Chapter 2

EXO's Housekeeper

EXO sedang berehat sementara menunggu giliran mereka untuk melakukan persembahan. Hari ni merupakan comeback mereka di program muzik dan mereka akan mempersembahkan lagu Monster dan Lucky one

.“Korang tau tak En. Soo Man ada upah seorang housekeeper untuk kita?” soal Baekhyun kepada member EXO yang lain.

“ Aku tau. En. Soo Man ada bagitau aku hari tu” kata Suho iaitu ketua kumpulan tersebut.

“ Tapi kenapa En. Soo Man upah housekeeper untuk kita eh?” kata Lay sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

“ Sebab kitakan selalu buat aktiviti kat luar negara dan tak ada sesiapa yang nak uruskan asrama kita tu” jawab Suho selaku ketua EXO.

EXO pun bersiap sedia apabila nama mereka dipanggil untuk persembahan seterusnya. EXO memberikan persembahan yang bertenaga buat peminat mereka yang sudah sekian lama menantikan come back mereka. Semua peminat menjerit-jerit bagaikan terkena histeria. EXO berasa gembira apabila melihat peminat berpuas hati dengan persembahan mereka.

“Haish! Kenapalah aku jadi housekeeper EXO? Ingatkan dapatlah jadi housekeeper Super Junior ke, Girls Generation ke. Hmmm “ Airin mengeluh sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa yang empuk. Hilang penatnya setelah berjalan kaki pulang ke rumah kerana tertinggal bas. Esok Airin perlu memulakan tugasnya sebagai housekeeper EXO jadi dia perlu mendapat rehat yang secukupnya.

“ Agak-agak asrama EXO tu besar tak?” Airin bertanya pada dirinya sendiri. “ Kalau besar mampus aku nak bersih seluruh asrama diorang tu”.

Airin mengeluarkan dokumen yang diberi Lee Soo Man dari begnya. Dia meneliti satu persatu syarat yang tertera disitu.

“ Dilarang berada diasrama semasa keberadaan EXO, dilarang berkenalan/bercinta dengan EXO, dilarang meninggalkan hadiah/nota untuk EXO, dilarang bla bla bla….. huish! Banyaknya pantang larang dia”.

Kemudian Airin melihat jumlah gaji bulanannya. “ 1.5 juta won! Biar betul !” kata Airin separuh menjerit.

Keesokan harinya Airin pergi ke alamat yang diberi oleh Lee Soo Man iaitu alamat asrama EXO. Airin masuk ke dalam asrama tersebut dengan menggunakan kunci pendua yang diberikan oleh Lee Soo Man dan dia perlu memulangkan kunci tu kembali selepas tamat waktu bekerja.

“ Huish! Besar juga asrama diorang ni. Matilah aku”. Airin pun meninjau setiap sudut asrama tersebut.

“OMG! Bersepahnya bilik diorang. Mentang-mentanglah dah upah aku sebagai housekeeper suka hati je sepah-sepahkan bilik” bebel Airin sorang-sorang.

Airin pun memulakan tugasnya dengan mengemas bilik-bilik EXO yang bersepah macam tongkang pecah. Kemudian dia mengemop lantai, membasuh baju, mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Tiga jam kemudian Airin selesai melakukan tugasnya.

“ Huh! Akhirnya siap juga. Penat gila kot. Ni baru satu hari. Aigoo! “ kata Airin sambil memandang sekeliling asrama EXO. Airin berpuas hati dengan hasil kerjanya.

“ Mesti EXO bangga ada housekeeper macam aku. Hehehe” kata Airin memuji dirinya sendiri. Airin melihat jam tangannya. Lagi satu jam EXO akan balik jadi Airin pun bersiap untuk pulang ke rumahnya.

“Boleh tahan kerja housekeeper kita tu” kata D.O sambil meninjau seluruh asrama mereka seperti seorang pegawai yang menilai kerja anak buahnya. Member EXO yang lain pun mengangguk tanda setuju.

“ Agak-agakkan housekeeper kita tu cantik tak?” kata Kai sambil tersengih-sengih.

“ Entahlah. Aku pun tak pernah jumpa dia. Memang En. Soo Man tak nak kita kenal dia” kata Suho. “Kalau lawa kau nak buat bini ke?” sampuk Sehun yang diam dari tadi.

“ Hehehe. Tak adalah. Akukan dah ada Krystal” kata Kai tersenyum lalu merebahkan badannya atas sofa untuk menghilangkan penatnya.

Sehun mencebikkan bibirnya. Sehun jealous sebenarnya sebab dia tak ada girlfriend lagi. D.O hanya melihat saja tingkah laku mereka berdua sambil tersenyum.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 18: Seronok baca ff author. Btw good luckfor your study.
BaeBacon__L #2
Chapter 11: Boleh bayangkan kehenseman sehun bila dia dekat dengan airin
SakuraDyrah93 #3
Chapter 15: Aww..that sweet sehun bagi rantai kat airin..btw, siapa yg ambik gmbr mereka ya?hmm..reporter kah?hmm
SakuraDyrah93 #4
Chapter 13: Haiii!! Sorry..baru saya berpeluang nak bagi komen..hehe..apa2 pun..i like your fanfics!! Sgt comel dan lucu..hehe..nakal la suho dan chanyeol nie..hehe..tapi terbukti sehun rupanya suka dengan airin..hahaha..tak sabar nak tahu ceta selanjutnya..hwaiting authornim!! <3 <3
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 2: Best! Update soon author nim.