Chapter 12

EXO's Housekeeper

Keesokan harinya Airin tak pergi kerja kerana dia tahu Sehun ada di asrama sebab dia masih bercuti. Tambahan pula Airin masih malu dengan apa yang berlaku semalam. Ketika Airin sedap baring atas katil, telefonnya berdering tanda ada panggilan masuk. Nombor tak dikenali terpapar di skrin telefonnya. Airin mengjongketkan keningnya lalu menjawab panggilan terjawab.

“Hello siapa ni?”. Airin memulakan pertanyaan.

“Hello. Permintaan kedua datang asrama sekarang”. Suara di hujung talian memberi arahan.

Airin berasa pelik siapa pula yang suka-suka hati bagi dia arahan ni. Kemudian dia teringat perjanjian semalam. “ Sehun?”. Airin cuba meneka.

“Ya. Akulah siapa lagi?”. Sehun jawab pertanyaan Airin acuh tak acuh.

“Mana kau dapat nombor aku”. Setahu Airin dia tak pernah memberikan nombor telefonnya kepada Sehun.

“Aku ambil kat Chanyeol hyung. Dah tak yah banyak tanya. Kau datang asrama sekarang”

“Kenapa aku mesti pergi sana? Kau kan ada kat asrama”

“Kau dah lupa ke perjanjian kau semalam. Kau ikut je arahan aku kalau tak…”

“Okay okay. Aku datang sekarang”. Airin segera memotong percakapan Sehun kerana dia tahu Sehun mesti nak ugut dia dengan video semalam.

Airin menekan butang merah dan mencampakkan telefonnya ke atas katil. “Mamat ni tak boleh tengok aku senang sikit. Ada je nak kacau” dengus Airin.

Apabila sampai di asrama Airin mendapati pintu asrama tak berkunci lalu dia pun terus masuk ke dalam. Kelihatan Sehun sedang menonton cerita kegemarannya. Sehun tak sedar kehadiran Airin kerana dia membelakangkan Airin. Airin mengambil kesempatan tersebut mengetuk kepala Sehun untuk membalas dendam.

“Argh!”. Sehun menjerit kesakitan. Dia segera berpusing ke belakang. “Kau ni dah kenapa ketuk kepala aku” tanya Sehun sambil menggosok kepalanya.

“Ini balasan sebab kau kenakan aku semalam” kata Airin sambil menjelirkan lidahnya.

“Siap kau!”. Sehun mula mengejar Airin.

Airin segera lari apabila melihat Sehun mengejarnya. Mereka berdua berlari mengelingi ruang tamu tersebut seperti kanak-kanak riang. Apabila Sehun ke kanan, Airin ke kiri. Hampir 5 minit diorang berlari mengelingi ruang tamu tersebut. Tiba-tiba kaki Airin tersadung kaki sofa dan hampir terjatuh. Sehun segera mencapai tangan Airin dan sempat memegang tubuh Airin daripada terjatuh. Airin membulatkan matanya kerana terkejut dengan apa yang berlaku. Sehun masih lagi memegang tubuhnya. Lepas sedar apa yang berlaku, Airin segera melepaskan tangan Sehun dari tubuhnya.

“A..a..a.. sorry” kata Sehun tergagap sambil menggosok tengkuknya.

“Hah? Ha takpe takpe”. Airin tak tau apa yang harus dikata dan dia terus masuk ke dapur. Apabila didapur Airin meletakkan tangannya di dadanya. Dia dapat rasakan jantung dia berdegup kencang. Airin menyapu peluh yang mengalir di pipinya disebabkan kejadian tadi. Airin mententeramkan dirinya sebentar kemudian dia melakukan tugasnya seperti tidak apa-apa yang berlaku.

“Aduh! Apa yang aku buat tadi? Haish”. Sehun mengusutkan rambutnya. Dia berasa malu dengan apa yang berlaku tadi. Niatnya hanya ingin menolong Airin saja. Sehun mula rasa ada satu perasaan yang muncul bila menatap wajah Airin tadi tapi dia tak tau apakah perasaan tersebut.

Sedang Airin mengemas bilik Suho dan Sehun, Airin terpandang telefon Sehun yang terletak di atas meja tepi katil. Airin melihat Sehun masih lagi menonton cerita dan dia segera mencapai telefon Sehun.

“Alamak, ada password la pulak. Apa eh password dia? Birthday dia ke?”. Airin meneka-neka password telefon Sehun. “ Birthday dia apa eh? Jap jap. Hah 1204”. Airin cuba memasukkan password tersebut. Walaupun Airin tak menyukai Sehun tapi dia menghafal semua birthday member EXO kerana dia telah rasmi menjadi EXO-L.

‘Try again’ terpapar di skrin telefon.

“Kalau bukan birthday dia apa eh?”. Airin berfikir seketika kemudian “ Hah!”. Airin mencuba tarikh EXO debut iaitu 0804 dan akhirnya berjaya. Airin segera mencari video rakamannya.

“Kat mana dia letak video ni?”. Airin mencari satu persatu folder dalam telefon Sehun tu.

“Kau buat apa tu?” tegur Sehun lalu masuk ke dalam biliknya.

Airin segera menyembunyikan telefon tersebut dibelakangnya. Sehun nampak apa yang disorokkan Airin dan segera merampas telefonnya.

“Owh kau nak padam video tu eh?” teka Sehun sambil tersengih ke arah Airin.

“A ah aku nak padam video tu. Bagi aku telefon tu”. Airin cuba merampas telefon tersebut dari tangan Sehun.

Sehun mengangkat tinggi telefonnya supaya Airin tak dapat merampasnya. Airin mengjengket-jengketkan kaki untuk cuba merampas telefon tersebut.

“Bagi sini lah telefon tu”

“Ni telefon aku. Suka hati aku la nak bagi ke tak”

Ketika Airin cuba mencapai telefon Sehun, dia hilang pertimbangan lalu jatuh ke atas Sehun. Nasib baik mereka jatuh atas katil kalau tak mahu patah tulang Sehun kena hempap dengan Airin. Kedua-duanya terkaku seketika. Airin masih lagi berada di atas Sehun.

“OMG!”. Tiba-tiba mereka terdengar suara seseorang. Mereka segera berpaling dan terlihat member EXO sedang memerhatikan aksi mereka. Airin segera bangun dari Sehun dan membetulkan rambutnya yang kusut.

“Hyung, jangan salah faham kami…”. Sehun cuba menerangkan apa yang berlaku tetapi Suho segera memotong Sehun.

“Tak pe tak pe. Kami faham. Teruskan teruskan” kata Suho lalu menutup pintu bilik dan menuju ruang tamu. Semua member EXO mengekek ketawa.

Sehun dan Airin berpandangan antara satu sama lain dengan terpinga-pinga. Sehun segera mengekori hyungnya ke ruang tamu.

“Hyung, kami tak buat apa-apa pun”. Sehun cuba menerangkan sekali lagi.

“Tak pe Sehun. Hyung faham kau dah besar tapi pandai-pandai sikit cover”. Suho ketawa berdekah-dekah sambil menepuk-nepuk bahu Sehun. Member EXO yang lain pun turut ketawa.

Sehun menundukkan kepalanya dan memegang kepalanya. Dia berasa malu dengan hyung-hyungnya. Airin segera mencapai begnya dan terus pulang ke rumah. Dia tak berani nak bertentang mata dengan member EXO. Member EXO yang lain hanya memerhatikan Airin dengan senyuman nakal.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 18: Seronok baca ff author. Btw good luckfor your study.
BaeBacon__L #2
Chapter 11: Boleh bayangkan kehenseman sehun bila dia dekat dengan airin
SakuraDyrah93 #3
Chapter 15: Aww..that sweet sehun bagi rantai kat airin..btw, siapa yg ambik gmbr mereka ya?hmm..reporter kah?hmm
SakuraDyrah93 #4
Chapter 13: Haiii!! Sorry..baru saya berpeluang nak bagi komen..hehe..apa2 pun..i like your fanfics!! Sgt comel dan lucu..hehe..nakal la suho dan chanyeol nie..hehe..tapi terbukti sehun rupanya suka dengan airin..hahaha..tak sabar nak tahu ceta selanjutnya..hwaiting authornim!! <3 <3
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 2: Best! Update soon author nim.