Chapter 7

EXO's Housekeeper

“ Ah! Penatnya hari ni” omel Airin sambil menggeliatkan badannya lalu merebahkan dirinya ke atas katil Suho.

Haruman minyak wangi Suho yang melekat dikatilnya menusuk ke hidung Airin. Airin mematikan suis lampu dan baring menghadap dinding. 10 minit kemudian Airin pun terlelap tetapi Airin lupa untuk mengunci pintu bilik.

Akhirnya Sehun pulang ke asrama pada pukul 2 pagi. Sehun memerhatikan ruang tamu asrama tersebut. Kosong. “ Eh! Mana minah tu? Tak jadi tidur sini ke?”

Mata Sehun melilau mencari Airin. “Bagus!” ucap Sehun sambil tersenyum setelah dia pasti Airin tak ada kat ruang tamu.

Sehun segera menuju ke arah bilik Suho kerana Sehun memang berkongsi bilik dengan Suho. Sehun membuka pintu bilik dengan perlahan dan dia tidak membuka suis lampu kerana dia tak nak ‘Suho’ terjaga. Sehun membuka bajunya kerana dia memang selalu tidur tak pakai baju. Lalu Sehun pun baring sebelah Airin yang disangkanya Suho.

Keesokannya Airin terjaga apabila phonenye berbunyi menandakan ada mesej masuk. Airin membuka matanya perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya Airin apabila Sehun ada depan matanya. Mukanya hanya beberapa sentimeter saja dari muka Sehun. Kemudian, dia terpandang badan Sehun yang terdedah.

“ Argh!” jerit Airin sambil menjauhkan dirinya dari Sehun.

Sehun terjaga apabila mendengar jeritan Airin. Dia membulatkan mata bila Airin ada depan matanya. “ Eh! Macam mana kau..”.

Belum sempat Sehun memnghabiskan kata-katanya, semua member EXO menyerbu masuk bilik Suho. “OMG!” semua member EXO berkata serentak apabila melihat Airin dan Sehun di atas katil.

Suho menepuk dahinya. Semua mata memandang ke arah Suho. “ Hyung lupa nak bagi tau Sehun yang Airin tidur kat bilik ni” kata Suho sambil tersengih.

Semua member EXO menepuk dahi mereka setelah mendengar penjelasan Suho.

“Maknanya malam tadi aku tidur dengan dia ni?” soal Sehun sambil menunjuk ke arah Airin.

Semua member menganggukkan kepala mereka. Suho pula menunjukkan muka bersalah.

Muka Airin mula merona kemerahan. Sehun segera mencapai bajunya dan terus memakainya.

“ Saya balik dulu” Airin mencapai begnya dan terus keluar dari bilik Suho. Lagi lama dia duduk dalam bilik tu, lagi bertambah malu Airin. Sepanjang perjalanan pulang Airin tak dapat lupakan apa yang berlaku pagi tadi.

“Kenapa hyung tak bagi tau yang dia tu tidur bilik kita?” soal Sehun kepada Suho. Masih terbayang lagi muka Airin depan mukanya pagi tadi.

“ Hyung lupa la. Kan kau keluar asrama malam tadi. Hyung nak bagitau tapi tertidur sebab tunggu kau lama sangat” balas Suho cuba menutup kesalahannya.

“ Kenapa hyung tak call atau mesej?”

“ Kau tu kalau marah mana pernah nak angkat phone”

Sehun mengakui kata-kata Suho. Kalau dia bergaduh dengan membernya, memang dia tak akan angkat panggilan mereka.

Setelah selesai mandi, Airin baring atas katil. Muka Airin merona kemerahan kembali apabila mengingati kejadian pagi tadi. Dia cuba untuk melupakannya tapi muka Sehun sentiasa terbayang dalam ingatannya.

“ Tapi comel la muka Sehun waktu tidur” kata Airin seorang diri sambil tersenyum-senyum. “ Eh! Apa yang fikir ni? Lupakan lupakan”. Airin mengetuk-mengetuk kepalanya.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi tanda ada panggilan masuk. Dia segera mengambil telefon dari dalam begnya.

“ Nombor sape ni?” soal Airin apabila nombor yang tak dikenali tertera pada skrin phonenya. Airin menjawab panggilan tersebut.

“ Hello” Airin memulakan bicara.

“ Hello. Ni Song Airin ke?”

“ Ya. Saya Airin. Siapa ni?” soal Airin ingin tau

“ Airin!!!!!. Ni aku Yuna”

“ Yuna!!!!!” Airin menjerit kegembiraan apabila sahabat lamanya menelefonnnya. “ Lamanya kita tak berhubung”

“ Kan. Aku rindu kau. Jom kita jumpa” ujar Yuna.

“ Aku pun rindu kau. Okay nanti aku mesej kau tempat nak jumpa”

 

=========================================================

Thank you to my subscriber and for your comment! ^-^

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 18: Seronok baca ff author. Btw good luckfor your study.
BaeBacon__L #2
Chapter 11: Boleh bayangkan kehenseman sehun bila dia dekat dengan airin
SakuraDyrah93 #3
Chapter 15: Aww..that sweet sehun bagi rantai kat airin..btw, siapa yg ambik gmbr mereka ya?hmm..reporter kah?hmm
SakuraDyrah93 #4
Chapter 13: Haiii!! Sorry..baru saya berpeluang nak bagi komen..hehe..apa2 pun..i like your fanfics!! Sgt comel dan lucu..hehe..nakal la suho dan chanyeol nie..hehe..tapi terbukti sehun rupanya suka dengan airin..hahaha..tak sabar nak tahu ceta selanjutnya..hwaiting authornim!! <3 <3
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 2: Best! Update soon author nim.