Chapter 5

EXO's Housekeeper

“Yes! Malam ni EXO balik ke Korea. Tak sabar nak jumpa esok. Rindu kat Chanyeol oppa. Hehehe “ ujar Airin seorang diri sambil mengemop lantai dapur.

Airin menyanyi dengan riang sambil melakukan tugasnya kerana dia gembira sangat nak berjumpa EXO esok. ‘Ting tong’ tiba-tiba kedengaran loceng asrama EXO berbunyi.

“Eh! Siapa pula? Takkan En. Soo Man?” bisik hati Airin lalu pergi ke ruang tamu untuk membuka pintu.

“Hai Airin!” ucap semua member EXO dengan riang kecuali Sehun.

Airin terkejut dengan kehadiran EXO di muka pintu tersebut. “Oppa kata balik malam. Sekarang baru pukul 5 petang?” kata Airin hairan.

“Aktiviti kami habis awal sebab tu balik awal” ujar Kai lalu masuk ke dalam asrama. Airin hanya mengangguk. Kemudian matanya terpandang barang-barang yang dipegang EXO.

“Banyaknya beli barang? Nak buat apa?”.

“Owh. Kami nak buat parti sikit malam ni untuk menyambut ulang tahun keempat EXO” ujar Suho lalu pergi ke dapur untuk meletak barang-barang tersebut.

Airin hanya memerhati barang-barang yang dibeli EXO. Airin meneruskan semula kerjanya yang tergendala.

Tiba-tiba semua member EXO masuk ke dapur. “Airin pandai masak tak?” tanya Lay dengan senyuman yang manis. Lesung pipit yang terdapat di pipi Lay menambahkan lagi kemanisan senyumannya.

“Masak? Sikit-sikit boleh la. Kenapa oppa tanya?” kata Airin sedikit hairan. Airin sabar menanti jawapan dari member EXO.

“Sebenarnya kami nak suruh Airin masak untuk parti malam ni. Nanti oppa tolong.” kata D.O mengharapkan persetujuan daripada Airin.

“Masak yang simple-simple Airin tau la”.

“Okay, Airin pandai masak apa?” tanya Chen.

“Spagetthi?” jawab Airin sambil mengjongketkan keningnya.

“Okay. Bagus. Kami memang bercadang nak masak spagetthi pun. Airin join eh parti malam ni?” ucap Suho. Semua member EXO amat berharap Airin dapat join parti malam ni.

”Tak apalah. Ni kan parti untuk oppa semua. Airin tolong masak je” Airin menolak dengan lembut agar EXO tak tersinggung dengan kata-katanya.

“Pleaselah join Airin. Tak best la kalau Airin tak de” rayu Chanyeol dengan muka menagih simpati.

Airin memandang wajah semua member EXO yang mengharap kehadiran Airin. Hanya Sehun sahaja yang dari tadi berdiri dengan muka yang tak ada perasaan. Akhirnya Airin dapat satu idea untuk kenakan Sehun. Airin memang sakit hati dengan Sehun sejak hari pertama mereka kenal. Semua yang Airin buat semua tak kena pada mata Sehun.

“Airin boleh join parti malam ni kalau Sehun oppa yang pujuk” kata Airin sambil tersenyum-senyum ke arah Sehun.

Sehun membulatkan matanya apabila Airin berkata begitu. Semua mata memandang ke arah Sehun. “Kenapa hyung pandang macam tu?” tanya Sehun yang seram dengan pandangan hyung-hyungnya.

“ Cepatlah pujuk Airin join parti malam” arah Baekhyun sambil menarik Sehun supaya berdiri disebelah Airin.

“Biarlah kalau dia tak nak join pun” marah Sehun yang tak berpuas hati dengan Airin. Sehun mengjeling Airin yang berada di sebelahnya.

“Oh Sehun!” kata Suho dengan tegas. Sehun tau kalau Suho menyebut nama penuhnya bermakna Suho sedang marah.

“Haish! Minah ni mengada-ngada betul nak suruh aku pujuk” marah Sehun dalam hati. “ Cik Airin tolonglah join parti kami malam ni” kata Sehun sambil menahan amarah.

Airin hanya tersenyum sendiri. “Tak cukup lembut” kata Airin dengan berlagak.

Sehun mengetap giginya. “ Cik Airin, saya merayu sangat awak join parti malam ni” rayu Sehun dengan suara yang dilembutkan. Sehun memberikan senyuman yang paling manis kepada Airin.

Airin terpaku seketika melihat senyuman Sehun. Airin tak sangka Sehun mempunyai senyuman yang sangat menawan disebalik poker face nya tu. Ditambah pula dengan eye smile Sehun. Pipi Airin mula merona kemerahan

.“Airin setuju tak?” tanya Xiumin menghentikan lamunan Airin.

“Hah? Ya. Airin join parti malam ni” kata Airin tergagap-gagap kerana malu dengan Sehun. Semua member EXO bertepuk tangan dan Sehun pula terus masuk ke dalam biliknya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 18: Seronok baca ff author. Btw good luckfor your study.
BaeBacon__L #2
Chapter 11: Boleh bayangkan kehenseman sehun bila dia dekat dengan airin
SakuraDyrah93 #3
Chapter 15: Aww..that sweet sehun bagi rantai kat airin..btw, siapa yg ambik gmbr mereka ya?hmm..reporter kah?hmm
SakuraDyrah93 #4
Chapter 13: Haiii!! Sorry..baru saya berpeluang nak bagi komen..hehe..apa2 pun..i like your fanfics!! Sgt comel dan lucu..hehe..nakal la suho dan chanyeol nie..hehe..tapi terbukti sehun rupanya suka dengan airin..hahaha..tak sabar nak tahu ceta selanjutnya..hwaiting authornim!! <3 <3
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 2: Best! Update soon author nim.