Chapter 1

EXO's Housekeeper

Kringggg!!!! Jam loceng yang berada di sebelah katil Airin berbunyi. Airin pun membuka matanya perlahan-lahan dan memandang ke arah jam loceng kesayangannya itu. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi.

“ Alamak, aku dah lambat!!” jerit Airin lalu terus masuk ke dalam bilik air. Hari ini Airin akan menghadiri satu temuduga di SM Entertainment iaitu sebuah syarikat yang terkenal di Korea Selatan.

“ Aduh, mana bas ni?” keluh Airin. Jam menunjukkan lagi 10 minit pukul 9 pagi. Akhirnya bas yang ditunggu Airin sampai. Airin segera menaiki bas tersebut.

Jam menunujukkan tepat pukul 9 pagi. “ Hoh! nasib baik sempat” kata Airin sambil tercungap-cungap kerana berlari tadi.

“ Woah, besarnya syarikat ni” kata Airin sambil memandang sekeliling syarikat tersebut. “ Orang kata syarikat ni terkenal sebab banyak artis terkenal bernaung bawah syarikat ni. Aku pun tak tau sangat sebab aku pun baru sebulan balik ke Korea ni” bisik hati Airin. Airin melihat poster-poster yang ditampal di ruang lobi syarikat tersebut.

“ Wah, Super Junior dan Girls Generation pun bernaung bawah syarikat ni ke?” kata Airin dengan riang. “ Aku akan jadi housekeeper diorang ke? Kalau betul bestnya”. Airin melihat poster yang seterusnya pula. “EXO?” soal Airin dalam hati. “ Pelik je nama group ni. Tak pernah dengar pun” kata Airin sambil memandang poster yang memaparkan gambar sekumpulan lelaki. “ Muka boleh tahan tapi tak pernah dengar pon nama group ni. Tak popular kot”.

“Cik Airin!” seorang staf disitu memanggil nama Airin.

“Ya, saya Airin” kata Airin sambil tersenyum. Giliran Airin untuk ditemuduga dah tiba. Staf tersebut menunjukkan bilik temuduga. Lalu Airin mengucapkan terima kasih dan staf tersebut berlalu pergi sambil mengangguk. “Kau boleh buat Airin. Fighting!” Airin memberi semangat kepada dirinya.

“Awak tau apa tugas awak?” soal Lee Soo Man iaitu pemilik syarikat tersebut.

“ Ya, saya tau encik. Saya perlu basuh baju, mop lantai, kemas bilik dan pastikan tempat tersebut bersih serta teratur” kata Airin bersemangat.

“Bagus. Awak tau awak akan bekerja untuk siapa?”. Airin menggelengkan kepalanya.

“ Awak akan bekerja untuk group EXO”.

“EXO?” soal Airin.

“ Ya, EXO. Group yang paling popular sekarang ni. Tak kan awak tak kenal?” soal Lee Soo Man.

Airin menggelengkan kepalanya. Lee Soo Man memberikan reaksi terkejut tapi dia cuba mengawal ekspresi mukanya.

“ Tak apalah kalau awak tak kenal. Awak hanya perlu bertugas apabila ketiadaan mereka sahaja dan saya rasa awak adalah calon yang terbaik” kata Lee Soo Man sambil tersenyum. “ Tahniah! Awak diterima bekerja. Awak boleh mulakan tugas awak esok”.

Airin membulatkan matanya kerana tidak percaya dia diterima. “ Terima kasih encik. Saya akan bekerja bersungguh-sungguh” ucap Airin penuh bersemangat.

“ Anna, batalkan semua temuduga hari ni. Kita dah ada calon. Sila datang ke bilik saya dan bawa dokumen untuk Cik Airin” arah Lee Soo Man kepada stafnya melalui intercom. Beberapa minit kemudian Anna masuk dan berdiri di sebelah Lee Soo Man dan memberikan dokumen yang diminta tadi. “ Ini adalah jadual aktiviti EXO dan syarat-syarat bekerja. Segalanya dah tertulis dalam tu termasuk gaji awak”.

Airin mengambil kertas yang dihulurkan Lee Soo Man. Dia meneliti setiap jadual tersebut. “Padatnya aktiviti diorang. Popular sangat ke?” bisik Airin dalam hati.

 

=============================================================================

Anneong! ni adalah chapter yang pertama. Harap korang suka. Sorry kalau tak memenuhi citarasa korang. Saya sertakan sekali chapter 2. Chapter2 yang lain akan diupdate dari semasa ke semasa. Gomawo!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 18: Seronok baca ff author. Btw good luckfor your study.
BaeBacon__L #2
Chapter 11: Boleh bayangkan kehenseman sehun bila dia dekat dengan airin
SakuraDyrah93 #3
Chapter 15: Aww..that sweet sehun bagi rantai kat airin..btw, siapa yg ambik gmbr mereka ya?hmm..reporter kah?hmm
SakuraDyrah93 #4
Chapter 13: Haiii!! Sorry..baru saya berpeluang nak bagi komen..hehe..apa2 pun..i like your fanfics!! Sgt comel dan lucu..hehe..nakal la suho dan chanyeol nie..hehe..tapi terbukti sehun rupanya suka dengan airin..hahaha..tak sabar nak tahu ceta selanjutnya..hwaiting authornim!! <3 <3
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 2: Best! Update soon author nim.