Chapter 11

EXO's Housekeeper

Airin sedang membersihkan kawasan ruang tamu sambil menyanyi riang. Kalau member EXO tiada je dia berani buat macam tu. Kalau diorang ada Airin agak segan menyanyi depan EXO.

Airin sedang ralit menyanyikan lagu ‘TT’ iaitu lagu Twice sambil mengikut koreografi tarian mereka. Tiba-tiba dia terdengar ada bunyi suara orang ketawa. Airin segera berpaling ke belakang. Alangkah terkejutnya Airin apabila dia melihat Sehun sedang memerhatikan dia menari.

“Eh! Macam mana kau ada kat sini? Bukan korang ada schedule ke hari ni?” tanya Airin pelik dengan kemunculan Sehun. Sebenarnya rasa malunya lagi tinggi dari rasa peliknya.

“Yup tapi aku balik sebab tangan aku sakit” jawab Sehun sambil menunjukkan tangannya yang berbalut. Sehun ingin berlalu ke dapur kemudian dia berhenti seketika.

“Kau buat tarian apa tadi? Hodoh betul” tanya Sehun sambil ketawa terbahak-bahak. Belum pernah lagi dia tengok tarian sehodoh itu.

Airin yang geram dengan kata-kata Sehun, segera mencampakkan bulu ayam yang ada ditangannya ke arah Sehun. Kemudian dia mencapai begnya dan ingin berlalu pergi.

“Eh! Eh! Kau nak pergi mana tu?” tanya Sehun selepas berjaya mengelak daripada terkena bulu ayam.

“Balik la. Kau dah ada kat asrama kan”. Airin membalas pertanyaan Sehun tanpa memandangnya. Sakit betul hati Airin bila Sehun mentertawakannya. Tapi memang dia mengaku dia tak pandai menari.

“Kalau kau balik siapa nak buat kerja ni?”

“Kau kan ada. Buat la sendiri!”. Amarah Airin belum lagi reda.

“Kau tak nampak tangan aku cedera ni. Kalau aku boleh buat sendiri, En. Soo Man takkan hire kau”

Airin tak jadi balik. Betul juga apa yang Sehun katakan. Itu la tujuan En. Soo Man mengambilnya bekerja. Airin meletakkan begnya semula dan meneruskan kerjanya yang tergendala. Airin tak menghiraukan Sehun yang masih lagi memandangnya.

“Apa tengok-tengok?” marah Airin sambil menjeling ke arah Sehun.

Sehun hanya tersengih lalu menuju ke dapur. Kemudian dia kembali ke ruang tamu sambil membawa segelas susu coklat kegemarannya. Sehun melabuhkan punggungnya ke atas sofa dan menghidupkan suis televisyen.

Kemudian Airin baru teringat perkara yang diminta oleh Yuna. Airin mengeluarkan album tersebut dari begnya.

“Wei!”. Airin cuba bercakap dengan Sehun. Sehun hanya mengjongketkan keningnya.

“Ni kawan aku nak minta kau sign kan album ni”. Airin menghulurkan album tersebut ke arah Sehun.

“Cakap je la kau yang nak”

“Ei! Tak de maknanya aku nak sign kau. Ni memang kawan aku yang punya”. Darah Airin menggelegak kembali. Memang aku dah kata memang payah cakap dengan mamat ni

“Okay bagi aku 10 sebab kenapa aku perlu sign album ni”. Sehun menyilangkan kakinya ala-ala bos lalu menyandarkan badan ke sofa.

“Sebab kawan aku nak. Sebab kawan aku nak…..”. Airin mengulang ayat yang sama sebanyak sepuluh kali. Memang itu sebabnya pun. Tak de sebab lain.

“Kalau aku tak nak?”. Sehun menguji kesabaran Airin.

“Tolong la. Aku dah janji dengan kawan aku”.

Sehun berfikir seketika, kemudian dia mendapat satu idea. Hari tu Airin mengenakannya, sekarang dia nak balas dendam. Sehun mengambil sekeping kertas dan menulis sesuatu. Selepas selesai, dia menghulurkan kertas tersebut kepada Airin.

Airin mengambil kertas tersebut dan membacanya. ‘Saya Song Airin berjanji akan menunaikan apa saja empat permintaan Oh Sehun’. Airin membulatkan matanya. Airin ingin membantah tetapi Sehun memotongnya.

“Kau setuju atau tak? Take it or leave it”. Sehun tersenyum puas kerana berjaya mengenakan Airin.

Akhirnya Airin terpaksa bersetuju. Airin mengangguk lemah tanda setuju.

“Sekarang kau baca benda ni kuat-kuat lepas tu kau buat tarian hodoh yang kau buat tadi. Aku nak rakam”. Sehun sudah bersedia untuk merakam dengan telefonnya.

“Kau nak buat apa?”

“Sebagai bukti. Mana la tau nanti kau mungkir janji”

Setelah berfikir panjang akhirnya Airin melalukan apa yang disuruh Sehun tanpa rela. Ingat ye TANPA RELA!

“Kau saja nak kenakan aku kan. Takpe takpe hari ni hari kau” marah Airin di dalam hati.

Sehun berpuas hati melihat rakamannya. Dia mengambil album tersebut lalu menurunkan tandatangannya “Okay permintaan pertama,aku nak kau dengar cakap aku hari ni. Aku nak kau masakkan aku makanan. Aku lapar”.

Airin mengetap bibirnya dan terus berlalu ke dapur. Bermacam-macam perkara yang Sehun suruh Airin lakukan. Airin hanya menurut kerana Sehun mengugutnya akan menunjukkan video tersebut kepada member EXO yang lain. Akhirnya Airin hilang sabar.

“Dah la aku malas nak dengar cakap kau. Aku penat tau tak”. Airin mengeluh kepenatan. Tiba-tiba Sehun mendekatkan dirinya ke arah Airin.

“Kau nak buat apa?”. Airin mengundur ke belakang. Semakin dia mengundur ke belakang, semakin Sehun menghampirinya. Akhirnya dia terperangkap antara dinding dan Sehun. Jarak dia dan Sehun begitu dekat sehingga dia dapat merasakan hembusan nafas Sehun dipipinya. Pipi Airin mula merona kemerahan.

“Kau rasa aku nak buat apa? Ada kita berdua je dalam asrama ni. Kalau kau menjerit pun tak de siapa yang dengar”. Sehun tersenyum nakal ke arah Airin. Dia meneroka setiap inci wajah Airin. Matanya terhenti di bibir Airin. Sehun menelan air liurnya.

Tiba-tiba telefon Sehun berbunyi. Sehun tersedar dari lamunannya. Dia segera menjawab panggilan tersebut. Airin mengambil kesempatan tersebut untuk melarikan diri dan terus pulang ke rumah. Sehun hanya memandang Airin sambil tersengih.

=========================================

Anneong yeorobun! Here is chapter 11. Sekarang ni saya sedang tulis fanfic pasal Suho tapi tak tau lagi bile nak post. Maybe selepas cerita ni siap. Gidaryeo!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 18: Seronok baca ff author. Btw good luckfor your study.
BaeBacon__L #2
Chapter 11: Boleh bayangkan kehenseman sehun bila dia dekat dengan airin
SakuraDyrah93 #3
Chapter 15: Aww..that sweet sehun bagi rantai kat airin..btw, siapa yg ambik gmbr mereka ya?hmm..reporter kah?hmm
SakuraDyrah93 #4
Chapter 13: Haiii!! Sorry..baru saya berpeluang nak bagi komen..hehe..apa2 pun..i like your fanfics!! Sgt comel dan lucu..hehe..nakal la suho dan chanyeol nie..hehe..tapi terbukti sehun rupanya suka dengan airin..hahaha..tak sabar nak tahu ceta selanjutnya..hwaiting authornim!! <3 <3
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 2: Best! Update soon author nim.