Chapter 13

EXO's Housekeeper

EXO berada di Jepun selama seminggu untuk menjayakan konsert ketiga mereka. Konsert mereka berjaya menarik puluhan ribu peminat. Mereka menjalankan konsert di beberapa daerah di Jepun seperti Tokyo, Hiroshima,Fukuoka, Hokaido dan Aichi. Walaupun mereka penat dengan jadual konsert mereka yang padat, EXO berasa gembira apabila EXO-L berpuas hati dengan persembahan mereka. Sepanjang beberapa hari di Jepun, Sehun tak dapat melupakan Airin selepas apa yang terjadi. Kadang-kadang sampai ke tahap dia terdengar-dengar suara Airin. Pernah juga Sehun tersalah memperkenalkan dirinya sebagai Airin di konsert mereka. Manakala Airin pula berasa lega kerana dia dapat mengelakkan diri dari Sehun.

"Hyung! Hyung perasan tak yang Sehun macam tak banyak cakap sejak kita datang Jepun ni?" soal Chanyeol kepada Suho apabila sedar perubahan Sehun. Selalunya Sehun yang paling happy bila ke luar negara.

"Tu la. Hyung pun perasan jugak. Dia asyik tenung je phone dia tu. Lepas tu tersengih sorang-sorang. Tak tau la dia tengok apa". Suho risau melihat keadaan Sehun. Belum pernah lagi Sehun berperagai pelik macam ni.

"Jom kita siasat". Chanyeol memberikan cadangan lalu Suho pun setuju.

Mereka memulakan operasi mereka menghendap perlahan-lahan ke belakang sofa dimana Sehun sedang duduk. Mereka mengintai video yang sedang dilihat Sehun. Chanyeol dan Suho membulatkan mata mereka apabila melihat kandungan  video tersebut. Kelihatan Airin sedang menari tarian TT dalam video tersebut. Chanyeol hampir menjerit kerana terkejut tetapi Suho segera menekup mulutnya dan meletakkan jarinya dibibirnya sebagai isyarat diam. Mereka merangkak perlahan-lahan ke arah bilik semula.

"Kau nampak tak apa yang hyung nampak" kata Suho seperti tidak percaya apa yang dilihatnya tadi.

Chanyeol segera mengangguk laju. "Nampak hyung".

"Sejak bila dia ada video tu". Suho cuba berfikir bagaimana Sehun boleh rakam video tu.

"Hah! Hyung ingat tak waktu kita nampak diorang atas katil hari tu?".

"Hah ingat ingat!".

"Waktu tu la kot Sehun rakam video tu".

Suho memandang Chanyeol kemudian Chanyeol pun memandang Suho. Mereka seperti berhubung melalui telepati."Jangan-jangan". Mereka berkata serentak dan memandang ke arah ruang tamu di mana Sehun berada.

"Airin orang yang Sehun suka". Mereka menghabiskan ayat mereka tadi bersama.Suho dan Chanyeol high 5 kerana mereka berjaya mengetahui siapakah gadis yang berjaya memikat hati dongsaeng mereka tu.

"Eh hyung! Kejap. Pasti ke Sehun sukakan Airin sebab Airin pernah bagitau yang Sehun tak sukakan dia". Chanyeol teringat apa yang pernah Airi  katakan padanya .

"Hyung pasti 200%. Jom kita cuba test dia". Suho cuba memberi cadangan untuk memastikan yang dia tak silap.

"Hyung nak buat apa?" soal Chanyeol yang ingin tahu rancangan Suho.

"Kau ikut je hyung". Suho segera menarik tangan Chanyeol supaya mengikutinya.

"Sehun, kitorang nak jalan-jalan kat bandar. Kau nak ikut?". Suho memulakan rancangannya. Chanyeol hanya mengikut je rentak Suho.

"Malas la. Aku nak duduk dalam bilik je. Korang pergi la". Sehun seperti tak minat dengan ajakan Suho. Dia masih tak puas lagi menonton video Airin. Macam orang angau pun ada.

"Okay la kalau macam tu. Kitorang pergi dulu". Suho dan Chanyeol segera berpaling.

"Hyung nak beli ole-ole sikit untuk Airin. Kesian dia sorang-sorang bersihkan asrama selama seminggu". Suho memberitahu Chanyeol walaupun Chanyeol tak bertanya. Suho sengaja cakap dengan kuat supaya Sehun dengar.

"Kan. Kesian Airin. Aku pun nak beli juga la. Mesti Airin suka". Chanyeol yang seakan faham rancangan Suho segera menyokong Suho.

"Aaa hyung! Aku pun nak ikut juga la. Bosan pula duduk dalam bilik ni lama-lama". Sehun hanya tersenyum kekok ke arah hyungnya.

Suho dan Chanyeol tersenyum sesama mereka. Sekarang sudah terbukti Sehun memang sukakan Airin.^^

==============================================

Oh no! Esok result degree saya akan keluar. Wish me luck guys ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 18: Seronok baca ff author. Btw good luckfor your study.
BaeBacon__L #2
Chapter 11: Boleh bayangkan kehenseman sehun bila dia dekat dengan airin
SakuraDyrah93 #3
Chapter 15: Aww..that sweet sehun bagi rantai kat airin..btw, siapa yg ambik gmbr mereka ya?hmm..reporter kah?hmm
SakuraDyrah93 #4
Chapter 13: Haiii!! Sorry..baru saya berpeluang nak bagi komen..hehe..apa2 pun..i like your fanfics!! Sgt comel dan lucu..hehe..nakal la suho dan chanyeol nie..hehe..tapi terbukti sehun rupanya suka dengan airin..hahaha..tak sabar nak tahu ceta selanjutnya..hwaiting authornim!! <3 <3
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 2: Best! Update soon author nim.