Chapter 14

EXO's Housekeeper

Suasana malam tu di Han River sungguh tenang. Kelihatan Sehun sedang duduk bersedirian sambil menatap skrin phonenya. Adakalanya dia mengeluh. Kemudian dia mendail nombor seseorang.

"Hello". Suara dihujung talian menjawab panggilan Sehun seperti endah tak endah.

"Permintaan ketiga. Datang Han River sekarang". Sehun memberi arahan tetapi tak tegas seperti biasa.

"Kau gila ke? Dah malam dah ni".

"Aku bagi kau masa 10 minit". Sehun terus mematikan panggilan.

Airin mendengus geram lalu terus bergegas ke Han River. Setibanya di Han River, Airin lihat Sehun sedang duduk seorang diri. Niat hatinya mahu memarahi Sehun kerana memaksanya keluar malam-malam ni tapi melihatkan air muka Sehun yang muram terbatal niatnya.

"Kau kenapa ni?". Airin melabuhkan punggungnya di sebelah Sehun.

Sehun memandang Airin lalu menghulurkan phonenya kepada Airin. Airin terpinga seketika. Kemudian Airin mengambil phone Sehun tersebut dan terpapar berpuluh komen anti-fan terhadap Sehun di skrin phonenya. Airin membaca satu persatu komen tersebut. Ada yang kata Sehun tak pandai menyanyi, ada yang kata Sehun hanya jual rupa tapi takde bakat dan banyak lagi.

"Aku tak tau la apa yang anti-fan ni benci sangat kat aku". Sehun mengeluh sambil mengusut-ngusutkan rambutnya.

"Dah kau tu sombong sangat mesti la ramai yang tak suka kau". Nak je Airin cakap macam tu kat Sehun tapi memikir Sehun sedang bersedih dia tak nak mengeruhkan keadaan.

"Sabar la. Jadi artis biasa la ada anti-fan. Anti-fan ni kadang-kadang benci kita tak de sebab pun. Nama pun anti-fan. Kau jangan la sedih sangat. Be a man!". Airin cuba menceriakan Sehun. Walaupun dia tak pandai sangat nak pujuk orang tapi sekurang-kurangnya dia mencuba.

Airin menarik lembut bahu Sehun ke sisinya. Sehun terkejut dengan tindakan Airin tapi dia biarkan saja sebab fikiran dia tengah kusut sekarang ni. Sehun pun meletakkan kepalanya atas bahu Airin. Airin pun terkejut dengan tindakannya. Dia pun tak tau kenapa dia buat macam tu. Dia hanya ingin menenangkan Sehun. Airin menggosok-gosok bahu Sehun untuk memberi semangat kepada Sehun.

"Airin". Tiba-tiba Sehun bersuara setelah  beberapa minit mereka berdiam.

Airin tersentak kerana Sehun tidak pernah memanggilnya dengan namanya. "Yyy...ya?" jawab Airin tergagap.

"Kau pernah rasa down yang teramat sangat tak?". Sehun mengangkat kepalanya dari bahu Airin lalu memandang Airin.

"Mesti la pernah. Waktu aku mula-mula belajar kat luar negara dulu aku tak pandai cakap orang putih sebab aku memang tak minat English. Jadi aku selalu kene ejek waktu kat sekolah. Waktu tu aku tension sangat sampai aku rasa nak  berhenti sekolah. Tetapi lepas tu aku jumpa dengan Amy. Amy orang sana tapi mak dia bekerja sebagai penterjemah bahasa korea jadi Amy pandai la berbahasa korea. Dari dia la aku belajar bahasa inggeris. Aku belajar dengan sungguh-sungguh sebab aku nak bukti kan dekat kawan-kawan aku yang lain. Lepas sebulan aku dah fasih berbahasa inggeris. Sejak tu diorang tak ejek aku dah. Jadi kau pun kena bukti kan kat anti-fan kau yang kau bukan seperti apa yang mereka katakan". Airin tersenyum ke arah Sehun.

Kelihatan Sehun mula tersenyum."Lepas dengar cerita kau ni aku rasa bersemangat sikit". Sehun tersenyum gembira kepada Airin. Sehun bertekad ingin membuktikan  kepada anti-fannya.

"Hah macam ni la. Ni la Sehun yang aku kenal". Airin menepuk-nepuk bahu Sehun.

Tiba-tiba langit menjadi gelap dan hujan rintik-rintik mulai turun. Sehun dan Airin bergegas mencari tempat berteduh. Mereka berteduh di bawah satu pondok kecil yang terdapat disitu. Airin menggosok kedua-dua belah tangannya kerana kesejukan. Dia terlupa nak bawa sweaternya. Kemudian dia rasa ada seseorang memegang tangannya. Kelihatan Sehun sedang menggenggam tangan Airin lalu dimasukkan ke dalam poket bajunya. Airin memberikan reaksi terkejut.

"Anggap je la ni sebagai tanda maaf aku sebab suruh kau datang sini malam-malam ni". Sehun berkata tanpa memandang Airin. Dia malu nak menatap muka Airin.

Airin hanya mengangguk dan selepas tu mereka diam seribu bahasa. Setengah jam kemudian hujan mulai reda.

"Jom aku hantar kau balik". Sehun mengofferkan dirinya untuk menghantar Airin balik.

"Eh, tak pe la. Aku boleh balik sendiri". Airin cuba menolak pemintaan Sehun. Dia tak nak menyusahkan  Sehun. Mana la tau nanti Sehun meminta balasan atas perbuatannya itu.

"Biar la aku hantar kau balik. Dah malam dah ni. Aku yang suruh kau keluar malam-malam ni jadi kau tu tanggungjawab aku. Kalau jadi apa-apa kat kau aku yang kena bertanggungjawab". Sehun memberi ceramah free panjang lebar.

Airin kalah dengan kata-kata Sehun lalu bersetuju. Sepanjang perjalanan ke rumah Airin mereka berdua hanya mendiamkan diri.

"Thanks sebab hantar aku sampai rumah" kata Airin apabila mereka sampai di depan rumah Airin.

"No hal. Aku pun nak ucapkan terima kasih sebab kau dah beri semangat dekat aku" kata Sehun sambil tersenyum.

"Okay la. Aku masuk dulu". Airin membuka kunci pintu rumahnya.

"Selamat malam!" kata Sehun spontan.

Airin terpana seketika lalu dia pun membalas ucapan Sehun. "Selamat malam".Airin segera masuk ke dalam rumahnya kerana pipinya mula merona kemerahan.

Sehun memerhatikan Airin masuk ke dalam rumahnya. Kemudian dia berlalu pergi dengan senyuman yang tak lekang dari wajahnya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 18: Seronok baca ff author. Btw good luckfor your study.
BaeBacon__L #2
Chapter 11: Boleh bayangkan kehenseman sehun bila dia dekat dengan airin
SakuraDyrah93 #3
Chapter 15: Aww..that sweet sehun bagi rantai kat airin..btw, siapa yg ambik gmbr mereka ya?hmm..reporter kah?hmm
SakuraDyrah93 #4
Chapter 13: Haiii!! Sorry..baru saya berpeluang nak bagi komen..hehe..apa2 pun..i like your fanfics!! Sgt comel dan lucu..hehe..nakal la suho dan chanyeol nie..hehe..tapi terbukti sehun rupanya suka dengan airin..hahaha..tak sabar nak tahu ceta selanjutnya..hwaiting authornim!! <3 <3
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 2: Best! Update soon author nim.