Chapter 8

Hello, Mr Ji-Chu !
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Saya cuma perlukan seseorang yang boleh buat hati saya tenang sekarang ni. Saya nak sangat seseorang cakap kat saya yang semuanya akan okey.”

 

8

 

Jisoo melangkah lemah masuk ke dalam apartment mewah miliknya. Tubuhnya dihempas ke sofa sebaik saja dia tiba di ruang tamu. Tali leher yang dipakai ditanggalkan dan dilempar ke tepi sambil mengeluh. Dia bersandar di kepala sofa dan telapak tangannya diletakkan ke dahi. Mata Jisoo menerawang memandang ke arah siling rumah sambil mindanya memikirkan kejadian petang tadi.

 

“Lepaslah Jisoo. Anggap saja yang kita tak pernah kenal.”

“Tuan Jisoo, kenal ke dengan suami saya ni?”

 

Dari tadi, dua ayat itu asyik berlegar-legar di kepalanya. Naik pening Jisoo bila memikirkan soal itu. Berita mengejut tentang Jeonghan membuatkan dia sangat-sangat terpukul.

Jisoo mengeluh sekali lagi. Ternyata Jeonghan sudah mendirikan rumah tangga. Dia seakan tak percaya dengan berita itu. Dia terasa bagai berada dalam mimpi tatkala wanita yang merupakan salah seorang staf mengatakan bahawa Jeonghan itu suaminya. Patutlah dia selalu saja ternampak Jeonghan di situ.

Nafasnya terasa sesak. Fikirannya bercelaru. Dadanya terasa begitu berat menanggung beban yang menggunung ini.

“Kau dah berubah, Jeonghan.”

Sebetulnya, dia cemburu dengan Jeonghan. Lelaki itu dah menemui kebahagian sedangkan dia? Dia masih begini. Terluka sendiri dan menanggung derita yang tak ada sesiapa tahu. Apa yang dia rasakan saat ini begitu ngilu dan menghiris hatinya. Sakit itu cuma dia yang tahu dan Jisoo tak ada sesiapa untuk dia luahkan rasa ini. Dia perlukan seseorang. Seseorang yang memahami dirinya.

 

 

“Jina, kau balik dengan sapa?” Yuna menyoal Jina saat mereka keluar beriringan dari kedai. Tangan gadis itu berpaut pada lengan teman lelakinya, Hyungwon yang dari tadi hanya tersenyum memandang mereka berdua.

“Macam biasa, Jina balik dengan Jina.” seloroh Jina. Maksudnya, dia balik sendirian la tu. Dah memang jadi kebiasaan dia setiap hari. Kadang-kadang, kalau Seokmin rajin atau kebetulan ada di luar, dia akan jemput Jina namun ia jarang berlaku sebab adiknya itu sibuk belajar kebelakangan ini. Maklumlah, peperiksaan akhir dah tak lama lagi.

“Tu lah kau, cepat-cepat sikit cari kekasih.” sempat lagi Yuna mengusik. Dia jeling Hyungwon sambil tersengih manja. Tak tahu apa niat sebenarnya. Nak menunjuk atau memang serius nak nasihatkan Jina yang forever alone ni.

Jina sekadar tersengih.  Siapa cakap dia tak ada kekasih? Ada ! Walaupun cuma kekasih palsu tapi…boleh la dari tak ada kan? Wajah Jisoo tiba-tiba terimbas di minda.

“Eh, korang balik la dulu. Kedai ni biar aku yang kunci. Cepat, aku tau korang nak date kan? Pergilah…aku ok.” Jina cuba mengubah topik. Yuna tersengih sebelum menepuk bahu Jina beberapa kali dan melambai pergi.

Jina sekadar menghantar pasangan kekasih itu pergi dengan pandangan mata. Yuna dan Hyungwon yang berpegangan tangan itu sedikit sebanyak buat hati wanitanya terusik. Dia pun kadang-kadang teringin nak buat macam tu dengan cinta hatinya. Malangnya, tak ada sesiapa yang sudi.

“Nasib kau la, Jina.”keluh gadis itu sendiri seraya mengunci pintu kedai bunga yang merupakan tempat dia menabur bakti itu. Majikannya, Nana sudah memberikan kepercayaan kepada dia dan Yuna untuk menutup kedai tersebut saban malam jadi ini sudah menjadi salah satu rutin wajibnya setiap hari.

 

CLACK !

Bunyi mangga yang sudah ditekan kedengaran seiring dengan bunyi tapak kasut seseorang yang berjalan di belakang Jina.

 

Tap ! Tap !

Jina berpaling untuk beredar dari situ sambil matanya memandang ke arah beg untuk mencari telefon bimbit. Langkah gadis itu terhenti saat dia hampir berlanggar dengan tubuh seseorang yang berdiri betul-betul di hadapannya.

“Wuargh !” Jina menjerit terkejut namun dia segera mengawal dirinya semula. Dada diurut perlahan sambil matanya merenung geram ke arah lelaki yang berdiri persis tugu negara itu. Nasib baik dia tak ada penyakit lemah jantung. Kalau tak, rasanya Seokmin, adik kesayangannya itu mungkin akan hidup sebatang kara lepas ni.

“Encik Jisoo nak apa malam-malam macam ni? Terkejut saya. Kenapa tak panggil je?” sungut Jina kepada Jisoo yang masih berdiri tak berkutik di depannya.

“Encik tau tak jantung saya nak tercabut dah ni? Kalau saya mati macam mana?”

“Sorry…”

Jina terdiam. Suara Jisoo nampak macam tak bersemangat. Jina perasan yang dari tadi dia tunduk memandang bawah.

“Kenapa ni, Encik Jisoo?”

Jisoo mengangkat wajahnya perlahan-lahan. Matanya layu memandang ke arah Jina. Jina terpinga. Ni dah kenapa muka macam patah semangat ni?

“Kenapa muka macam baru gagal ujian memandu ni?” soal Jina pelik. Gagal ujian memandu? Tau tak dia yang Jisoo ada masalah yang lebih besar dari tu?

Jisoo tak menjawab soalan Jina sebaliknya dia mendekati gadis itu. Tangan Jina diraih lantas tanpa disangka, tubuh Jina ditarik ke dalam pelukan dan dia menghela nafas perlahan. Kepalanya didaratkan ke bahu Jina yang jelas lebih rendah dari Jisoo itu.

Jina tergamam. Matanya membulat.

 

“Please stay. Kejap je. Saya betul-betul perlukan ni.” pinta Jisoo lirih.

 

Jantung Jina mula berdegup kencang. Dia terpana. Tak menyangka yang kini dia berada di dalam pelukan Jisoo. Haruman perfume Blossom dari jenama Clean yang dipakai Jisoo menusuk masuk ke dalam hidung Jina memandangkan jarak mereka yang terlalu dekat itu.

“Kenapa ni?” soal Jina sekali lagi.

Jisoo masih membisu. Soalan Jina tak dijawabnya.

Perlahan-lahan, Jina membalas pelukan pemuda itu. Tangannya di bawa ke belakang Jisoo lantas diusap perlahan untuk cuba menenangkan dia. Jisoo seperti sedang dalam masalah. Jina tak tahu apa masalahnya namun dia cuba untuk membantu.

Belakang Jisoo ditepuk-tepuk untuk memberikan sedikit semangat.

 

“Thanks, Standee Girl.”

 

Jina mengangguk. Entah kenapa, jauh di sudut hatinya dia ingin waktu terhenti di sini. Berada dalam pelukan Jisoo membuatkan perasaan Jina berbunga indah.

“Saya cuma perlukan seseorang yang boleh buat hati saya tenang sekarang ni. Saya nak sangat seseorang cakap kat saya yang semuanya akan okey.” luah Jisoo lagi. Pelukan Jina sedikit sebanyak buat jiwanya yang bercelaru tadi menjadi tenang semula. Hangatnya pelukan mereka membuatkan dada Jisoo terasa lapang. Aneh kan? Jisoo tak sangka yang satu pelukan sudah memadai untuk memujuk hatinya yang walang. Kuat sungguh kuasa pelukan ni kan? Atau mungkin juga orang yang dipeluk itu ada satu aura yang buat dia jadi begini?

“Encik Jisoo janganlah sedih. Walau apa pun masalah yang encik hadapi, saya yakin encik pasti boleh selesaikannya. Encik Jisoo kan hebat?”

Jisoo tertawa kecil saat mendengar kata-kata Jina. Hebat? Dia puji ke dia perli?

“Betul ke saya hebat?”

“Ye la. Encik Jisoo hebat. Jjang !”

Pelukan dileraikan oleh Jisoo namun tangannya kini mencengkam bahu Jina. Wajah gadis itu direnung dengan satu senyum pahit.

Jina terkedu. Terasa kosong saat pelukan dileraikan namun dia berpura-pura biasa. Senyum Jisoo dibalas sambil matanya terkebil-kebil memandang ke arah lelaki itu.

“Terima kasih sebab jadi seseorang tu, Standee Girl.”

“Sama-sama, Encik Ji-chu.”

“Sorry sebab tiba-tiba…” Jisoo jadi segan dengan perlakuannya tadi. Belakang kepala digosok sambil dia tayang sengih janggal. Dia malu untuk bertentang mata dengan Jina bila dia tersedar yang dia dah agak melampau.

“Tak apa. Saya pun pernah rasa macam apa yang Encik Jisoo rasakan. Rasa perlukan sangat pelukan untuk tenangkan hati kan?” Jina tersengih.

“Awak ni betul-betul memahami la. You are such a sweet girl.” tanpa sedar, Jisoo memuji Jina. Kata-kata itu memang ikhlas lahir dari lubuk hatinya.

Wajah Jina mula merah dek kerana malu dipuji sebegitu.

 

Tanpa disangka, tak jauh dari situ seseorang sedang memerhati setiap tingkah Jina dan Jisoo. Dia bersembunyi di sebalik bangunan berdekatan sambil mata terus memaku ke arah pasangan tersebut. Hatinya terasa bagai disiat saat melihat mereka berdua berpelukan tadi. Hujung bibir digigit tanda geram. Kerana tak sanggup untuk terus melihat gelagat mesra pasangan di sana, dia akhirnya melangkah kaki meninggalkan tempat tersebut. Hoodie yang menutup kepala dibetulkan sebelum merengus kasar. Bengang dengan apa yang dilihat.

 

 

Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi. Angin sejuk yang bertiup lembut masuk melalui tingkap bilik latihan yang terbuka luas. Taehyung tersandar lemah di dinding sambil mengeluh. Earphone di keluarkan dari dalam poket sweater dan disumbat ke dalam telinga.

Lagu Hug Me yang pernah dia nyanyikan bersama J-Hope dulu berkumandang di telinga. Entah mengapa, malam itu sangat melankolik bagi Taehyung. Seseorang yang dari semalam bermain dalam mindanya menjadi punca jiwa Taehyung tak tenang.

Surat merah jambu bersama kimbap yang diterimanya semalam membuatkan Taehyung resah gelisah. Lee Jina. Nama itu berlegar-legar dalam mindanya.

 

nae gyeote isseojwo naege meomulleojwo

(Tolong berada di sisi aku, tolong tetaplah di sini)

ne soneul jabeun nal nohchi jimarajwo

(Tolong jangan lepaskan aku yang memegang tangan mu)

ireohke niga hangeoreum meoreojimyeon

(Jika kau menapak satu langkah untuk pergi)

naega hangeoreum deo gamyeon dwe janha

(Aku hanya mampu mengambil satu langkah lagi dan ia sudah mencukupi)

 

“Maafkan aku.”

Untuk ke sekian kalinya, dia menatap surat tulisan tangan gadis itu.

 

 

Jisoo melangkah keluar dari kereta untuk naik ke pejabat. Perjumpaan dengan seorang client di hotel berdekatan membuatkan dia agak letih. Letih melayan kerenah pelanggan yang agak cerewet itu. Masih ada baki satu jam sebelum waktu kerjanya tamat dan dia tak sabar nak balik berehat memandangkan jadual hariannya sangat padat pada hari ini.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
The best part dalam menulis fanfics adalah bila kita dapat tanda tick dekat kotak 'mark as complete'. xD
Thanks kepada semua yang setia dengan HMJ. Saya sangat hargai anda semua^^

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
This is the best fanfic yg sy pernah baca.Dh la cpt update and ohsem.cuwit jgn citer lh bersemut skin.Btw,fighting author nim !!!! Chaiyok!!!!
Aida_Rusdi
#2
Chapter 15: Best sangat sangat sangat! Langsung x menyesal baca. Kan best klu dpt lelaki mcm Jisoo. Huhu, sedih masa part Jisoo menghilang. Paling best, happy ending dan masa Youngjae baling batu. Tapi kan Jae kawen dgn sape? //GFriend's Summer Rain keeps playing non-stop masa baca//
Shadow_warriorangel #3
Chapter 15: Alooooo dh kawen pulak xD xpe ar.. Not available blek ar xD akhirnye.. Xde ape lah sy nk tunggu lepas ni.. Sy hrp aauthornim dpt truskn semua ff yg trgendala xD bye authornim :3
Shadow_warriorangel #4
Chapter 14: Sy dlm hutan.. Dngn line satu bar sy dpt noti xD bahagia.. Part surat tu sumpah sweet authornim.. Mcm masa jisoo tnye jina psl surat utk taehyung xD btw.. Pesan kt youngjae.. Sy single and not available.. Tp blh available utk de.. ( • ̀ω•́ )✧ xD
lilylunalove
#5
Chapter 15: Huwaaaa cerita ni dah complete! T.T Saya happy tapi dalam masa yang sama saya sedih jugak! Saya akan rindukan Jisoo dan Jina! :') Ohhh tak lupa jugak Seokmin, bakal husband saya *perasannya saya lol* XP
Ahhhh cerita awak tak pernah kecewakan saya! Walaupun part klimaks cerita ni sedih gila gila sampai menangis tarik hingus saya dibuatnya, oh yeahh akhirnya happy ending pun >.<
Ohhhh siap dapat baby boy Jiwoo yang kacak lagi tu! XD
Saya harap anak Jisoo, Jiwoo dengan anak Jeonghan, Ahri berjodoh hehe ;p
Kalau rajin, awak buat la sequel eh? Pretty please ~ Lambat pun takpe saya sanggup tunggu selamanyaaaaa :D
aquariusxpisces
#6
Chapter 15: AwwwwwXD dah complete! Nasib baik Youngjae dengan Jina jumpa Jisoo! And dah ada anak punXD tapi kenapa Jeonghan layan dia macam hambar, hahaahaha.. Tak kisahlah, Jisoo sekarang dah ada Jina yeayyy
TKeyAlex
#7
Chapter 15: Awwww... everything from the precious chapter semua sweet! Suka smgt cara Jina pujuk Jisoo. Jeles lak sbb saya ni x pandai pujuk org. Lawak jugak Youngjae (honeymoon huh? promote cb dorng la tu hahahaha anyway lagu dorng best gila! saya suka! saya suka!)

Chapter last ni pun smuanya comel2.. Mcm kesinambungan cite Jeonghan lakk. Dua2 pasangan dh ada anak hwehwe geramnyaaaa pikir muka anak dorng. Mesti comel2 gila. I like how you ended it nicely. Takde satu benda yg sedih pun. Like Taehyung pun still jdi kawan and time dia nyanyi for their wedding is funny! Seok pulak jdi anak ksyangan keluarga Hong jugak. And everyone is happy..

Walaupun sedih fic ni dah habis, I've enjoyed every one of it. It's simple yet senang nak difaham. Ayat2 yang digunakan semua cantik and gramatis (weh dh lama x guna perktaan tu). Thanks for the letter too *heart sign* FIGHTING AUTHORNIM! May authornim berjaya dlm pembelajaran hwehwehwe. ♡♡♡♡♡
Seasony
#8
Chapter 15: Whoaaaaa!! I cry I laugh at the same time!!!!
The ending is soooo sweet!! I'm soo happy.
Its okay Taehyung, i ada kekee XD
Tahniah awakk! Actually, this is my first fanfic yg saya baca tanpa tunggu dia complete dulu. Hahaha. I always waiting for your update!
All the best!! I love you!!
NoonaYoung
#9
Annyoung, pembaca baru di sini ^^
Sy tertarik gan description & foreword, meskipun sy xbaca lg crte lain drpd authornim, tp thumbs up dulu diberikan ya!
Tq gak sbb tulis crte ni =)