Chapter 3

EXO's Housekeeper

Hari-hari seterusnya Airin melakukan tugasnya seperti biasa. Waktu kerja Airin tak menentu kerana dia perlu mengikut jadual aktiviti EXO. Setiap hari pasti Airin akan dapat memo dari EXO yang ditampal dipintu. Memo tersebut adalah ucapan terima kasih kepada Airin kerana membersihkan asrama mereka. Airin rasa bersemangat untuk melakukan tugasnya setiap kali melihat memo tersebut.

“ Eh! Dah pukul 3.30 lah. Cerita Return of Superman dah nak start” kata Airin tergesa-gesa menyelasaikan tugasnya.

“ Kalau aku guna TV diorang tak apa kan?” bisik hati Airin. “ Ah, diorang bukan tau pun. Hehehe” kata Airin lalu menghidupkan suis televisyen.

“ Argh! Comelnya Seojun dan Seoeon” kata Airin sambil tersenyum-senyum seorang diri. Tanpa Airin sedari jam telah menunjukkan jam 4.30 petang iaitu waktu EXO pulang ke asrama. Airin terlalu kusyuk tengok Return of Superman sampai terlupa nak tengok jam.

Tiba-tiba “ Ehem!” Airin dengar suara orang berdeham. Airin segera berpaling ke belakang. Alangkah terkejutnya dia kerana EXO telah pulang ke asrama. Airin segera bangun dari sofa dengan muka yang bersalah.

“ Wow! Hensemnya diorang ni. Dalam poster nampak biasa-biasa je” kata hati Airin. Sempat lagi dia memuji ketampanan EXO dalam situasi macam ni.

“ Maafkan saya kerana menggunakan TV awak semua tanpa kebenaran” kata Airin sambil tunduk 90 darjah.

“ Comel juga housekeeper kita ni” bisik Chanyeol kepada Baekhyun. Baekhyun hanya menjelingkan mata kepada Chanyeol.

“Kami tak ada masalah kalau awak nak gunakan TV kami tapi kenapa awak tak balik lagi? Waktu kerja awak dah habiskan?” kata Suho mewakili member-member yang lain dengan muka marah yang dibuat-buat. Airin baru sedar yang jam dah melebihi pukul 4.30 petang. Airin segera mengemas barang-barangnya untuk pulang ke rumah.

“Nanti dulu. Kami nak berkenalan dengan awak dulu” halang Suho.

“Aduh! Mati la aku” kata Airin.” Tapi saya dilarang berkenalan dengan awak semua” kata Airin cuba untuk melepaskan diri.

“Jangan risau, En. Soo Man tak akan tau kalau awak tak bagi tau. Silakan duduk” arah Chanyeol.

“So, sila perkenalkan diri awak”. Semua member EXO duduk di hadapan Airin membuatkan jantung Airin berdegup kencang kerana dia satu-satunya perempuan dalam kalangan mereka. Dahlah diorang ni semua hensem-hensem.

“ Nama saya Song Airin. Panggil saya Airin. Saya berumur 22 tahun dan dilahirkan di Seoul. Saya merupakan anak kedua daripada 3 orang adik-beradik.” Airin memperkenalkan dirinya dengan suara yang tergagap-gagap.

Member EXO hanya tersenyum melihat Airin yang nervous. “ Awak masih belajar?” kata Xiumin iaitu member yang tertua dalam group tersebut.

“Saya baru tamat ijazah dalam bidang perakaunan” terang Airin sambil memandang wajah setiap member EXO.

“ Wow! Mesti awak ni cerdik” kata Chen sambil tersenyum.

Airin hanya tersenyum simpul. Kembang hatinya apabila ada orang memujinya begitu.

“Tapi kenapa awak bekerja sebagai housekeeper? Awakkan dah ada ijazah?” sambung Chen dengan rasa hairan.

“ Saya nak isi masa lapang saya sementara mendapat pekerjaan yang tetap” kata Airin. Semua member EXO mengangguk-anggukkan kepala mereka tanda faham.

“Rasanya kami tak perlu nak perkenalkan diri kot. Awak mesti dah kenal kamikan?” kata Chanyeol sambil mengjongketkan keningnya.

Airin memandang semua member EXO lalu menggelengkan kepalanya. Semua member EXO memberi reaksi terkejut.

“Seriously? Awak tak kenal kami?” tanya Lay seakan tidak percaya.

Airin menggeleng sekali lagi. “Saya tinggal diluar negara sejak 10 tahun lalu jadi saya tak tau perkembangan artis di Korea sejak saya tinggalkan Korea” terang Airin supaya EXO tidak salah faham dengannya.

Semua member EXO mengangguk tanda mereka faham kenapa Airin tidak mengenali mereka semua.

“Okaylah. Kami akan memperkenalkan diri kami. Nama saya Kim Jun Myeon tapi orang panggil saya Suho. Saya merupakan ketua EXO dan berumur 27 tahun” kata Suho kepada Airin. Airin mengangguk dan cuba mengingati nama Suho.Semua member EXO memperkenalkan diri mereka.

Apabila tiba giliran Chanyeol, Chanyeol memperkenalkan dirinya. “Nama saya Park Chanyeol dan berumur 26 tahun. Panggil saya Chanyeol. Saya merupakan member paling hensem dalam group ni” kata Chanyeol dengan bangga.

Semua member EXO pura-pura batuk apabila mendengar kata-kata Chanyeol.

Airin hanya tersenyum melihat situasi tersebut. “ Eh! Jap. Macam pernah tengok muka Chanyeol ni” fikir Airin. “ Owh, oppa ni yang pernah muncul dalam Return of Superman tu kan?” tanya Airin kepada Chanyeol.

“Yup! Tepat sekali. Saya dan Baekhyun pernah muncul dalam rancangan tu” kata Chanyeol sambil tersenyum menampakkan giginya yang tersusun rapi.

“ Owh ya. Baru saya ingat”.

Member yang terakhir sekali memperkenalkan diri adalah Sehun.

“Wow! Hensemnya dia ni. Macam putera raja” bisik hati Airin. Airin terpaku seketika dengan ketampanan Sehun.

“ Nama aku Oh Sehun. Panggil aku Sehun. Umur 24 tahun” kata Sehun dengan dingin lalu terus masuk ke dalam biliknya.

“Airin jangan ambil hati. Dia memang macam tu kalau dengan orang yang dia tak kenal tapi dia baik” kata Baekhyun kepada Airin supaya Airin tak berkecil hati.

Airin hanya tersenyum kelat. “Ceh! Muka je hensem tapi dingin gila. Tak macam Chanyeol oppa yang ramah” bisik hati Airin sambil memandang ke arah bilik Sehun.

 

==============================

Sorry kalau chapter ni agak panjang. Apa-apa pun hope korang enjoy!

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 18: Seronok baca ff author. Btw good luckfor your study.
BaeBacon__L #2
Chapter 11: Boleh bayangkan kehenseman sehun bila dia dekat dengan airin
SakuraDyrah93 #3
Chapter 15: Aww..that sweet sehun bagi rantai kat airin..btw, siapa yg ambik gmbr mereka ya?hmm..reporter kah?hmm
SakuraDyrah93 #4
Chapter 13: Haiii!! Sorry..baru saya berpeluang nak bagi komen..hehe..apa2 pun..i like your fanfics!! Sgt comel dan lucu..hehe..nakal la suho dan chanyeol nie..hehe..tapi terbukti sehun rupanya suka dengan airin..hahaha..tak sabar nak tahu ceta selanjutnya..hwaiting authornim!! <3 <3
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 2: Best! Update soon author nim.