Chapter 6

Hello, Mr Ji-Chu !
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

"Saya dah buat encik terluka. Mungkin ini adalah balasan atas perbuatan saya kepada encik semalam."

 

6

 

 

Jam loceng di tepi katil berdering kuat sehingga membingitkan telinga. Jina membuka matanya perlahan-lahan dan menjeling jam loceng berwarna merah itu. Pukul enam pagi. Sudah waktunya untuk dia bangun memulakan rutin hariannya.

“Esok saya bawa awak jumpa Taehyung.”

Mata gadis itu membulat saat dia teringatkan kata-kata itu. Lantas, selimut yang membaluti tubuh ditolak ke hujung kaki dan dia bangkit dengan senyum yang melebar.

“Hari ni adalah harinya ! Aku akan jumpa Taehyung.” getus hati Jina teruja.

“Esok saya akan bayar awak and I promise, that will be our last time to meet.”

Namun, senyumnya tiba-tiba kendur bila dia teringatkan kata-kata Jisoo malam semalam. Entah kenapa, dia tak seronok untuk mengingati ayat lelaki itu. Rasa serba salah kembali menyerang diri.

“Alahai Encik Jisoo ni, di hari yang bermakna ni lah dia nak merajuk pulak.” omel Jina sendirian sebelum mencapai tuala mandi yang tersangkut di tepi almari. Tuala itu diletakkan di atas bahu sebelum dia menapak lemah menuju ke bilik air untuk mandi.

“Jisoo, oh Ji-chu.” gumamnya tanpa sedar.

 

Sementara itu, di rumah Jisoo.

“Achoo !”

Jisoo yang baru terjaga dari tidur terbersin kuat. Dia yang sedang memeriksa jadual kerjanya bersandar di kepala katil. Nyaris iPad di tangannya terlepas jatuh sewaktu terbersin tadi. Dia  menggosok-gosok hidungnya yang terasa berair.

“Sapa la yang sebut-sebut nama aku ni?” soalnya sambil membaca jadual harian yang sudah ditetapkan untuknya itu. Satu persatu nota yang tercatat di kalender digital itu dibaca tenang.

 

Meeting dengan duta jus Honglicious-BTS

 

Mata Jisoo terpaku di situ. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang.

“Betul ke yang Encik Jisoo ni gay?”

Soalan Jina semalam terngiang semula di minda Jisoo. Pemuda itu menghela nafas perlahan. iPad diletakkan di atas katil dan dia kembali membaringkan tubuhnya lantas tangan menapak ke dahi sambil merenung siling bilik.

“Aku dah agak, tak ada sesiapa yang boleh terima benda ni.”

 

 

“Good morning !”

Bergema suara nyaring Seokmin mengucapkan selamat pagi kepada kakaknya yang sibuk mundar-mandir di dapur. Anak muda itu mendekati si kakak dan merenung tingkah gadis itu dengan muka yang tertanya-tanya.

“Sibuk nampak.” tegur Seokmin.

Jina sekadar tersengih sebelum kembali menyambung kerjanya memasukkan makanan ke dalam bekas.

“Bekal untuk Seokmin ke tu? Cantiknya.” adiknya menyoal sambil menjenguk. Jina menolak perlahan Seokmin yang sengaja nak mengintai. Perasan betul budak ni.

“Bekal kau ada kat sana. Sarapan akak dah siapkan, pergi makan cepat. Jangan kacau kakak. Nanti lambat pergi ke sekolah.” leter Jina membuatkan Seokmin mencebik. Bekas makanan yang dimaksudkan oleh Jina dipandang sebelum dicapai.

Bekas makanan itu dibuka lantas anak muda itu mengeluh. Kimbap di dalam bekas makanan itu nampak biasa berbanding dengan apa yang kakaknya tengah sibuk siapkan sekarang. Persoalannya, untuk siapa?

“Ni yang terasa di-adik tiri-kan ni. Kat Seokmin, kakak buat biasa-biasa je eh. Tu yang banyak-banyak tu untuk sapa? Dah la banyak, cantik pulak tu. Hias-hias macam nak masuk Master Chef.” sungut Seokmin seraya memuncungkan mulutnya.

Jina sekadar tersengih. Mengada betul budak sorang ni.

“Ada la. Hari ni hari istimewa akak.”

Seokmin mengerutkan dahinya. Sambil dia berjalan menuju ke meja makan, sempat dia menjeling kakaknya yang masih sibuk menyediakan bekal di bahagian dapur.

“Kenapa?” soalnya.

“Ada la. Nanti balik akak cerita.” Jina menjawab sambil tersengih.

Seokmin mencebik dalam diam. Dari semalam dah kakaknya ni berperangai pelik. Semalam balik menangis, lepas tu pagi ni nampak gembira pulak. Adakah kakaknya sudah ada kekasih sampai emosinya jadi tak stabil begini?

“Seokmin…”

“Apa?”

“Tahu tak macam mana nak minta maaf dalam bahasa Inggeris?”

Seokmin menepuk dahi. Satu soalan pelik lagi yang keluar dari mulut Jina. Layankan je la Seokmin. Kakak kau jugak.

“Seokmin tak tahu sangat tapi Seokmin pernah curi-curi baca surat cinta Mingyu dekat kekasih dia dulu. Waktu tu diorang bergaduh dan dia tulis ni tak silap…” Seokmin cuba mengingat kembali ayat Inggeris yang Mingyu tulis kepada kekasihnya tempoh hari. Mingyu itu rakan sekelas Seokmin dan mereka memang berkawan baik. Jadi, selaku kawan baik, Seokmin ada hak nak baca surat cinta Mingyu kan? Kan?

Jina mendekati Seokmin, berminat nak tahu dengan lebih lanjut. Sticky notes dan sebatang pen dihalakan ke arah Seokmin.

“Cepat ingat dan cuba tulis. Kakak perlukan sangat-sangat ni.”

Seokmin hanya mengangguk dan akur dengan kehendak kakaknya itu.

 

 

“Cik Jina !”

Youngjae melambai-lambai ke arah Jina yang sedang menapak masuk ke dalam bangunan pejabat dengan tergesa-gesa itu.

Jina mendekati Youngjae dan menarik senyum manis kepada lelaki itu.

“Encik Jisoo mana?” soal Jina kepada pembantu peribadi Jisoo. Youngjae sekadar tersenyum segaris sebelum menjawab pertanyaan Jina.

“Dia tunggu kat atas, dia suruh saya jemput Cik Jina kat sini. Lepas ni, Cik Jina naik tingkat tujuh tau. Saya tak boleh bawak cik sampai atas sebab saya ada hal lain nak uruskan. Cik boleh naik sendiri kan? Lif kat situ.” panjang lebar Youngjae berkata. Jari runcingnya menuding ke arah sebuah lif yang berada tak jauh dari mereka.

Jina mengangguk perlahan. Dia mula terfikir, adakah Jisoo masih marah dengannya tentang hal semalam? Sebab tu dia minta Youngjae yang tunggu di depan ni? Langkah Youngjae dituruti sehingga di depan lif.

“Tingkat tujuh tau. Cik tunggu dekat sofa yang ada kat situ. Nanti Tuan muda datang kat Cik Jina.” terang Youngjae sebelum menghantar Jina memasuki lif.  Jina mengangguk seraya ketawa. Youngjae nampak macam kelam kabut sikit. Mesti tengah sibuk kan?

“Ok, Encik Youngjae. Terima kasih.” Jina melambai sambil tersenyum ke arah Youngjae. Pemuda itu  membalas senyum Jina sebelum akhirnya pintu lif tertutup.

 

TING !

 

“Kau kat mana? Apasal kau menghilang ni?” suara dari hujung talian kedengaran agak nyaring. Pemuda yang sedang berjalan santai di tengah koridor itu sekadar mencebik.

“Ada je. Aku cuma ambil angin. Bosan weh, asyik duduk dalam studio je. Aku jalan-jalan kejap.” balasnya tenang.

“Kau gila? Kalau manager hyung tau, masak kau kena bebel. Baik kau balik sekarang. Lepas ni photoshoot group. Kau jangan nak lesap pulak.” omel orang di talian. Lepas habis sesi perjumpaan dengan CEO baru Syarikat Honglicious tadi, lelaki yang ditelefon itu lesap entah ke mana. Katanya cuma nak ke tandas tapi lamanya bukan main !

“Tau, tau. Aku dah nak ke sana la ni.”

Punat lif ditekan dan pintu terbuka.

 

TING !

 

Kim Taehyung melangkah masuk ke dalam lif sambil membetulkan topeng muka yang menutup separuh dari wajahnya. Ada seorang gadis yang sedang berdiri di dalam lif yang sama namun dia nampak macam tengah sibuk membelek sesuatu dari dalam beg kertas yang dijinjit. Langsung tak pandang atas, leka betul.

 

“Yang warna hijau untuk Taehyung, yang warna biru untuk Encik Jisoo.” Jina sibuk membetulkan kedudukan bekal makanan yang dibawanya bersama. Dia dah sediakan dua. Satu untuk Taehyung dan satu lagi untuk Jisoo, sebagai tanda minta maaf soal kejadian semalam.

 

Taehyung sempat mencuri pandang isi beg kertas itu. Entah kenapa, dia curious. Mungkin sebab kebosanan di dalam lif. Matanya masih melirik ke arah si gadis sehinggalah akhirnya gadis itu mengangkat mukanya.

 

“Woah !”

 

Terkejut Jina bila dia perasan ada orang yang berdiri di sebelahnya. Bila masa dia masuk lif? Kenapa dia tak sedar? Oh, tadi lif ada berhenti di tingkat tiga dan masa tu dia tengah sibuk membetulkan bekas makanan yang dibawa. Nampaknya, bekal yang disediakan itu sangat penting sampai Jina bersungguh-sungguh menjaganya.

Taehyung berundur sedikit tatkala melihat reaksi gadis yang terkejut itu. Mata mereka bertentangan untuk beberapa saat dan pemuda itu terpana.

Sama seperti Taehyung, Jina turut terkedu.

Perlahan-lahan, Taehyung menurunkan topeng mukanya dan memandang tajam ke arah Jina. Buntang mata gadis itu dibuatnya.

 

“Tae…”

“Jina?”

 

Hampir terlepas beg kertas di tangan Jina saat Taehyung menyebut namanya. Ternyata, lelaki itu masih ingat. Air mata Jina mula bergenang. Tangannya menekup mulut yang terlopong sambil mata masih melekat pada wajah bingung Taehyung.

“Tae, kau ke tu? Aku rindu kau.” luah Jina seraya cuba untuk mendekati sahabat lamanya itu. Dia sangat-sangat rindukan Taehyung. Perasaannya sudah tak dapat dikawal. Tangannya didepangkan ke arah Taehyung untuk mendakap sahabat lamanya itu namun Taehyung berundur menjauh darinya.

Jina terkedu. Mungkin dia dah keterlaluan? Taehyung nampak macam tak suka.

“Aku…” Taehyung terkedu. Dia kehilangan kata-kata. Wajah Jina direnung dengan riak yang sukar ditafsirkan. Matanya menatap ke arah gadis itu dengan satu tatapan yang Jina sendiri tak pasti maksudnya.

“Kau masih ingat aku? Aku Jina. Kawan kau. Kita selalu pergi sekolah sama-sama, makan kimbap sama-sama. Kau ingat tak kau selalu tumpangkan aku naik basikal kau dulu? Kau ingat tak kita selalu melepak atas bumbung sekolah dulu? Kau ingat tak, Tae?”  soal Jina teruja. Namun, melihatkan reaksi Taehyung yang seakan tak berminat, rasa teruja tadi beransur hilang.

Jina malu sendiri.

Taehyung masih membisu. Waktu di dalam lif terasa bergerak lambat.

“Jina, aku…”

 

TING !

 

Pintu lif terbuka. Taehyung dan Jina serentak memandang ke arah luar.

“Taehyung…” nama itu sekali lagi diseru oleh Jina. Antara dengar tak dengar.

 

“Yah, Kim Taehyung !” namun, belum sempat dia menyambung bicara, ada satu suara yang mencelah di antara mereka.

Seorang lelaki bertubuh tegap dan sasa muncul entah dari mana lantas menarik lengan Taehyung. Di belakang lelaki itu, ada dua orang pemuda yang merupakan ahli kumpulan BTS yang lain. Mereka memandang ke arah Jina dan Taehyung yang keluar dari lif dengan muka yang berkerut.

“Puas hyung cari kau. Kau ke mana? Jangan la keluar sesuka hati. Photoshoot tak selesai lagi.” sungut lelaki itu sambil bercekak pinggang. Taehyung tak bersuara dan hanya tunduk sambil menggaru belakang kepalanya.

Jina mencuri pandang ke arah Taehyung. Nampaknya, tabiat Taehyung yang suka menggaru belakang kepala bila tengah kena marah atau tengah gementar itu masih tak hilang. Melihat Taehyung di depan mata ini buat dia terimbau kembali kenangan lama. Rasa macam tak percaya.

Muka Taehyung kelihatan agak gusar saat berhadapan dengan mereka. Jina dikerling seketika sebelum dia menghela nafas lemah.

Jina terpempan. Dia terasa ditenung oleh seseorang dan orang itu adalah lelaki bertubuh sasa tadi. Jina yakin, lelaki itu merupakan pengurus kepada BTS. Dia selalu nampak kelibat lelaki ini bersama dengan BTS.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
The best part dalam menulis fanfics adalah bila kita dapat tanda tick dekat kotak 'mark as complete'. xD
Thanks kepada semua yang setia dengan HMJ. Saya sangat hargai anda semua^^

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
This is the best fanfic yg sy pernah baca.Dh la cpt update and ohsem.cuwit jgn citer lh bersemut skin.Btw,fighting author nim !!!! Chaiyok!!!!
Aida_Rusdi
#2
Chapter 15: Best sangat sangat sangat! Langsung x menyesal baca. Kan best klu dpt lelaki mcm Jisoo. Huhu, sedih masa part Jisoo menghilang. Paling best, happy ending dan masa Youngjae baling batu. Tapi kan Jae kawen dgn sape? //GFriend's Summer Rain keeps playing non-stop masa baca//
Shadow_warriorangel #3
Chapter 15: Alooooo dh kawen pulak xD xpe ar.. Not available blek ar xD akhirnye.. Xde ape lah sy nk tunggu lepas ni.. Sy hrp aauthornim dpt truskn semua ff yg trgendala xD bye authornim :3
Shadow_warriorangel #4
Chapter 14: Sy dlm hutan.. Dngn line satu bar sy dpt noti xD bahagia.. Part surat tu sumpah sweet authornim.. Mcm masa jisoo tnye jina psl surat utk taehyung xD btw.. Pesan kt youngjae.. Sy single and not available.. Tp blh available utk de.. ( • ̀ω•́ )✧ xD
lilylunalove
#5
Chapter 15: Huwaaaa cerita ni dah complete! T.T Saya happy tapi dalam masa yang sama saya sedih jugak! Saya akan rindukan Jisoo dan Jina! :') Ohhh tak lupa jugak Seokmin, bakal husband saya *perasannya saya lol* XP
Ahhhh cerita awak tak pernah kecewakan saya! Walaupun part klimaks cerita ni sedih gila gila sampai menangis tarik hingus saya dibuatnya, oh yeahh akhirnya happy ending pun >.<
Ohhhh siap dapat baby boy Jiwoo yang kacak lagi tu! XD
Saya harap anak Jisoo, Jiwoo dengan anak Jeonghan, Ahri berjodoh hehe ;p
Kalau rajin, awak buat la sequel eh? Pretty please ~ Lambat pun takpe saya sanggup tunggu selamanyaaaaa :D
aquariusxpisces
#6
Chapter 15: AwwwwwXD dah complete! Nasib baik Youngjae dengan Jina jumpa Jisoo! And dah ada anak punXD tapi kenapa Jeonghan layan dia macam hambar, hahaahaha.. Tak kisahlah, Jisoo sekarang dah ada Jina yeayyy
TKeyAlex
#7
Chapter 15: Awwww... everything from the precious chapter semua sweet! Suka smgt cara Jina pujuk Jisoo. Jeles lak sbb saya ni x pandai pujuk org. Lawak jugak Youngjae (honeymoon huh? promote cb dorng la tu hahahaha anyway lagu dorng best gila! saya suka! saya suka!)

Chapter last ni pun smuanya comel2.. Mcm kesinambungan cite Jeonghan lakk. Dua2 pasangan dh ada anak hwehwe geramnyaaaa pikir muka anak dorng. Mesti comel2 gila. I like how you ended it nicely. Takde satu benda yg sedih pun. Like Taehyung pun still jdi kawan and time dia nyanyi for their wedding is funny! Seok pulak jdi anak ksyangan keluarga Hong jugak. And everyone is happy..

Walaupun sedih fic ni dah habis, I've enjoyed every one of it. It's simple yet senang nak difaham. Ayat2 yang digunakan semua cantik and gramatis (weh dh lama x guna perktaan tu). Thanks for the letter too *heart sign* FIGHTING AUTHORNIM! May authornim berjaya dlm pembelajaran hwehwehwe. ♡♡♡♡♡
Seasony
#8
Chapter 15: Whoaaaaa!! I cry I laugh at the same time!!!!
The ending is soooo sweet!! I'm soo happy.
Its okay Taehyung, i ada kekee XD
Tahniah awakk! Actually, this is my first fanfic yg saya baca tanpa tunggu dia complete dulu. Hahaha. I always waiting for your update!
All the best!! I love you!!
NoonaYoung
#9
Annyoung, pembaca baru di sini ^^
Sy tertarik gan description & foreword, meskipun sy xbaca lg crte lain drpd authornim, tp thumbs up dulu diberikan ya!
Tq gak sbb tulis crte ni =)