Chapter 15

EXO's Housekeeper

Airin sedang mengemas ruang tamu rumahnya kerana dah lama dia tak mengemas rumahnya itu. Asyik mengemas rumah orang lain sampai rumah sendiri lupa. Airin mengemas sambil mendengar lagu yang dipasang di phonenya. Lagu seterusnya yang berputar ialah lagu EXO. Airin turut menyanyi sama kerana dia dah menghafal semua lirik lagu EXO. Tiba-tiba dia teringat yang dia belum pulangkan lagi album Yuna. Airin menepuk dahinya.

"Macam mana aku boleh lupa? Yuna ni pun satu. Dia tak minta pun kat aku".

Airin segera menyudahkan kerjanya dan terus masuk ke biliknya untuk bersiap. Dia mengenakan seluar jean hitam dan t-shirt putih dengan cardigan biru cair. Airin mengambil album EXO dari begnya dan terus menuju tempat kerja Yuna.

Setengah jam kemudian Airin pun pulang ke rumahnya setelah memulangkan album EXO kepada Yuna. Lagi beberapa meter untuk sampai ke rumahnya, Airin ternampak Sehun sedang berdiri di depan rumahnya. Mata Airin membulat dan dia segera mendapatkan Sehun.

"Woi! kau buat apa kat rumah aku ni?" tanya Airin separuh berbisik kerana takut orang lain dengar.

"Hah! ada pun kau. Dah lama aku tunggu kau kat sini. Kau pergi mana?" tanya Sehun lalu memasukkan tangannya ke dalam poket jaketnya.

"Tu tak penting. Aku tanya kau ni, kau buat apa kat rumah aku ni?".

"Saja!". Sehun jawab dengan selamba seperti dia boleh datang ke rumah Airin sesuka hatinya.

Airin mencerlungkan matanya. Mentang-mentang la dia dah tau rumah Airin kat mana, suka-suka hati dia je nak datang bila-bila.

"Tak la. Aku datang ni nak bagi kau something". Sehun menerangkan niatnya. Dia perasan muka Airin yang sedang marah seperti nak makan orang.

"Tak boleh bagi kat asrama ke? Kalau orang lain nampak macam mana?". Airin memerhatikan sekelilingnya risau kalau ada orang yang mengintip. Dia tak nak digosipkan Sehun. Kalau dengan Chanyeol tak pe juga. Ha ha ha..

"Tak boleh, nanti member lain nampak. Kalau kau tak nak orang lain nampak jom masuk". Sehun merampas kunci di tangan Airin dan segera membuka kunci pintu rumah Airin seperti rumahnya.

"Eh! mamat ni buat macam rumah dia pulak". Airin cuba menahan amarahnya. Airin turut mengikuti Sehun masuk ke rumah. Betul juga cakap Sehun lama-lama kat luar ni nanti orang nampak.

Tanpa mereka sedar seseorang telah mengambil gambar mereka berdua. Dia dah lama memerhatikan Sehun dan Airin. Dia tersenyum puas lepas berhasil mengambil beberapa keping gambar.

"Not bad rumah kau ni". Sehun memerhatikan sekeliling rumah Airin. Dia memerhatikan satu persatu gambar Airin yang tergantung di dinding. Tanpa Sehun sedar senyuman terukir dibibirnya.

"Kau nak bagi apa sebenarnya. Cepat la". Airin menanti dengan sabar apa yang ingin diberikan Sehun. Sebenarnya dia tak selesa berdua-duaan dengan Sehun lebih-lebih lagi Sehun asyik memerhatikan gambarnya.

"Sabar la. Bagi la aku rehat-rehat jap. Jauh tau tak aku jalan kaki ke sini. Kau tak de nak hidang apa-apa ke?". Sehun sengaja ingin melambat-lambatkan masa. Dia nak luangkan masa sikit dengan Airin. Rasa rindu pula tak tengok muka Airin sehari.

Airin menjelingkan matanya lalu berlalu ke dapur. Airin datang semula dengan membawa segelas jus oren. Sehun meneguk jus oren tersebut. Hilang hausnya lepas penat berjalan tadi.

"Aku sebenarnya nak bagi kau ni". Sehun mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Dia menayangkannya di hadapan Airin.

" Apa ni?". Airin terpinga-pinga lepas melihat barang yang ditunjukkan Sehun.

"Tak kan la rantai pun kau tak kenal?". Rantai yang berloketkan huruf S masih tergantung di tangannya.

"Ye la. Aku tau la rantai tapi kenapa kau bagi aku?". Airin pelik kenapa tiba-tiba je Sehun menghadiahkannya rantai. Padahal diorang bukan ada apa-apa pun.

Sehun mencari jawapan kepada soalan Airin. " A.a..aku dapat ni masa kat Jepun hari tu. Aku pergi funfair lepas tu aku dapat hadiah ni. Ni rantai perempuan sebab tu aku bagi kau. Aku mana ada adik beradik perempuan". Sehun jawab dengan dengan tergagap-gagap.

"Kalau aku tak nak?". Airin memeluk tubuhnya sambil mengjongketkan keningnya ke arah Sehun.

"Kau dah lupa ke video kau?". Sehun tersengih ke arah Airin. Sehun cuba mengugut Airin. Tu je caranya supaya Airin terima pemberiannya.

"Araseo araseo!". Airin hanya mampu mengeluh. Tak habis-habis nak ugut dengan video tu.

Airin mengambil rantai tersebut dari tangan Sehun dan meletakkannya di atas meja.

"Eh! kenapa kau letak situ. Pakai sekarang!".

"Nanti la aku pakai. Tak sabar la kau ni". Airin mendengus geram. Nak paksa-paksa orang pulak.

"Takde nanti-nanti,. Pakai sekarang aku nak tengok".

"Aku cakap nanti. Nanti la".

Sehun mula hilang sabar. Dia mengambil rantai tersebut dan memakaikannya pada Airin. Sehun merangkulkan tangannya ke leher Airin untuk memakaikan rantai tersebut. Muka Airin mula merona kemerahan dan jantungnya berdegup kencang kerana jaraknya dengan Sehun begitu dekat. Dia dapat melihat wajah Sehun dengan jelas.

Sehun tersenyum puas melihat rantai tersebut tergantung di leher Airin."Kau jangan sesekali tanggal rantai ni tau. Aku balik dulu". Sehun menuju ke pintu. Dia berpaling seketika ke arah Airin sambil tersenyum lalu melangkah keluar.

Airin masih lagi terpinga dengan apa yang berlaku. Airin menyentuh rantai pemberian Sehun tadi sambil tersenyum. Adakah ini cinta?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 18: Seronok baca ff author. Btw good luckfor your study.
BaeBacon__L #2
Chapter 11: Boleh bayangkan kehenseman sehun bila dia dekat dengan airin
SakuraDyrah93 #3
Chapter 15: Aww..that sweet sehun bagi rantai kat airin..btw, siapa yg ambik gmbr mereka ya?hmm..reporter kah?hmm
SakuraDyrah93 #4
Chapter 13: Haiii!! Sorry..baru saya berpeluang nak bagi komen..hehe..apa2 pun..i like your fanfics!! Sgt comel dan lucu..hehe..nakal la suho dan chanyeol nie..hehe..tapi terbukti sehun rupanya suka dengan airin..hahaha..tak sabar nak tahu ceta selanjutnya..hwaiting authornim!! <3 <3
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 2: Best! Update soon author nim.