Chapter 16

EXO's Housekeeper

Keesokan harinya berita mengenai Sehun bercinta dengan seorang netizen memenuhi dada-dada akhbar dan juga laman sosial. Ramai peminat Sehun menyatakan kesedihan mereka dengan berita tersebut. Ramai wartawan berpusu-pusu menelefon SM Entertainment untuk mendapatkan jawapan. EXO telah dimaklumkan pasal berita tersebut dan mereka dilarang keluar dari asrama buat masa ni tetapi Airin masih belum tahu lagi pasal berita tersebut.

"Hello?". Airin menjawab panggilan yang masuk ke telefonnya.

"Hello cik Airin. Saya Anna. Saya diminta oleh En Soo Man untuk memanggil cik Airin ke pejabat sekarang". Suara dihujung talian memberi tahu tujuannya.

"Kenapa ya?" tanya Airin sambil mengjongketkan keningnya.

"Itu saya tak tau. Saya hanya menjalankan tugas".

"Owh okay. Saya datang sekarang. Terima kasih". Airin meletakkan telefonnya. Dia berfikir kenapa En Soo Man ingin berjumpa dengannya.

Tanpa berlengah Airin segera bersiap dan terus menuju ke SM Entertainment. Apabila tiba disana Anna menunjukkan bilik En Soo Man dan Airin segera masuk ke dalam. Airin memandang En Soo Man tetapi dia tak dapat tafsirkan air muka En Soo Man. En Soo Man melemparkan senaskah surat khabar di hadapan Airin. Airin terkejut dengan lemparan tersebut lalu dia segera mencapai surat khabar tersebut. Mata Airin membulat apabila membaca tajuk utama berita tersebut.

"Boleh awak jelaskan apa yang berlaku?". En Soo Man bersuara setelah sekian lama berdiam diri. Dia duduk menghadap Airin.

Airin menarik nafasnya dalam-dalam. Dia tahu suatu hari nanti pasti En Soo Man tahu juga pasal ni. Airin tak mahu berahsia lagi lantas Airin ceritakan segala-galanya dari A sampai Z.

"Awak tahu kan akibat perbuatan awak ni?". En Soo Man memandang Airin yang menunduk sejak tadi.

"Saya tahu En Soo Man. Saya terima apa saja tindakan yang En Soo Man akan ambil". Airin pasrah walaupun dia disaman. Berani buat berani tanggung.

“Mulai sekarang awak diberhentikan kerja serta merta. Awak tunggu je surat dari mahkamah”.

Airin mengangguk lemah. Apa nak buat? Nasib badan.

 

Suho berlari mendapatkan membernya yang berada di ruang tamu. " Korang korang!". Suho berhenti seketika untuk menarik nafasnya. "En Soo Man dah jumpa dengan Airin dan Airin mungkin akan disaman". Suho memberitahu membernya berita yang dia dapat dari managernya.

Semua member menundukkan wajah mereka kerana rasa bersalah terhadap Airin. Tiba-tiba Sehun bangun dan menuju ke pintu.

"Kau nak pergi mana Sehun" tanya Suho.

"Aku nak jumpa En Soo Man". Sehun segera melangkah keluar selepas menjawab pertanyaan Suho.

“Kan En Soo Man tak benarkan kita keluar” kata Suho cuba menghalang Sehun dari keluar asrama.

Sehun tak mengendahkan kata-kata Suho dan terus berlalu pergi. Suho hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

 

“Kalau tak de apa-apa dah saya minta diri dulu En Soo Man”. Airin meminta kebenaran sebelum melangkah keluar.

En Soo Man hanya mengangguk tanda tiada apa-apa lagi yang hendak dikatakan. Airin bangun dari tempat duduknya dan menuju ke pintu. Airin memulas tombol pintu lalu membukanya. Mata Airin membulat apabila Sehun terpancul di depan muka pintu. Airin segera berlalu pergi kerana dia malu nak berhadapan dengan Sehun. Selepas Airin pergi, Sehun segera masuk ke dalam bilik En Soo Man.

“Kenapa awak datang sini? Bukan saya dah larang kamu semua jangan keluar dari asrama?”. En Soo Man memandang wajah kacak Sehun yang berada di hadapannya. Kerana wajahnya yang kacak ini lah stafnya sanggup mengejar Sehun selama 30 minit semata-mata untuk mengambilnya sebagai penyanyi.

“Saya ada something nak cakap dengan En Soo Man. Pasal Airin”. Sehun mengambil tempat duduk dihadapan En Soo Man apabila disuruh En Soo Man.

“Okay. Apa yang awak cakapkan?”. En Soo Man bersandar di kerusinya dan bersedia untuk mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Sehun.

“Airin tak bersalah. Saya yang datang ke rumah dia dan dia tak tahu pun saya nak datang ke rumah dia. Saya boleh ceritakan apa yang berlaku dari awal sampai akhir”

En Soo Man bersetuju mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Sehun seperti dia bersetuju mendengar kata-kata Airin. Sehun menarik nafasnya dan mula menceritakan segala-galanya. Lima minit kemudian..

“Jadi awak nak cakap yang Airin tak bersalah dan kamu semua yang patut dipersalahkan?”. En Soo Man mengangkat keningnya.

“Betul tu En Soo Man!”. Tiba-tiba semua member EXO muncul di muka pintu.

“Kami harap En Soo Man boleh tarik balik saman terhadap Airin”.

En Soo Man berfikir seketika. "Baiklah. Memandangkan kamu semua telah memberikan pencapaian yang bagus terhadap syarikat ini, saya bersetuju. Saya akan tarik balik saman terhadap Airin tapi Airin tetap akan diberhentikan kerja”.

Semua member EXO menarik nafas lega. Setelah selesai perbincangan tentang bagaimana ingin menghentikan rumour antara Sehun dan Airin, mereka semua pulang ke asrama.

 

Airin melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan longlai. Dia menghempaskan tubuhnya ke atas sofa. Air matanya mengalir apabila terkenangkan apa yang berlaku. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Tertera nama eomma nya di skrin telefon.

"Yeoboseyo eomma”. Airin memulakan perbualan.

“Yeoboseyo uri dal”. Puan Song membalas ucapan Airin dengan ceria. “Kenapa suara Airin serak? Airin menangis ke?” tanya Puan Song dengan nada risau.

“Eh, tak la eomma . Airin sakit tekak. Sebab tu serak sikit”. Airin berbohong kerana dia tak mahu eommanya risau.

“Owh ye ke. Jangan lupa makan ubat tau. Eomma telefon ni sebab eomma nak bagitau yang appa dah dapatkan kerja yang sesuai untuk Airin kat sini. Minggu depan eomma dan appa datang ke Korea jemput Airin”

Lama Airin membisu. Fikirannya melayang memikirkan yang dia mungkin tidak akan berjumpa EXO lagi.

“Airin? Airin dengar tak?”. Puan Song bertanya apabila Airin tidak memberikan maklum balas.

“Hah? Ye ye Airin dengar. Airin setuju je dengan rancangan eomma dan appa”

“Baiklah. Tunggu eomma dan appa datang minggu depan okay. Bye sayang”.

“Bye eomma”.

===================================

Sorry guys sebab lama tak update. Lately ni not in the mood. FYI cerita ni dah nak sampai ke penghujungnya.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 18: Seronok baca ff author. Btw good luckfor your study.
BaeBacon__L #2
Chapter 11: Boleh bayangkan kehenseman sehun bila dia dekat dengan airin
SakuraDyrah93 #3
Chapter 15: Aww..that sweet sehun bagi rantai kat airin..btw, siapa yg ambik gmbr mereka ya?hmm..reporter kah?hmm
SakuraDyrah93 #4
Chapter 13: Haiii!! Sorry..baru saya berpeluang nak bagi komen..hehe..apa2 pun..i like your fanfics!! Sgt comel dan lucu..hehe..nakal la suho dan chanyeol nie..hehe..tapi terbukti sehun rupanya suka dengan airin..hahaha..tak sabar nak tahu ceta selanjutnya..hwaiting authornim!! <3 <3
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 2: Best! Update soon author nim.