Chapter 6

EXO's Housekeeper

Parti yang dirancang bermula pada pukul 9 malam. Semua member EXO termasuk Airin berkumpul di ruang tamu. Semua member EXO menyanyikan lagu Lucky iaitu lagu nyanyian mereka bersama-sama. Airin hanya menjadi pemerhati kerana dia tidak tahu lagu tersebut. Setelah selesai menyanyi mereka semua menjamu selera.

“Wah! Sedapnya spagetthi yang Airin masak” kata Xiumin sambil membulatkan matanya. Semua member EXO mengangguk setuju dan menyuap spagetthi ke mulut masing-masing dengan berselera.

Airin tersenyum gembira mendengar pujian daripada member EXO.

“Tak ada la sedap sangat spagetthi ni. Biasa je aku rasa” kata Sehun dengan muka poker facenya tu.

Sehun menjeling sekilas ke arah Airin. Airin mengecilkan matanya ke arah Sehun sambil buat muka marah.

“Mamat ni saja je nak cari pasal dengan aku. Kalau tak sedap kenapa makan juga. Pergi la buat sendiri” marah Airin dalam hati. Kalau ikutkan hatinya nak je dia ketuk kepala Sehun dengan pinggan spagetthi ni.

“Airin, cerita la sikit pengalaman Airin belajar kat luar negara. Mesti ada perkara yang bestkan?” ujar Kai menghentikan amarah Airin terhadap Sehun.

Airin tersenyum ke arah Kai. Airin memulakan cerita bagaimana dia berkomunikasi dengan pelajar di sana ketika mula-mula sampai di sana. Airin bercerita dengan bersungguh-sungguh ditambah pula dengan ekspresi mukanya yang lucu. Semua member EXO terhibur dengan cerita Airin.

”Airin ni comel la” kata Lay sambil tergelak mendengar cerita Airin.

Sehun hanya tersengih mendengar cerita Airin. “Comel juga minah ni” kata hati Sehun. Memang pada hari pertama perkenalan mereka Sehun dah nampak kecomelan Airin tapi Sehun tak nak mengaku.

Airin terlalu seronok bercerita sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. “Okaylah. Dah lewat ni. Airin balik dulu” kata Airin meminta izin untuk pulang ke rumahnya.

“Airin balik naik apa?” tanya Suho prihatin.

“ Naik bas” jawab Airin.

“Bahaya la Airin naik bas sorang-sorang malam-malam macam ni. Airin tidur sini je la” kata Chanyeol yang bimbang akan keselamatan Airin.

Semua member mengangguk setuju manakala Sehun membulatkan matanya kerana terkejut dengan pelawaan Chanyeol. “ Hyung! Nanti kalau En. Soo Man tau mati kita” bantah Sehun.

“Alah, kalau tak ada orang yang bagitau En. Soo Man tak tau punya. Ni rahsia kita semua” kata Baekhyun yang menyokong pelawaan Chanyeol.

“Eh! Tak apa la. Nanti susahkan korang pula. Airin okay je balik sendiri” Airin cuba menolak pelawaan Chanyeol. Ada betul juga apa yang Sehun katakan. Silap hari bulan boleh heboh satu industri Korea bahawa terdapat seorang perempuan tidur di asrama EXO.

“Tengok tu dia pun tak tidur kat sini. Biarlah dia balik” kata Sehun cuba membantah cadangan hyungnya itu.

“Oh Sehun” Suho meninggikan sikit suaranya.

Sehun yang tak berpuas hati terus keluar dari asrama. Airin memandang Sehun yang berlalu dengan marah.

“Biarkan dia Airin. Nanti dia tau la balik” ujar Suho.

“Tak apa Airin. Kami risaukan keselamatan Airin. Nanti kami tak tidur lena memikirkan Airin” ujar Chen cuba untuk memujuk Airin.

Airin akhirnya bersetuju. Tambahan pula Airin tidak pernah pulang lewat malam seperti ini.

“Airin tidur la kat bilik oppa” kata Suho kepada Airin.

“Eh, tak apa Airin boleh tidur kat sofa tu je” kata sambil menunjuk ke arah sofa yang terletak di ruang tamu.

“ Airin kan tetamu kita orang, tak kan kami nak biarkan Airin tidur kat sofa” Suho cuba memujuk Airin.

“Betul tu Airin” sokong Baekhyun yang tiba-tiba muncul. Airin mengeluh. Dia tahu member EXO tak akan mengalah selagi Airin tak terima pelawaan mereka. Airin mengangguk tanda setuju.

“ Tapi Suho oppa nak tidur kat mana?” soal Airin.

“ Suho oppa boleh je tidur kat bilik member-member yang lain”.

Sesudah Suho berkata demikian, semua member mengunci pintu bilik masing-masing. “Haish! Nak kena diorang ni” kata Suho dalam hati sambil memandang bilik member-membernya. Tapi Suho tahu diorang semua main-main je. Dah banyak kali Suho dipermainkan member-membernye tapi Suho tak kisah sebab dia sayang semua member-membernya. Suho dah menganggap mereka semua seperti keluarga keduanya.

 

======================================

Here is chapter 6. Ada sambungan lagi chapter ni. Please comment and subscribe. Thank you!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 18: Seronok baca ff author. Btw good luckfor your study.
BaeBacon__L #2
Chapter 11: Boleh bayangkan kehenseman sehun bila dia dekat dengan airin
SakuraDyrah93 #3
Chapter 15: Aww..that sweet sehun bagi rantai kat airin..btw, siapa yg ambik gmbr mereka ya?hmm..reporter kah?hmm
SakuraDyrah93 #4
Chapter 13: Haiii!! Sorry..baru saya berpeluang nak bagi komen..hehe..apa2 pun..i like your fanfics!! Sgt comel dan lucu..hehe..nakal la suho dan chanyeol nie..hehe..tapi terbukti sehun rupanya suka dengan airin..hahaha..tak sabar nak tahu ceta selanjutnya..hwaiting authornim!! <3 <3
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 2: Best! Update soon author nim.