Chapter 9

EXO's Housekeeper

Sejak kejadian yang berlaku diantara Sehun dan Airin, mereka sering mengelak antara satu sama lain. Setiap kali memandang wajah Airin, mesti Sehun teringat peristiwa tu kembali. Begitu juga dengan Airin.

Ketika Airin sedang mencuci pinggan disingki, kedengaran bunyi loceng asrama EXO. “ Mesti diorang dah balik” kata hati Airin. Lalu Airin pun membuka pintu. Kelihatan member EXO sedang berdiri dimuka pintu.

“ Anneong Airin” ucap Chanyeol kepada Airin dengan senyum riang. Airin pun tersenyum dan membalas ucapan Chanyeol.

Satu-persatu member EXO masuk ke dalam asrama. Apabila tiba giliran Sehun, senyuman Airin terus hilang. Mukanya mula merona kemerahan. Sehun pun menggosok belakang tengkuknya kerana berasa janggal. Airin terus kembali ke dapur dan Sehun terus masuk ke biliknya. Semua member EXO memandang mereka berdua dengan pelik.

“Diorang ni ada apa-apa ke?” tanya Baekhyun kepada member EXO yang lain.

“Diorang malu la tu pasal kejadian hari tu” terang Chanyeol seakan faham situasi Sehun dan Airin.

“Ohhh” semua member EXO berkata serentak.

Tiba-tiba Airin muncul dari dapur. “ Airin balik dulu” pinta Airin lalu mencapai begnya.

“Eh, cepatnya Airin nak balik?” tanya Chanyeol.

“Airin ada hal sebab tu nak balik awal” jawab Airin. Sebenarnya Airin nak balik awal sebab nak mengelakkan diri dari Sehun.

“Owh ye ke. Kalau macam tu tak apa la. Hati-hati balik nanti”. Semua member EXO melambai ke arah Airin.

Sehun yang berada dalam bilik lega kerana Airin dah balik. Dia tak senang duduk sejak bertentang mata dengan Airin sebentar tadi.

“Kenapa dengan aku ni?” tanya Sehun kepada dirinya. Jantungnya tak berhenti berdegup kencang sejak tadi.

Sehun mencapai telefonnya dan mencari punca jantungnya berdegup kencang. Satu-persatu artikel dilihat. Sehun klik pada satu artikel yang menarik minatnya.

‘Salah satu sebab jantung kita berdegup kencang apabila terlihat seseorang ialah kemungkinan kita sukakan seseorang tersebut’

“What?” kata Sehun dengan nada terkejut. “ No no no. Tak mungkin tak mungkin. Tak mungkin aku sukakan dia”. Sehun cuba menafikannya.

Tiba-tiba Suho masuk ke dalam bilik. “ Kau ni kenapa? Kau cakap dengan siapa?”. Suho hairan melihat Sehun yang bercakap seorang diri. Tak mungkin Sehun dah jadi gila lepas tidur dengan Airin.

“Hah? Tak de apa-apa”. Sehun yang terkejut dengan pertanyaan Suho cuba untuk mengawal rasa malunya.

Suho memandang Sehun dengan rasa tak percaya tetapi Suho malas nak bertanya lagi. Lalu Suho pun keluar dari bilik.

“Hyung kenapa?” tanya Chanyeol apabila melihat Suho seperti memikirkan sesuatu selepas keluar dari biliknya.

“Hyung rasa ada sesuatu tak kena dengan Sehun la”. Suho mengusap dagunya seperti seorang detektif sedang berfikir.

“Kenapa dengan Sehun?”. Chanyeol menggongcangkan bahu Suho. Chanyeol tak nak sesuatu yang buruk terjadi pada Sehun. Dia sayangkan Sehun seperti adiknya.

“Hyung rasa Sehun ada sukakan someone la” terang Suho sambil cuba melepaskan tangan Chanyeol dari bahunya.

Chanyeol melepaskan nafas lega. Dia ingatkan apa la tadi. “ Mana hyung tau?”.

“Waktu dalam bilik tadi hyung nampak dia cakap ‘ Tak mungkin tak mungkin. Tak mungkin aku sukakan dia’”. Suho melakonkan kembali apa yang dilakukan Sehun tadi.

“Jjinja?”. Chanyeol membulatkan matanya seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Suho.

Suho menganggukkan kepalanya. Dia masih lagi berfikir siapakah yang wanita yang berjaya menawan hati dongsaeng kesayangannya itu.

“Takpe hyung. Nanti kita siasat sama-sama”. Chanyeol memegang bahu Suho dan Suho mengangguk setuju.

“Park!”

“Kim!

“CROSS!”

Suho dan Chanyeol menyilangkan lengan mereka seperti yang selalu dilakukan oleh Kwangsoo dan Sukjin dalam rancangan Running Man.

====================================

Hello guys! Malam ni saya update dua chapter. Enjoy reading and don't forget to comment and subscribe ^^

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 18: Seronok baca ff author. Btw good luckfor your study.
BaeBacon__L #2
Chapter 11: Boleh bayangkan kehenseman sehun bila dia dekat dengan airin
SakuraDyrah93 #3
Chapter 15: Aww..that sweet sehun bagi rantai kat airin..btw, siapa yg ambik gmbr mereka ya?hmm..reporter kah?hmm
SakuraDyrah93 #4
Chapter 13: Haiii!! Sorry..baru saya berpeluang nak bagi komen..hehe..apa2 pun..i like your fanfics!! Sgt comel dan lucu..hehe..nakal la suho dan chanyeol nie..hehe..tapi terbukti sehun rupanya suka dengan airin..hahaha..tak sabar nak tahu ceta selanjutnya..hwaiting authornim!! <3 <3
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 2: Best! Update soon author nim.