis fanfics adalah bila kita dapat tanda tick dekat kotak 'mark as complete'. xD
Thanks kepada semua yang setia dengan HMJ. Saya sangat hargai anda semua^^

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
This is the best fanfic yg sy pernah baca.Dh la cpt update and ohsem.cuwit jgn citer lh bersemut skin.Btw,fighting author nim !!!! Chaiyok!!!!
Aida_Rusdi
#2
Chapter 15: Best sangat sangat sangat! Langsung x menyesal baca. Kan best klu dpt lelaki mcm Jisoo. Huhu, sedih masa part Jisoo menghilang. Paling best, happy ending dan masa Youngjae baling batu. Tapi kan Jae kawen dgn sape? //GFriend's Summer Rain keeps playing non-stop masa baca//
Shadow_warriorangel #3
Chapter 15: Alooooo dh kawen pulak xD xpe ar.. Not available blek ar xD akhirnye.. Xde ape lah sy nk tunggu lepas ni.. Sy hrp aauthornim dpt truskn semua ff yg trgendala xD bye authornim :3
Shadow_warriorangel #4
Chapter 14: Sy dlm hutan.. Dngn line satu bar sy dpt noti xD bahagia.. Part surat tu sumpah sweet authornim.. Mcm masa jisoo tnye jina psl surat utk taehyung xD btw.. Pesan kt youngjae.. Sy single and not available.. Tp blh available utk de.. ( • ̀ω•́ )✧ xD
lilylunalove
#5
Chapter 15: Huwaaaa cerita ni dah complete! T.T Saya happy tapi dalam masa yang sama saya sedih jugak! Saya akan rindukan Jisoo dan Jina! :') Ohhh tak lupa jugak Seokmin, bakal husband saya *perasannya saya lol* XP
Ahhhh cerita awak tak pernah kecewakan saya! Walaupun part klimaks cerita ni sedih gila gila sampai menangis tarik hingus saya dibuatnya, oh yeahh akhirnya happy ending pun >.<
Ohhhh siap dapat baby boy Jiwoo yang kacak lagi tu! XD
Saya harap anak Jisoo, Jiwoo dengan anak Jeonghan, Ahri berjodoh hehe ;p
Kalau rajin, awak buat la sequel eh? Pretty please ~ Lambat pun takpe saya sanggup tunggu selamanyaaaaa :D
aquariusxpisces
#6
Chapter 15: AwwwwwXD dah complete! Nasib baik Youngjae dengan Jina jumpa Jisoo! And dah ada anak punXD tapi kenapa Jeonghan layan dia macam hambar, hahaahaha.. Tak kisahlah, Jisoo sekarang dah ada Jina yeayyy
TKeyAlex
#7
Chapter 15: Awwww... everything from the precious chapter semua sweet! Suka smgt cara Jina pujuk Jisoo. Jeles lak sbb saya ni x pandai pujuk org. Lawak jugak Youngjae (honeymoon huh? promote cb dorng la tu hahahaha anyway lagu dorng best gila! saya suka! saya suka!)

Chapter last ni pun smuanya comel2.. Mcm kesinambungan cite Jeonghan lakk. Dua2 pasangan dh ada anak hwehwe geramnyaaaa pikir muka anak dorng. Mesti comel2 gila. I like how you ended it nicely. Takde satu benda yg sedih pun. Like Taehyung pun still jdi kawan and time dia nyanyi for their wedding is funny! Seok pulak jdi anak ksyangan keluarga Hong jugak. And everyone is happy..

Walaupun sedih fic ni dah habis, I've enjoyed every one of it. It's simple yet senang nak difaham. Ayat2 yang digunakan semua cantik and gramatis (weh dh lama x guna perktaan tu). Thanks for the letter too *heart sign* FIGHTING AUTHORNIM! May authornim berjaya dlm pembelajaran hwehwehwe. ♡♡♡♡♡
Seasony
#8
Chapter 15: Whoaaaaa!! I cry I laugh at the same time!!!!
The ending is soooo sweet!! I'm soo happy.
Its okay Taehyung, i ada kekee XD
Tahniah awakk! Actually, this is my first fanfic yg saya baca tanpa tunggu dia complete dulu. Hahaha. I always waiting for your update!
All the best!! I love you!!
NoonaYoung
#9
Annyoung, pembaca baru di sini ^^
Sy tertarik gan description & foreword, meskipun sy xbaca lg crte lain drpd authornim, tp thumbs up dulu diberikan ya!
Tq gak sbb tulis crte ni =)