Chapter 4

EXO's Housekeeper

Sejak kejadian itu Airin mula jadi rapat dengan member EXO kecuali Sehun. EXO melayan Airin dengan baik seperti seorang adik. Setiap hari pasti Airin akan menunggu kepulangan EXO kemudian baru dia akan pulang ke rumahnya tanpa pengetahuan Lee Soo Man. Selalunya Airin akan pulangkan kunci asrama mengikut jadual  supaya tak terkantoi dengan En. Soo Man. Kalau En. Soo Man tau pasti dia akan dibuang kerja atau disaman. Airin tau dia dah langgar syarat kerjanya tapi ini adalah permintaan dari member EXO sendiri kerana mereka ingin berbual-bual dengan Airin. Chanyeol adalah yang paling rapat dengan Airin kerana Chanyeol selalu mengambil berat tentang Airin. Airin mula meminati Chanyeol sedikit demi sedikit.

“Airin memang minat tengok Return of Superman eh?” tanya Chanyeol kepada Airin.

“A’ah. Airin memang suka sangat. Sepanjang Airin kat luar negara Airin tak pernah miss tengok cerita tu” kata Airin sambil tersenyum ke arah Chanyeol.

“Airin paling minat siapa dalam rancangan tu?”.

“Of course lah Lee Twins dan Song Triplets tapi Song Triplets dah tak ada. Chanyeol oppa pula?” Airin menyoal Chanyeol pula.

“ Samalah dengan oppa tapi oppa paling minat Seojun” jawab Chanyeol sambil membayangkan kecomelan Seojun.

“Mesti bestkan dapat jumpa diorang? Airin teringin sangat nak main dengan diorang”.

“Memang best sangat. Diorang comel sangat. Lebih comel dari dalam televisyen. Oppa rasa macam tak nak balik asrama je” kata Chanyeol dengan riang. Airin hanya tersenyum mendengar Chanyeol bercerita mengenai Seojun dan Seoeon.

Tanpa Airin dan Chanyeol sedari, Sehun sedang memerhatikan mereka berbual. " Diorang berceritakan pasal apa? Dari tadi asyik tergelak je minah tu" kata Sehun seorang diri.

"Jealous ke?" tanya Suho. Sehun terkejut dengan pertanyaan Suho tersebut. Sehun jadi tak tentu arah.

" Eh tak ada masa nak jealous sebab dia tu" jawab Sehun lalu terus masuk ke dalam bilik.

Sebenarnya dari tadi lagi Suho melihat Sehun asyik memerhatikan Airin dan Chanyeol. " Sehun sehun. Hyung kenal kamu la" kata Suho sambil tersengih.

Airin pulang ke rumahnya setelah menyiapkan tugasnya di asrama EXO. Hari ini Airin perlu bekerja seharian kerana EXO tiada di asrama. Mereka ke China selama 3 hari untuk mempromosikan album terbaru mereka. Airin melepaskan penatnya di atas sofa. “Huh! Hari ni paling memenatkan sekali” keluh Airin lalu memejamkan matanya. Akhirnya Airin tertidur di sofa tersebut. Keesokan harinya Airin bangun seperti biasa untuk memulakan tugasnya di asrama EXO.

 

==================================

Sorry. Chapter ni pendek je. Enjoy!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 18: Seronok baca ff author. Btw good luckfor your study.
BaeBacon__L #2
Chapter 11: Boleh bayangkan kehenseman sehun bila dia dekat dengan airin
SakuraDyrah93 #3
Chapter 15: Aww..that sweet sehun bagi rantai kat airin..btw, siapa yg ambik gmbr mereka ya?hmm..reporter kah?hmm
SakuraDyrah93 #4
Chapter 13: Haiii!! Sorry..baru saya berpeluang nak bagi komen..hehe..apa2 pun..i like your fanfics!! Sgt comel dan lucu..hehe..nakal la suho dan chanyeol nie..hehe..tapi terbukti sehun rupanya suka dengan airin..hahaha..tak sabar nak tahu ceta selanjutnya..hwaiting authornim!! <3 <3
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 2: Best! Update soon author nim.