Chapter 8

EXO's Housekeeper

Airin memesan minuman sementara menunggu Yuna datang. Dia memesan minuman kegemarannya iaitu bubble tea perisa coklat. Airin mengambil tempat duduk di tepi dinding kaca.

“ Airin!” laung seorang gadis sambil melambai-lambai ke arah Airin.

“ Yuna!”. Airin segera bangun dari tempat duduknya.

Dua sahabat tersebut berpelukan sambil tersenyum. Sudah 10 tahun mereka terpisah sejak Airin berpindah ke luar negara. Yuna yang sentiasa bersama Airin ketika susah dan senang sejak mereka berkawan pada umur 3 tahun. Yuna lah orang paling sedih sekali apabila dapat tahu yang Airin akan berpindah ke luar negara.

“ Lamanya tak jumpa kau. Makin lawa kawan aku ni” puji Yuna terhadap kawan kesayangannya tu.

“ Eleh, kau pun apa kurangnya” balas Airin. Sejak kecil lagi memang Yuna cantik dan Airin memang mengangumi kecantikan Yuna.

“ Kau kerja apa sekarang? Dengar cerita kau baru tamat ijazah dalam bidang akaun?”

“ Yup tapi sekarang aku bekerja sebagai housekeeper” jawab Airin.

“ Housekeeper?” soal Yuna tidak percaya. Takkan lulusan ijazah seperti Airin bekerja sebagai housekeeper.

“ Aku saja je nak isi masa lapang sementara dapat kerja yang tetap” jelas Airin seperti dapat membaca fikiran Yuna.

Tiba-tiba Airin mendekatkan wajahnya ke muka Yuna. Airin membisikkan sesuatu kepada Yuna. “ Aku nak bagi tau kau something tapi kau jangan bagi tau siapa-siapa tau”. Yuna mengangguk setuju.

“ Aku bekerja sebagai housekeeper EXO” terang Airin kepada Yuna.

“ Housekeeper EXO?!!!” jerit Yuna dengan mata yang bulat.

Airin segera menekup mulut Yuna. Semua pelanggan di kafe tersebut memandang ke arah mereka. Airin dan Yuna segera memohon maaf atas kesalahan mereka.

“ Ish! Jangan la bising. Jangan orang lain dengar. Benda ni orang lain tak boleh tau. Aku bagitau kau sorang je” kata Airin memperlahankan suaranya.

“ Sorry sorry. Kiranya aku ni istimewa la sebab kau bagitau aku sorang je?” ujar Yuna sambil mengjongketkan keningnya.

“ Of course la”

“ Tapi serious la kau jadi housekeeper EXO?”. Airin menganggukkan kepalanya. “ Untungnya kau. Mesti bestkan. Aku memang minat giler kat EXO. Semua album diorang aku beli dan semua lagu diorang aku suka” cerita Yuna penuh bersemangat. Kalau cerita pasal EXO satu hari pun Yuna tak kisah.

“ Amboi! Minat betul kau dengan EXO”. Airin hanya tersengih mendengar cerita Yuna.

“ Of course la. Siapa yang tak minat EXO. Group yang paling popular kat Korea sekarang ni. Member yang paling aku minat ialah Sehun. Handsome giler. Melting aku tengok muka dia. Kalau dia senyum comel giler!”

“ Tak suka la aku dengan Sehun tu. Sombong. Nak senyum pun payah” kata Airin sambil menarik muka.

“ Eh, tak la. Muka dia memang macam tu tapi dia baik tau” Yuna cuba mempertahan kan biasnya.

“ Eh, tak payah la cerita pasal dia. Lebih baik cerita pasal kita. Kau buat apa sekarang?” Airin cuba mengelakkan Yuna daripada bercerita pasal Sehun. Mendengar nama dia je dah buat dia jengkel. Kedua sahabat tersebut bercerita sehingga larut petang.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 18: Seronok baca ff author. Btw good luckfor your study.
BaeBacon__L #2
Chapter 11: Boleh bayangkan kehenseman sehun bila dia dekat dengan airin
SakuraDyrah93 #3
Chapter 15: Aww..that sweet sehun bagi rantai kat airin..btw, siapa yg ambik gmbr mereka ya?hmm..reporter kah?hmm
SakuraDyrah93 #4
Chapter 13: Haiii!! Sorry..baru saya berpeluang nak bagi komen..hehe..apa2 pun..i like your fanfics!! Sgt comel dan lucu..hehe..nakal la suho dan chanyeol nie..hehe..tapi terbukti sehun rupanya suka dengan airin..hahaha..tak sabar nak tahu ceta selanjutnya..hwaiting authornim!! <3 <3
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 2: Best! Update soon author nim.