Chapter 9

Hello, Mr Ji-Chu !
Please Subscribe to read the full chapter

 

"Macam mana rasa bila kau jatuh cinta? I mean, jatuh cinta yang betul-betul..."

 

 

 

9

 

 

“Kau dengan isteri kau macam mana?”

Beberapa hari selepas itu, Jisoo dan Jeonghan berjumpa semula di kafe milik Jeonghan. Ini kali pertama dia menjejakkan kaki di situ dan Jisoo kagum dengan pencapaian Jeonghan. Lelaki itu betul-betul memiliki kehidupan yang membaik setelah mereka berdua berpisah. Maka betul lah keputusan Jisoo dulu untuk meninggalkan Jeonghan. Buktinya, kini bekas kekasihnya itu sudah menjalani kehidupan baru yang lebih baik.

Jeonghan tak menjawab soalan Jisoo sebaliknya dia menghela nafas berat.

“Dah nak masuk seminggu kami tak jumpa. Aku tinggal dekat rumah Jongup sekarang since dia masih marahkan aku.” luah Jeonghan kepada Jisoo yang menayang riak simpati. Nasib baik ada Jongup, kawan baik Jeonghan yang sudi tumpangkan lelaki itu di rumahnya.

“Aku minta maaf. Tak expect yang isteri kau akan dengar perbualan kita.”

“Nope. Kau tak salah. Aku tak tahu macam mana dia boleh ada kat situ tapi tu la, benda dah nak jadi kan?” Jeonghan berkata lagi sebelum menongkat dagu memandang ke arah luar. Serius, dia memang tak terlintas langsung untuk salahkan Jisoo atas apa yang terjadi antara dia dan Aileen.

Seorang gadis pekerja Jeonghan muncul menghidangkan americano untuk Jisoo. Lelaki itu mengucapkan terima kasih seraya menghadiahkan senyum manis ke arah si gadis. Americano dihirup perlahan sebelum dia memandang Jeonghan semula.

“Banyak yang dah berubah kan? Aku terkejut bila dapat tahu kau dah kahwin.” luah Jisoo.

Jeonghan ketawa hambar.

“Kau agak kenapa aku kahwin?”

“Sebab apa?”

“Sebab Mama aku yang mintak.”

Jisoo mengangguk perlahan ketika mendengar jawapan Jeonghan. Patutlah...

“Sebab dia nak aku lupakan masa lalu kita, dia kahwinkan aku dengan anak kawan dia. Sebab aku dah tak nak kecewakan dia lagi, aku ikut je. Dia cakap ini yang terbaik untuk aku.” sambung Jeonghan lagi sebelum dia menyisip latte miliknya.

“Dan kau tau kenapa aku tinggalkan kau then lari ke California?” Jisoo pula menyoal.

“Kenapa?”

“Sama macam kau, Mama aku yang minta aku ke sana. Dia suruh aku sambung belajar di sana lepas je berita tentang hubungan terlarang kita tu tersebar. Awalnya aku tak nak pergi tapi mama aku ugut untuk bunuh diri kalau aku berdegil. So…aku dah tak ada pilihan lain.” giliran Jisoo menceritakan kisah sebenarnya.

“Tch ! Hubungan kita dulu memang dah banyak buat kita susah kan? Bila aku fikirkan balik, waktu tu sangat menyakitkan.” Jeonghan ketawa janggal. Bila kenang balik masa silam mereka yang mengharukan itu, rasa tak sanggup untuk membayangkannya.

“Yup ! But aku lega bila semuanya dah berakhir. Kau pun dah ada kehidupan baru dengan isteri kau. Aku harap semuanya akan kembali normal.” getus Jisoo membuatkan Jeonghan mengangguk. Dia juga berharapkan benda yang sama.

“Bila difikirkan balik, segala benda yang terjadi ni ada hikmahnya kan? Kalau tak, mungkin semua ni takkan terjadi. Segala kesusahan dan rintangan yang kita lalui adalah untuk buat hidup kita lebih baik mungkin? Sekarang, aku pun dah jumpa cinta sejati aku. Hope kau pun sama Jisoo.” ujar Jeonghan seraya tersenyum pahit. Wajah si isteri yang masih merajuk dengannya gara-gara salah sangka itu terbayang di ingatan. Sungguh, Jeonghan rindukan isterinya itu.

Saat perkataan cinta sejati keluar dari mulut Jeonghan, Jisoo terpana seketika. Muka Jeonghan yang sugul dipandang.

“Nampaknya kau betul-betul sayangkan isteri kau.” tutur Jisoo dan dibalas dengan anggukan Jeonghan.

“Aku cintakan dia. Macam apa yang aku cakap, walaupun kami dikahwinkan tanpa cinta tapi aku tak menyesal jadi suami dia. Dia adalah segala-galanya bagi aku sekarang. Dengan dia, aku tahu apa maksud cinta yang sebenar. Dia dah bawak aku keluar dari cinta palsu yang terlarang dulu. Dia buat aku bahagia. Aku berubah kerana dia.” luah Jeonghan.

Jisoo pandang lelaki itu sebelum menarik senyum tawar.

“Aku cemburukan kau, Jeonghan. Kau hidup bahagia.” bisik hati Jisoo.

“Jeonghan, macam mana rasa bila kau jatuh cinta? I mean, jatuh cinta yang betul-betul...” soal Jisoo tanpa dijangka. Jeonghan tergelak kecil mendengar pertanyaan itu.

“Rasanya luar biasa. Yang pasti, bukan macam perasaan kita dulu. Ia lebih indah dan menyenangkan. Hati kau akan berbunga gembira bila kau dengan orang yang kau cinta. Kau akan sentiasa tersenyum dan kau akan rasa nak sentiasa melindungi dia. Baru aku faham sekarang, jatuh cinta tu macam mana.” jawab Jeonghan penuh dengan perasaan. Dia tersenyum sendiri bila terkenangkan isterinya, Aileen. Dari situ, Jisoo tahu yang Jeonghan betul-betul cintakan isterinya itu.

Jisoo diam menghadam kata-kata Jeonghan. Sekali lagi, americano di bawa ke mulut. Kopi pahit tu rasanya macam perasaannya sekarang. Sama-sama pahit namun harus ditelan jua.

“Jisoo, aku harap kau pun akan rasa apa yang aku rasa ni. Aku pun nak tengok kau gembira jugak.”

Mereka berpandangan untuk seketika sebelum bertukar senyum.

“Aku harap kau jumpa cinta sejati kau. Seorang perempuan yang boleh bawak kau keluar dari masa lalu kita yang gelap dulu. Aku doakan kau.” ujar Jeonghan bersungguh. Dia memang ikhlas dengan apa yang dia ucapakan itu.

“Aku pun harap benda yang sama.” Jisoo menghela nafas perlahan dengan senyum yang masih terukir di bibir. Entah mengapa, dia teringat seseorang bila Jeonghan cakap macam tu. Dah lama dia tak jumpa seseorang itu. Sejak peristiwa mereka bergaduh di Sungai Han tempoh hari, mereka dah tak bersua muka sampai sekarang.

“Dan aku jugak harap kita boleh lupakan semua yang terjadi, Jisoo.” pinta Jeonghan. Matanya masih memaku ke arah wajah Jisoo yang tenang di depannya.

Jisoo mengangguk lemah. Melihat kebahagian Jeonghan bersama isterinya membuatkan Jisoo tak sanggup lagi untuk menyimpan perasaan. Biarlah Jeonghan bahagia dengan orang yang sepatutnya.

“Tapi, kita masih kawan kan, Jisoo?  Aku sebenarnya tak sanggup untuk buang kau terus dalam hidup aku. Kau masih seorang kawan yang berharga bagi aku.” luah Jeonghan membuatkan Jisoo terpana. Hatinya tersentuh mendengar kata-kata itu.

“Ya…terima kasih, Jeonghan. Kita kawan. ” Jisoo tersenyum seraya menghela nafas perlahan. Cukup sampai di sini Jeonghan. Kita berdua akan menamatkan semuanya.

Masa untuk mereka berdua membuka buku baru dalam hidup masing-masing.

 

 

Jina sedang sibuk menggubah jambangan bunga yang ditempah oleh pelanggan. Kuntuman bunga aster yang tersusun rapi di hadapannya membuatkan gadis itu mengeluh lemah. Bunga aster tersebut mengingatkan dia kepada seseorang. Dah nak dekat seminggu mereka berdua tak berjumpa. Jina rasa macam serba tak kena. Rindu? Entah. Dia pun tak pasti.

 

“Please stay. Kejap je. Saya betul-betul perlukan ni.”

 

Pelukan Jisoo tempoh hari tiba-tiba menjengah kembali di minda. Seakan ada pita rakaman yang sedang ligat ber-flashback di kepala otak Jina. Muka Jina tiba-tiba merah padam.

“Tch, senyum sorang-sorang pulak aku ni. Gila ke apa?” sungutnya mengutuk diri sendiri. Kerjanya untuk menggubah bunga diteruskan namun dia masih belum berhenti dari memikirkan Jisoo.

“Kenapa la dengan aku? Takkan la aku suka dekat dia.” Jina menyoal dirinya sendiri. Dia menggeleng kepala laju untuk menafikan rasanya itu.

“Sudah la Jina. Encik Jisoo tu tak pandang kau pun. Dia cuma cari kau masa kau diperlukan je. Tengok sekarang, mana ada dia datang dah kan?” hati jahat Jina mula menghasut untuk memandang negatif kepada Jisoo.

“Ye ke macam tu? Sedihnya.”

Jina berdialog dengan perasaannya sendiri. Dah tak keruan dah budak ni jadinya. Hong Jisoo sila bertanggungjawab !

 

“Jina, ada penghantaran untuk kau.” suara Yuna di kaunter kedengaran membuatkan gadis itu tersentak. Dia lantas bangkit dan bergegas ke arah Yuna. Seorang lelaki dari syarikat penghantaran menghulurkan sebuah kotak sederhana besar berwarna biru kepada Jina. Setelah selesai menandatangan pengesahan terima, lelaki itu berlalu meninggalkan Jina yang terpinga.

“Dari siapa ni Jina? Hari jadi kau ke hari ni?” soal Yuna ingin tahu.

Jina menggeleng.

“Hari jadi aku lambat lagi. Aku pun tak tahu dari siapa.” getusnya hairan.

“Buka lah.” Yuna pula yang teruja lebih. Jina memandang gadis itu lalu mencebik. Kotak tersebut dibawa jauh dari Yuna sambil tersenyum sinis. Saja nak hangatkan hati rakan sekerjanya itu. Bergurau kononnya.

“Kedekut la Jina !” omel Yuna dan Jina sekadar tayang muka tak kisah. Lidahnya dijelirkan ke arah Yuna dan rakannya itu menarik muncung sedepa. Macam budak-budak !

Kotak yang diterimanya itu dibawa ke tempat dia menggubah bunga tadi. Reben yang terikat di sekeliling kotak ditarik perlahan. Hatinya tertanya-tanya tentang isi kotak tersebut lantas dia membukanya tanpa berlengah.

“Wah !”

Patung arnab berwarna putih terjengul keluar dari kotak biru tersebut membuatkan Jina tak dapat menyembunyikan rasa teruja. Patung arnab yang terkenal dengan nama Molang itu dibawa keluar dan diusap lembut.

“Comelnya.”

Sedang sibuk dia membelek arnab tersebut, matanya tertancap pada sehelai kad kecil yang terselit di dalam kotak yang sama. Tanpa berlengah, kad itu dicapai dan dibuka. Isi surat di baca dan tanpa sedar, Jina tersenyum sendiri.

 

Standee Girl,

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
The best part dalam menulis fanfics adalah bila kita dapat tanda tick dekat kotak 'mark as complete'. xD
Thanks kepada semua yang setia dengan HMJ. Saya sangat hargai anda semua^^

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
This is the best fanfic yg sy pernah baca.Dh la cpt update and ohsem.cuwit jgn citer lh bersemut skin.Btw,fighting author nim !!!! Chaiyok!!!!
Aida_Rusdi
#2
Chapter 15: Best sangat sangat sangat! Langsung x menyesal baca. Kan best klu dpt lelaki mcm Jisoo. Huhu, sedih masa part Jisoo menghilang. Paling best, happy ending dan masa Youngjae baling batu. Tapi kan Jae kawen dgn sape? //GFriend's Summer Rain keeps playing non-stop masa baca//
Shadow_warriorangel #3
Chapter 15: Alooooo dh kawen pulak xD xpe ar.. Not available blek ar xD akhirnye.. Xde ape lah sy nk tunggu lepas ni.. Sy hrp aauthornim dpt truskn semua ff yg trgendala xD bye authornim :3
Shadow_warriorangel #4
Chapter 14: Sy dlm hutan.. Dngn line satu bar sy dpt noti xD bahagia.. Part surat tu sumpah sweet authornim.. Mcm masa jisoo tnye jina psl surat utk taehyung xD btw.. Pesan kt youngjae.. Sy single and not available.. Tp blh available utk de.. ( • ̀ω•́ )✧ xD
lilylunalove
#5
Chapter 15: Huwaaaa cerita ni dah complete! T.T Saya happy tapi dalam masa yang sama saya sedih jugak! Saya akan rindukan Jisoo dan Jina! :') Ohhh tak lupa jugak Seokmin, bakal husband saya *perasannya saya lol* XP
Ahhhh cerita awak tak pernah kecewakan saya! Walaupun part klimaks cerita ni sedih gila gila sampai menangis tarik hingus saya dibuatnya, oh yeahh akhirnya happy ending pun >.<
Ohhhh siap dapat baby boy Jiwoo yang kacak lagi tu! XD
Saya harap anak Jisoo, Jiwoo dengan anak Jeonghan, Ahri berjodoh hehe ;p
Kalau rajin, awak buat la sequel eh? Pretty please ~ Lambat pun takpe saya sanggup tunggu selamanyaaaaa :D
aquariusxpisces
#6
Chapter 15: AwwwwwXD dah complete! Nasib baik Youngjae dengan Jina jumpa Jisoo! And dah ada anak punXD tapi kenapa Jeonghan layan dia macam hambar, hahaahaha.. Tak kisahlah, Jisoo sekarang dah ada Jina yeayyy
TKeyAlex
#7
Chapter 15: Awwww... everything from the precious chapter semua sweet! Suka smgt cara Jina pujuk Jisoo. Jeles lak sbb saya ni x pandai pujuk org. Lawak jugak Youngjae (honeymoon huh? promote cb dorng la tu hahahaha anyway lagu dorng best gila! saya suka! saya suka!)

Chapter last ni pun smuanya comel2.. Mcm kesinambungan cite Jeonghan lakk. Dua2 pasangan dh ada anak hwehwe geramnyaaaa pikir muka anak dorng. Mesti comel2 gila. I like how you ended it nicely. Takde satu benda yg sedih pun. Like Taehyung pun still jdi kawan and time dia nyanyi for their wedding is funny! Seok pulak jdi anak ksyangan keluarga Hong jugak. And everyone is happy..

Walaupun sedih fic ni dah habis, I've enjoyed every one of it. It's simple yet senang nak difaham. Ayat2 yang digunakan semua cantik and gramatis (weh dh lama x guna perktaan tu). Thanks for the letter too *heart sign* FIGHTING AUTHORNIM! May authornim berjaya dlm pembelajaran hwehwehwe. ♡♡♡♡♡
Seasony
#8
Chapter 15: Whoaaaaa!! I cry I laugh at the same time!!!!
The ending is soooo sweet!! I'm soo happy.
Its okay Taehyung, i ada kekee XD
Tahniah awakk! Actually, this is my first fanfic yg saya baca tanpa tunggu dia complete dulu. Hahaha. I always waiting for your update!
All the best!! I love you!!
NoonaYoung
#9
Annyoung, pembaca baru di sini ^^
Sy tertarik gan description & foreword, meskipun sy xbaca lg crte lain drpd authornim, tp thumbs up dulu diberikan ya!
Tq gak sbb tulis crte ni =)