Chapter 14

Hello, Mr Ji-Chu !
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

"Di mata saya, Encik Jisoo dah cukup sempurna.”

 

 

14

 

“Saya minta maaf atas apa yang berlaku dan saya di sini untuk menjelaskan segala-galanya.”

Pancaran lensa kamera dan cahaya silau tak henti-henti menyerang tubuh dan wajahnya. Di hadapan puluhan wartawan, Taehyung duduk dan menayang muka tak beriak. Sidang media yang diadakan menarik perhatian ramai wartawan memandangkan ini adalah topik hangat di negara mereka tika ini.

“Berita yang tersebar adalah tidak benar dan palsu. Memang betul saya ada berjumpa dengan Tuan Hong Jisoo dan gambar yang tersebar adalah asli dan tak diedit. Saya akui semua tu tapi apa yang telah dicanang tentang gambar tersebut sama sekali tak betul. Gambar diambil dari jarak yang jauh dan dari sudut yang tak sesuai sampai menimbulkan salah sangka. Berkemungkinan ada yang cuba ambil kesempatan menggunakan gambar tu untuk menganiaya dengan menyebarkan berita sebegini.”

Taehyung berjeda seketika. Dia memberanikan diri untuk memandang ke depan. Matanya merenung tajam ke arah kamera seakan memberikan amaran kepada pelaku yang menyebarkan berita palsu tentangnya.

“Saya harap dah tak ada apa-apa spekulasi yang tersebar lepas ni. Kenapa dan mengapa saya berjumpa dengan Tuan Hong pada waktu itu, biarlah ia jadi hal peribadi kami berdua. Yang penting, tak ada unsur negatif di sebalik pertemuan kami itu. Saya masih lelaki yang normal dan begitu juga dengan Tuan Hong Jisoo. Sekali lagi, saya tegaskan di sini, kami tak bercinta.”

Taehyung bersuara lantang dan tegas. Di sebelahnya, Youngjae sebagai wakil kepada Jisoo turut menyertai sidang media yang dilakukan.

“Saya berharap yang semua orang dapat menerima penjelasan ini dengan hati yang terbuka dan positif. Sejujurnya, ini cuma perkara kecil yang dibesar-besarkan oleh orang yang tak bertanggungjawab. Siapa pun pelakunya, anda takkan selamanya terlepas. Perbuatan terkutuk ini dah menjejaskan emosi dan menyusahkan banyak pihak. Saya sangat terkilan. Sekali lagi, saya mohon maaf kepada semua peminat dan mana-mana pihak yang terjejas gara-gara perkara ini.”

 

Setiap wartawan yang ada kagum dengan kematangan Taehyung tatkala memberikan segala keterangannya. Youngjae yang berada di sebelah juga terpaksa mengakui betapa profesionalnya idola muda itu. Siapa sangka, dia menjadi hero dalam keadaan sebegini? Setelah sekian lama mendiamkan diri, dia tampil bersuara untuk menjernihkan keadaan,

 

“Semoga lepas ni, dah tak ada lagi suara-suara sumbang tentang saya dan Tuan Hong Jisoo. Kami tak ada apa-apa dan hanya kenalan biasa. Saya harap semua boleh berhenti mengecam Tuan Hong Jisoo terutamanya. Berita palsu yang melibatkan kami ini sedikit sebanyak menjejaskan beliau jadi saya harap semuanya akan berakhir selepas ini. Kepada sesiapa yang bertanggungjawab dalam menyebarkan berita palsu ni, saya harap anda berhenti dan menyesali perbuatan anda. Terima kasih.”

 

Taehyung menutup ucapannya dan kini memberikan peluang kepada Youngjae sebagai wakil Jisoo untuk berbicara. Dia mula mengelamun sendiri.

 

“Jina-ya. Aku harap apa yang aku buat ni dapat gembirakan kau dan Encik Jisoo kau. Maafkan aku.” bisik hati Taehyung.

Setelah difikirkan sehabis baik, Taehyung akhirnya mengambil keputusan untuk mengalah. Biarlah dia mengakhiri semua ini. Tak guna dia masih kejar Jina sedangkan dia sendiri menjadi saksi betapa sayangnya gadis itu kepada Jisoo. Kata-kata Seokmin sewaktu pemuda itu menumbuknya semalam menyedarkan dia. Ya. Terima kasih kepada Seokmin.

 

“Kalau betul kau sayangkan kakak aku, kau patut buat dia gembira.”

 

Taehyung akur. Dia harap apa yang dia buat kali ini betul dan dapat membuat Jina gembira. Hanya itu cara untuk dia tunjuk bahawa dia sayangkan gadis itu. Meskipun dia tak dapat memilikinya.

 

 

“Masih tak ada khabar berita tentang Jisoo, Youngjae?”

Youngjae menggeleng lemah. Di hadapannya, Puan Hong mengeluh lemah dengan wajahnya yang muram. Matanya beralih ke arah si suami yang terbaring lemah di katil. Hujung selimut yang membaluti tubuh Tuan Hong dibetulkan sambil menahan air mata yang bergenang.

“Dah dua minggu dia menghilang. Kamu tak tahu dia ada di mana?”

“Maaf Puan Hong. Saya dah cuba cari merata tempat.”

Kini, mata Youngjae turut beralih pandang ke arah Tuan Hong. Sudah beberapa hari dia begitu. Sejak dia menghalau Jisoo, keadaan kesihatannya mula merosot. Kadang-kadang dia mengelamun sendiri dan tak lalu makan. Kata Puan Hong, suaminya berasa sangat bersalah atas perbuatannya terhadap anak mereka itu.  

Sejak dia menghalau Jisoo dan tak mengaku Jisoo itu anaknya, Tuan Hong jadi seorang yang pendiam dan pasif. Diajak berbual pun sekadar mahu tak mahu. Dia lebih banyak luangkan masa di rumah dan mula menyendiri. Apabila kebenaran tentang Jisoo yang tak bersalah sudah terbongkar, Tuan Hong tiba-tiba jatuh sakit. Doktor cakap dia terlalu stress. Youngjae faham. Pasti Tuan Hong rasa bersalah dan menyesal. Di tambah pula dengan Jisoo yang hilang entah ke mana. Semua orang mula risau.

“Bila dikenang balik peristiwa hari tu, saya rasa sedih sangat. Kami ibu bapa yang tak guna. Sepatutnya, dalam keadaan Jisoo yang macam tu, kami bagi sokongan dan kepercayaan kepada dia tapi kami? Kami sendiri yang menyakitkan dia.” luah Puan Hong kesal.

Youngjae masih diam dan mendengar dengan setia.

“Jisoo mesti terluka. Kesian dia. Padahal dia betul-betul tak bersalah. Disebabkan silap dia yang dulu, kami berdua ragui dia. Ibu bapa macam apa lah kami ni. Anak sendiri pun dibuang.” lirih suara Puan Hong kedengaran. Air mata diseka menggunakan hujung jari.

Youngjae turut sebak namun dia cuba sedaya upaya untuk berlagak tenang.

“Puan Hong jangan risau. Saya akan cuba cari Tuan muda sampai dapat.”

Sebetulnya, apa yang menimpa keluarga Hong sangat meruntun hatinya. Mereka sudah dia anggap bagaikan keluarga sendiri. Keluarga Hong melayannya baik malah tersangat baik. Layanan mereka kepada Youngjae bukan sekadar sebagai seorang pekerja namun lebih kepada keluarga. Kerana itu, dia turut terasa bila keluarga ini ditimpa susah.

Puan Hong mengangguk perlahan. Dia percayakan pemuda bernama Youngjae itu. Sepanjang dia berkhidmat dengan keluarga mereka, Youngjae tak pernah mengecewakan mereka.

Untuk seketika, mereka hanya berdiam diri. Youngjae masih membisu di situ memerhatikan Puan Hong yang menguruskan suaminya yang tak sihat.

 

“Youngjae…” namanya diseru oleh Puan Hong lantas anak muda itu memandang majikannya.

“Pasal budak Aster tu…kamu tahu kan? Dia ada di mana?”

 

Pertanyaan Puan Hong membuatkan mata Youngjae membulat. Aster? Maknanya Jina? Dah kenapa tiba-tiba Puan Hong menyoal tentang gadis itu.

 

 

“Saya nak bagi bunga untuk kekasih saya, boleh cik cadangkan bunga apa yang sesuai?”

Seorang lelaki yang merupakan pelanggan Emerald Floral menyoal Jina yang sedang leka membelek bunga orkid di pasu. Gadis itu menoleh dan menghadiahkan satu senyum manis. Tanpa berlengah, dia berjalan laju menuju ke arah bahagian bunga yang tersusun cantik dan mengajak lelaki tadi mengikutinya.

“Saya cadangkan bunga aster. Bunga ni nampak tenang dan sesuai kalau untuk diberikan kepada orang yang kita sayang.”

Aster. Bila disebut nama itu, dia teringatkan seseorang. Di mana dia sekarang? Dah berminggu hilang tanpa khabar berita.

“Cik.”

Jina tersentak. Nampaknya dia dah mula mengelamun di depan pelanggan. Malunya.

“Ya?”

“Bagi saya bunga aster ni ya? Bungkuskan cantik-cantik.”

“Baiklah.”

 

“Terima kasih, datang lagi.”

Sejambak bunga aster diserahkan kepada pelanggan tadi sambil tersenyum. Tatkala si pelanggan sudah menapak keluar, Jina mula mengeluh. Tiba-tiba hati terasa ngilu. Segala benda di sini mengingatkan dia kepada Jisoo. Dari bunyi loceng pintu yang berdenting saat ada orang masuk sehinggalah setiap kuntum bunga yang pernah Jisoo usik sekiranya dia ke sini. Rindu itu memang memeritkan.

 

TING !

 

“Selamat datang. Boleh saya…”

Kata-kata itu tersekat di hujung tekak tatkala wajah orang yang masuk menyapa pandangan mata. Ayat tak dapat dihabiskan. Tanpa sedar, mulutnya terlopong.

“Aster…”

“P…Puan…Hong?”

 

 

“Macam mana Auntie…errr…Pu…Puan tahu saya di sini?” Jina masih terkejut dan mula gagap. Kehadiran Puan Hong di sini membuatkan dia sangat terkejut. Apa yang aneh, wanita itu kelihatan tenang. Adakah dia dah tahu rahsia mereka berdua?

“Youngjae yang bagitau. Katanya, awak kerja di kedai bunga ni.”

Jina mengetap bibir. Dirinya tak senang duduk. Sah ! Memang dah pecah tembelang. Di sebelahnya, seorang wanita yang sangat disegani sedang merenung sejak tadi. Mereka berdua kini duduk di satu sudut kedai yang sememangnya tersedia kerusi untuk pelanggan yang menunggu.

“Puan…” panggilan auntie yang selalu digunakan kini terpaksa ditukar. Jina rasa serba tak kena.

Puan Hong menoleh saat gadis itu menyeru namanya. Tanpa disangka, Jina bangkit dari kerusi bersebelahan dan berdiri di hadapannya. Perlahan-lahan, tubuhnya diturunkan dan dia melutut di hadapan wanita itu.

“Saya minta maaf. Saya minta maaf sebab menipu Puan.” rayu gadis itu dengan kepala yang menunduk.

Puan Hong menghela nafas perlahan dan menarik senyum nipis. Dia ikut bangun dan mendekati Jina. Bahu gadis itu disentuh lembut lantas dia meminta Jina untuk bangun dari terus melutut.

“Saya dah tahu. Jisoo sendiri yang mengaku. Dia cakap, kamu tak salah. Dia yang minta kamu menyamar jadi kekasih dia. Puas dia merayu supaya kami tak ganggu kamu. Nampaknya, dia betul-betul risaukan kamu.” cerita Puan Hong membuatkan Jina terkedu.

“Saya minta maaf, Puan.”

“Sudahlah. Saya ke sini bukan untuk itu.”

Jina memandang wajah ibu Jisoo yang kelihatan sugul. Matanya berkedip-kedip seketika sambil menunggu Puan Hong menyambung bicara.

Sesuatu dikeluarkan oleh Puan Hong dari tas tangannya dan dihulurkan kepada Jina.

“Siapa punya ni, Puan?” soal Jina agak bingung. Kotak baldu kecil berwarna merah hati berserta dengan sepucuk surat yang dilipat dua kini bertukar tangan.

“Jisoo punya.”

Jina masih blur dengan jawapan Puan Hong.

“Tapi saya rasa ia untuk kamu. Bukaklah surat tu. Kamu perlu baca.”

Tanpa berlengah, Jina melakukan apa yang Puan Hong minta. Surat berwarna biru muda dengan tulisan tangan Jisoo itu ditenung seketika sebelum dia mula membaca.

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
The best part dalam menulis fanfics adalah bila kita dapat tanda tick dekat kotak 'mark as complete'. xD
Thanks kepada semua yang setia dengan HMJ. Saya sangat hargai anda semua^^

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
This is the best fanfic yg sy pernah baca.Dh la cpt update and ohsem.cuwit jgn citer lh bersemut skin.Btw,fighting author nim !!!! Chaiyok!!!!
Aida_Rusdi
#2
Chapter 15: Best sangat sangat sangat! Langsung x menyesal baca. Kan best klu dpt lelaki mcm Jisoo. Huhu, sedih masa part Jisoo menghilang. Paling best, happy ending dan masa Youngjae baling batu. Tapi kan Jae kawen dgn sape? //GFriend's Summer Rain keeps playing non-stop masa baca//
Shadow_warriorangel #3
Chapter 15: Alooooo dh kawen pulak xD xpe ar.. Not available blek ar xD akhirnye.. Xde ape lah sy nk tunggu lepas ni.. Sy hrp aauthornim dpt truskn semua ff yg trgendala xD bye authornim :3
Shadow_warriorangel #4
Chapter 14: Sy dlm hutan.. Dngn line satu bar sy dpt noti xD bahagia.. Part surat tu sumpah sweet authornim.. Mcm masa jisoo tnye jina psl surat utk taehyung xD btw.. Pesan kt youngjae.. Sy single and not available.. Tp blh available utk de.. ( • ̀ω•́ )✧ xD
lilylunalove
#5
Chapter 15: Huwaaaa cerita ni dah complete! T.T Saya happy tapi dalam masa yang sama saya sedih jugak! Saya akan rindukan Jisoo dan Jina! :') Ohhh tak lupa jugak Seokmin, bakal husband saya *perasannya saya lol* XP
Ahhhh cerita awak tak pernah kecewakan saya! Walaupun part klimaks cerita ni sedih gila gila sampai menangis tarik hingus saya dibuatnya, oh yeahh akhirnya happy ending pun >.<
Ohhhh siap dapat baby boy Jiwoo yang kacak lagi tu! XD
Saya harap anak Jisoo, Jiwoo dengan anak Jeonghan, Ahri berjodoh hehe ;p
Kalau rajin, awak buat la sequel eh? Pretty please ~ Lambat pun takpe saya sanggup tunggu selamanyaaaaa :D
aquariusxpisces
#6
Chapter 15: AwwwwwXD dah complete! Nasib baik Youngjae dengan Jina jumpa Jisoo! And dah ada anak punXD tapi kenapa Jeonghan layan dia macam hambar, hahaahaha.. Tak kisahlah, Jisoo sekarang dah ada Jina yeayyy
TKeyAlex
#7
Chapter 15: Awwww... everything from the precious chapter semua sweet! Suka smgt cara Jina pujuk Jisoo. Jeles lak sbb saya ni x pandai pujuk org. Lawak jugak Youngjae (honeymoon huh? promote cb dorng la tu hahahaha anyway lagu dorng best gila! saya suka! saya suka!)

Chapter last ni pun smuanya comel2.. Mcm kesinambungan cite Jeonghan lakk. Dua2 pasangan dh ada anak hwehwe geramnyaaaa pikir muka anak dorng. Mesti comel2 gila. I like how you ended it nicely. Takde satu benda yg sedih pun. Like Taehyung pun still jdi kawan and time dia nyanyi for their wedding is funny! Seok pulak jdi anak ksyangan keluarga Hong jugak. And everyone is happy..

Walaupun sedih fic ni dah habis, I've enjoyed every one of it. It's simple yet senang nak difaham. Ayat2 yang digunakan semua cantik and gramatis (weh dh lama x guna perktaan tu). Thanks for the letter too *heart sign* FIGHTING AUTHORNIM! May authornim berjaya dlm pembelajaran hwehwehwe. ♡♡♡♡♡
Seasony
#8
Chapter 15: Whoaaaaa!! I cry I laugh at the same time!!!!
The ending is soooo sweet!! I'm soo happy.
Its okay Taehyung, i ada kekee XD
Tahniah awakk! Actually, this is my first fanfic yg saya baca tanpa tunggu dia complete dulu. Hahaha. I always waiting for your update!
All the best!! I love you!!
NoonaYoung
#9
Annyoung, pembaca baru di sini ^^
Sy tertarik gan description & foreword, meskipun sy xbaca lg crte lain drpd authornim, tp thumbs up dulu diberikan ya!
Tq gak sbb tulis crte ni =)