Chapter 3

Hello, Mr Ji-Chu !
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

“Macam mana kalau saya rosakkan rancangan, Encik?” 

“Please, jangan buat macam tu.”

 

3

 

“Aku dah agak. Dia cuma menipu. Aku tak patut percayakan dia.” Jina menghela nafas berat. Sia-sia dia minta cuti separuh hari tadi. Nampaknya dia kena tipu. Tu lah ! Dia betul-betul percaya bila lelaki bernama Jisoo itu cakap nak bawa dia jumpa Taehyung kalau dia terima tawaran tersebut.

Jina menghentakkan kakinya sebal. Dah dekat 30 minit dia menunggu Jisoo di sebuah kafe seperti mana yang dijanjikan semalam namun bayang lelaki itu masih tak kelihatan.

“Aku ni bodoh. Sebab Taehyung aku jadi bodoh.” keluh Jina sendiri. Air mata mula bergenang lantas segera di seka supaya tak turun membasahi wajahnya. Terasa sebak dengan apa yang dia dah buat. Kerana Taehyung, dia diperbodohkan oleh seseorang yang dia langsung tak kenal.

Jina memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg sebelum meletakkan sekeping wang kertas untuk membayar minuman yang dipesan dari pelayan kafe. Dia sudah tak mahu menunggu dan lebih baik dia balik.

 

“Cik Jina?

Baru saja dia bangkit dari kerusi, seorang pemuda segak berkemeja putih muncul di hadapannya dan menyapa. Gadis itu mengerutkan dahi saat pandangan dilemparkan kepada pemuda tampan yang menegurnya tadi.

“Macam mana…” Jina pelik bila lelaki asing itu tahu namanya.

Melihat Jina yang terpinga-pinga buat dia tersenyum. Dalam diam  dia merenung gadis di depannya itu. Jadi inilah gadis yang majikannya maksudkan? Boleh tahan jugak. Walaupun gay tapi selera majikannya pada perempuan masih tak menghampakan. Hahaha !

“Saya Youngjae, pembantu Tuan Jisoo. Cik yang Tuan Jisoo…” ayatnya tak dihabiskan. Dia saja nak menguji gadis itu. Mana tahu kalau dia dah salah orang. Tapi, anggukan selamba gadis itu buat dia kembali yakin. Memang inilah orang yang Jisoo cakap.

“Mana dia?”

“Dia ada hal lain. Jadi, dia suruh saya bawak cik dan uruskan semuanya. Petang nanti baru dia akan jumpa dengan cik semula.”

Jina mengangguk akur. Bertuah betul jadi orang kaya, suruh je orang lain uruskan semua benda untuk dia kalau dia tak boleh nak buat. Asal ada duit, semuanya boleh.

“Cik ikut saya, ya?”

“Ke mana?”

“Shopping mall.”

“Eh?”

 

 

Jina merenung dress berwarna biru lembut yang tersarung di tubuhnya. Terpegun seketika. Seumur hidupnya, ini adalah pakaian terbaik yang pernah dipakai. Cantik ! Memang kena dengan cita rasa Jina. Dress paras lutut itu dibelek-belek. Lace pada dress berwarna biru bercorak bunga itu menambat hati Jina. Masih tak percaya yang baju itu sedang dipakai olehnya. Jina tersenyum sendiri.

“Suka tak cik?”

“Lawa. Pandai Encik Youngjae pilih.” puji Jina tanpa memandang ke arah Youngjae. Dia sibuk merenung cermin di hadapannya sambil cuba bergaya dengan dress cantik itu.

“Saya pilih? Bukanlah. Itu Tuan Jisoo yang pilih sendiri. Saya cuma bawak cik datang sini dan ikut segala arahan dia.” balas Youngjae. Muka Jina yang terkejut dipandang sambil ketawa kecil.

“Biar betul? Heh, seronok betul jadi Encik Jisoo kan?” omel Jina sendiri. Dari tadi dia agak cemburu dengan Jisoo yang boleh mengarahkan orang sesuka hati. Siap ada pembantu peribadi yang kacak pulak tu.

Youngjae sekadar mengangguk. Dah nak dekat satu jam dia dan Jina di dalam butik terkemuka yang bertapak di salah sebuah pusat beli-belah ternama itu dan hampir satu jam jugak Jina membelek tubuhnya di depan cermin. Macam-macam gaya dah dibuat. Kejap ala-ala ratu cantik, kemudian bergaya konon-konon idol di atas pentas dan sekarang, dia tengah buat gaya macam tuan puteri. Siap melambai-lambai depan cermin lagi.

Jam tangan dikerling seketika.

“Err, cik Jina?”

Jina menoleh tanda respons dengan panggilan Youngjae.

“Kita kena pergi.”

“Pergi mana pulak?”

Youngjae diam seketika.

“Jumpa Encik Jisoo ke?” Jina meneka dan Youngjae menggeleng.

“Belum lagi.  Dia minta saya bawak cik Jina bersolek. Katanya muka cik Jina terlalu pucat.”

“Eh? Sesuka hati dia saja kutuk muka saya. Saya ni cantik semula jadi tau tak?” omel Jina.

Youngjae angkat bahu tanda tak ada komen. Dia cuma menurut arahan saja.

 

 

“Cik Jina, Ok?”

“Ok.”

Suasana di dalam kereta hening sebelum akhirnya Youngjae bersuara. Jina yang duduk di sebelahnya dikerling. Gadis itu nampak berbeza daripada sebelum ini. Kalau tadi masa dia jumpa Jina di kafe, gadis itu hanya ringkas mengenakan t-shirt putih dan seluar jeans lusuh.  Mukanya pun pucat tanpa mekap dan rambutnya diikat ala kadar. Agak selekeh walaupun orangnya cantik.

Berbeza dengan Jina yang sekarang. Si gadis itu nampak ayu dengan dress baby blue yang Jisoo pilih, dikenakan pula dengan anting-anting mutiara sebagai aksesori dan mukanya disolek ringkas oleh seorang jurusolek upahan yang Jisoo gajikan semata-mata untuk gadis bernama Jina ini. Apa yang paling ketara, rambut Jina juga sudah berubah gaya. Rambut hitam pekatnya kini berubah warna menjadi coklat muda bercampur merah sebagai highlight. Sangat berbeza dengan imej awalnya.

“Mungkin ini adalah ‘Aster’ yang tuan muda bayangkan.” Youngjae bermonolog dalam hati. Agak kagum dengan pilihan Jisoo yang berjaya menukar seorang gadis tempatan bernama Lee Jina menjadi seorang gadis kacukan luar negara bernama Aster. Dengan gaya Jina sebegini, Youngjae yakin yang Tuan dan Puan Hong akan percaya bulat-bulat tentang kekasih upahan Jisoo.

“Cik Jina dah kenal Tuan muda Jisoo lama ke?” soalan itu ditujahkan kerana rasa ingin tahu yang terlalu tinggi. Selama ni, Youngjae tak pernah nampak Jisoo rapat dengan mana-mana perempuan dan bila Jisoo cakap dia dah jumpa gadis yang sanggup nak tolong dia menyamar jadi kekasih, Youngjae agak terkejut.

“Baru dua hari.”

Muka Youngjae bertukar kelat. Tak menyangka jawapan dari Jina.

“Jadi? Macam mana boleh setuju?” soalan itu keluar dari mulut Youngjae tanpa dapat ditahan. Dia nampak macam busy body ke?

Jina sekadar ketawa janggal sebelum menjawab.

“Sebab dia janjikan sesuatu yang buat saya tak boleh tolak.”

Youngjae mengangguk perlahan. Tak mahu terus bertanya. Pelbagai andaian mula menjengah minda namun dia diamkan saja. Malas nak masuk campur. Itu adalah antara Jina dan Jisoo.

 

 

Kereta yang dinaiki berhenti di sebuah kawasan apartment mewah yang tersergam indah di tengah kota raya Seoul. Jina tak dapat menahan diri dari terus merenung bangunan eksklusif itu dengan mulutnya yang terlopong. Ini kali pertama dia jejakkan kaki ke sini. Selama ni tengok dari jauh saja.

“Kita dah sampai. Ini rumah Tuan muda Jisoo. Dari sini, Cik Jina naik  kereta dengan dia ke majlis tu.” kata Youngjae sambil memutarkan stereng kereta menuju ke arah tempat letak kereta.

“Encik Youngjae macam mana?” soal Jina kepada Youngjae yang sedang fokus pada pemanduannya.

“Saya?”

Jina mengangguk. Kalau boleh, biarlah mereka bertiga ke sana sama-sama. Tak ada la rasa janggal sangat. Dengan Youngjae, Jina tak b

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
The best part dalam menulis fanfics adalah bila kita dapat tanda tick dekat kotak 'mark as complete'. xD
Thanks kepada semua yang setia dengan HMJ. Saya sangat hargai anda semua^^

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
This is the best fanfic yg sy pernah baca.Dh la cpt update and ohsem.cuwit jgn citer lh bersemut skin.Btw,fighting author nim !!!! Chaiyok!!!!
Aida_Rusdi
#2
Chapter 15: Best sangat sangat sangat! Langsung x menyesal baca. Kan best klu dpt lelaki mcm Jisoo. Huhu, sedih masa part Jisoo menghilang. Paling best, happy ending dan masa Youngjae baling batu. Tapi kan Jae kawen dgn sape? //GFriend's Summer Rain keeps playing non-stop masa baca//
Shadow_warriorangel #3
Chapter 15: Alooooo dh kawen pulak xD xpe ar.. Not available blek ar xD akhirnye.. Xde ape lah sy nk tunggu lepas ni.. Sy hrp aauthornim dpt truskn semua ff yg trgendala xD bye authornim :3
Shadow_warriorangel #4
Chapter 14: Sy dlm hutan.. Dngn line satu bar sy dpt noti xD bahagia.. Part surat tu sumpah sweet authornim.. Mcm masa jisoo tnye jina psl surat utk taehyung xD btw.. Pesan kt youngjae.. Sy single and not available.. Tp blh available utk de.. ( • ̀ω•́ )✧ xD
lilylunalove
#5
Chapter 15: Huwaaaa cerita ni dah complete! T.T Saya happy tapi dalam masa yang sama saya sedih jugak! Saya akan rindukan Jisoo dan Jina! :') Ohhh tak lupa jugak Seokmin, bakal husband saya *perasannya saya lol* XP
Ahhhh cerita awak tak pernah kecewakan saya! Walaupun part klimaks cerita ni sedih gila gila sampai menangis tarik hingus saya dibuatnya, oh yeahh akhirnya happy ending pun >.<
Ohhhh siap dapat baby boy Jiwoo yang kacak lagi tu! XD
Saya harap anak Jisoo, Jiwoo dengan anak Jeonghan, Ahri berjodoh hehe ;p
Kalau rajin, awak buat la sequel eh? Pretty please ~ Lambat pun takpe saya sanggup tunggu selamanyaaaaa :D
aquariusxpisces
#6
Chapter 15: AwwwwwXD dah complete! Nasib baik Youngjae dengan Jina jumpa Jisoo! And dah ada anak punXD tapi kenapa Jeonghan layan dia macam hambar, hahaahaha.. Tak kisahlah, Jisoo sekarang dah ada Jina yeayyy
TKeyAlex
#7
Chapter 15: Awwww... everything from the precious chapter semua sweet! Suka smgt cara Jina pujuk Jisoo. Jeles lak sbb saya ni x pandai pujuk org. Lawak jugak Youngjae (honeymoon huh? promote cb dorng la tu hahahaha anyway lagu dorng best gila! saya suka! saya suka!)

Chapter last ni pun smuanya comel2.. Mcm kesinambungan cite Jeonghan lakk. Dua2 pasangan dh ada anak hwehwe geramnyaaaa pikir muka anak dorng. Mesti comel2 gila. I like how you ended it nicely. Takde satu benda yg sedih pun. Like Taehyung pun still jdi kawan and time dia nyanyi for their wedding is funny! Seok pulak jdi anak ksyangan keluarga Hong jugak. And everyone is happy..

Walaupun sedih fic ni dah habis, I've enjoyed every one of it. It's simple yet senang nak difaham. Ayat2 yang digunakan semua cantik and gramatis (weh dh lama x guna perktaan tu). Thanks for the letter too *heart sign* FIGHTING AUTHORNIM! May authornim berjaya dlm pembelajaran hwehwehwe. ♡♡♡♡♡
Seasony
#8
Chapter 15: Whoaaaaa!! I cry I laugh at the same time!!!!
The ending is soooo sweet!! I'm soo happy.
Its okay Taehyung, i ada kekee XD
Tahniah awakk! Actually, this is my first fanfic yg saya baca tanpa tunggu dia complete dulu. Hahaha. I always waiting for your update!
All the best!! I love you!!
NoonaYoung
#9
Annyoung, pembaca baru di sini ^^
Sy tertarik gan description & foreword, meskipun sy xbaca lg crte lain drpd authornim, tp thumbs up dulu diberikan ya!
Tq gak sbb tulis crte ni =)