Chapter 7

Hello, Mr Ji-Chu !
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Kalau awak rindukan seseorang, awak buat apa?”

 

 

7

 

 

“Seokmin, akak jumpa Tae.”

Seokmin yang sedang duduk menonton televisyen perlahan-lahan menoleh memandang ke arah Jina. Satu ketawa sinis kedengaran.

“Kakak jumpa dia dekat depan Mini Market Sunshine tu lagi ke? Akak, standee tu sampai dah nak patah akak kerjakan tau tak?” Seokmin bersuara. Mana taknya? Kakak dia tu kalau boleh nak bawak balik standee Taehyung   ke rumah. Nasib baik tuan punya kedai tu tak bagi. Kalau tak, memang rasanya Jina akan ke hulur ke hilir dengan standee tak berdosa tu setiap masa, sepanjang hari. Aduhai, Kim Taehyung! Sampai parah begini kau buat kakak si Seokmin?

“Ini bukan standee. Ini betul-betul.” lemah saja suara Jina berkata.

“Habis tu? Kalau dah jumpa betul-betul, kenapa kakak macam tak gembira je?” soal si adik tatkala melihat wajah sugul kakaknya itu. Memang betul la si Jina ni ada masalah emosi tak stabil. Pagi tadi gembira bukan main, sekarang? Lepas balik kerja tadi, mukanya masam mencuka.

Jina diam. Bibirnya dicebik sambil menahan rasa sedih. Hatinya betul-betul patah dengan tingkah Taehyung siang tadi.

“Jadi, hari special yang kakak maksudkan pagi tadi tu adalah sebab kakak nak jumpa Taehyung hyung?”

Jina mengangguk kemudian menghela nafas lemah.

“Sekarang bukan lagi.”

Seokmin memandang Jina dengan muka yang penuh tanda tanya. Matanya membulat merenung wajah kakaknya itu.

“Jadi, macam mana boleh jumpa? Kenapa? Dan apa dia cakap?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Seokmin. Agak tak percaya jugak dengan kakaknya itu. Kenapa nampak macam tak gembira saja? Padahal, nak berjumpa semula dengan Taehyung merupakan benda yang paling kakaknya impikan.

“Dia cakap, dia tak kenal kakak. Dia kata, kakak tak penting.”

Suasana menjadi hening sebaik saja Jina meluahkan itu. Seokmin tergamam. Tanpa sedar, dia menggenggam penumbuk nya. Kalau ada Taehyung di depan mata sekarang rasanya memang penumbuk tu dah selamat singgah ke muka kacak dia.

“Tak guna punya Kim Taehyung ! Dia dah lupa diri nampaknya. Lepas ni, jangan harap Seokmin nak vote lagu-lagu dia lagi.” omel Seokmin bengang.

“Jangan la macam tu. Kita kena support dia.”

“Kakak !”

Jina diam. Rasa sebak mula menyelubungi diri kembali. Dia dapat rasakan pandangan tajam dari Seokmin. Adik lelakinya itu kelihatan betul-betul marahkan Taehyung. Dari tadi, tak habis-habis menyumpah lelaki itu.

“Jadi, kakak buat kimbap lawa-lawa tadi tu untuk dia?” soal Seokmin cuba meneka. Teringat pula bila Jina bersemangat menyiapkan bekal makanan pagi tadi. Seokmin mula dipagut rasa simpati.

Jina mengangguk.

“Dia ambil tak kimbap tu?”

Jina menggeleng.

“Tak sempat bagi pun.”

“Habis? Kakak buat apa dengan kimbap tu?”

Soalan Seokmin buat Jina terpempan seketika. Oh ya? Dia buat apa ya dengan kimbap tu? Mana pergi bekal makanan tu? Ada kat Encik Jisoo ! Dia terbagi sekali dengan bekal makanan yang dia nak bagi dekat Jisoo. Oh tidak ! Kalau Encik Jisoo baca surat dia untuk Taehyung macam mana? Malunya !

“Alamak !”

 

 

Suasana kedai bunga Emerald Floral terasa suram tak seperti selalu. Ini kerana orang yang paling riuh di dalam kedai tersebut hari ni bersikap ganjil. Dari mula masuk kerja sampai la waktu rehat, sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut gadis ceria itu.

Yuna, rakan sekerja Jina sekadar memerhati dari jauh.

“Apasal dengan Jina tu? Senyap je hari ni? Selalu dia la yang paling ceria.” tegur Nana, pemilik kedai bunga tersebut. Gadis yang sedang mengemop lantai di bahagian hadapan kedai itu diperhatikan dari jauh.

“Entah la, Cik Nana. Dari semalam dah sebenarnya dia bad mood. Saya pun tak pasti kenapa.” Yuna menjawab sambil tangannya ligat menyusun kuntuman bunga teluki segar yang baru sampai dari pembekal. Bunga-bunga tersebut akan digubah mengikut kehendak pelanggan yang menempah. Sejak dua menjak ni, Emerald Floral menerima tempahan yang agak banyak. Sampai tak menang tangan dibuatnya.

 

“Kalau Encik Jisoo baca surat yang aku nak bagi kat Tae tu macam mana? Alahai, malunya !” dari tadi, itu apa yang ada dalam fikiran Jina. Walaupun dia nampak macam sibuk mop lantai namun itu tak sesibuk otaknya yang dari tadi tak henti-henti memikirkan soal Jisoo.

“Dah la aku pergi menangis macam budak kecik depan dia semalam.”

“Tak tau malu gila, kau Jina ! Kau ingat kau cantik masa menangis tu? Kan Encik Jisoo dah nampak muka buruk kau. Malunya !”

“Dah la menangis lepas tu, kau boleh pulak buat bahu dia tu jadi tempat lap air mata? Kau ingat ni drama? Oh Tuhan, apa kau dah buat Jina? MEMALUKAN !”

“Kau dah la buat salah dekat dia lepas tu kau tunjuk muka buruk kau yang menangis tu? Kau fikir tak apa reaksi dia masa tu? Kau rasa dia suka?”

 

Jina berperang dengan dirinya sendiri. Jika diimbas kembali, nampaknya dia memang dah buat banyak benda yang memalukan depan Jisoo. Rasa macam tak sanggup dah nak bertentang mata dengan pemuda itu. Rasa serba salah campur malu campur segan dan entahlah ! Rasa macam nak putarkan balik waktu.

“Adoyai, macam mana ni?” sungut Jina sambil mengelap lantai dengan mop yang dipegang. Tingkahnya begitu tak bersemangat. Dari tadi, asyik mop di tempat yang sama saja. Yuna dan majikan mereka sekadar memerhati sambil menggeleng.

“Rasa tak sanggup nak berdepan dengan dia dah. Malu sangat-sangat.” getus Jina. Dia memeluk batang mop sambil mengeluh lemah. Pandangan dilemparkan ke luar kedai. Cuba untuk mencari ketenangan.

Namun ketenangan yang dicari gagal ditemui sebaliknya kelibat seseorang yang sedang berlegar menuju masuk ke dalam kedai membuatkan Jina jadi lebih huru-hara.

 

“Alamak, Encik Jisoo ! Dia buat apa kat sini? Aku tak nak jumpa dia ! Aku kena sembunyi !”

 

Jisoo yang sudah semakin hampir buat Jina gelabah. Lantas, gadis itu berlari meninggalkan mop dan lantai yang basah itu untuk bersembunyi. Dia masih belum bersedia untuk berhadapan dengan Jisoo.

“Yuna, kalau ada orang cari aku cakap aku tak datang hari ni. Ok?”

Sempat dia tinggalkan pesan kepada Yuna yang memandangnya dengan pandangan hairan. Gadis itu bersembunyi di dalam stor berhampiran sambil sesekali mengintai ke arah luar.

“Dia dah datang.”

 

TING !

 

Loceng kedai berbunyi menandakan ada yang menapak masuk.

“Selamat datang ke Emerald Flower.” suara Yuna kedengaran dan seiring dengan suara itu, ada bunyi sesuatu yang jatuh. Kuat dan mengejutkan.

 

Ouch !

“Encik ! Encik tak apa-apa ke?” suara Yuna kedengaran cemas.

 

Jina menjengulkan kepala dari dalam stor untuk melihat apa yang terjadi. Matanya terjegil saat melihat susuk tubuh Jisoo yang terduduk di atas lantai. Muka Jisoo nampak macam tengah kesakitan.

“Alamak !”

Baru Jina teringat lantai kedai yang basah sebab dia tengah mop tadi. Dah la dia tinggalkan macam tu je. Mesti Jisoo dah tergelincir sebab lantai tu. Oh tidak ! Jina, kau cari fasal lagi.

“Encik Jisoo !”

Jina berlari keluar dari tempat persembunyiannya seraya berteriak menyebut nama lelaki itu. Sepantas kilat, dia menapak mendekati Jisoo yang sedang mengeluh kesakitan di atas lantai.

 

 

“Saya minta maaf.”

Jisoo terdiam menunduk. Tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Nak gelak pun ada. Malu pun sama. Bayangkan, punyalah dia cover macho masa nak masuk kedai bunga tadi, last-last dia boleh jatuh terjelepok kat situ? Diulangi, terjelepok. Nasib baik tak ada orang time tu sebab kedai baru je nak bukak lepas waktu rehat. Kira dia orang pertama yang masuk dan terima habuan.

“Encik Jisoo marah ke? Sakit sangat ke kaki tu? Boleh jalan tak?”

Kaki kanannya yang terseliuh dipandang. Gara-gara tergelincir tadi, sekarang kakinya berbalut. Terima kasih kepada Jina, orang yang bertanggungjawab di atas semua yang terjadi. Boleh pulak dia main aci tinggalkan lantai basah macam tu saja? Sebab dia tak mop betul-betul, sekarang Jisoo yang menjadi korban.

“Encik Jisoo, kenapa diam? Cakap lah sesuatu. Saya tahu saya salah.” rengek Jina di sebelah Jisoo yang sedang mengurut kakinya yang masih terasa sakit.

“Tahu pun.” gumam Jisoo perlahan membuatkan Jina makin serba salah.

“Tapi saya mengaku salah dan saya sendiri yang bawak encik pergi ke klinik kan? Nampak tak saya tak lepas tangan?”

“Tapi awak lepaskan mop.” sindir Jisoo.

“Ala, saya betul-betul tak sengaja. Saya ada hal penting tadi sebab tu saya tinggalkan mop dan lantai basah tu sekejap. Tak sangka pulak encik masuk dan tergelincir sebab tu.” terang Jina cuba memujuk Jisoo. Hal pentinglah sangat.

“Lain kali kalau nak mop lantai, mop betul-betul wahai Standee Girl. Awak dah buat seorang insan tak bersalah macam saya ni kemalangan tau tak? Sakit kaki ni tau tak?”

“Sakit sangat ke?”

“Awak rasa?”

Jina terdiam. Alah Jisoo ni sensitif pulak. Terseliuh je pun. Bukannya patah riuk. Ni mesti mengada je lebih. Maklumlah, anak orang kaya lepas tu anak tunggal pulak. Jadi over manja la ni.

Mereka masing-masing diam melayan perasan untuk beberapa saat. Lepas bawa Jisoo ke klinik tadi, Jisoo ajak berbual di taman rekreasi berhampiran sekejap. Katanya ada sesuatu nak cakap.

“Kenapa encik cari saya?” soal Jina bila teringat balik niat mereka berdua untuk singgah di taman tadi.

“Ada banyak sebab.” Jisoo menjawab dan perkataan ‘banyak’ itu ditekan sehingga membuatkan Jina mengeluh lemah. Macam dah boleh agak apa yang bakal ditanya.

“Apa?” acuh tak acuh Jina bersuara. Kalau boleh dia nak lari tapi mengenangkan salahnya pada Jisoo tadi, dia rasa dia patut duduk dan menyesali perbuatannya.

“Disebabkan awak dah buat saya jadi macam ni jadi sebagai hukumannya, saya nak awak jawab semua soalan saya dengan jawapan yang memuaskan. Awak tau tak, awak buat saya curious sampai tak boleh tidur malam?” omel Jisoo kepada Jina yang menayang muka tak rela.

“Saya cuba. Alahai, tak sangka betul Encik Jisoo ni pendendam orangnya.” sungut Jina.

Jisoo menghadiahkan satu renungan tajam ke arah Jina. Bukan nak berdendam tapi serius dia memang tak boleh tidur lena semalam sebab asyik berfikir tentang Jina. Banyak benda yang bermain dalam fikirannya.

“Apa soalannya?” Jina bertanya antara dengar tak dengar.

Jisoo membetulkan kedudukannya untuk menghadap Jina di sebelah. Gadis itu turut bergerak untuk bertentang dengan Jisoo.

“First, kenapa dengan awak semalam? I mean, kenapa awak menangis semalam?”

Jina menghela nafas lemah. See? Dah agak itu soalannya.

“Saya cuma sedih. Ada sesuatu yang buat saya sedih.” balas gadis itu tak bermaya. Dia malas nak kenang lagi. Peristiwa dengan Taehyung semalam masih buat dia sedih. Hatinya sangat-sangat hancur.

“Kedua, kenapa awak tak nak jumpa Taehyung semalam? Itu kan peluang keemasan yang awak tunggu? Bila difikirkan balik, awak terima tawaran saya untuk menyamar jadi Aster pun sebab Taehyung kan? So why tiba-tiba…” Jisoo tak menghabiskan ayatnya. Dia tahu, Jina faham akan maksudnya.

“Saya  rasa Taehyung tak nak jumpa saya.” keluh Jina. Wajah dingin Taehyung semalam terimbas dalam mindanya.

“Something happen?” Jisoo menjongketkan keningnya untuk menyoal dan soalan itu hanya dibalas dengan satu gelengan lemah dari Jina. Jisoo diam dan mengangguk akur.

“Yang ketiga, kenapa tak bagitau yang awak dah lama kenal Taehyung?”

“Huh, jadi Encik Jisoo memang baca surat saya ke? A

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
The best part dalam menulis fanfics adalah bila kita dapat tanda tick dekat kotak 'mark as complete'. xD
Thanks kepada semua yang setia dengan HMJ. Saya sangat hargai anda semua^^

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
This is the best fanfic yg sy pernah baca.Dh la cpt update and ohsem.cuwit jgn citer lh bersemut skin.Btw,fighting author nim !!!! Chaiyok!!!!
Aida_Rusdi
#2
Chapter 15: Best sangat sangat sangat! Langsung x menyesal baca. Kan best klu dpt lelaki mcm Jisoo. Huhu, sedih masa part Jisoo menghilang. Paling best, happy ending dan masa Youngjae baling batu. Tapi kan Jae kawen dgn sape? //GFriend's Summer Rain keeps playing non-stop masa baca//
Shadow_warriorangel #3
Chapter 15: Alooooo dh kawen pulak xD xpe ar.. Not available blek ar xD akhirnye.. Xde ape lah sy nk tunggu lepas ni.. Sy hrp aauthornim dpt truskn semua ff yg trgendala xD bye authornim :3
Shadow_warriorangel #4
Chapter 14: Sy dlm hutan.. Dngn line satu bar sy dpt noti xD bahagia.. Part surat tu sumpah sweet authornim.. Mcm masa jisoo tnye jina psl surat utk taehyung xD btw.. Pesan kt youngjae.. Sy single and not available.. Tp blh available utk de.. ( • ̀ω•́ )✧ xD
lilylunalove
#5
Chapter 15: Huwaaaa cerita ni dah complete! T.T Saya happy tapi dalam masa yang sama saya sedih jugak! Saya akan rindukan Jisoo dan Jina! :') Ohhh tak lupa jugak Seokmin, bakal husband saya *perasannya saya lol* XP
Ahhhh cerita awak tak pernah kecewakan saya! Walaupun part klimaks cerita ni sedih gila gila sampai menangis tarik hingus saya dibuatnya, oh yeahh akhirnya happy ending pun >.<
Ohhhh siap dapat baby boy Jiwoo yang kacak lagi tu! XD
Saya harap anak Jisoo, Jiwoo dengan anak Jeonghan, Ahri berjodoh hehe ;p
Kalau rajin, awak buat la sequel eh? Pretty please ~ Lambat pun takpe saya sanggup tunggu selamanyaaaaa :D
aquariusxpisces
#6
Chapter 15: AwwwwwXD dah complete! Nasib baik Youngjae dengan Jina jumpa Jisoo! And dah ada anak punXD tapi kenapa Jeonghan layan dia macam hambar, hahaahaha.. Tak kisahlah, Jisoo sekarang dah ada Jina yeayyy
TKeyAlex
#7
Chapter 15: Awwww... everything from the precious chapter semua sweet! Suka smgt cara Jina pujuk Jisoo. Jeles lak sbb saya ni x pandai pujuk org. Lawak jugak Youngjae (honeymoon huh? promote cb dorng la tu hahahaha anyway lagu dorng best gila! saya suka! saya suka!)

Chapter last ni pun smuanya comel2.. Mcm kesinambungan cite Jeonghan lakk. Dua2 pasangan dh ada anak hwehwe geramnyaaaa pikir muka anak dorng. Mesti comel2 gila. I like how you ended it nicely. Takde satu benda yg sedih pun. Like Taehyung pun still jdi kawan and time dia nyanyi for their wedding is funny! Seok pulak jdi anak ksyangan keluarga Hong jugak. And everyone is happy..

Walaupun sedih fic ni dah habis, I've enjoyed every one of it. It's simple yet senang nak difaham. Ayat2 yang digunakan semua cantik and gramatis (weh dh lama x guna perktaan tu). Thanks for the letter too *heart sign* FIGHTING AUTHORNIM! May authornim berjaya dlm pembelajaran hwehwehwe. ♡♡♡♡♡
Seasony
#8
Chapter 15: Whoaaaaa!! I cry I laugh at the same time!!!!
The ending is soooo sweet!! I'm soo happy.
Its okay Taehyung, i ada kekee XD
Tahniah awakk! Actually, this is my first fanfic yg saya baca tanpa tunggu dia complete dulu. Hahaha. I always waiting for your update!
All the best!! I love you!!
NoonaYoung
#9
Annyoung, pembaca baru di sini ^^
Sy tertarik gan description & foreword, meskipun sy xbaca lg crte lain drpd authornim, tp thumbs up dulu diberikan ya!
Tq gak sbb tulis crte ni =)